Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 69
- Members Online: 16
- Total Members: 85,796
- Show Who's Online
- 26,105,833 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Gathering Pertama Krew iLuvislam.com Malaysia

Gathering Pertama Krew iLuvislam.com Malaysia
www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube


“SubhanAllah, saya rasa makin sayang dan rindu kepada krew-krew iLuvislam.com. Sayang dan rindu bukan kerana cinta monyet, tetapi sayang dan rindu atas ukhuwah yang telah kami bina. Kami umpama sebuah keluarga, yang sentiasa ceria dan semangat untuk ‘memberi’ sesuatu kepada Islam. Mohon izinkan kami melakar satu sejarah untuk ummah.”

“Maha Suci Allah, syukurku hanya untukMu Allah, terima kasih Allah. Engkau yang telah menentukan kami berkumpul pada hari ini. Engkau-lah Tuhan Maha Perancang.  Ya Rabb, telah Engkau tautkan hati kami untuk sama-sama merasai ukhuwah ini. Sesunggunya Engkau-lah Tuhan yang memegang hati-hati kami. Ya Allah, Engkau telah berikan kami kasih sayang dan ingin kami kongsikan kasih sayang itu untuk mendamaikan bumiMu, sesungguhnya Engkau Tuhan Ar-Rahman; yang Maha Penyayang kepada semua makhluk ciptaanMu.”

http://www.iluvislam.com/spica_gen/gambar/gathering1_2009/1.gif
Jalaludin berkata sesuatu kepada saya, Mahmud dan Lud

Itulah sedikit sebanyak luahan hati saya setelah semalam (25 April 2009),  saya berjaya mengumpulkan krew-krew iLuvislam.com seluruh Malaysia buat kali pertamanya selepas proses pengambilan krew baru pada awal 2009. Gathering ini adalah bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC.

Sebagai seorang presiden merangkap insan yang bertanggungjawab menguruskan gathering kali ini, saya berasa sungguh terharu dan bersyukur kerana lebih 20 krew iLuvislam.com seluruh tanah air telah hadir. Ada yang datang dari Pulau Pinang, Melaka, Taiping, Shah Alam, Subang, Semenyih, Gombak, Bangi dan lain-lain.

InsyaAllah, akan datang, iLuvislam.com akan mengadakan program khas untuk semua ahli iLuvislam.com(bukan krew sahaja). Buat masa ini, biarlah kami bermula dengan kecil-kecilan dahulu supaya kami mendapat pengalaman.

http://www.iluvislam.com/spica_gen/gambar/gathering1_2009/2.gif
Sebahagian krew perempuan; sedang mendengar tazkirah ringkas dari saya

Uniknya, walaupun ini kali pertama kami bersua muka, sungguh terasa ukhuwah yang begitu utuh antara kami semua. Kami saling bersalaman, berpelukan sesama jantina dan melakukan aktiviti secara berkumpulan.

Saya telah merancang beberapa aktiviti dan kejutan, antaranya:

* Usrah
* Aktiviti “The Apprentice”
* Tetamu jemputan iaitu ibu saya dan adik-beradik saya
* Makan beramai-ramai
* Penyampaian hadiah

Jam 10 pagi, hampir kesemua krew telah hadir. Maka, kami bergerak ke surau lelaki PWTC untuk berkumpul dan membuat usrah ringkas. Ketika sesi ini, saya mengingatkan kembali kepada seluruh krew yang hadir akan misi dan visi iLuvislam yang tertulis dalam ‘business card’ kami. Saya turut meyakinkan semua krew bahawa, saya bangunkan iLuvislam untuk ‘memberi’ kepada ummah; maka, tidak kiralah samada kalian ahli PAS atau UMNO atau JIM atau ISMA atau HALUAN atau ABIM atau apa sahaja; insyaAllah kalian boleh bekerjasama untuk memberi manfaat kepada masyarakat melalui medium iLuvislam.com.

Sebagai seorang ketua, salah satu peranan saya adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada orang yang saya pimpin. InsyaAllah, selagi saya mampu memimpin iLuvislam.com:

“I’m here to inspire you my brothers and sisters of iLuvislam crews. I’ll do my very best for it and I hope you are happy and enjoy with me. Please contact me anytime and please correct me if I’m wrong.”

