Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 68
- Members Online: 15
- Total Members: 85,796
- Show Who's Online
- 26,105,872 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Jubah Buat Ibu

Untukmu Ibu
www.iluvislam.com
dihantar oleh:  nurpalestina
Editor: ar-ruhul JADEED


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah  dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.



Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.



Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.









154 Comments · 11831 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 99% [118 Votes]
Very Good Very Good 1% [1 Vote]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
puteh nurmyra on May 10 2009 01:28:13

moga along mndapat kesejahteraan disana...
amin
zahirah on May 10 2009 01:58:43

artikel yg bagus...thumbs up
tiada ibu yg x syg anaknye, seburuk mana pun anak itu..comfort
Ya Habibi on May 10 2009 02:07:03

ya Allah.. banjir saya kat sini baca kisah along nie.. huwwaa~~

[cuba menjiwai watak]

real sadreal sadreal sad
nur izzati on May 10 2009 06:47:58

Artikel sempena hari ibu~
Tercapai juga hasrat Azam, mati di pangkuan ibunyathumbs up
hanya seorang hamba on May 10 2009 08:12:50

hamba pn ke'banjir'an jgk d sini..
menyentuh hati betul cerpen ni..

contohilah sikap si along, walaupn dmarah dan dirotan, tetap sayang akan ibunya 2 thumbs up
Zaim An- Nazif on May 10 2009 08:23:52

assalamualaikum... Menyentuhnya cte ni... sdih pn ade.. real sad terasa jauh ke lubuk hati... smoga kita semua mengambil pengajaran... insyaAllah.. so far cte ni best... clap
insyirah amsyar on May 10 2009 08:26:18

Salam..

tahniah kepada penulis...
sedihnyer...
tibe2 teringat pulak abg sye...
Moga Roh Along dicucuri Rahmat...
Al-Fatihah......sobsob
farsyamuslimah on May 10 2009 08:30:26

sedihnyer...ya-allah ampunilah dosa2 ku terhadap ummi ku..sadreal sad
haura humaira on May 10 2009 08:39:27

alamak. sedihnya cerita ni...
sob2..semoga along tenang di sana..
and, nasib baik ending dia mak along dah sedar dari kesilapan dia..

*so touching**real sad
n13@m on May 10 2009 08:47:11

cerita ni sungguh terharu...real sad
nurul nadiah on May 10 2009 09:00:25

YA ALLAH...

sedihnyer cter niy...
dah nk abis stok air mata sy niy..huhu
ct nabilah on May 10 2009 09:20:13

ana stuju sgt3!cte y btl2 mharukan...ana pnh dgr satu cte y lbh krg sme ngan cte ni...real sadsyabas kpd pnulis...
muslimin_united17 on May 10 2009 09:25:59

assalamualaikum

cerite yg sgt bagus!!!
BRAVO2!! clapclapthumbs upthumbs up

sdih tol crite nih....
sobsobsobsobreal sadreal sad
tringt kisah ana dgn ibu ana!!!
sad

tq kpd editor yg mnceritekn crite nih...
clap

alhamdulillah
gadisLam on May 10 2009 09:32:40

assalamualaikum

memang best sangat laa citer ni... clap

selamat menyambut hari ibu wat ibu-ibu di seluruh dunia... thumbs up

assalamualaikum
tata
qausquzah on May 10 2009 09:34:20

sedihhhhhhhh...real sadreal sad
octgurl_92 on May 10 2009 10:05:13

sedihnyer cite ini....real sadreal sad
selamat hari ibu wat ibu-ibu seluruh malaysia...
terutama wat ibu tersayang,SELAMAT HARI IBU!!!clapclap
qee_ladybird on May 10 2009 10:07:32

sedih jugak..
wawawa...
sobsobsobsobsobsobsobsobsobsob
aleph009 on May 10 2009 10:37:17

bez nyer bc citer ni masa hari ibu ni..
tpi kitorang (saya dan spupu2) dah smbut hari ibu smlm lagi..
dgn mak2 sdare..

apa2 pun tahniah kpd pnulis..

