Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 107
- Members Online: 29
- Total Members: 85,794
- Show Who's Online
- 26,101,927 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
iLuvislam.com "Anak Angkat" Karangkraf

iLuvislam.com "Anak Angkat" Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.
www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube


Alhamdulillah, iLuvislam.com telah berjaya mengadakan lawatan rasmi yang cukup bersejarah ke Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. yang terletak di kawasan perindustrian Shah Alam. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Karangkraf kerana menyambut ketibaan kami dan melayan kami seperti keluarga sendiri.

Lawatan rasmi pada kali ini bukan sahaja disertai oleh krew iLuvislam.com, tetapi ia juga disertai oleh ahli keluarga saya serta sahabat-sahabat saya(bukan krew) yang saya kenali sepanjang saya berada di Malaysia. Lawatan yang julung kali diadakan ini, antaranya bertujuan untuk mempelajari ilmu serta pengalaman dari salah sebuah syarikat terulung di Malaysia(Kumpulan Karangkraf) dan juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara krew iLuvislam.com.

Antara info dan ilmu yang kami perolehi adalah:

1.Kumpulan Karangkraf merupakan sebuah syarikat bumiputera yang sangat berjaya dan disegani; terdiri daripada syarikat Karangkraf, Alaf 21 dan Ultimate Print. Kilang mereka kini merupakan bekas kilang Ericsson yang telah diambil alih.

2. Kawasan perindutrian Shah Alam dikuasai oleh syarikat-syarikat luar negara yang terkenal seperti Toyota, Volvo dan lain-lain. Memandangkan Karangkraf juga mempunyai bangunan dan kilang di situ, ia membuktikan bahawa orang Melayu mampu berjaya dalam bidang perniagaan.

3. Antara rahsia kejayaan Karangkraf adalah pekerja yang dedikasi, bekerjasama, jujur dan ikhlas. Selain itu, pengurusan Karangkraf sangat menghargai staf mereka. Pelaburan dalam membangunkan staf yang cemerlang adalah diutamakan.

4. Rupa-rupanya, proses menghasilkan sesebuah majalah adalah tidak mudah. Ia melibatkan beberapa proses yang kompleks dan panjang:

- Editorial(melibatkan editor, wartawan dan lain-lain)

- Grafik(melibatkan designer, photoghrapher dan lain-lain)

- Percetakan (printing)

5. Hanya 5 % dari projek Karangkraf adalah projek dari kerajaan. Maknanya, banyak syarikat lain menggunakan khidmat Karangkraf dan Ultimate Printing untuk mencetak brochure, buku dan lain-lain. Hal ini bermakna bahawa Karangkraf boleh berjaya tanpa subsidi dan bantuan kerajaan.

6. Antara perkataan yang kami kerap dengar sepanjang lawatan adalah : Keikhlasan dan kepercayaan.

Setelah kami melawat kilang percetakan Sinar Harian, kami berkumpul di dalam sebuah bilik mesyuarat. Antara staf Karangraf yang hadir ketika itu adalah Pengurus Rancangan Korporat, Pengurus Komunikasi Korporat dan Pengurus Media Baru. Kami berbincang tentang kemungkinan "Joint Venture" di antara Karangkraf dan iLuvislam.com. Setelah beberapa minit kami berbincang, CEO dan Founder Karangkraf, Dato' Hussamudin menyertai perbincangan tersebut.

Antara perkara yang ditanya 'directly' kepada saya adalah cara kami 'operate' iLuvislam.com dan kos yang perlu kami bayar.

Menurut beliau, antara sebab kejayaan Karangkraf adalah fokus. Karangkraf fokus kepada industri media cetak kerana kepakaran Dato' adalah pada industri berkenaan.

Setelah beberapa perbincangan dan perkongsian; Dato' membuat beberapa keputusan yang berkuatkuasa serta-merta; antaranya:

1. Karangkraf akan mengambil iLuvislam.com sebagai "anak angkat" dan akan membiayai segala perbelanjaan kami termasuk pembayaran server; bermula Mei 2009. Jadi iLuvislam.com boleh fokus untuk mantapkan lagi iLuvislam.com.

