Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah"
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Perutusan Sempena Maulid Nabi S.A.W.

Maulid Nabi S.A.W.
www.iLuvislam.com
buluh*
editor : kasihsayang



PENGENALAN

Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Nabi Muhammad S.A.W. bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran dan berceramah mengenai sirah baginda S.A.W. ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap baginda S.A.W.

Jika kita lihat sirah baginda S.A.W. maka kita dapati bahawa Rasulullah S.A.W. tidak pernah merayakan ulangtahun hari kelahirannya secara khusus sepertimana yang kita lihat pada waktu ini. Namun baginda hanya berpuasa pada hari Isnin kerana baginda dilahirkan pada hari itu. Dan perkara ini berlarutan (tidak merayakan sambutan Maulidur Rasul) sehinggalah selepas 300 tahun baginda wafat.

Pelbagai kenyataan dan kajian telah dinyatakan (berlaku sedikit khilaf) mengenai tarikh sebenar dan siapakah yang mula-mula mengadakan sambutan Maulidur Rasul ini. Di antaranya dikatakan bahawa bermula sambutan Maulidur Rasul ini secara besar-besaran pada zaman Fatimiyah di Mesir di bawah penguasa Muiz Lidinillah (memerintah sekitar tahun 341 H hingga 365 H). Dan pendapat lain ada menyatakan bahawa Sultan Atabeq Nuruddin (meninggal pada 569 H) adalah penguasa yang pertama merayakan Maulidur Rasul. Sebahagian ahli sejarah pula menyatakan bahawa Sultan Salahuddin Al-Ayubi adalah tokoh yang pertama merayakan Maulidur Rasul ini (namun pendapat ini disangsikan oleh pelbagai pihak). Pendapat lain lagi mengaitkan Abu Said Kaukabri bin Zainuddin Aly bin Baktikin sebagai orang pertama merayakan Maulidur Rasul ini.

KEPUTRAAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Adapun nasab keturunan baginda S.A.W. adalah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Dikatakan bahawa nasib baginda S.A.W. ini sampai kepada Nabi Ismail A.S.

Nabi Muhammad S.A.W. lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. Namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan apabila Allah Taala mengantar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan angkatan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pendapat yang paling hampir bahawa baginda S.A.W. telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu (terdapat juga beberapa pendapat lain lagi).

Baginda S.A.W. adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika usia baginda S.A.W. dua tahun dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda S.A.W. dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri.

Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Setelah sampai Nabi Muhammad S.A.W. untuk menyusu maka kampung tersebut berubah dari sebuah kampung yang tandus kepada sebuah kampung yang subur lagi menghijau. Di kampung ini jugalah baginda S.A.W. telah dibedah perut oleh malaikat ketika usia baginda lima tahun. Ini adalah di antara keberkatan dan mukjizat baginda S.A.W. yang telah dikurniakan oleh Allah Taala.

Ibu baginda S.A.W. telah wafat ketika usia baginda enam tahun. Ini menyebabkan baginda S.A.W. menjadi yatim piatu. Kemudian baginda dipelihara dan dididik pula oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda lapan tahun. Setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

PANDANGAN ULAMA TERHADAP MAULID

Pendapat Pertama:

Merayakan Maulidul Rasul adalah haram.

Pendapat Kedua:

Perayaan sambutan Maulidur Rasul adalah boleh.

ANTARA HUJJAH PENDAPAT YANG MEMBOLEHKAN


Di sini saya tidaklah bercadang untuk menyatakan kedua-dua hujjah (yang membolehkan dan yang mengharamkan) akan tetapi saya cuma mendatangkan hujjah dari pihak yang membenarkan sahaja. Ini kerana saya berpegang dengan pendapat yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul adalah boleh selagimana tidak terdapat perkara-perkara mungkar di dalamya. Di sini saya bawakan beberapa hujjah yang menyokong kenyataan saya ini:

Pertama:

Al-Hadis bermaksud: Diringankan Abu Lahab pada tiap-tiap hari Isnin dengan sebab dia membebaskan hambanya Thaubiyah kerana menggembirakannya dengan kelahiran al-Mustafa S.A.W. (Riwayat al-Bukhari).


Kegembiraan seorang penentang Islam di atas kelahiran Rasulullah S.A.W. dapat meringankan siksanya di neraka pada setiap hari Isnin. Jika orang kafir yang di neraka juga diringankan siksanya kerana kegembiraan menyambut kelahiran baginda S.A.W. maka apatah lagi orang Islam yang bergembira dengan kelahiran Rasulullah S.A.W.

Kedua:

Rasulullah S.A.W. sendiri membesarkan hari kelahirannya serta mensyukuri segala nikmat pemberian Allah Taala ke atas baginda pada hari tersebut. Semua ini dilahirkan melalui ibadat puasa sunat baginda S.A.W. pada setiap hari Isnin.

Dari Abu Qatadah bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab: Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku. (Riwayat Muslim).

Ketiga:

Bergembira dengan Rasulullah S.A.W. adalah dituntut.