sare on May 10 2009 11:13:30

assalamualaikum
terima kasih kpd penulis cerita ini....
cerita ya bagus..clap
cahaya_petunjuk on May 10 2009 11:16:13

masyaAllah.sangat menyentuh qalbu.cerita yang sangat baik.nak ambil kesempatan gak kat sini.nak ucap.SELAMAT HARI IBU buat MAK TERCINTA.maaf andai pernah melukai hatimu.sayang mak.<3.Semoga DIA merahmati hidup mak.music
-LUD IBRAHIM- on May 10 2009 11:34:12

clap gud story..
cik cahaya on May 10 2009 11:58:42

Ya Allah..rahmatilah kedua ibu bapaku...sedihnya cite ni sampai tersedu sedan aku dibuatnye..sedih sgt..nonoclapthumbs up
mirae on May 10 2009 12:06:20

sedihnya.. sobsob
good story..
MeNCarI REdhAMu on May 10 2009 12:55:01

assalamualaikum
sedih bile bc artikal ni..
semoga along dicucuri rahmatamin
lisam on May 10 2009 13:15:01

mesti akhir dengan kematian..haish~
pe pun, good story ^^,
nur_adawiyah08 on May 10 2009 13:48:55

sedih giler....
tak pasal je kat sini banjir....
real sad
Kid16 on May 10 2009 14:00:01

wah...mengalir jga airmata ana baca ni...huhuhu...sobsob
tahniah kepada penulis....tapi kita kena ingat...bukan waktu hari ibu ja kena camni...
setiap hari baru betull......sad
5_ruz smily on May 10 2009 15:37:52

alhamdulillah.... sungguh sayu cerita di atas.... sy bgitu tersntuh mmbacanya...
Selamat hari IBU....
sesungguhnya syurga itu terletak du bawah tlapak kaki ibu....
hargailah ibu kita slagi hayatnya msih ada.....
insyaAllah
nizwa on May 10 2009 15:41:53

huhu~
sedihnye cite nie..T-T


selamat hari ibu, mama!^^
s u f f e a on May 10 2009 15:47:27

tak boleh nak behenati nangis bace artikel ni..sedih nye...semoga Allah memberkatimu.amin
sobsobsobsob
udin89 on May 10 2009 16:39:07

subhanallah...sangat menyentuh hati artikel nie...lebih2 lagi kalau menjiwai watak...thumbs up
nfs on May 10 2009 17:29:40

bestnyer citer ni........clapclap
terharu sgt2*sobso igt mk kat umh
dalh la lama tak blk....
pe2 pun, smoga perasaan cinta dan kasih kpd ibu ini kekal untuk slmanyainsyaAllahamin
norul2201 on May 10 2009 17:38:36

ya Allah,tersentuh jiwa saya membaca artikel ini..
mengalir air mata saya...huhu..

semkoga roh along dicucuri rahmat..amin2...
:Dclap
wanaz on May 10 2009 17:54:11

assalamualaikum
sya pn kbnjiran kt cni...huhuhureal sad
dih bca tntg along...
x da mak yg x syg kn anknya...mgkn dgn cra yg bbza...
ihsan88 on May 10 2009 17:59:40

tima kasih kepada pengarang citer ni.....
itulah kekuatan bg kita
ibu yg tercinta......disamping ayh dan kuarga.........
sedih dan memilukan hati ini
kekadang rasa penyesalan tidak pt jd yg terbaik untk ibu.......
insyaallah kita akn sentiasa berusaha utk mnjdi yg terbaik..
amin.............
toothbrush on May 10 2009 18:33:07

agagagagagagagagaga~ pnjang nya...xde ke conclusion atau sinopsis.. naek juling mata sy
jfaisal on May 10 2009 18:35:06

salam...
nice artikel..
mahu saja aku menangis.........
badrish on May 10 2009 18:37:58

assalamualaikum
pernah satu ketika mungkin kita membenci ibu
tp mereka tak pernah begitu...naluri ibu amat suci
buat ibu ku..terima kaseh kerna melahirkan aku..
untuk melihat betapa mulianya kaseh mu ibu...
isteri seorg suami on May 10 2009 18:38:35

sdeynye....
nak balik jumpa mak....real sadsad
nur_fiqa on May 10 2009 19:28:06

Salam..

Syabas kepada penulis..