Kemudian, saya bercerita sedikit sebanyak berkenaan program realiti yang terkenal di Amerika Syarikat dan United Kingdom; iaitu The Apprentice. The Apprentice adalah nama yang saya pilih dalam aktiviti khas sempena gathering kali ini.

Krew yang hadir dipecahkan kepada 2 team besar iaitu team ’sales’ dan team ‘marketing’. Team sales bertanggungjawab mengedarkan 5,000 brochure iLuvislam.com di pintu-pintu masuk PWTC dan beberapa tempat strategik. Setiap individu diberikan jumlah brochure yang lebih kurang sama iaitu 500 brochure setiap seorang. Krew yang paling awal menghabiskan brochure mereka; di-isytiharkan sebagai pemenang (seorang lelaki dan seorang perempuan).

http://www.iluvislam.com/spica_gen/gambar/gathering1_2009/4.gif
Seorang kakak sedang membaca brochure iLuvislam.com

http://www.iluvislam.com/spica_gen/gambar/gathering1_2009/6.gif
Si cilik turut menerima brochure iLuvislam.com

http://www.iluvislam.com/spica_gen/gambar/gathering1_2009/5.gif
Team 'sale' dilatih senyum 2 cm kiri dan 2 cm kanan untuk tingkatkan 'sale'

Team marketing pula dipecahkan kepada 2 kumpulan; setiap kumpulan perlu memilih seorang ketua dan setiap kumpulan diberikan duit sebanyak RM 150 untuk dihabiskan.
Selain dikehendaki membeli buku-buku yang bersesuaian dengan peranan iLuvislam, mereka dikehendaki membuat marketing survey dengan mengumpulkan sebanyak mungkin brochure dari setiap booth. Satu team ditempatkan di tingkat 1 manakala satu lagi di tingkat 2.

http://www.iluvislam.com/spica_gen/gambar/gathering1_2009/3.gif
Jalaludin dan Syamil sedang membuat 'market survey'

Tepat jam 12.30 tengah hari, semua dihendaki berkumpul semula di tempat kami mula-mula berkumpul iaitu di Legar Putra. Alhamdulillah, semua on time! Tahniah kepada krew-krew yang berdisiplin.

Selepas penat dengan aktiviti, kami semua bergerak ke pasaraya The Mall untuk makan secara berjemaah. Alhamdulillah, kami dapat makan bersama dengan dua susunan meja yang panjang; satu untuk krew lelaki dan satu untuk krew perempuan.

Sambil menunggu makanan dihidangkan, saya telah memanggil dan menemuramah 2 orang ketua pasukan dalam team ‘marketing’. Kedua-dua mereka membawa buku yang telah dibeli dan mereka telah ditanya beberapa soalan, antaranya; mengapa mereka membeli buku-buku berkenaan dan apa signifikasinya dengan iLuvislam.com. Kemudian, seorang krew mengira jumlah brochure yang telah dikumpulkan oleh setiap pasukan. Pemenang bagi aktiviti ini dipilih sendiri oleh saya selepas mendengar penerangan dari ketua-ketua pasukan berkenaan.

Selepas semua kekenyangan, kami mengadakan majlis penutup. Apabila doa telah dibacakan, acara pemnyampaian hadiah berlangsung. Pemenang bagi aktiviti team sales dan team marketing, masing-masing menerima hadiah istimewa. Tahniah bagi yang menang! Bagi krew yang kurang bernasib baik kali ini, insyaAllah boleh cuba lagi akan datang! ^_^

http://www.iluvislam.com/spica_gen/gambar/gathering1_2009/9.gif
Wah, best nyer dapat hadiah! :)

Gathering kami berakhir dengan solat zohor secara berjemaah, alhamdulillah.

Sahabat-sahabat yang disayangi,

Apa jua misi dan visi yang ingin kita capai, ia memerlukan ‘langkah pertama’ untuk berjaya. Bagi saya, inilah langkah pertama kami; pihak pengurusan sumber manusia/human resource(HR) iLuvislam; untuk menyahut cabaran moto dan misi kami tahun ini; iaitu “together WE strengthen OUR ukhuwah.”

Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak HR iLuvislam untuk merapatkan ukhuwah antara krew, namun saya merasakan bahawa inilah langkah pertama untuk langkah-langkah mapan seterusnya. Saya optimis dan komited dalam usaha ini, insyaAllah.

Saya harap sahabat semua doakan saya untuk terus istiqamah membawa iLuvislam.com ke suatu tahap yang boleh memberi impak besar kepada ummah.

