Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 142
- Members Online: 41
- Total Members: 85,792
- Show Who's Online
- 26,098,787 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Setelah Aku Berpaling Dari Jalan-Mu


 Setelah aku berpaling dari jalan-Mu
www.iluvislam.com
faramelati
editor : IskethaykaL




                     Sunyi…
Kosong...

Itulah dua perkataan yang dapat kuungkapkan, yang menggambarkan keadaan diriku pada malam ini. Walaupun lambakan tugasan kuliah menanti untuk disiapkan, namun hati ini tidak menginginkannya, seperti ada perkara lain yang menanti.

Hatiku sangat sunyi, sayu, kosong dan rindu, rindu pada perjuangan dakwah yang selama ini dilalui dengan penuh semangat dan ketabahan, rindu pada sahabat-sahabat yang selama ini memberi dorongan pada diriku tanpa kusedari.

Rindu pada kesibukan dakwah sehingga tiada masa lapang yang tinggal, rindu pada pesanan-pesanan dan nasihat untuk diri ini yang sentiasa dan amat lemah, rindu untuk meneruskan perjuangan Allah dan Rasul-Nya


~~~ @>---- ~~~


"Assalammualaikum wbt enti. Maaf, ana rasa ana dah tak mampu lagi nak teruskan perjuangan dalam kerja dakwah. Ana betul-betul sudah tidak larat enti.
Ana sudah tidak mampu untuk berkorban masa dan tenaga ana untuk dakwah.
Ana nak mufaraqah, ana harap enti tak akan telefon ana buat sementara waktu ni.
Ana belum bersedia untuk berhadapan dengan enti.
Wassalam”


Pantas sahaja tanganku menaip sms khas buat murabiyyahku.

Ya Allah, betulkah tindakanku ini?
Tetapi, aku tidak sanggup lagi Ya Allah.
Aku tidak kuat untuk menghadapi semua dugaan-Mu
dan penuh tekad aku mufaraqah dari jalan dakwah
yang menjadi sunnah perjuangan Rasulullah SAW.


Hatiku menjadi semakin tenang dan lega kerana segala bebanan yang selama ini bersarang di hati, telah kuluahkan. Aku telah berterus-terang dan aku merasakan bahawa inilah hak yang patut aku dapat. Aku mula merancang perjalanan hidupku di dunia yang baru kelak, pasti banyak dapat aku lakukan kerana tiada sudah pembahagian masa yang perlu aku buat untuk jalan dakwah. Tambahan pula, sekarang waktu cuti, jadi aku mempunyai masa untuk mengatur semula hidupku apabila bermulanya musim kuliah nanti. Aku bertekad untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti kelak.

Tetapi, aku berfikir sejenak, macam mana dengan pengisian rohaniku?
Makanan rohaniku?


Ah, tak payah fikir. Pergi sahaja ke masjid, dengar ceramah, pergi ke kelas-kelas agama, kekalkan amalan harian yang sama selama ini dilakukan.
InsyaAllah kau masih mampu bertahan.


Inilah kata hatiku yang kukira sudah tepat dengan diriku. Namun, aku ingatkan panas sampai ke petang, namun rupanya hujan di tengah hari. Puas aku menangis kerana perancangan hidupku gagal, namun rupanya Allah ingin hadiahkan aku pelangi yang sangat indah dan cantik.

Masuk sahaja semester baru di universiti, aku tutup kisah lama. Aku simpan rapi di dalam laci yang berkunci. Aku mula melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di universiti. Semua yang aku ingin cuba semasa berada di jalan dakwah dulu, aku lakukan sekarang. Aku rasa puas kerana impianku tercapai. Banyak sijil dan penghargaan telah kuterima di atas penglibatanku.

Perhubungan antara lelaki dan perempuan
, yang cukup aku jaga dahulu, hilang entah ke mana. Kalau kiranya aku dapat melihat catatan malaikat Raqib dan Atid, pasti catatan di sebelah kiriku semakin hari semakin banyak. Banyak dosa telah aku himpunkan, namun satu perkataan taubat pun tidak aku pohon daripada-Nya. Mungkin kerana keseronokan hidup yang aku alami sekarang dan juga kepuasan diri yang aku idam-idamkan selama ini.

Namun, sebenarnya, rasa puas itu hanya terpamer di riak wajah sahaja kerana, saban hari aku mula lalai dengan hidupku, lalai dengan dunia yang menjanjikan keseronokan yang palsu. Dalam seminggu, hanya 1 atau 2 ceramah atau kuliah di masjid yang aku hadiri, itupun kalau aku teringin nak pergi. Nak menjaga amalan harian pula sangatlah susah. Aku mula menjauhkan diri dari melakukan solat dhuha, kemudian, bacaan mathuratku, tahajudku, istighfarku dan paling menyedihkanku ialah bacaan al-Quranku. Entah ke mana perginya. Alhamdulillah, imej seorang muslimah masih aku kekalkan kerana itu sudah sebati dalam diriku.

Aku mula rasa bosan dengan cara hidupku yang begini. Saban hari aku merungut kerana banyak masa kosong yang tidak terisi. Padahal lambakan tugasan menantiku, sehinggalah pada suatu hari, aku terasa sangat sunyi dan rindu, rindu pelukan dan kasih sayang daripada Allah SWT, rindu pada nikmat-Nya, rahmat-Nya dan buat pertama kalinya aku rindu pada cara hidup Islam yang sebenar. Aku terasa terasing di bumi sendiri.

Malam itu aku menangis sepenuh hati, menangis kerana aku rasa akulah hamba Allah yang paling hina sekali, menangis memohon keampunan daripada Allah dan ketika itulah Allah memberikan hidayahNya. Seoarang muallaf, kenalanku semasa sama-sama belajar di matrikulasi dulu, menelefonku. Memang tepat pada waktunya, dia bertanyakan keadaanku.

Bagaimana.. adakah jalan tarbiyah masih menjadi laluan?
Adakah cara hidup islam itu masih aku amalkan sepenuhnya?


Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku menangis semahu-mahunya dan menceritakan apa yang telah kulalui selama ini. Aku mengadu padanya kerana aku tahu, hanya dialah sahabat yang Allah telah pilih untuk membantuku dan dialah yang Allah pilih untuk menjadi laluan kepadaku berpatah semula di jalan dakwah ini.

