- Guests Online: 144
- Members Online: 39
- Total Members: 85,792
- Show Who's Online
- 26,098,932 visits since
December 2007
|
|
Atasi Sikap Bertangguh
www.iLuvislam.com
helangsenja
editor : everjihad
Satu sikap yang ada dalam setiap diri kita dan menjadi penyebab kepada kegagalan kita. Iaitu sikap bertangguh. Bertangguh maknanya kita dengan sengaja melambatkan atau tidak menyiapkan satu-satu kerja, aktiviti atau tugasan yang sememangnya penting atas alasan yang tidak penting. Sebaliknya kalau sesuatu kerja itu terpaksa diketepikan seketika kerana ada sesuatu yang lebih penting lagi yang mesti disiapkan, maka itu bukanlah bertangguh.
Malangnya, ramai diantara kita atas alasan yang remeh temeh melambat-lambatkan sesuatu pekerjaan. Mari kita renungkan seketika, kalau anda seorang pekerja di pejabat, apa agaknya kerja semalam yang anda tahu penting tetapi tidak dibuat. Mungkin ada borang yang perlu dilengkapkan dan dihantar; atau panggilan kepada pelanggan yang belum dibuat; atau projek yang belum disiapkan malah mungkin belum dimulakan; atau khidmat selepas jualan yang tidak dibuat meskipun berkali-kali anda ingatkan diri anda ia adalah penting. Bagaimana pula dengan urusan dirumah? Anda mungkin dah lama mahu mengecat rumah tetapi sehingga kini masih belum siap; atau menyapu lantai, menggosok baju, mengelap tingkap, mencuci bilik air.
Bagaimana pula dengan urusan peribadi anda? Anda tahu sudah tiba waktunya anda menghubungi ibu bapa di kampung; atau emel sahabat yang tidak berbalas dan SMS yang belum dijawab. Anda tahu berat badan mula bertambah dan sudah sekian lama anda mahu turunkan berat badan dengan menjaga diet dan melakukan senaman harian. Sudahkah ia dilakukan? Rambut yang semakin panjang sudahkah dipotong? Kalau direnungkan dengan ikhlas maka kita akan dapati terlalu banyak yang mahu dilakukan dan terlalu sedikit masa yang ada. Kalau tahu masa semakin sedikit kenapa dihabiskan untuk perkara-perkara yang tidak termasuk dalam senarai penting kita? Iaitu senarai yang kita tahu mesti dilakukan segera. Atau anda sebenarnya tidak pernah buat satu senarai pun selama ini? Segalanya hanya dirancang dalam kepala maka tidak hairanlah kalau anda lupa. Apabila kita bertangguh, kita akan rasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja semakin menimbun.
Akibat dari rasa tertekan ini ialah kemurungan serta emosi yang tidak menentu. Kesihatan juga turut terganggu dan semua ini pasti menjejaskan produktiviti. Hasilnya, kita menjadi orang yang gagal dalam kehidupan sama ada dari kerjaya, akademik, kesihatan, ibadah, kewangan dan sebagainya.
Kenapa Wujudnya Sikap Bertangguh?
Antara faktor yang menjadi penyebab tangguh ini ialah:
1. Pengurusan yang lemah, sama ada dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tugas.
2. Takut, sama ada takut kepada kegagalan mahu pun takutkan kejayaan. Ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar, masa makin sibuk dan tiada masa untuk perkara lain, ramai orang yang akan dengki dan sebagainya. Ada pula yang takutkan kegagalan kerana bimbang dikritik, dimarahi, dipandang rendah, takut kerja tidak cukup bagus dan sebagainya. Walau apa sekalipun alasannya, 90% daripada apa yang disangkakan sebenarnya tidak akan berlaku.
3. Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya terlalu sempurna. Begitu banyak masa dan tenaga dibazirkan dengan mengkaji keburukan-keburukan yang mungkin akan terjadi.
4. Masalah fizikal. Masalah kesihatan dan tenaga yang kurang boleh mendorong perasaan malas. Ini membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak produktif.