Cerpen yang memang betul2 dapat menyentuh hati org..
nasuhanurani on May 10 2009 19:51:47

terkesan di hati, menggugurkan mutiara
bracelet on May 10 2009 20:31:11

hu hu hu..

sedih nya!
asiah_az on May 10 2009 21:16:30

assalamualaikum
subhanallah, trharu sy baca... sobsob

nice story... thumbs up
minta izin copy yer...
akh husain on May 10 2009 21:29:13

huu.. berkaca2 mata.. terus selesema.. walaupun jalan cerita cam biasa, tp ayat2nya tetap dapat menyentuh jiwa..

p/s: xnk jd angah dlm citer ni..
nurul_muslimah90 on May 10 2009 21:40:17

sedihnyaa....T_Tsobsob
azzahra_solehah on May 10 2009 21:40:37

salam...

menitik air mata bace artikel ni...
pengajaran buat kite semua....
mawar_berduri@91 on May 10 2009 21:51:58

real sad
real sad
real sad
mulianya hati along...
mga hatiku semulia itu...
amin
tahniah kpd penulis,
citer ni tak bnyak bunga2 bhsa,
tapi realy touching...
sy suka gaya bhsa yg tak trlalu berat lam citer ni...
best of luck...
CahayaSeruan on May 10 2009 21:56:32

assalamualaikum


ana sebak bace citer nisadsadreal sad......Selamat Hari Ibu buat ibu ana,Rosidah bt Othman...
elya fairuz on May 10 2009 22:12:30

assalamualaikum
betul2 menyentuh jiwa.............. sempena hari ibu
ana doakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat umi yang tercinta,
umi sentiasa membantu ana dalam setiap hal

ummi...
dapatkah ana membalas jasa2mu
yang laksana pepasir dipantai
yang telah menyabung nyawa demi melahirkanku
yang tidak jemu mendengar tangisan waktu kecilku

siapalah aku tanpamu
walaupun kau sering memarahi diriku
tidak pernah kecewa
kerana kata2mu bak mutiara
yang terselindung secebuis kasih sayang
yang penuh makna

SYUKRAN LAKI YA UMMI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
jazakallah
nurpalestina on May 10 2009 22:16:15

salamunalaikum...

jika ada yang nak copy...ana izinkan.
mmm boleh juga baca di blog ana....www.nurpalestina.blogspot.com

terima kasih kepada yang sudi membaca..sama2 kita ambil pengajaran..
ingat... "JANGAN jauhi ibu walau ibu menjauhi kita" yes

jazakallah
mia tyha on May 10 2009 22:21:46

assalamualaikum

citer yg menyayat hati dan sesuai dijadikan teladan
sayangilah ibu andacomfort
asheirna on May 11 2009 00:46:41

terima ksih kpd pnulis artikel ini...gembira
sbuah artikel yg sgt mnyntuh hati n perasaan..

ibu,..
disaat kta berjauhan,rasa ingin ku berlari..
mndakakapimu penuh girang..
bak si kecil kehilangan..
kau insan penyayang,betapa ku mrindu..
lmbutnya belaianmu ibu..

wahai ibuku,
ampunkan dosa2ku,redhakan diriku..
wahai Tuhanku,
selamatkn ibuku dr azab neraka dan bncana dunia..
hubungkan ibuku dengan tali-Mu..
sayangi ibu sepertimana dia mnyayangiku..
amin ya Rabbal Alamin..
real sad
meeraanuar on May 11 2009 01:44:09

assalamualaikum



sedihnyer citer nie.....sobsob sad real sad
semga ia jadi satu teladan yang berguna pada kita
Islam is my way on May 11 2009 05:48:27

sedih sgt.... Bkn mudah nk jd anak soleh mcm along kan...
wardah_hujan90 on May 11 2009 09:12:13

isk2real sad sdey nyer citer nie..
syabas kpd pnulis..
farahin2501 on May 11 2009 13:14:04

sdeynye....sobsob
cite ni sungguh myentuh ati....
cyg ibu~comfort
ain_luvAllah on May 11 2009 13:24:17

assalamualaikum


real sadsobsobsobsobsobsobreal sad uhuk2.....cdeynyee..
nisrina85 on May 11 2009 14:39:00

assalamualaikum

Tahniah kepada penulis. Cerita ni betul-betul menyentuh perasaan. Semoga kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
ctnaquia on May 11 2009 14:50:12

Sangat2 best!~
'kebajiran' air mata di pepagi hari..

2 thumbs ups!!thumbs upthumbs up
teruskan berkarya
my_islam on May 11 2009 16:22:24

thumbs up

Lepas ni ana cadangkan buatla citer "Jodoh Buat Ibu".

