- Guests Online: 143
- Members Online: 40
- Total Members: 85,792
- Show Who's Online
- 26,098,903 visits since
December 2007
|
|
| Ya, Kami Boleh! Jom Gemilang Bersama! |
Ya, Kami Boleh! Jom Gemilang Bersama!
www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube
Alhamdulillah, berakhir sudah 2 program besar untuk umum bulan ini; Fiesta Barakah di Malaysia Airline(kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor, Malaysia Airline dan IKIM.fm) dan Festival Kerjaya dan Keusahawanan(FKK) di PWTC(kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi).
Alhamdulillah, melalui kedua-dua program ini iLuvislam dapat membuka 'booth' dan berpeluang memperkenalkan iLuvislam.com kepada segenap lapisan masyarakat; kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun golongan tua.
Peluang sebegini merupakan satu anugerah dari Allah dan kami bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Alhamdulillah.
Saya perasan bahawa jika kami bergerak sendirian, agak sukar untuk memperoleh peluang seperti di atas. Jadi, amat penting untuk kita 'joint venture' atau menjalin usahasama dengan organisasi atau syarikat lain untuk mengembangkan dakwah. Jangan malu atau sombong untuk bekerjasama kerana kerjasama akan melahirkan semangat perpaduan. Tanpa perpaduan, tidak mungkin Islam akan kembali gemilang.
Review berkenaan program Fiesta Barakah akan dibuat oleh krew iLuvislam.com kerana video masih dalam proses suntingan. Jadi, saya ingin kongsikan sedikit pengalaman kami semasa FKK 2009.
Pertamanya, nak ucapkan seinfiniti terima kasih kepada krew-krew iLuvislam.com dan bakal krew yang bersama-sama saya menghulurkan tangan. Masa lapang hujung minggu kalian sanggup dikorbankan. Tahniah kerana sanggup berjihad di medan pameran :
Syawal(penganalisa artikel), Lisam(moderator umum), Ihsan(setiausaha sulit Presiden), Mahmud(web developer), Intan(wakil IPT UIA PJ), Asma(moderator umum), Asna(bakal krew), Ain(wakil IPT INTEC), Masyitah(wakil IPT UiTM Shah Alam), Rosniza(wakil IPT KUIS) dan Hafizah(bakal krew).
Tidak lupa infiniti terima kasih juga kepada rakan kongsi kami dari Al-Ansar Group Sdn. Bhd.
En. Hanafi(CEO), En. Nazri(COO) dan En. Bahtiar(CEO Al-Ansar Kelantan).
Secara ringkasnya, 'personally' saya merasakan melalui pameran ini, saya dapat menerangkan tentang konsep iLuvislam.com kepada sesiapa sahaja yang saya jumpa. Bagi yang berminat dan ingin tahu, saya bawa mereka masuk ke dalam 'booth' dan tunjukkan iLuvislam.com secara 'live'.
Melalui brochure yang kami edarkan, kami berharap mereka akan tertarik dengan keunikannya. Seterusnya mereka akan membuka iLuvislam.com apabila mereka pulang ke rumah. Bukan itu sahaja, mereka mungkin akan melakukan promosi 'mouth to mouth' jika mereka tertarik dengan brochure itu.
Pengalaman Manis
Sepanjang pameran ini, ada dua pengalaman yang saya rasa sangat bermakna 'spiritually'.
Pertama, ramai non-Muslim pun berminat dengan konsep kami dan minta saya untuk jelaskan lebih lanjut berkenaan apa yang iLuvislam.com buat. Salah seorang daripada mereka 'offer' saya suatu perniagaan kerana tertarik dengan apa yang saya kongsikan dengan beliau, alhamdulillah.
Kedua, ramai pelawat yang tidak menutup aurat membeli 'button badges' iLuvislam.com terutama yang berkaitan dengan Palestin, alhamdulillah.
Islam dan Palestin bukan hanya untuk orang Islam dan golongan tertentu.
Islam untuk semua. Isu Palestin isu kita semua.
*****************
Sahabat,
Siapa pun kita, kita boleh berjaya jika kita berjaya optimumkan potensi diri.
CEO AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes pernah berkongsi, "saya mulakan AirAsia dengan 'zero'. Tiada pengetahuan tentang perniagaan pengangkutan udara. Tapi kini saya berjaya. Anda juga boleh berjaya! Kejayaan itu terletak pada otak dan hati kita!"
Kita dilahirkan untuk berjaya, untuk gemilang. Jadi, kita kena sentiasa tabah, kuat, cekal, berfikir besar, bersinergi, berstrategi dan sentiasa berdoa.
Kita tidak mahu berjaya sorang-sorang tapi kita mahu semua orang disekiling kita berjaya. Paling kita inginkan adalah kejayaan dan kegemilangan Islam. Dan kita mahu kita adalah asbab kepada kepada kegemilangan itu.
Jom tarik nafas dalam-dalam,rehatkan minda dan tutup mata sambil mendengar lagu di bawah:
Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu
Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan tak ku peduli
Ku terus mencuba
Kecapi hingga kini
Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menunggu tika dan masa
Bersama-sama
Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar
Sumber : imkoyube.iluvislam.com
2 orang pengunjung sedang melayari iLuvislam.com
Saya sedang memberikan penerangan kepada pengunjung yang ingin tahu
Bersama adik-adik dari Politeknik Kedah
Berkongsi idea dengan Alvis, graduan Master dari University of Lancester, UK
Masyitah, Hafizah dan Rosniza
Makan bersama-sama krew. Adaptasi konsep 'usrah'. Lud, Intan dan Ain.
Asna, Intan, Asma dan Syawal
Bersama sahabat-sahabat yang berpengalaman luas.
Dari kiri; En. Hanafi(CEO Al-Ansar Group), En. Bakhtiar, Hazman Hadi
(senior saya di KISAS dan KYUEM) dan En. Nazri(COO Al-Ansar Group)
Ihsan sedang mengedarkan brochure
17 Comments ·
1910 Reads ·
|