Bukan sekadar itu, saya juga sentiasa berharap dan berdoa agar usaha ini tidak terhenti selepas saya mati tetapi ia sepatutnya diteruskan oleh generasi-generasi akan datang. Oleh kerana itu, antara langkah awal yang saya ambil adalah saya mengkaderkan banyak krew-krew baru yang jauh lebih muda dari saya; kebanyakannya kini berumur 18 dan 19 tahun. Krew termuda iLuvislam setakat ini adalah berumur 16 tahun dan beliau turut hadir dalam gathering krew Malaysia pertama kali ini.

http://www.iluvislam.com/spica_gen/gambar/gathering1_2009/7.gif
Bersama krew tercomel dan termuda iLuvislam.com ; Anwar dan Fiqa

Buat ahli iLuvislam.com, kami turut mempunyai perancangan akiviti untuk kalian. Nantikan sesuatu yang istimewa dari kami! Apa yang saya bayangkan adalah ketika aktiviti itu nanti, semua yang hadir akan memakai T-Shirt iLuvislam.com. Saya optimis.

Akhir kata, saya sayang dan kasih krew iLuvislam.com kerana anda semua sayang dan kasih kepada Islam serta rela berkorban untuk mendapatkan redho Allah. Terima kasih kepada krew yang hadir kali ini; Amar, Lisam, Anwar, Jalaludin, Aman, Lud, Udon@Mushana, Izat, Mahmud, Syamil, Leen, Rosniza, Farhana, Saidah, Masyitah, Surinah, Ain, Fiqa, Masrurah, Asma dan Asniza.

Teristimewa buat ibu saya, Puan Rubiah, abang saya, Ruzani dan adik saya, Norzamzarina kerana sudi meluangkan masa untuk hadir semasa usrah dan sama-sama bantu menyebarkan brochure. Kalian sentiasa menjadi sumber inspirasi bagi saya.

Tidak lupa kepada saudari freshie yang telah design brochure yang sangat cantik, comel dan berwarna-warni.

Mari kita terus kuatkan barisan, kukuhkan tarbiyah diri, mantapkan peribadi, jauhi persepsi dan mapankan ukhuwah sesama ahli; demi untuk membina istana-istana indah di syurga Firdausi nanti.

http://www.iluvislam.com/spica_gen/gambar/gathering1_2009/8.gif
Kamilah penyambung warisan iLuvislam.com


Luv Everybody, Hate Nobody,

Mohd Nurul Imran Bin Koyube
Presiden iLuvislam.com

Sumber : imkoyube.iluvislam.com




**Brochure yang disebarkan (bahagian dalam dan luar)**

http://www.iluvislam.com/spica_gen/gambar/gathering1_2009/10.gif



http://www.iluvislam.com/spica_gen/gambar/gathering1_2009/11.gif


46 Comments · 2413 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 100% [21 Votes]
Very Good Very Good 0% [No Votes]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
RosNiza Abdullah on April 26 2009 03:45:33

bismillah assalamualaikum

“SubhanAllah, saya rasa makin sayang dan rindu kepada krew-krew iLuvislam.com. Sayang dan rindu bukan kerana cinta monyet, tetapi sayang dan rindu atas ukhuwah yang telah kami bina. Kami umpama sebuah keluarga, yang sentiasa ceria dan semangat untuk ‘memberi’ sesuatu kepada Islam. Mohon izinkan kami melakar satu sejarah untuk ummah.”


betul2 tu bro.im yes

alhamdulillah dengan izin Allah..kita semua dapat berkumpul semalam...sy juga sygkan ukhuwah antara kita...moga subur mewangi ke jannatul firdausi...thanks krew2 iLi yg hadir...potretkan memori semalam dihati kalian.

HATI kita umpama kaca jangan biar RETAK,
AKAL kita umpama air jangan biar ia KERING,
IMAN kita bagai debu jangan biar ia HILANG,
UKHUWAH PERSAUDARAAN ANTARA KITA UMPAMA TALI JANGAN BIAR IA PUTUS.

MAY ALLAH REWARDS US WITH JANNATUL FIRDAUSI.amin

moga Allah mengizinkan kita bertemu lagi...amin
ijja1912 on April 26 2009 04:18:18

assalamualaikum

.. SubhanAllah.. rasa cam bertakung jer air mata baca update kali ni...walaupun tak dapat join gathering ni, dapat rasakan betapa dekatnya ukhwah antara smua..