P/s: Selamat Hari Ibu,
Ya Allah, Ampunkan dosa ibuku,
Kasihani ibu sebagaimana ibu kasih padaku sejak kecil.
Semoga ibuku berbahagia dunia dan akhirat. Amin.
norsyaqinahrazali on May 11 2009 17:16:38

wink winkassalamualaikum
amat sayu hati ni bila baca cerita ni..
tahniah kepada penulis atas karya yang sangat menarik.. clap
moga kita sama2 dapat jadi anak yg soleh dan solehah wink wink
syahid_95 on May 11 2009 17:48:48

salm..
wah kisah yang menyayat hatie.....
semoga along bahagia di sanacomfort
muslimah_86 on May 11 2009 21:48:08

salam...
YaAllah...tersedu2 ana bc cerpen ni...tahniah kpd seorg penulis yg sgt berbakat...teruskan bekarya...
kpd shbt2...jg la ati ibubpa kt sebaik mgkn kerna titisan air mata pilu bonda bakal mgundang mahligai dineraka nnt...nauzubillah...slalu mtk ampun pd ibubpa krn kt mnusia biasa yg sering mlakukan slh & silap.. sobsob
mea dhiyah on May 11 2009 22:33:18

bismillah
waaaa. mea nape nanges? pdhl x dela sedey mana. huwaaaa.. hehe.

btw, nice! jrg sy nanges kalo baca cite2 camneh sbb da leh agk da jln citenye. tp cite neh ade 'aura' dy tersendiri. hehe
ct wanie on May 12 2009 10:08:50

bismillah
salam...
emm bagus sangat cerpen ni, sampe leh mnitiskan air mata... moga kita sama-sama dapat menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibu... tahniah pada penulis, masa akan datang bwat lagi tau cerpen cam ni...gembira
sinar mawaddah on May 12 2009 11:21:27

Salamunalaika...

Nice article...!! dr awal sampai hbs ana bc artikel nie...ana sebak sgt3. xtahu cmne nk cover dpn kwn2 sampai ada sorg kwn ana nih bg sekotak tisu kt ana cz ana terluah yg ana sedih bc cite nie. hu2...sobsob
hazusa on May 12 2009 14:19:26

assalamualaikum

hmm...
bg ana,
1 cerita yg menyayat hati..
mmg dpt menyentuh perasaan ana..
biarpun seorang lelaki,
namun ana tetap tersentuh..
begitu mendalam ceritanya..
pengorbanan seorang anak terhadap ibu..clap
simple life on May 12 2009 16:40:04

ALLAHUAKBAR...
sdeynye...sobsobsobsobsobsobsobsobsobsob
tringt blek dosa2ku..
issssskkkkkk...
najla_azzahra on May 12 2009 20:44:05

salam

1 citer yang sangat mantap..
sdhnye...huhuhu

adik ana menangis sepanjang mlm ble dia bc artikel ni..

teruskan penulisan yg lbh mantap..
niz02 on May 12 2009 22:51:47

assalamualaikum ceter ni btol2 menyentuh perasaan.. sampai meleleh air mata...thumbs upthumbs up
easya on May 13 2009 00:44:38

salam...sedihnye cte ni...sy pn nk jd mcm along gak lh...
adam haqeemy on May 13 2009 15:13:18

masyaAllah...
Terharu sungguh baca kisah ni.. real sad
Syukur sgt sbb anak tunggal dlm family.
Mama i love you soooo much...
nur_eman on May 13 2009 16:10:13

salam..

walau siapa, bgmana sekalipon mereka tetap ibu dan ayah kita...hargailah dan sayangilah mereka dengan sebaik2nya,,,

SYABAS BUAT PENULIS DI ATAS PENULISAN YG MNDATGKAN KEINSAFAN DI HATI!

ingatilah wahai sahabt2 ku..

tiada siapapun yg sempurna di dunia ini..dan kita sebenrnya tidak berhak menilai dan mmbeza2kan insan2 di muka bumi Allah ini melainkan Dia..

'kdgkala insan yg miskin harta dialah yg kaya hati (mulia hatinya)'

Allah mmbezakan setiap dari hamba2Nya berdasarkan ketaqwaan jua..wallahualam,

cat
Jihad fi sabilillah on May 13 2009 16:41:50

assalamualaikum

syabas dan tahniah buat penulis cerita ini!!! Ia amat mendatangkan keinsafan buat diri saya hingga hampir-hampir mengalirkan air mata.

terima kasih kerana telah berkongsi ilmu kepada saya. saya juga ingin mengucapkan selamat hari ibu skali lagi kepada sume ibu, terutamanya ibu saya sendiri di Marang, trg walaupun dah agak lewat.grin
berikanlah nikmat kesihatan kepada ibu-ibu kami dan jauhkanlah segala bala bencana dari menimpa keluarga kami.amin
pray
iluvislam
NMSMN on May 13 2009 18:31:07

sdhnya..
sgt mnyentuh jiwa..
rindunya mak kat kg...
xsbr nk blik..
sobsob
langit_mendung on May 13 2009 18:35:43

assalamualaikum
waa~
sedih nye cite niy..
sayu sgt2..
bagus2!!
clap
wink wink
ana_teem on May 13 2009 22:33:54

alhamdulillah

clapartikel y sgt membina..