~~~ @>---- ~~~


Bermula episod malam itu, aku tutup semua kisah hidupku semasa aku tersasar dari landasan dakwah ini. Aku bina hidup baru dengan harapan baru dan sinar cahaya Islam yang semakin bersinar.

Aku bangkit kembali daripada kejatuhan
dan cukuplah, aku tidak sanggup jatuh lagi.

Aku mahu terus berdiri
dan berlari dalam memperjuangkan Islam.

Aku akan pastikan hidayah Allah adalah milikku
dan aku tidak akan berpaling lagi dari jalan ini.

Jalan yang membawa perubahan ke dalam diriku
dan aku yakin dengan apa yang aku lakukan.

"Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu
dan meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad (47:7)


Nukilan editor :
"Sesungguhnya hidayah itu sentiasa berlegar-legar dalam sanubari kita. Genggamlah ia dengan kejap, biar berparut pada hati, biar membekas pada jiwa, biar pelukannya mampu menghantar suara hati hamba-Nya yang sentiasa berharap akan rahmat dan petunjuk di sepanjang perjalanan hidup ini menuju akhirat."
iskethaykal

Glosari kata (Bahasa Arab) :
enti : awak (perempuan)
ana : saya
mufaraqah : keluar/berpisah


19 Comments · 4225 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 47% [7 Votes]
Very Good Very Good 27% [4 Votes]
Good Good 20% [3 Votes]
Average Average 7% [1 Vote]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
iskethaykal on March 24 2009 03:51:39

SubhanAllahi wabihamdi

hidayah itu datang dan pergi,,, hanya pada hati yang mengingininya, ia pasti akan berdiri di sisi...



"Sesungguhnya hidayah itu sentiasa berlegar-legar dalam sanubari kita. Genggamlah ia dengan kejap, biar berparut pada hati, biar membekas pada jiwa, biar pelukannya mampu menghantar suara hati hamba-Nya yang sentiasa berharap akan rahmat dan petunjuk di sepanjang perjalanan hidup ini menuju akhirat."

insyaAllah
radhitubillah on March 24 2009 08:56:13

assalamualaikum
hmm!