|
on May 19 2009 09:25:37
salam....
semoga terus gemilang...
usaha + doa + tawakal = kejayaan
moga kite terus istiqamah dlm memperjuangkn islam... |
on May 19 2009 09:35:06
mengagumkan..
klik sumber: imkoyube.iluvislam.com
kuar lagu!
haha trick yg sangat hebat. bleh diaplikasikan pasnih.. |
on May 19 2009 11:28:56

semoga terus maju dan
menjadi medium dakwah yg berjaya untuk memulihkan segala masalah sosial yg membelenggu para remaja kiter....
syabas di ucapkan
 |
on May 19 2009 11:36:07
alamak.. syg nyer.. ari tu pg.. tp xjumpe ngan booth iluvislam nie..huhu.. dok tkt atas eh?? klu tkt atas sy just lalu tepi beranda tu je la..huhu.. syg tul.. kt sini pon ok, xkesah la..huhu |
on May 19 2009 11:54:11

mabruk.. mabruk..!
semoga I Luv Islam dot Com melangkah lebih luas lagi.. Amiin.. Amiin.. Amiin..
semoga terus maju dan maju lagi dalam berdakwah kepada semua...
  
mudahan Allah swt permudahkan semua urusan..
   |
on May 19 2009 12:09:49
alhamdulillah, saya juga merupakan org yg terlibat secara langsung, ingin berkongsi pengalaman sepanjang FKK
walaupun sy cuma hadir pd Ahad, (kerana Jumaat sy mengendalikan booth iLuvislam di MAS dan Sabtu ada urusan lain), tetapi terdapat beberapa perkara yg saya tgok cukup menyentuh hati
sy perhatikan, tidak kurg dari 20 org non-muslim berminat dgn brochure iLuvislam, yg sepertimana kwn2 tau, brochure kite warnanya merah garang, dgn tajuk yg menonjol “DO YOU LOVE ISLAM?”
pernah 2 lelaki india telah melepasi booth iLi, dan kemudian berpatah balik kerana ternampak brochure kite, dan die amek dan baca..
ada juga yg mintak direct dari sy semasa sy tgh mengedarkan kpd pengunjung yg islam..
dan ade juga yg mintak penjelasan lanjut ttg website kita
semua yg sy ceritakan ini bukan ISLAM~
tetapi, yg menyedihkan, ade yg Islam, bila sy hulurkan brochure, die tgok tajuk pada brochure, die angkat tgn dan geleng, xmau terima..
Mudah2an Allah menitipkan taufiz hidayah pada yg bukan Islam td untuk menerima ISLAM dalam hati mereka.. siapa tahu, mgkin mereka akan mengajak lebih ramai lg?
Wallahu a’lam |
on May 19 2009 14:03:30
semoga terus maju dan dapat berdakwah kepada semua..amin..amin.. 
    |
on May 19 2009 15:59:51
kena copy ni! |
on May 19 2009 17:23:35
tahniah pd krew iluvislam..nak kekalkan dan maintain prestasi nama iluvislam itu lebih sukar dpd beginning nk mulakan projek..
fastaqim kama umirta. |
on May 19 2009 17:30:31
waa...tahniah atas suma crew yg trlibat..
tp saya jeles dgn crew yg bole dtg sbb sy tinggal nun jauh kat kedah...
tp xpa, sy bakal brpindah ke nilai n insya Allah sy akan turun pdg utk sama2 join program iLi.. |
on May 19 2009 18:14:12


walaupun tidak dapat hadir namun sekalung tahniah buat semua krew iluvislam
moga usha kalian sentiasa diberkati ALLAH

SALAM.. |
on May 19 2009 20:44:42

tahniah kalian..semoga risalah Islam dpt terus disebarkan.
Cemburu dgn kegigihan kalian..hehe
Bila la student egypt nak buat 'sesuatu' kat malaysia ye? =)
InsyaAllah..coming soon..ASAP |
on May 20 2009 11:03:54
ana cari booth ili tpi xjumpa....insyallah di masa akan dtg ana akan cari.......huhuhu |
on May 20 2009 12:20:09
Salam
kenapa diberi nama Koyube????? Abang Koyube ni mix ke??? |
on May 20 2009 12:23:52
a'a alaa...jelesnye x dpt pii
bila agaknya student egypt leh terlibat ngn program ILI
x pe la
yg penting I LUV ISLAM akn terus maju cemrlang..gemilang..dan terbilang dalam meneruskan perjuangan nabi ini..
amin..
 |
on May 20 2009 13:08:06
syabas!! sye sokong dari sebalik tabir... huhu |
on May 21 2009 14:03:48
Semoga terus gemilang.

anyway, terima kasih 
sejak sy mengenali ,
dah byk membantu sy
terima kasih berjuta2 kali
semoga ALLAH merahmati semua yang terlibat dengan  |
|
|
Please Login to Post a Comment.
|
|
|
"Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali."
|
|