2. Langganan percuma majalah Karangkraf akan diberikan kepada pemenang kuiz-kuiz iLuvislam.com.

3. Iklan percuma untuk iLuvislam di majalah-majalah Karangkraf serta Sinar Harian.

4. Kerjasama untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti iLuvislam.com.

5. Dan lain-lain yang akan saya bincangkan dengan pengurusan Karangkraf tidak lama lagi.

Sesungguhnya, situasi ketika itu amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Saya sangat terkejut dan kelu dengan apa yang diperkatakan oleh Dato'. SubhanAllah, hati saya tidak putus-putus mengucapkan alhamdulillah. Ia adalah sesuatu yang luar biasa! Sesungguhnya ia merupakan suatu lagi sejarah baru bagi iLuvislam.com yang pasti tidak mampu dilupakan.

InsyaAllah, dengan nikmat Allah ini, saya akan terus komited memimpin iLuvislam.com bersama rakan-rakan lain dalam usaha kami mencapai misi dan visi yang telah kami kongsikan bersama.

Bagi saya, ia merupakan suatu lagi ujian Allah untuk kami bagi menilai samada kami benar-benar beriman atau tidak. Oleh kerana ia merupakan ujian, izinkan saya berkongsi sedikit nasihat:

1. Kepada diri saya dan sahabat pengurusan yang lain:

  • Marilah kita sama-sama memelihara niat.
  • Jauhkanlah diri kita dari penyakit hati seperti riak, sombong dan iri hati.
  • Mari kita terus bersatu hati dan berpadu tenaga untuk memantapkan pengurusan iLuvislam.com.
  • Berdoalah selalu agar Allah sentiasa memberikan kita semangat untuk terus thabat dalam perjuangan ini.
  • Janganlah berputus asa akan rahmat Allah kerana Allah itu Maha Pemberi Rahmat.

2. Kepada krew-krew iLuvislam.com:

  • Marilah kita sentiasa perbetulkan niat.
  • Jom mantapkan diri kita dengan amal soleh supaya kita bisa menjadi contoh.
  • Berkongsilah apa sahaja idea dan pandangan dengan saya melalui medium sedia ada.
  • Teruskan usaha kalian untuk terus "memberi" kasih sayang kepada ummah.
  • Berdoalah selalu agar Allah sentiasa memberikan kita semangat untuk terus thabat dalam perjuangan ini.

3. Kepada pengunjung iLuvislam.com:

  • Marilah kita sama-sama memanfaatkan iLuvislam.com sebagai sebuah website yang mendidik dan "memberi".
  • Jauhkanlah diri kita persepsi dan iri hati.
  • Tegurlah krew-krew iLuvislam.com andai kami melakukan kesilapan supaya kami boleh memperbetulkan.
  • Jom kita ramai-ramai promosi iLuvislam.com kepada semua; seluruh lapisan masyarakat.

Buat akhirnya, saya ingin mengucapkan infiniti terima kasih kepada:

1. Allah SWT. Dialah Tuhan yang Maha Perancang lagi Maha Pemurah.

2. Pihak Kumpulan Karangraf Sdn. Bhd.

3. Ahli keluarga saya yang hadir.

4. Krew-krew iLuvislam.com yang menyertai rombongan kali ini.

5. Sahabat-sahabat saya(bukan krew iLuvislam.com) yang turut hadir.

Semoga dengan perkembangan yang sangat positif ini, iLuvislam.com akan terus maju kehadapan dalam mencapai misi dan visi yang dikongsi bersama.

Luv Everybody, Hate Nobody,
Mohd Nurul Imran Bin Koyube
Presiden iLuvislam.com

Together WE make history for OUR ummah

Sumber : imkoyube.iluvislam.com

p/s: Saya kongsikan gambar-gambar kenangan di bawah.