.. Indahnya Ukhwah bila smuanya hnya kerana Allah semata..

~ Moga smua krew ILI tetap teguh dalam saf perjuangan ini..jangan berpecah belah..biarpun pandangan kita adakalanya berbeza, kerana kita hanya akan berjaya dan kuat bila hati2 stiap mukmin itu bertaut dgn fikrah yang sama- Pecah belah hanya akan menghancurkan kita..

~ lastly,

>> Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup, Walaupun setelah kita mati <<

cloud 9
Ruzaini on April 26 2009 04:23:50

Subhanallah!

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui.
Bahawa hati-hati ini telah berhimpun atas dasar kecintaan kepadaMU
Bertemu di atas ketaatan kepadaMu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati-hati ini telah mengikat kesetiaan untuk menolong mendirikan syariatMu
Maka ya Allah, eratkanlah ikatan ini
dan Engkau kekalkanlah kemesraan Mawaddah antara kami.
Tunjukkanlah hati ini jalan yang sebenar
serta penuhkanlahlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.
Lapangkanlah hati sanubari ini dengan keimanan dan keindahan tawakkal kepadaMu
Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentangMu.
Jika Engkau takdirkan kami mati Ya Allah,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

iluvislam
Kyouya Ootori on April 26 2009 04:44:21

assalamualaikum

aduuuuh duh
ruginye xleh pergi kali nih.

anyway,tahniah utk sume. gembira
jazakallah
UkhwAh on April 26 2009 05:04:02

Assalamualaikum wbt..

Subhanallah!ALhamdulillah!Allahuakbar!

Indahnya ukhuwwah yang terjalin. Sungguh menggetarkan jiwa ini
yang melihat betapa kukuhnya kemaslahatan dan kuatnya semangat
dakwah kalian dalam meneruskan usaha memperkenalkan iluvislam.com
kepada masyarakat di luar sana.

Semoga Allah swt setiasa mempermudah dan merahmati
hamba2-Nya yang berjuang dalam menegakkan agama-Nya.
amin ya Rabbal 'alamin.

Semoga terus bersemangat!!!

Jazakallah..
hyahidAyAh on April 26 2009 07:44:22

assalamualaikum

wahh...bestnye gathering...

alhamdulillah..semoga ukhuwwah antara kita terus utuh...wpun xleh join kali ini,sobsob
harap sgt dpt join nxt tyme...dengan izin Allah hendaknya....




p/s: btw, brochure iluvislam tu comey la..comey sgt!!!!2 thumbs up clap
credit to d designer..hehehe
nalia on April 26 2009 09:12:40

Salam'alaik

Alhamdulillah...manisnya sebuah perpisahan, jika pertemuan tu kerana Allah...jeles tak terkata...ni jeles yg positive ye wink wink lagipun ana sedang dlm mode exam ni,...

Semoga permulaan yg baik ni, akan mencabah lebih banyak benih2 kasih sayang antara krew...pasni leh wat utk ahli punya pulak...mesti meletop u...yahoo!
cahayasuci on April 26 2009 09:26:02

assalamualaikum

mohon maaf x dapat hadir ke gathering kali ini...
moga gathering akan datang akan sya dpt hadiri...

"ukhuwah itu indah kerana Allah"

u.p : cantik design brochure tu... thumbs up
muhammad naim on April 26 2009 09:28:10

assalamualaikum

RASE SEDIh jugak x dpat bersam antum semua,moga masa kan datang kitaakan berjumpa lg

insyaAllah

iluvislam

yahoo!
aisya humaira on April 26 2009 09:57:37

bismillah

Subhanallah..
Terharu sungguh sy bace artikel drpd bro im kalini..
Jauh di sudut hati sy sedih sbb tk dapat join,
Tp somehow sy dpt rase betapa utuhnya ukhwah antara kite semua..
Inshaallah,hrp lps nie lbih buat gathering besar2an plak..lebih mantap..hehe

Go go iLuvislam..
idianna on April 26 2009 10:02:31

nk ikut nk ikut.....huhu..grindance
izzu_86 on April 26 2009 10:55:27

salam,
waduh2,kali tau ader time 2,dh lame ana pi,
rugi2,harap2 iluvislam akan wat lagi yek.chayoj3.
yahoo!
salam ukhuwah dr ana.
amin
ammcreative on April 26 2009 11:03:15

assalamualaikum
alhamdulillah,enjoy sungguh semalam,disamping jumpa sahabat2 iluvislam dan presiden ILIDC sendiri. Diharap selepas ini, byk lagi program2 yang dapat mengumpulkan kita semua di ruangan realiti ini thumbs up

hidup iluvislam grindance
AinulAdawiyah89 on April 26 2009 11:07:37

assalamualaikum....

masyaAllah, indahnya ukhuwah yang bdi jalinkan atas nama cintakan Islam. Malangnya ana tak dapat menghadirkan diri atas sebab yang tak dapat di elakkan.