Dalam arena da'wah, tarbiyyah adalah perkara wajib , sebab kerja 'da'ie ' adalah kerja yang risiko , bak kata naqibah saya "it deals with people's heart". da'wah kerja yg perlu istiqamah , agar tak futur ..... lagi tinggi kepercayaan kita dalam bidang da'wah ,lagi kuat kita diuji...

pernah juga dengar perkongsian daripada akhawat usrah,dia juga mengalami perkara yang sama cam lam artikel ni...
alhamdulillah
ALLAH masih sayang, dipilih buat kali ke-2 untuk berada di jalannya...

sebagai perkongsian ,ada orang berpendapat,
da'wah itu kepada non-muslim,
kalau sesama muslim ni namanya 'islah'
so..
dah pernah berda'wah?
erm...
kalau camtu saya pun belum pernah berda'wah...

pc
asanah binti asjal on March 24 2009 09:49:53

assalamualaikum
smga ana dpt mnpuhi'y.
ana pun prnh mgalami'y dlm jmaah da'wah
mmg ujian'y mcbr skali, olh 2 kta y msti istiqamah
dlm mhdapi'y.
Doakn ana shbt2 ku smga ati ni
tbh mghdapi ujian-NYaamin
nce artkleclap
mencari_diri on March 24 2009 09:54:09

"Sesungguhnya hidayah itu sentiasa berlegar-legar dalam sanubari kita. Genggamlah ia dengan kejap, biar berparut pada hati, biar membekas pada jiwa, biar pelukannya mampu menghantar suara hati hamba-Nya yang sentiasa berharap akan rahmat dan petunjuk di sepanjang perjalanan hidup ini menuju akhirat."

dalam pencarian diri..banyak kali diri ni selalu tersungkur.. kadang2 dibiar jatuh tanpa bangkit semula... seolah2 dah berputus asa.. kadang2 teringin nak rasa manisnya keimanan..kadang2 nak jadi seperti mereka yang soleh dan solehah... tapi diri ni belum cukup kuat atau hati ini sebenarnya yang terlalu degil... ntah lah.. cuma yang tahu diri ini nak jadi lebih baik untuk dapatkan yang terbaik...

amin...
Ummat on March 24 2009 10:50:22

assalamualaikum

Sungguh aku cari cahaya itu..
untuk menyuluh hati ini..
setelah ku berpaling..

Sungguh aku hina..
mengemis secebis keampunanmu
setelah aku akur..
iskethaykal on March 24 2009 12:02:50

Dakwah dan Islah...

hmm... apa yang saya faham,,,
Dakwah ini untuk semua,,, tanggungjawab dakwah takkan pernah mati walaupun dalam satu masa itu seluruh dunia telah sujud kepada-Nya, kewajipan itu sentiasa ada.

Islah pula adalah pembaharuan . revolusi kata yang lebih teknikal orang kata
Islah ini penting sekarang ,,, memandangkan hala tuju orang Islam yang kini sudah tersasar daripada landasan yang sebenar...dalam hidup ini.

Dakwah = pre-Islah
and
post-Dakwah=Islah

setuju ke?yes
amalulillah on March 24 2009 15:53:00

huh bnknye dose aku................
hinenye aku dv hddpn Mu Allahreal sad
time kaseh bebnk 4 dis artikel writer,,
cempaka desa on March 24 2009 16:41:42

assalamualaikum
alhamdulillah
terasa bertuah jika hidayah itu mjdi milik diri ini..
ssungguhnya byk kkrugan dlm diri ini..
mshkah ada pluang bg diri ini untuk mndpt kasih sygMu YaAllah..sad
farah34 on March 24 2009 17:04:56

[b]huhu...
malu la..
aku pon tak dpt hidayah cam penulis ni..
setakat g ngaji ikot ayh kat masjid je..
penulis nie siap join dakwah lg..
huhusadsadsadsadsadsadsadsadsadsadsadsadsadsadsad
mardhiafariha on March 24 2009 17:25:54

Bestnya berdakwah....
ana selama ni tercari cari teman untuk berdakwah dan mendakwah ana.
teman yang punya rasa ingin berdakwah seperti ana...
tapi ana pun bukanlah insan yang punya akhlak persis pendakwah...
ana nak berdakwah... isk isk..
sorang2.. ana macam takde kekuatan..tak berani.. takut orang kecil hati...
ya ALLAH bantulah ana...real sad
iluvislam
An Nisa on March 24 2009 18:26:40

bismillah

Allah bersama-sama orang yang memperjuangkan agama-Nya :D

yes
assyahida on March 24 2009 18:48:34

"Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu
dan meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad (47:7)



jangan kita mudah berasa bosan, terganggu dengan dakwah...paling penting jangan cepat mudah merajuk pada jalan ini...

hakikatnya, Allah sudah pun pilih kita sebagai manusia yang akan lahir ke dunia ini, sebagai Muslim, sebagai 'daie'.... hidayah dah pun di depan mata...