Ketika di lobi Karangkraf.



Nadi bagi pernerbitan majalah adalah bahagian editorial.



Bersama Pengarah Graphic/Design Bahagian Majalah.



Penggunaan teknologi yang canggih bagi memastikan percetakan yang berkualiti tinggi.



Bergambar bersama CEO Kumpulan Karangkraf sebelum makan tengah hari.



Apabila 2 orang CEO bertemu. Berbaju biru adalah En. Ishak, CEO IM Global Sdn. Bhd




Sebahagian krew semasa aktiviti ta’aruf selepas tamat lawatan.



Sebahagian krew yang pulang lewat kerana hujan lebat. Sempat bergambar sekali lagi!



CEO Karangkraf, Dato’ Hussamuddin dan saya.



En. Fikri: Photoghrapher merangkap bekas
webmaster Harakahdaily(sahabat saya).



52 Comments · 3966 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 67% [14 Votes]
Very Good Very Good 19% [4 Votes]
Good Good 14% [3 Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
nasik goreng kicap on April 30 2009 01:00:13

tahniah iluvislam!moga terus maju!
ilhamic on April 30 2009 01:03:30

assalamualaikum

wah...
semakin hebat ILI...siap dapat penajaan dari karangkraf..bagus2..thumbs up

Setelah beberapa perbincangan dan perkongsian; Dato' membuat beberapa keputusan yang berkuatkuasa serta-merta; antaranya:

1. Karangkraf akan mengambil iLuvislam.com sebagai "anak angkat" dan akan membiayai segala perbelanjaan kami termasuk pembayaran server; bermula Mei 2009. Jadi iLuvislam.com boleh fokus untuk mantapkan lagi iLuvislam.com.

2. Langganan percuma majalah Karangkraf akan diberikan kepada pemenang kuiz-kuiz iLuvislam.com.

3. Iklan percuma untuk iLuvislam di majalah-majalah Karangkraf serta Sinar Harian.

4. Kerjasama untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti iLuvislam.com.

5. Dan lain-lain yang akan saya bincangkan dengan pengurusan Karangkraf tidak lama lagi.


semoga ianya berjalan lancar seperti yang di rancangkan...insyaAllah

aminaminamin

Ruzaini on April 30 2009 01:03:37

Ya Allah, Ya Fattaah, Yang Maha Pembuka.

Engkaulah yang membuka penutup rezeki hambaMu hingga ia berkecukupan.

Engkaulah membuka hati ini yang tertutup hingga ia menerima kebenaran.

Engkaulah yang membuka fikiran yang tertutup, hingga dapat mengatasi kesulitan hidup.

Kami mohon pada Mu Ya Allah agar sentiasa membuka pintu hati ini dengan cahaya kebenaran & pintu rezeki yang tidak berkesudahan.

Oh Tuhan Yang Maha Mengetahui....
etiey_cfs on April 30 2009 01:12:24

alhamdulillah..smoga iluvislam trus maju dan b'upaya jd 1 lg medium dakwah untuk ummah yg disegani n b'manfaat

tahniah n iluvislam berhak mndapatnya..smoga ALLAH mmudahkn pngurusan iluvislam dr mula hgga akhir dr bwh hgga ats & kslurahannya..ma'at taufiq wa al-najah bi'iznillah..alhamdulillahgrindance
wakdol on April 30 2009 01:12:28

assalamualaikum

Syabas kpd presiden, pihak pengurusan, crew & ahli iluvislam yg saling membantu ketika senang mahupun sukar, ketika lapang mahupun sempit.