5. Masalah sikap. Sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. Apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan maka segalanya pasti akan tertangguh. Bagaimana Mengatasinya? Tangguh bukanlah masalah yang tidak boleh diselesaikan. Ia bukannya perkara biasa dalam kehidupan yang tidak dapat dielak. Sebaliknya ia adalah kebiasaan atau tabiat yang tertanam dalam diri kita kerana kita tidak mendidik diri dengan amalan-amalan kecemerlangan.
Berikut dinyatakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah umum ini:
1. Agih-agihkan tugas. Pastikan tugasan bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan. Salah satu penyebab kepada tangguh ialah rasa kerja yang mahu dibuat itu terlalu sukar atau terlalu banyak. Kalau terlalu banyak, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil. Kalau terlalu sukar, dapatkan seseorang yang boleh membantu. Tanya mereka! Jangan jadi orang yang berat mulut. Dalam dunia ni tiada sesiapa pun yang akan membantu kita tanpa diminta.
2. Buat senarai tugas atau ‘TO DO LIST’.
3. Dapatkan satu diari, nak canggih lagi pakai ‘Palmtop’. Malah telefon bimbit pun dah boleh untuk masukkan aktiviti kita. Sebenarnya, jangan bazirkan duit dengan membelanjakan wang membeli diari atau organizer yang mahal-mahal. Ramai orang yang saya perhatikan, ketika semangatnya datang, mereka keluarkan duit untuk tujuan ini tetapi akhirnya sia-sia juga.
4. Cari cara untuk ingatkan kita. Contoh: Jam loceng, komputer, digital organizer dan sebagainya.
5. Sediakan segala keperluan lebih awal. Contoh: Nak ambil pemadam, hanya kerana itu kerja tertangguh 30 minit. Nak ke bilik air dan sebagainya. Kita kena ingat, kita dibayar gaji untuk bekerja 8 jam sehari jadi buatlah yang terbaik!
6. Tiada dua orang yang serupa. Lain orang lain masa yang mana dia akan paling produktif. Oleh itu kenali masa produktif kita dan gunakan masa ini untuk siapkan kerja-kerja penting kita.
7. Tukar cara fikir atau ‘mindset’ kita.
8. Just do it! Jangan peduli apa orang lain akan kata. Ia adalah soal masa depan kita. Percaya cakap saya, 90% daripada sangkaan-sangkaan dan kebimbangan kita itu sebenarnya tidak akan berlaku!
9. Belajar dari kesilapan. Mula melangkah apabila sudah ada perancangan dan jangan tunggu untuk segala-galanya sempurna sebab ketidaksempurnaan itu sememangnya sifat semulajadi setiap hasil ciptaan manusia. Contoh: TV hitam putih wujud sebelum ada TV warna. Telefon bimbit besar sebelum ada yang kecil molek. Orang yang mencipta dan menjual barang-barang ini tidak menunggu segalanya sempurna. Mereka mengaut keuntungan awal dan menggunakan keuntungan itu untuk melakukan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan barangan yang lebih baik.
10. Senaman secara konsisten, 20 minit sehari, 3x seminggu.
11. Jaga diet atau pemakanan. Makan makanan yang kurang lemak dan yang tinggi kandungan fibernya seperti buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran. Makan roti yang ada tertulis perkataan ‘high fibre’.
12. Rehat yang cukup - Lakukan meditasi atau rileks. Itu gunanya kita lepas solat sambung berzikir dan berwirid.
13. Mulakan sedikit, bertatih sebelum berlari. Tidap perlu untuk menghabiskan apa yang mahu dilakukan itu serentak. Manusia mudah rasa jemu dan bosan. Oleh itu, lakukanlah sedikit tetapi konsisten. Pelbagaikan aktiviti dan jangan fokus hanya kepada satu tugas semata-mata.
14. Ganjari diri sendiri setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu tugas atau pekerjaan.
29 Comments ·
5314 Reads ·
|