Ana harap ana dapat menghadiri ke iLi bersama sahabat-sahabat yang cintakan islam dan agama...insyaAllah, amin
jfaisal on April 26 2009 11:25:15

salam........
wa..bestnya....
masrurah on April 26 2009 11:31:38

salam....

memg best...

presiden blnje lak tu..hahahahaa

sonok wat aktivitu cmtu...

lain kli wat lg ye akhi im..

all the best!
menoufiaz on April 26 2009 11:37:17

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. ayat:7, surah Muhammad


jazakallah kepada semua yang berhabis duit,tenaga,masa, untuk islam..
semoga ukhuwwah yang berputik ini mekar dan menjadi teras dalam jiwa kita semua..
jangan biarkan ianya mati dengan racun hasad dan permusuhan..
bajailah ianya dengan baja ikhlas dan sabar..
semoga ukhuwwah dan amal islami ini melayakkan kita mendapat lembayung rahmat dihari tiada lembayung melainkan rahmatnya.. insyaAllah

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Tujuh golongan yang Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya:
1- Imam yang adil,
2-pemuda yang hidupnya sibuk dengan *beribadat kepada Allah
3-laki-laki yang hatinya terpaut dengan masjid,
4-dua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, comfort
5-Seseorang yg Berdzikir kepada Allah dan air matanya berlinang,
6-laki-laki yang diajak (digoda) oleh wanita yang bernasab yg tinggi dan cantik lalu ia berkata: ..."Sesungguhnya aku takut terhadap Allah",
7-seseorang yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.”
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)



*(ibadat mempunyai konteks yang luas tidak terhad kpd solat,zikir,i'tikaf di masjid, termasuk seluruh kehidupan itu ibadat, menolong menyebarkan islam itu juga ibadat, hatta sekalipun memberi air kpd anjing yang haus, sayang kepada haiwan cat termasuk dalam ibadat..apatah lagi berhabis duit dan tenaga untuk islam..betapa universalnya agama kita kan alhamdulillah ) ,

akhir kalam.. saya,awak,dia,mereka,kami,kita,beliau,adik,abang,kakak,emak,makcik,ayah,cucu,cicit,upin-ipin semuanya sayangkan iluvislam .. grindance
me_najah on April 26 2009 12:30:39

ingin merasa ukhwah seperti ini...
harap suatu hari nanti dapat bersama kalian...wink wink
-LUD IBRAHIM- on April 26 2009 12:39:39

assalamualaikum

alhamdulillah, saya dapat hadir dan dapt bersama ngan kawan2 krew ILI..insyallah akhi im buat lagi aktiviti yang seperti ini pade mase yg akan datang...insyaAllah......akhi im...nape pic saye jer nie??..hehehe malu lae..
huhugrin...

ape pun jazakallah saya ucapkan pade akhi im sebab belanja kami semua.... insyaAllah kite ketemu lagi yer akhi im...

maju jaya iluvislam
akrimimathwa on April 26 2009 13:17:54

bismillah
assalamualaikum

rugi plak lmbat sampai...apa2pun, together we strenghten the ummah!!

Wallahua'lam.
AKU_HAMBA-NYA on April 26 2009 14:04:36

assalamualaikum

seronoknya...hehehe

rugi la sebab jauh...

bila nak buat lagi ek?hmm!
wardatulshaukah48 on April 26 2009 14:08:38

assalamualaikum

bestnya...lainkali diharap akhi ikmran kumpulkan ahli I Liv Islam

Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah..
Ukhwah Fillah...

musicmusicmusic
dixgurlz83 on April 26 2009 14:52:16

assalamualaikum

next time..
untuk ahli iluvislam
pulak yer...
heheh...
insyaAllah
thumbs up
Mohd aliff on April 26 2009 15:11:57

assalamualaikum

tahniah kepada krew2 iluvislam..berharap jugak dpt jumpa kalian semua satu hari nanti..