Firman Allah Taala bermaksud:

Katakanlah dengan kelebihan Allah dan rahmatNya maka demikian hendaklah mereka bergembira. (Surah Yunus: Ayat 58).

Allah Taala menyuruh kita supaya bergembira dengan rahmatNya maka Rasulullah S.A.W. adalah sebesar-besar rahmat.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan tidaklah Kami utuskan kamu kecuali sebagai rahmat kepada sekalian alam. (Surah Al-Anbiya: Ayat 107).

Keempat:

Maulidur Rasul akan menganjurkan kita untuk sentiasa berselawat dan salam yang sangat dituntut ini kepada baginda S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Kelima:

Sambutan maulid adalah satu amalan baik yang diterima ulama dan umat Islam di serata tempat. Ia dilakukan di setiap penjuru dunia dan ia tentulah dituntut berdasarkan kaedah yang telah diterima pakai dari sebuah hadis Ibnu Masud:

Apa yang dilihat umat Islam baik maka ia juga baik di sisi Allah dan apa yang dilihat umat Islam buruk maka ia juga buruk di sisi Allah. (Riwayat Ahmad).

Untuk lebih memahami bolehlah juga merujuk artikel saya sebelum ini bertajuk: Bidaah Satu Erti Yang Disalahgunakan.

ANTARA PENDAPAT ULAMA MENGENAI MAULID

Imam Jalaluddin Al-Sayuti (Lihat kitab: Husnul Maqsad Fi Amal Maulid).

Beliau ditanya tentang hukum perayaan Maulid pada bulan Rabiulawal: Apakah orang yang merayakannya mendapat pahala? Beliau menjawab: Perayaan Maulid pada hakikatnya ialah mengumpulkan kebanyakkan orang untuk membaca beberapa ayat al-Quran. Kemudian menjelaskan jalan-jalan dakwah sejak mula diutuskannya Rasulullah. Acara itu diisi dengan menghidangkan makanan sebelum para hadirin kembali ke tempat masing-masing. Dengan tidak berlebihan saya katakan bahawa perayaan semacam itu tergolong dalam bidaah hasanah yang bila dilakukan akan mendapat pahala. Mereka telah mengagungkan kedudukan Nabi S.A.W. dan menyatakan kesyukuran mereka di atas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. sebagai penghulu umat.

Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah
(Lihat kitab: Iqtidha as-Shirath al-Mustaqin).

Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyah: Memuliakan Maulid dan merayakannya setiap tahun seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah Taala kerana niatnya baik dan memuliakan Rasulullah S.A.W.

Terdapat ramai lagi ulama yang turut membolehkan sambutan Maulidur Rasul ini antaranya seperti: Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Al-Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad al-Khazraji, al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki, Syeikh Atiyah Saqar, Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi, Syeikh Prof. Dr. Ali Jumaah dan lain-lain lagi.

PERINGATAN PENTING

Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:

Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.

(Sila lihat kitab al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).

Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelas ialah kita tidak boleh menafikan, membantah, atau menuduh bidaah lagi sesat dan sebagainya kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara agama yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari terdapat segelintir golongan yang menceburi lapangan dakwah Islamiah menyanggah kaedah ini. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang kesat kepada orang yang berpegang dengan perkara khilafiyyah yang tidak sealiran dengan mereka dengan mengkafirkan, memfasiqkan dan membidaahkan golongan tersebut. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam semenjak sekian lama.

PENUTUP

Suka saya mengambil kata-kata al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki seperti berikut:

Bahawa sesiapa yang hendak menolak perayaan ini atau perhimpunan mengingati Maulidur Rasul atau merayakan kelahirannya atau kehidupannya pada musim tertentu dengan alasan para salaf tidak pernah melakukannya maka alasan itu bukanlah satu dalil yang boleh diterima bahkan ia tidak berdalil langsung.

Di sini saya ingin menyeru kepada semua umat Islam agar sentiasa mengingati serta mendalami sirah baginda S.A.W. dan mengambil pengajaran daripadanya. Sayangilah dan hormatilah baginda S.A.W.

-----

* buluh adalah nama pena bagi Ustaz Rashidi, salah seorang moderator agama iLuvislam. Beliau aktif menulis dalam blog peribadinya, http://buluh.iluvislam.com

 



37 Comments · 3843 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 71% [5 Votes]
Very Good Very Good 14% [1 Vote]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 14% [1 Vote]
Comments
kucing on March 09 2009 13:01:56

Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyah: Memuliakan Maulid dan merayakannya setiap tahun seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah Taala kerana niatnya baik dan memuliakan Rasulullah S.A.W.


Ibnu Taimiyah pun setuju dengan perayaan Maulid Nabi!

Selalunya golongan Salafi Malaysia ta'sub dengan Ibnu Taimiyah dan apa sahaja isu, mereka merujuk pandangan Ibnu Taimiyah. Namun, dalam hal ini Ibnu Taimiyah pun bersetuju(selalunya golongan salafi tak setuju benda-benda camni).