|
on March 29 2009 18:05:06

erkm..mmg dah azali kan..skap brtangguh tu mesti ada...
dix pun xtrlepas dr skap ni..
lpas ni kena wat list...
huhuh..
degil tul dix ni...tu la suka tngguh kijo...
heheh..prubahan tuk kebaikan..
  |
on March 29 2009 18:29:34


insaf2x... adehhh... Projek Sarjana Muda (PSM) ana x siap2x lg nih....
doakankanlah utk ana smoga siap cepat2x... |
on March 29 2009 19:02:49


Ini keburukan saya paling dahsyat. Delay kerja kalau rasa masih banyak masa.
em, saya rasa kayu ukur yg boleh menentukan kita samada kita ni suka bertangguh or tak ialah dengan melihat adakah kita menangguh solat atau tidak.
Ini pengalaman peribadi sylah.
Hmm, semoga kita lbh kuat setiap hari, amen! |
on March 29 2009 19:43:34
betul3x!!! sy stuju
gambate2x |
on March 29 2009 20:45:41
ya ALLAH ya Tuhan..
takutnya..
semoga aku xbertangguh lg ya Allah... |
on March 29 2009 21:55:29

90% drpd yg kita disangkakan adlh xbtl??
teringat satu ayat lbih krg camni:
"apa yang diharap dan dijangkakan itu doa dalam senyap"-Razzi al-Mansur-
jd ksmpulan, thnk +++++ve..
 |
on March 29 2009 21:59:56
ske sgt wat kje laz minute..huhu.....
susah nk ubah.... |
on March 29 2009 22:29:09
setuju dengan cara sediakan organizer tuh..x yah yg mahal2..yg murah pon ok asalkan praktikal..dlm urusan dunia pon seelok-eloknya kita x bertangguh,,apatah lagi urusan akhirat kn??
Jzkk..very gud article |
on March 30 2009 00:24:59
Salam...
syukran 
kelemahan ana lah ni...
dah tahu bnyk amanah yg dipikul tp kdg2 tak pandai nak bahagi masa...
ana ade 3 asignmnt nak kena submit nih... 10april ada 2 kena hantar...
selasa ni asignment arab..
alhamdulillah dah siap...
wah...kena uzlah kan diri ni...  |
on March 30 2009 02:19:04
heheh..
ana ni pon ske tgguh keje gak. stdy pn leh last minute. isk3..
thx 4 sharing dis..arap2 la after dis ana dpt brubah..xde tgguh2 lg.
YA ALLAH..permudahkan urusan hambaMu ni.. 
insya ALLAH ana akn amalkn tips2 ni..
SYUKRAN!!  |
on March 30 2009 03:58:12
"Nak ambil pemadam, hanya kerana itu kerja tertangguh 30 minit."
nk tegelak plak bc contoh nie..hihi.. tp artikel yg bagus.. terkene gak la kat batang idung nie..huhuhu.. |
on March 30 2009 06:58:59
aduh 
terkena la plak.. mmg sikap yg x patut ada dlm diri..  |
on March 30 2009 08:05:55
it's ok, its alright  |
on March 30 2009 10:42:28