kagum dengan cara pihak pengurusan especially saudara imran.

semoga ALLAH sentiasa memberkati kita semua..

gembira
Islam_power on April 26 2009 17:04:50

assalamualaikum ana pon ade dpt brochure tu masa tgh pergi rombongan puteri islam kat PWTC. serius, agak terkejutlah jugaklah ana masa dpt brochure iluvislam tu! yeah!! teruskan usaha anda!! semoga allah memberkati kalian~~amin
almusafirq8 on April 26 2009 17:43:55

salam..
masya allah tabarakallah..
terharu ana melihat semangat antum semua...sebagai sang musafir ana hanya mampu doakan antum semua dari jauh..insya Allah ana peluang ana pun ingin bersua dengan ikhwah sekalian...terutamanya akh pres kita...
syabas..dan mabruukk...teruskan usaha kalian..

salam hangat dari almusafirq8...iluvislamclap
irsyadian on April 26 2009 17:59:14

assalamualaikum
mzti best kan dpt gathering..
jelez la..ape kate buat gathering ahli secepat mungkin...
klu besar sgt famili iluvislam ni..try buat gathering ahli ikut negri..
(cadangan je)
then ana terbayang something....
klu buat camping pon ok jgk..(hanya utk ahli iluvislam)
hurm papepon boleh jnji dpt jalin ukhwah sesama ahli..
ha...ana tggu....klu ade
insyaAllah
ana nk join skali...yesyesyes
imtiazsofea on April 26 2009 18:23:03

saye selaku krew yg tercicir dr gathering rasa jeles kat sume yg dapat hadir..hehe

nape la killer week kami pada minggu ni..haih!

yahoo!yahoo!yahoo!
ibnu_zainal on April 26 2009 20:21:16

jom semua kita sokong iluvislam.com!!!clapgrin
halfy yusuf hevil on April 26 2009 20:22:16

bila gath ni?? x tau pon? *may be im d new member..i miss it..too bad
- Aman Shah - on April 26 2009 21:14:58

laaa...
ada lagi yang tercicir..
ada lagi yang tak tau ada gathering ni...
tak per....
lain kali,
kita suruh bro im anjurkan lagi....
semoga lagi ramai yang dapat turun kali ni...
insyaAllah...

best aritu...
walau seketika....
arisHa27 on April 26 2009 21:53:40

assalamualaikum

wah!!best nyer gathring..
rugi nye x dpt jOin..sad
next time wat lg taw gathring2 cm nie ek bro im??
ti isyaallah sy jOin..

iluvislam
hafizah_physio on April 26 2009 22:40:41

assalamualaikum
Waah...!!Seronoknya bila sy baca aktiviti gathering pertama krew iluvislam ...teringin sgt nk join...(namun,apakan daya...sabtu sy bekerja...lgipun, ahli je.he3..grin)

Walaubagaimanapun,syabas & tahniah fiza ucapkan pd semua krew2 iluvislam yg telah bertungkus lumus menggerakkan usaha dakwah melalui teknologi di hujung jari ini clap...

teruskan usaha kalian...caiyo2!!thumbs up

p/s:terbayang d tubir mata tentang keseronokan Apprentice ni..huhuhuu..sekaligus mengingatkan sy ketika aktiviti dgn shbat2 generasi G7.
iqbal86 on April 27 2009 00:08:45

good job guys... may Allah bless all of you...gembira
insyirah amsyar on April 27 2009 01:21:50

assalamualaikum

huhu..memg best sgt...
tp yg x best nyer...name sy bro.im x tulis pun..huhu..sedeynyer..
tp x pe la...yg penting..sy g..n jmpe kwn2 sume..syok banget...
trase cm adik beradik...trase ukhwah tuh..rapt skali..
even br 1st time jmpe...

grindance
sha-sha on April 27 2009 09:34:13

assalamualaikum

alaaa, nie yg jelez ni...
nk pegi jgksad

2 la...
pesal x thu pun gathering nie...
sedey tausobsobsobsobreal sad
MujahidEEn_89 on April 27 2009 11:28:03

assalamualaikum

ada beberapa perkara yg ingin saya sentuh.harap tuan presiden ambil berat terhadap pandangan saya insyaAllah