moga kita enjadi ank2 yang soleh& solehah..
syifa al misri on May 14 2009 00:38:40

masyaAllah

hmm..menitik air mata baca cerpen ni
betul2 menyentuh hati
kalau didramakan mesti sangat menarik...clap
shadowklon on May 14 2009 01:34:23

assalamualaikum...memang sedih dan bestlah cite ni>..clapthumbs up
MUHAMMAD HADI DANIAL on May 14 2009 08:14:22

http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif

cerita yg bagus utk kita semua...amat menyentuh hati bg yg membaca serta menghayatinya.............
putri_durian on May 14 2009 16:15:34

waaaaaaaaaaaaaa...sedih glak2 mek baca tok eyhhhh...
cactus_berduri on May 14 2009 18:06:10

saya pun kehujanan di sini..real sadreal sad

mulianya hati along..beruntungnya ibu punya anak mcm tu..
sayang mak..

nice! clapthumbs up
sy mintak izin copy cte ni kt blog ye..tq..
mimosapudica on May 15 2009 04:30:12

waa..

sedihnye..

terima kasih banyak2 atas cerita ni..

memang banyak air mata mengalir..isk..isk..

jazakallah

clap
clap
clap
missdelta12 on May 15 2009 11:45:47

sedihhh.. kesian along...
semoga Allah merahmati nye..

best cite ni..clap
aqilahmuzain on May 15 2009 16:24:54

apabila ana baca artikel ni...sebak sangat...walau buruk mana pun ibu kite,..die tetap ibu kite. so...selagi kita masih ada ibu..hargailah. hadiahkanlah ibu dengan result dan akhlak yang baik...grin
asue_ramley on May 15 2009 19:11:52

assalamualaikum
tahniah kpade pnulis yg tlh wat agak rmai org mnangis &sdar,insyaAllah
konklusinya,kte hargailah ibu kite xkesah die wat ape kat kite..
sbb ape yg die wat tuh,utk kbaikan kite..
akhir kalam,SELAMAT HARI IBU SEDUNIA,
tp igt,bkan pde hri ibu,jerk,kite bgi hadiah,wat bek kat mak,tp,hri len,pun same..
iluvislam
clapthumbs up
nurun@ara on May 16 2009 00:44:58

sobsobsobsob

huhuhu....sedeynya citer ni..
camne nk tnjuk muka kt femeli..
muka sembam bru lps nangis..
anis atiqah on May 16 2009 03:26:03

assalamualaikum

huhu coretan yang menyentuh sanubari..nice story..cat
rieyana on May 16 2009 15:14:16

salam

sebuah coretan yg meruntun perasaan
dan menginsaf kan

takziah buat keluarga arwah

sme2 la kte hayati dan ambil iktibar dr cerita ni
sayangi dan hargailah ibu kita selagi di msih hdup.

kepada semua insan yg bergelar ibu
SELAMAT HARI IBU
terutamanya buat mama tercinta...

semoga khidupan diberkati
insyaAllah
cloud 9
cahaya pembuka on May 16 2009 16:10:32

cerita ini benar2 mengingatkanku pd arwah rakanku...sm ceritanya..
syafuan59 on May 16 2009 20:15:54

bismillah
assalamualaikum
cerita yg sngt mnyentuh jiwasobsob
akhirnye trcapai jgk impian along untuk mati di pangkuan ibunya dan untuk memberikan hadiah kpd ibunya.
clap
iluvislam
poccamocca on May 16 2009 23:40:59

waahhhh..sdeh2..nk ngis bce cte nih..sobsob
khai_silkhannaz on May 17 2009 00:08:34

assalamualaikum.. cerita yg amat mengayat ati... along adalah anak yg bagus di teladani.. jaadilah sperti along yg sentiasa kasihi ibunya,,,
sinichi kudo on May 17 2009 01:35:40

sdey r..sobsobsobsob
fayas on May 17 2009 09:17:11

do whtevr you could do for your mum before its too late..sum nvr got da chance to..show to her dat you luv her
maznimatzin on May 17 2009 12:12:37