Semoga ukhwah yg di bina di berkati Allah S.w.t
amin
2 thumbs up2 thumbs up2 thumbs up
pishmd on April 30 2009 01:31:26

tahniah! clap
barakallahufikum
Leokid on April 30 2009 01:52:35

Seronok tengok CEO-CEO yang ada tu, kagum dengan penampilan mereka. Sungguhpun CEO kepada sebuah syarikat media yang cukup gah namanya di negara kita, penampilan mereka masih menunjukkan ciri-ciri rendah diri dan humble. Tidak perlu berkot hitam, berblazer tebal. Malah sudi pula sendiri "turun padang" menyambut kedatangan pelawat-pelawat yang rata2nya terdiri daripada remaja.

Oh Tuhan, andai Kau izinkan aku dan kami menjadi insan seperti mereka, dikurniakan nikmat di dunia agar dapat berbakti kepada orang lain, ku pohon moga kau istiqamahkanlah kami dan kekalkanlah kami dalam taqwa dan tawaduk. Sesungguhnya nikmat dan kurniaan yang Kau limpahkan hanyalah merupakan alat mencapai keredhaanMu. =)
ilhamic on April 30 2009 02:13:10

Seronok tengok CEO-CEO yang ada tu, kagum dengan penampilan mereka. Sungguhpun CEO kepada sebuah syarikat media yang cukup gah namanya di negara kita, penampilan mereka masih menunjukkan ciri-ciri rendah diri dan humble. Tidak perlu berkot hitam, berblazer tebal. Malah sudi pula sendiri "turun padang" menyambut kedatangan pelawat-pelawat yang rata2nya terdiri daripada remaja.

Oh Tuhan, andai Kau izinkan aku dan kami menjadi insan seperti mereka, dikurniakan nikmat di dunia agar dapat berbakti kepada orang lain, ku pohon moga kau istiqamahkanlah kami dan kekalkanlah kami dalam taqwa dan tawaduk. Sesungguhnya nikmat dan kurniaan yang Kau limpahkan hanyalah merupakan alat mencapai keredhaanMu. =)


assalamualaikum


aiwah saudara..mmg benar..tgk pnampilan diorang ringkas bersahaja(low profile)...
tapi, CEO beb...hebat2...inilah idola ana dalam penampilan..
tutup aurat cukup dah...
xperlu blazer ke kot ke...



insyaAllah
amin

jazakallah
Leokid on April 30 2009 02:29:40

@ilhamic:

ahaha btul tu saudara, low profile. tu kalau selisih kat tengah2 jalan or kat warung2 makan, bukan kita knal pun siapa, tengok2 CEO rupanya! =) alhamdulillah!
helangsenja on April 30 2009 03:11:10

Tahniah kepada Presiden ili ini. Sesungguhnya usaha anta itu, hanya Allah dapat membalasnya setimpal apa yang nta lakukan untuk ISLAM. Walaupun nta dak UIA, tapi ana mungkin tak pernah bersemuka secara directly dengan nta. Mungkin nta terlalu bz kot. Nak kenal gak Presiden ili ni kat UIA.

Ala kullihal, teruskan usaha terbaik nta itu. Semoga Islam terus tersebar seluasnya seantero dunia. Amin..

p/s: macam kenal je mamat Ehsan pakai baju putih susu tu... rajin dia ngikut yer.. gembira

waalaikumsalam
HafizAdam on April 30 2009 03:40:42

pasnih bolehlah buat usahasama sebarang penerbitan buku ILI...
takkan laa melawat ke pusat penerbitan tanpa sebarang perancangan untuk menerbitkan...
wakaka

honestly, sangat jeles sebab saya sangat berminat dalam dunia penerbitan digital dan cetak...
kalau boleh pergi, mungkin boleh diextract idea2 untuk diserapkan ke dalam persatuan...
huhucomfort
almusafirq8 on April 30 2009 03:41:11

tahniah...iluvislam
ilhamic on April 30 2009 03:49:35

shizuka aizawa on April 30 2009 03:40:42

pasnih bolehlah buat usahasama sebarang penerbitan buku ILI...
takkan laa melawat ke pusat penerbitan tanpa sebarang perancangan untuk menerbitkan...
wakaka