1.saya jelezzzzzzzzzz sangat-sangat-sangat dengan iluvislam...aduuhh...nak jadi krew,belum dipilih Allah lagi...mana taknya,saya dah jarang online iluvislam.com sebab saya bz buat praktikal..aduhh..jelesnya...bila lagi nak bukak jadi krew ni??? sad

2.menyentuh soal gerakan Islam,saya memang sangat terasa dengan sebilangan besar umat Islam sekarang...UMNO disebut,PAS disebut,ABIM,AJIM,disebut...tapi jarang sekali Hizbut Tahrir disebut dan rasanya macam tak pernah disebut pun.Hizb tak perjuangkan Islam ke???saya bukan ahli Hizb tapi saya ikuti perjuangannya.hizb memang ada kekurangan,tapi apa salahnya highlightkan hizb... no

3.harap iluvislam bukan sahaja melibatkan diri dalam pesta buku,tapi libatkan diri dalam beberapa karnival lain wink

4.banyakkan lagi produk iluvislam.sebab saya tahu,produk iluvislam mendapat sambutan hangat..masa pergi pesta buku semalam (26hb 4),saya dan ada tiga orang muslimah bertudung labuh dok tercari-cari booth nufair.huhu...

apa-apa pun,saya menyokong penuh iluvislam,insyaAllah
ma'at taufiq wan-najah!!! clapclapclapthumbs upthumbs upthumbs up

***BUKA PINTU LAGI EK KEPADA SAPA-SAPA YANG NAK JADI KREW...HUHU~~~grindance
adv_reds on April 27 2009 12:22:41

salam.

saya selaku salah seorang krew yg juga tercicir..hahaha
mengucapkan tahniah kepada anda semua atas kejayaan gathering.

together WE strengthen OUR ukhwah.

yg bksempatan, join lah kami ke karangkraf rabu ni ye!
- Aman Shah - on April 28 2009 00:22:58

aik syawal,
turun ka karangkraf rabu ni?
jelezzz pulak aman rabu ni...
kene keje~~~

tak dpt cuti...
huhu...

Mujahideen_89,
insyaAllah...
kalau terbuka hati bro president,
terpilih laa nanti...
taufiqzulkefli on April 28 2009 04:35:17

assalamualaikumjom smua pakat promote kt kwn2 yg laen..
moga manfaat dan kebaikan lmn web iluvislam ni dapat dikongsi bersama..
member2 iluvislam sentiasa support usaha pihak krew2..

cayalah abg Imran n the geng...clap
sinar mawaddah on April 28 2009 12:14:36

Salam alaika...

Ruginya ana...cz dpt tahu tentang gathering nih lewat. bka hari2 pn xtahu jgk. sedey tol la. ana da lama tgu gathering nih. bla da tahu, tlepas plk. hmm...ana hrp, one day, gathering cmni akn dbuat lg. ana nk join jgk...insyaAllah. ana rasa sng dgn jalinan ukhwah cmni. hope dpt dteruskn pd masa akn dtg demi keutuhan ummah.

Hopefully...iluvislam...stiasa mekar mewangi dhati2 hamba-Nya yg inginkn panduan n teladan. insyaAllah.cat
bdkmacho on April 28 2009 17:13:00

assalamualaikum

alhamdulillah clapthumbs up

amin
Wardatul_jannah on April 28 2009 22:25:01

assalamualikum..

alangkah indahnya jika ana juga blh mnyampaikn dakwah scra online dan mnjdi slh seorng dr krew iluvislam..hmm!hmm!
rabiatul adawiyah on April 30 2009 15:57:46

alhamdulillah...Basha!!! semoga kekal istiqamah dlm barisan pejuang islam....insyaAllah
haziq90 on May 01 2009 16:20:48

assalamualaikum.........BESTNYA!!!!!!!!!!!Krew iluvislam sumenya nampak best2 jek.Hehehe............Saya harap sangat pada masa akan datang krew iluvislam dapat datang kat politeknik shah alam untuk mempromosikan iluvislam.Saya teringin jumpa anda sume!iluvislam
al-kausar on May 06 2009 22:25:08

Assalamualaikum
mabruk!
jase enta( president ) Allah swt je yg dapat bls.
sungguh! tak ramai yg sanggup luangkan masa 2k keje2 baik ni.

teruskan langkah perjuangan!!!
mge kita sume thabat di atas jalan Illahi ni.!!
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi."
spacer