sedihnya bace cite ni....bagga btul dengan sikap along...alangkah bagusnya kalau dapat mengenali sahabat seperti along...
Violet88 on May 17 2009 15:13:34

huhuhuhu...seday nye cte ni..menitik-nitik air mate saye semasa membaca artikel ni..sad
fare on May 17 2009 16:49:40

assalamualaikum
kisah ini sgt best...tahniah buat penulisnya..
najia on May 18 2009 19:37:39

assalamualaikum

sedih sgt2.. adakah aku setabah along???
ibnu_zainal on May 19 2009 02:07:50

kisah ini benar2 hampir dengan kisah yang berlaku kat diri saya masa kecik dulu.teringat plak...tapi taklah teruk sangat...

apepun cerpen yang bagusclap
stefaisle2 on May 19 2009 23:44:48

sy x ske kisah ni..sbb wat sy nangeh...huk2
nina_1009 on May 20 2009 12:47:07

emm sdihnye cite ni...semoga aku dapat menjadi anak sebaik along....
ureshii on May 20 2009 13:33:36

benci!!! air mata menitik pulak=)..
ana_nur95 on May 21 2009 21:03:16

assalamualaikum
bestnye cite ni..
sedih sgt smpai turun hujan dr mta ku ini...sobsob
teringt mk kt kg...
nk blik umah...
congrats kpd pnulis...clap
all the best utk pnulis...thumbs up
Chinatsu Ishibashi on May 26 2009 12:41:07

subhanallah....
menangis lg.....sob..sob...sdehnye......
sob...sob....sob....real sadsobsob
Chinatsu Ishibashi on May 26 2009 12:41:57

sayang mama...!! nk balik.....!!!
Rajipah Ibrahim on May 27 2009 12:57:48

teringat kat mak kat kg....real sad
i love u mum...pray
koshiro on May 29 2009 22:34:29

artikel nie ana bce sblm ana register lagi...memng seydihhh sgt..meleleh air mte..tahniah kpd penulis...bleh dibuat novel nie..hihi..
saidatul izdihar on May 30 2009 11:38:39

FuH Filerrr cItER NiEyh!!clapcloud 9
al-sya on May 30 2009 15:51:25

salam..

thanks 4 dis really amazing article..

sedihnya..tetiba cm nak nangis plak rasa..

sad
nurpalestina on May 31 2009 12:07:09

insyaAllah akan dibuat novel tapi ada perubahan pada ending.
harap, kita dapat ambil pengajaran daripada kisah ini.

assalamualaikum
jazakallahwink wink
WarDAh sOfiA on May 31 2009 22:17:24

assalamualaikum
subhanallah....bgusnye citer nie
mabruk wt penulis
wpun citer nye pjg tp x mbosankan.....
clapclapclap
sdihnye la cter....
sobsobsobsob
tahniah lg sekaliclapclap
iluvislam
i love my mother
MAKIRIHIMOSHA on June 04 2009 21:59:46

Ya Allah...x nk berenti pulak air mata ni...
struggle on June 05 2009 23:33:07

sedihnyer...
sampai akk sya tnyer'ko pehal nanges sowg2..'
real sadsadmasyaAllah
ihdinous on June 06 2009 16:02:31

salam..
ana nak sangat jadi macam along..

sbb pe;
-ana adalah insan yg sama spt along.. mugkin bezaya adalah ana tak berada dlm situasi yg sama dengan along..
-spm ana tak best cam along, tapi, dpt gak further studi.. alhamdulillah.. tapi.. ni nyaris nak kene repeat 1 subject.. do'a2 lah tak kene.. ngee..
-ana selalu di pinggirkan cam along..
-umi selalu attack ana ja..

tapi.. ana suka cari salah ana.. apa yg ana wat hingga ana dipinggirkan hingga ada kalanya umi menangis kerana ana..
ana husnuszhon ja.. mungkin ana punya salah.. ana anak yg jahat bagi umi.. anak yg degil.. tak dengar kata.. suka melawan.. dan menyusahkan baginya..

you can put the blame on me...

since mmg salah ana;
-tak skor 4flat cam umi nak.. dapat 3 je..
zinnirahjia on June 06 2009 19:13:30

masyaAllahmasyaAllah.
thumbs upthumbs upclapclap
itsme on June 08 2009 14:14:19

sdeh btol citer ni..klmrin tgk cite abam.. lbeh kurg laa..
apa2pun syukran...cite ni mmg btul2 mnyt atireal sadreal sad
jaja_shafiza on June 10 2009 18:01:26