honestly, sangat jeles sebab saya sangat berminat dalam dunia penerbitan digital dan cetak...
kalau boleh pergi, mungkin boleh diextract idea2 untuk diserapkan ke dalam persatuan...
huhucomfort


sama la ngan ana..berminat gak utk kesana..
dah idea utk buat lawatan kelab ke sana...InsyaAllah..insyaAllah
halfy yusuf hevil on April 30 2009 05:10:38

good..good..goodclap
everjihad on April 30 2009 07:35:12

@hafiz adam
pasnih bolehlah buat usahasama sebarang penerbitan buku ILI...
takkan laa melawat ke pusat penerbitan tanpa sebarang perancangan untuk menerbitkan...
wakaka

honestly, sangat jeles sebab saya sangat berminat dalam dunia penerbitan digital dan cetak...
kalau boleh pergi, mungkin boleh diextract idea2 untuk diserapkan ke dalam persatuan...
huhu


hmmm..buah fikiran yang geliga sekali. ..grin sbb kebelakangan ni saya ada terasa macam nak tulis buku..it is just bout a life as a teenager...diari seorang remaja..

InsyAllah, target nak tulis tu sebelum usia saya berusia 20 tahun(means tahun depan). buat masa ni, tgh mencari2 syarikat yang boleh terbitkan buku tu.lepas tu, masih memikirkan intipati, n fokus. rangka dah ada dalam kepala...

dari remaja khas untuk remaja..pengalaman hidup selama 19 tahun...(oh..lepas ni dah tak ber'title' TEENager..huhu..)terasa menarik nak kongsi..dan mentaliti di saat remaja. bila semakin berusia, paradigma semakin berbeza..mungkin boleh buat sedikit kajian dan saya akan selitkan berdasarkan teori2 dan perspektif barat n islam..yang baik jadikan teladan.

masih memikirkan..
mungkin ada sesiapa boleh bagi saranan atau nasihat..
wanais on April 30 2009 07:50:51

assalamualaikum
wah! tahniah iLuvIslam...pagi ni bru buka web ni, tiba2 nampak iluvislam dgn karangkraf pulak...bagusla...dah skit2 berkembang maju...semoga terus berkembang...tahniah lagi...hehe...gembira
sina_iman on April 30 2009 09:28:27

alhamdulillah..moga dipermudahkan segala urusan dalam berdakwah.
Bersama jadikan ILuvIslam wahdah pemangkin mendapat ilmu yang cukup bermanfaat.
Tahniah untuk semua..clap
dixgurlz83 on April 30 2009 09:43:11

assalamualaikum

masyaAllah
entah kenapa benar2 terharu...mungkin gembira
dgn kurniaan yang Allah berikan...
dix sebagai ahli turut memnjatkn rasa syukur...
dn mmg terasa air mata yg mngalir ni mlmbngkan prasaan yang xtrhngga gembiranya...
kerana iluvislam sudah ada keluarga angkat yang di utuskan oleh Allah..
bg membantu perjuangan iluvislam

semoga iluvislam akan dapat melebarkan sayap lagi..insyaAllah

syukur...
alhamdulillahamin
masrurah on April 30 2009 10:48:09

salam

alhamdulillah..Iluvislam terus maju...

bestnyer korang pi...
mak ngah,asma,saidah,su,etc...

btw....all the best for ILUVISLAM...
sinar mawaddah on April 30 2009 11:11:03

Salam alaika...

Subhanallah...alhamdulillah...