sedih baca artikel ni...tahniah pada pengarang bagi kesedaran...smg dapat bentuk diri menuju kesempurnaan... ...mnta izin nak copy yer... |
on March 30 2009 18:46:50
terasa btol bc artikel ni..
ni salah satu habit saya dari zmn sekolah lg..
mulai dr ni nak ikut le cdgan2 di atas tu..doakn sy yerk..
insyALLAH..
 |
on March 30 2009 20:56:17
a'ah.. dari zmn skolah smpi dh keje ni pn msh bw sikap yg sama.. kdg2 sedar kdg2 lupe. Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya terlalu sempurna.. emm betul sngt. Yg penting snantiasa ingtkn diri..insyaAllah x kan b'tangguh lg.. |
on March 31 2009 12:22:52
ini la musuh sy sejak dulu....mmg masalah besar...
bertangguh...menangguh..
bnyak yg sy da rugi sbb sifat nie...from now i'll make sure dat this thing never happen to me again..
doakan saya dpt berubah...
 |
on March 31 2009 19:22:45
betul2...bertangguh ni dah jd satu penyakit dah dalam diri ni...sma juga dengan malas..kedua2nya sudah menjadi satu tabiat..walaupun kita sedar bahawa impak daripada kedua2 ini besar.dari sudut negatif la selalunya..tp kita still jgk wat..susah betul nk kikis melainkan mempunyai self esteem yang kuat....dalam kehidupan seharian, dalam ibadah..suka sgt bertangguh2.. kl la kematian pun boleh ditangguh, pasti ramai manusia yang mohon utk ditangguhkan agar mendapat dahulu apa yg dihajati..nauzubillah...mohon la diberi kekuatan mengikis penyakit suka bertangguh dan malas ni.. |
on April 01 2009 13:58:34
Senyum saya baca artikel ni.... betul2 kena pada diri sedniri...
hai,, pe lah nak jadi...
maka muhasabahlah diri... lain kali,, jangan buat lagi..
insya Allah, tuhan akan permudahkan jalan... niat betul2 supaya kita akan berubah.....
PS: Kalu dah tertangguh 2, jangan kecohkan pada org ape kita tangguhkan....
nanti,kite akan bertambah tension, dah akan tangguhkan lagi....
buat tak tau je,, sometimes,, mereka bila dah tau, lagi akan kata macam2 untuk bagi fkiran runsing....
abaikan mereka...... |
on April 02 2009 21:02:00
haha.... sapa yg tangguh2 2 terasa la ati..... |
on April 02 2009 21:10:11
tahniah kepada helangsenja.... bagus2.... islam juga mengajar kita berdisisplin, so sapa yang suka sangat tangguh tu, berubah lah... ada sesetengah sampai nak solat pun bertangguh... tak patut betul..... jadi harap2 lepas ni ubah lah sikap tangguh anda tu ... |
on April 04 2009 00:53:28
 
rasanya kena tul la gan diri ni...
selalu je tguh2 keje2 ni huhuhu...
tq telah menyedarkan diri ni  
moga2 dpt la berubah   |
on April 04 2009 00:57:01
mintak izin copy artikel ni leh x???   |
on April 05 2009 01:32:09

sy memang seorang yg suke sgt menangguh kerja.....
tataw nk buat mcm mane dah....
tp satu cara yg buat sy keep on track is, a to do list....
sgt berkesan....hihihihi |
on April 06 2009 11:43:09
artikel tangguh keja..haha..saya la tu...tapi kadang-kadang je...bila terlampau malas itu menjelma...bila malas ni, hai...x boleh buat keja...nak relax saja...
jadi...atasi malas yang menyebabkan bertangguh...jadi rajin yang menyebabkan kebahagian... |
on April 07 2009 23:19:58
adeeeh~ terasa plak ble bc artikel ni. mesti hindari sifat tangguh. klo x, smpai ble koje x siap2!!  |
on April 08 2009 12:17:08
minta izin copy artikel ni boleh ?  |
on May 24 2009 00:55:59

dulu sya mmg suka bab2 bertangguh nih
tapi skarang dah mula berubah
sebenarnya, bila kita buat sesuatu kerja tu on time, bnyk faedahnya
tension & stress pon hilang.hehe'
so, kwn2..jgn bertangguh lagi |
on September 11 2009 18:08:04
                                 |
|
|
Please Login to Post a Comment.
|
|
|
"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya."
|
|