Ya ALLAH...sedihnye cerita ni..
mengalir jua air mataku ini...
"pernah satu ketika mungkin kita membenci ibu
tp mereka tak pernah begitu...naluri ibu amat suci
buat ibu ku..terima kaseh kerna melahirkan aku..
untuk melihat betapa mulianya kaseh mu ibu..."

moga kite dapat manfaat disebalik cerita ini...
deckbreaker on June 12 2009 22:24:20

kawan ana sruh ana bce cter ni...die ckp die nangis teruk gler...
ana bce ok la...sdeyh gak...tp xde la smpe tahap nangis....hehe....
anyway....nicely writtenalhamdulillah
makhluk_allah on June 14 2009 13:07:20

assalamualaikum
sobsobsobsobsobsobsobsob
sdih yer cter nie...
ismani on June 14 2009 23:40:32

assalamualaikum
cerita ini amat menarik dan banyak beri pengajaran pada sapa yg membaca..
thumbs up
fifa_meis on June 19 2009 00:01:53

assalamualaikum

banjir besar kt sini
habis buku kamek basah
menyentuh hati betul
tahniah kepada penulis
clapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclapclap
liyaan on June 27 2009 19:22:29

menitis air mata baca cerpen...bkn mudah nk jd anak yg soleh...moga2 kte sume diberi petunjuk agar dpt jd anak yg soleh..amin


comfort
hamidianzsolehah on July 04 2009 01:02:06

assalamualaikum
tahniah kpd penulis cerpen ni....clapclapclapclapsgt menyayat hati...sadsad
thanx sbb bagi kesedaran kepada semua erti kasih ibu dan pengorbanan seorang anak..
semoga kiata sama2 dapat ambil iktibar...insyaAllah
hafizah ulul albab on July 15 2009 10:22:54

assalamualaikum

Sedihnya citer nie... sobsobsobsob..
INGAT KAT UMAH.. noDahlah lame x balik...
Semoga dirimu di berkati...
Thanks 2 nur palestina... Citer nie buat sy insaf....
I LOVE U IBU...cloud 9

yahoo!
clap
tatajazakallah
Nuraina on July 18 2009 15:23:37

assalamualaikum
sedih nyer citer ni.nasib baik x nangis.ape-aper pon,best lasadyes
alhafiz09 on July 20 2009 16:19:04

assalamualaikum
nak menangispun ade baca cerpen ni...semoga rohnye dicucuri rahmat..jd lah anak yang soleh dan solehah pada kedua ibu bapa...comfort
wankilat on August 06 2009 13:36:42

bikin banjir
faraez_iman77 on August 10 2009 12:53:31

assalamualaikum
tersentuh ble bce cerpen nie..
k'sanggupn sorg ank yg ingin m'jge ibu nye..
mudah2an kt sume t'masuk dlm golongn ank yg soleh & solehah..
amin...
amin
fikrifadzil92 on August 22 2009 18:14:56

waa.... sedeyh nye cerite niey.... real sad
skynooh on August 26 2009 13:15:33

*masyaAllahbest arr..citer ni..pape pn tahniah *yahoo**yahoo**tup*
skynooh on August 26 2009 13:17:52

masyaAllahwaaaa..best arr citer ni hu3 pape pn tahniahthumbs upyestataclapclapclap
madina on August 27 2009 08:08:09

assalamualaikum
sedihnye cerite ni.....
insyaAllah
akn dpt dijdkn pedoman wat insan yg bergelar anak
nik hidayah on August 29 2009 11:00:38

assalamualaikum

sedihnye cite nie...habis banjir rumah
real sad

good artikalthumbs up

semoga dpt di ambil pengajaran dr cite ni
SuRiaNa_YaNa on August 29 2009 12:34:25

Best ciTer Nie... terHaRu laH! real sad
ila_ari on September 07 2009 20:02:40

bismillah assalamualaikum crita yg sngt menyedihkn....sobsob mnx kbnran nk cpy ye...grin thanz...cloud 9
mc nor on October 05 2009 10:01:28

assalamualaikum....sdihnya kisah ne...semoga kita juga menjadi insan yang selalu membahagiakan ayah dan ibu kita walau bagaimanapun mereka...amin3x...Ya Allah tetapkan iman dan pendirian kami semua....insyaAllahyes
Ana Sumayyah on October 25 2009 19:21:15

Ya Allah.. sedihnya baca cerita ni...real sad
waaaa..waaa..
zephero on October 27 2009 14:27:22

Ya Allah,Aku bermohon padamu supaya menetapkan hatiku pada jalanmu.....
Dan tabahkan lah hatiku setiap kali aku menghadapi masalah....