Syabas ana ucpkn kpd iLuvislam...cz da blh smpai ke thp nie. insyaAllah...hope stiasa berada dlm rahmat n ptolongan Allah swt. syabas skali lg ana ucpkn...cat
ciksUnny on April 30 2009 11:57:33

alhamdulillahalhamdulillah..akhirnye segala perit jerih pengurusan iluvislam tlh membuahkn hasilnya.
tahniah to allclapthumbs upkeep up the good work!smoga dgn rahmat Allah ini
iluvislam dpt trus maju dn smoga dpt trus aktif menyebarkn dakwah..congratulation once again!grindance
huffazdq on April 30 2009 13:01:22

assalamualaikum

tahniah iluvislam...smg terus thabat dalam memperjuangkan Islam...
MujahidEEn_89 on April 30 2009 13:50:42

assalamualaikum

abg imran sebagai presiden,memang presiden yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan. iluvislam memang sebuah web yang sangat dinamik.subhanallah!
aimi4s1 on April 30 2009 14:32:35

Tahniah....Time pegi tu...saya baru balik rumah....
sakinah_z on April 30 2009 15:02:03

alhamdulillah, tahniah iluvislam saya setia dengan ILI dari awal2 kelahirannya hingga lah selamanya gembira good luck, all the best!
octgurl_92 on April 30 2009 15:23:44

bismillah......

tahniah,iluvislam......
semoga terus maju kehadapan dan mencapai visi dan misi...
tahniah sekali lagi!!!!clapclap
abidfiddin88 on April 30 2009 15:49:50

alhamdulillah...wah tibe2 rase cm nk nanges lak...
Allah bantu kite dlm nk memperkembangkn islam..biar org lain tau pasal islam n makin syg pada islam...
tahniah buat krew2 yg telah menjayakn lawatan tersebut...thumbs up

p/s : jeles senanye tgk krew gather2 byk kali tp nk wat cmne xberpeluang nk ik0t..nnti lain mase buat lagi ye..music

sem0ga ILI terus mendapat smbutan...amin~
fieyda on April 30 2009 15:49:54

assalamualaikum..
tahniah kepada semua editor penggerak i luv islam..
semoga terus cemerlang...
semoga Allah mempermudahkan usaha..gembira
akrimimathwa on April 30 2009 16:06:58

Manis bicara indah tutur kata
Manis kalimah pengikat ukhuwah
Hati yang manis bercahaya
Kemanisan iman terasa

Bersihkanlah diri dengan zikir Ilahi
Maniskan ilmu dengan seribu amalan
Suburkan jiwa dan hati ke jalan Allah
Kasih yang manis bersulam iman tercinta

Bisikan Islam yang manis menjelma
Menyentuh jiwa yang dalam dahaga
Pupuskan rasa kesumat di hati
Tanamkan kemanisan sejati

Wahai temanku bilakah lagi
Saat nan manis hadir di sisi
Mempersembahkan satu perjalanan
Berbekalkan seribu keredhaan

Suara azan bergema di Subuh hari
Manis dan merdu menyentuh hati
Penambat rasa cinta Ilahi
Berkat kemanisan ada di sisi

Manis meniti persahabatan
Semanis madu menusuk kalbu
Bersopan-santun manis budaya
Nama Islam kan manis serata


http://www.imeem.com/people/D-4PhC/music/yISnELyk/nahwan-nur-manis/

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

ini lagu saya tujukan untuk semua, dari encik presiden, sampailah kepada pelawat2 ILI. semog ukhwah dan perjuangan sentiasa MANIS, insya Allah^_^
muhammad naim on April 30 2009 17:11:01

salam

takbir!!!!!!!!!!!!!!!!!!


kejayaan amat dihargai 4 akhi im....

ana akn membantu akhi 4 iluvislam

insyaallah

gembira
Im Koyube on April 30 2009 17:24:01

Salam

Pencapaian atau kejayaan ini bukan untuk saya. Jika saya bekerja seorang diri, pastinya saya tak mampu.

Ia adalah untuk semua; krew iLuvislam dan semua pengunjung iLuvislam.

Alhamdulillah..