Islam; kan bergerak dengan kita ataupun tanpa kita…dakwah ; kan terus bernafas dengan kita ataupun tanpa kita.. beruntunglah jika kita Allah pilih sebagai ‘nadi’ Islam!

salam perjuangan clap Allah bersama, moga kita semua istiqamah dijalanNya...amin
radhitubillah on March 24 2009 19:12:53

assalamualaikum

setuju 3x...

Dakwah = pre-Islah
and
post-Dakwah=Islah

walaupun berbeza/khilaf pada istilah , pemikiran , ijtihad dan yg sewaktu dngnya , tetapi apa yang penting ....kerjasamamusic .....means ..kerjasama dalam membangunkan ummat islam ...

"aslih nafsak wad'u ghairak"
"reformasikan dirimu dan serulah yang lain"...pc iluvislam
White_Horse on March 24 2009 21:20:22

bismillah
Masyaallah... kisah dlm artikel nie hampir serupa macam kisah hidup sye...
tapi... sobsob godaan nafsu amat memedihkan.. yang buruk terasa indah... hingga terlempar jauh ke lembah maksiat... Ampuni Daku Oh Tuhan Ku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sobsob
iskethaykal on March 25 2009 07:19:09

sama-sama kita ambil pengajaran dan seterusnya melonjakkan diri kita ke tahap yang lebih baik daripada yang ada sekarang...

kerna kita hidup hanya seketika di dunia ini,,, sampai masanya tiada sepicing pun waktu kantuk yang bisa kita galang ganti dengan masa yang seakan enggan menoleh ke arah semalam yang berlalu pergi, sesaat yang pantas berlari.

real sad
Jannah_0901 on March 25 2009 19:11:16

assalamualaikum
Kebetulan ana mmg dlm proses musahabah diri ana ni..dan trbaca artikel ini..mmg memberi keinsafan pd ana..syukran pd penulis artikel utk berkongsi pengalaman..ana belum brpeluang utk trlibat dlm kerja dakwah ni..mmg ada niat di hati utk trlibat..cuma pengetahuan ana dlm agama amat cetek sekali..dh mula bekerja baru dpt hidayah dr allah utk mula mendalami agama..ana amat brsyukur kerana trpilih utk mndpt hidayah dr yg Maha Pemurah..
Ana amat brminat utk mengikuti kuliah agama tp tak tahu di mana ada di sekitar KL ni..kalau ada antara rakan yg tahu..silalah msg ana ya..grin
iskethaykal on March 25 2009 20:53:09

to jannah_0901

kuliah tumbuh dengan segarnya di sekitar KL ni insyaAllah

mungkin saya boleh highlightkan satu dua yang saya tahu sumber untuk awak cari
di web
1. http://saifulislam.com - ustaz hasrizal sendiri memberi kuliah. ada jadual di tepi
2. YG saifulislam - awak boleh join YG ni dan selalu jugak orang hantar ringkasan kuliah2
yang ada di sekitar KL

takpun try klik link ini
http://www.mymasjid.net.my/audio-kuliah/
ada banyak rakaman kuliah2 atau audio yang boleh didengar waktu2 kita lapang. tidaklah membazir masa yang sedikit cuma ini comfort

kalau tak berkesempatan untuk hadir secara fizikal ke kuliah2 mingguan di mana2 masjid sekitar rumah atau tempat kerja (boleh check kat masjid2 tu rasanya mungkin ada jadual kuliah) , boleh dengar audio, download ke dalam mp3 dan dengar kat mana-mana je .

semoga bermanfaat. untuk semua dan diri ini juga insyaAllah

IskethaykaL
fuizu on March 28 2009 11:58:56

kisah ini hampir separuh b'laku pada ana juga.. masya'allah real sad
faramelati on August 09 2009 20:27:47

shukran atas komen yang diberikan.. sama-samalah kita berdoa agar terus istiqamah di jalanNya... dakwah tidak mengenal siapa kita, bagaimana ilmu kita, apa yg penting niat yg ikhlas kerana Allah.....wink wink
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah-Wahab B Munabin"
spacer