Ya Allah,janganlah kau membiarkan hatiku terdetik untuk membenci mak dan abah ku.....
Walaupun ada kata-kata mereka yang menguris hati ku ini Ya Allah......

Ya Allah,ampunkan lah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan.....

Ya Allah,redhakan lah hati kedua ibu bapa ku dan adik beradik ku seandainya aku harus pergi meninggalkan mereka....

Ya Allah,Engkau bukakan lah pintu hati abah dan mak ku supaya mereka dapat menerima segala takdir dan ujian yang telah diturunkan untukku Ya Allah.....
Moga dengan itu...Hamba Mu ini mendapat kekuatan untuk meneruskan hidup....

Sesungguhnya Engkau Lah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengampun....
Amin....real sad
AhmadZakiHusin on October 31 2009 18:04:36

sebak bce part mse kemalangan tu.....
diyanaatiqah on November 01 2009 09:56:37

assalamualaikum wink wink

Cerita yg sungguh menyayat hati dan banyak pengajaran yang boleh diambil.wink wink

clapclapclapclapclapclap
Islam_power on November 05 2009 15:53:53

uwahhhhhhh!!! Sedihnyer citer nihhhh...baca komen org lain lagi tambah2 sedih.....kesimpulannye...Saaaaaaaaayangggg mak ana!!yesyesyes
iwanwow on November 06 2009 11:41:01

salam......
mintak ijin nk copy.......tme kseh.....thumbs upthumbs upthumbs upsadsadnoyesyesgembiragembirawinkwinkyahoo!yahoo!
ain syahirah on November 06 2009 15:23:25

sedihnya.... cerita ni. hujan kat sini. sobsobtahniah kepada penulis cerita kerana berjaya menyentuh hati pembaca.thumbs up
qira_muslim on November 20 2009 23:33:53

*assalamualaikum
sedihnya saya baca citer nie
dah brape baldi air mata yg saya tadah
tahniah kepad penulis krn membuatkan
saya menangis...*realsad**realsad**realsad**realsad**realsad*
apapun tahniah..*clap**clap**clap* *tup**tup**tup*
jaa on November 23 2009 20:01:40

sad
cerita yang menyanyat hati..
tpi banyak pengajaran..
tahniah untuk penulis..
masyaAllah
luvly anim on December 14 2009 03:59:35

sdh nye sy...
sdh bile bce nukilan ni....
azam seorg ank yg soleh...
wuuu sdh...real sad
muslimah girlz on December 14 2009 10:05:14

sdihnyer crita ni.......azam sggup berkorban untuk ibunya.........crita yang mnarik &sdih....artikal yang bgs sngt........TAHNIAH BUAT ARTIKAL YANG BUAT NI......thumbs upthumbs up
wardatul shauqah on December 14 2009 23:10:58

assalamualaikum
sdih btol la citer nih...
baiknye azzam.....akhirnya impian azzam tercapai...
tiada ibu yg x sygkan anknya!!!!!gembiragembira
thumbs upthumbs upthumbs up
miz_aihara on December 22 2009 20:56:27

assalamualaikum
erm...sedih cite nie...sad
tp ade jgak pengajaran yg kta dpat
ye la...manusia tiada yg sempurna..
kte jga x pernah smpurna
bgitu jga ibu kta..
akn ada jgak slah dan silap yg pernah dilakukannya
tpi ingatlah kta sbgai anak hrus fham..
wlaupun ibu berkasar dgn kta,psti ade sbbnya..
percayelah akn ade jgak secebis sayang untuk kta abadikanwink wink
princess_green on December 24 2009 13:30:47

cerite nie sedih dan menyentuh perasaan... dapat memberi pengajaran yang bermakne..... SYABAS!!!! clapclapclapclapclapclapclap
humairah yusra on December 31 2009 12:51:29

bguih nyer cter neh!!!! sdih!!!!

mabruk !!!!

bgus l;ah penulis tuh... sdih ana bce!!!!clapclapclapclap
thumbs upthumbs upthumbs up
gringrinreal sadreal sad
gurlz95 on January 01 2010 22:40:36

sdeh cte ni..
x ckup air mte..
huhu..real sad

good story..clap
islam_snow on February 07 2010 16:28:45

assalamualaikum menitik juga air mata ana baca cite ni.nice story.clapthumbs upgrin
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun."
spacer