Syukur selalu! gembira
hana_ilhami on April 30 2009 18:32:27

berita baik ni.... alhmadulillah...
syakirah91 on April 30 2009 19:19:39

salam hehehe

alhamdulillah.. tahniah!! i luv this web so much..
semoga terus cemerlang n diberkati allah atas segala usaha ini... insyaAllah
amin
halothane on April 30 2009 19:20:30

masyaAllah
alhamdulillah... mabruk utk semua
serius terharu time baca artikel ni..

semoga kejayaan demi kejayaan yg ILI kecapi, xkan memesongkn niat asal kita yg bekerja lillah....

Moga ILI terus maju... insyaAllah
ummmuhammad on April 30 2009 20:35:22

assalamualaikum
alhamdulillah
tahniah..tahniah...
grinclap
amni raihan on April 30 2009 23:34:41

ALHAMDULILLAH...sesungguhnya Allah sentiasa bersama dgn org yg menuju ke jlnNya..tahniah! moga kalian terus menuju ke hadapan...bg ana,biar x dpt jd pendokong,penyokong pun jd la...hehe
haura humaira on May 01 2009 00:09:33

assalamualaikum
alhamdulillah, tahniah IluvIslam..
terus maju untuk memimpin dakwah kebangsaan..

erk, apa sy ckp ni?

terus maju demi negara islam..!
Kyouya Ootori on May 01 2009 00:40:51

Alhamdulillah

Congratulation to iLuvislam
spypcss on May 01 2009 00:50:30

waa..seronoknya...
tahniah!tahniah!
neo_rantissi on May 01 2009 01:23:11

Syabbas mere-bette! Mabruk! Semoga terus tsabat!
f@krOol_90 on May 01 2009 01:27:28

selagi kita masih berada di jalan yang benar,

selagi itulah Allah masih berada di sisi kita......


dan kejayaan ILI membuktikan bahawa kita semua berada masih breada alhamdulillahdi jalan yang Allah kehendaki.....
alhamdulillah
helangsenja on May 01 2009 04:08:22

kalau tak keberatan, pihak dari Kelab Ma'ruf UIA sudi untuk promote ili dalam UIA. Boleh tambahkan lagi keahlian ahli UIA dalam ili ini.

Sekadar cadangan dari sekretariat Ma'ruf Club.. gembira
aimi zahirah on May 01 2009 09:37:36

alhamdulillah

semoga org kat luar sana lbh ramai yg tahu ttg lwn web yg byk manfaatnye nie..iluvislam

dua2 CEO yg dr pndgn mata kasar mmg low profile..tp sifat kepimpinan jelas di riak muka..clap
annamir on May 01 2009 19:29:45

Alfu mabrouk seikhlasnya dari saya buat admin dan krew2 ILUVISLAM.com atas satu lagi usaha yang amat membanggakan ini! Semoga ruang lingkup dakwah kita akan lebih efektif lagi selepas ini. Saya amat berasa gembira dengan kerjasama yg terjalin ini.

Alhamdulillah 'ala kulli haal clap

~annamir~
Nur_Munawwarah on May 02 2009 03:40:08

assalamualaikum
alhamdulillah...moga iluvislam terus maju. sesungguhnya Allah swt membantu niat hambanya yg suci n membuat kebaikan pd jalanNYA...moga kita semua lebh terbuka dlm menerima apa shja pndangan n pendpt utk pembaikan n kmjuan bersama dlm satu keluarga islam. harap nnti agama lain jgk tertarik dgn laman ini sbg pnyampai dakwah utk mereka...amin..syukran utk semua yg menjayakan n meneruskan usha memperjuangkan iluvislam.clapclapclapteruskan usha anda.kami semua menyokong yahoo!yahoo!thumbs upthumbs upinsyaAllah
Nik Najmi on May 03 2009 13:47:54

Tahniah di ucapkan kepada kalian..
semoga Allah membalas jasa baik kalian..yes
jazakallah
ihdinous on May 04 2009 17:08:06

assalamualaikum
bismillah

cuma ini sedikit pandangan dari secebis ilham yg tetiba muncul buat renungan kita bersama ya akhi? cuma nak tambah sikit ja lagi.

1. Kepada diri saya dan sahabat pengurusan yang lain:

* Marilah kita sama-sama memelihara niat.

* Jauhkanlah diri kita dari penyakit hati seperti riak, sombong dan iri hati.

* Mari kita terus bersatu hati dan berpadu tenaga untuk memantapkan pengurusan iLuvislam.com.

* Berdoalah selalu agar Allah sentiasa memberikan kita semangat untuk terus thabat dalam perjuangan ini.

* Janganlah berputus asa akan rahmat Allah kerana Allah itu Maha Pemberi Rahmat.


elok jika kita terus sama2 bersatu dengan badan2 pejuang agama yg lain seperti HPA yg sedang menggegar industri makanan negara kita yg selama ini kita buat tak tahu shj..

samada percaya atau tidak;

- majoriti rakyat kedah khususnya di sungai petani [menurut pemerhatian ana selama lebih 48jam berada disana semalam] sudah menolak unsur2 barat yg ada dalam makanan mereka. sbg contoh;

- Kentucky Fried Chicken vs Radix Fried Chicken
- Coca cola vs Radix Cola
- Nescafe vs Kopi Radix
- Colgate vs Ubat gigi keluaran HPA
dsb.

perjuangan kita susah nak diterima doanya andai masih ada unsur2 syubhah dalam diri kita, makanan yg ntah tak tahu dari mana sumbernya. lokasi pengambilannya. haruslah kita titik beratkan mulai saat ini jika mahu thabit dalam perjuangan kita

dan haruslah kita ingat, agama2 lain takkan senang melihat agama kita maju dan kehadapan.

2. Kepada krew-krew iLuvislam.com:

* Marilah kita sentiasa perbetulkan niat.

* Jom mantapkan diri kita dengan amal soleh supaya kita bisa menjadi contoh.

* Berkongsilah apa sahaja idea dan pandangan dengan saya melalui medium sedia ada.

* Teruskan usaha kalian untuk terus "memberi" kasih sayang kepada ummah.

* Berdoalah selalu agar Allah sentiasa memberikan kita semangat untuk terus thabat dalam perjuangan ini.


buat sesama krew, ana seru antum hayati perjuangan ana bersama HPA dan iluvislam, khususnya kepada rakan2 seperjuangan wakil2 ipt sekalian. Ana bersama ketua kita [akhi mushana] insya'Allah sentiasa dalam keadaan bersedia menghadapi apa jua masalah yg anak2 buah kami hadapi. Bagi krew2 lain, [bukan nak bias pada wakil2 ipt shj ya?] kalau ada masalah yg nak kongsikan, boleh hubungi ana. ASebarang persoalan bolehlah diajukan pada ana [terutama tentang HPA] di talian ana;

013 222 8874 anwar al-Din [24 jam, insya'ALLAH]
amore on May 08 2009 18:44:44

assalamualaikum tahniah,,jutaan tahniah alhamdulillah ili bergerak setapak lagi,,maju clapwinkgembira,,bestnya kalau dapat join gak huhuhugrindancesemoga kalian dapat tajaan banyak lagi yeahhhhhhhhhhhaminclap
dood on May 13 2009 12:40:01

What an achievement! Congrats...

All the best to you guys semua. Niat yang baik pastinya mendapat keberkatan dan insyallah akan dipermudahkan segala-galanya.

iluvislam
mohd_izari on July 29 2009 00:49:10

Alhamdulillah.. tk sangka, ILI menjadi anak angkat tempat saya mencari rezeki halal(karangkraf)..
thumbs up
nursyahadah_ilahi on September 12 2009 19:18:36

thumbs up
tahniah semua..
semoga akan terus bertambah lagi rezeki akan dtg.
insyaallah..
hokage on December 09 2009 12:37:04

assalamualaikum
bismillah
ALHAMDULLILAH
teruskan perjuangan i luv islam!!
skongan pdu akn ana brikan dri blakang!!
iluvislam
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."
spacer