Wallahua'lam.
akrimimathwa on March 09 2009 17:58:00

bismillah

salam.

artikel yang panjang lebar dan semestinya jugalah mempunyai ilmu yang sungguh dalam juga.

pada sy sendiri pula, tak salah pun menyambut maulid nabi, asalkan mengingati nabi bukan pada hari itu aja, tp pada setiap harinya. dan maulidurrasul itu adalah masa untuk kita muhasabah apa yg kita telah lakukan pada setahun sudah;adakah kita betul2 menunjukkan kecintaan pada nabi?

wallahua'alam.
zamrisallehudin on March 09 2009 19:28:28

Salam,

Maaf Ust Rashidi...hadis dan kata-kata yg menyokong hujah ust di atas adalah samada maudhu' atau lemah dan tidak boleh digunakan sebagai hujah. minta tolong ust check artikel ini dan beri komen:

http://www.darulkautsar.com/article.php?ArticleID=1452


Wslm
zamrisallehudin on March 09 2009 19:40:36

Sebagai contoh , ini kenyataan ust:

Pertama:

Al-Hadis bermaksud: Diringankan Abu Lahab pada tiap-tiap hari Isnin dengan sebab dia membebaskan hambanya Thaubiyah kerana menggembirakannya dengan kelahiran al-Mustafa S.A.W. (Riwayat al-Bukhari).


Jawapan dari artikel:


http://www.darulkautsar.com/article.php?ArticleID=1452

(Harap maafkan ana ust...kerana bahaya amat lah besar kalau kita menyandarkan sesuatu yang tidak benar kepada nabi saw....semoga Allah merahmati kita semua:

JAWAPAN:

Dakwaan bahawa hadis ini terdapat dalam Sohih Bukhari itu adalah palsu semata-mata dan merupakan satu fitnah terhadap Imam Bukhari. Ianya juga tidak terdapat di dalam riwayat Ismaieli dan Abdul Razak. Cuma Suhaifi ada mengemukakan cerita ini tanpa menyebut sanad. Sila lihat Umdatul Qari, karangan Badruddin Aini, juz. 20, halaman 95. Fathulbari, karangan al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani, juzu’ 19, halaman 174 - 175. Serta Raudhul Unuf, karangan as-Suhaili, juzu’ 5, halaman 191.


Apa yang terdapat di dalam Sahih Bukhari hanyalah kata-kata ‘Urwah berkenaan dengan Thuaibah pernah menyusukan Nabi s.a.w. setelah dimerdekakan oleh Abu Lahab. Di sana ada satu riwayat lain yang mengatakan Thuaibah tidak dimerdekakan pada hari kelahiran Nabi s.a.w. bahkan ianya dimerdekakan selepas hijrah Nabi s.a.w. (Ibid, juzu’ 5, halaman 191). Dan juga tidak terdapat kata-kata “Diringankan azab Abu Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan Thuaibah” di dalam kata-kata ‘Urwah itu. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Sahih Bukhari, Kitabun Nikah, Bab Wa Ummahatukumullati Ardha'nakum.


Patut dijelaskan juga bahawa tidak ada seorang pun dari kalangan pensyarah hadis ketika menghuraikan kata-kata ‘Urwah ini membuat kesimpulan dengan menyambut maulidurrasul, seseorang muslim akan diringankan azabnya di dalam neraka sebagaimana yang berlaku terhadap Abu Lahab. Jika timbul pandangan yang menyatakan kelebihan maulidurrasul berasaskan kata-kata ‘Urwah itu maka jelaslah ianya tidak berpandukan pendapat ulamak muktabar.

Berdasarkan kenyataan di atas juga kita akan mendapati maklumat berikut:


I. Kata-kata tersebut adalah semata-mata kata-kata ‘Urwah. Bukannya hadis Nabi. Lebih-lebih lagi ‘Urwah meriwayatkannya secara mursal. Beliau tidak menceritakan daripada siapa beliau mengambil kata-kata ini. Riwayat yang mursal tidak boleh dijadikan hujjah syari'yyah.


II. Peristiwa diringankan azab Abu Lahab pada hari Isnin ini hanya mimpi Abbas sewaktu belum memeluk Islam. Kenyataan ini juga tidak terdapat dalam Sahih Bukhari. Ulamak sudah sepakat (ijma’) bahawa selain daripada mimpi para Nabi, mimpi seseorang apalagi seorang kafir tidak boleh dijadikan hujjah syar'iyyah, biar setinggi mana keimanan keilmuan dan ketaqwaannya. Ulamak salaf dan khalaf juga berpendapat orang kafir tidak diberi pahala di atas amalan baik yang dikerjakannya apabila mati di dalam kekufurannya itu. Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala yang bermaksud:" Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan." (al-Furqaan, ayat: 23)

Wslm
buluh on March 10 2009 05:08:05

Assalamualaikum Warahmatullah.

Terima kasih kepada Saudara/i Zamrisallehudin di atas komentar yang sauadar/i bawakan dari pihak website Darulkautsar itu. Saya telah membacanya sepintas lalu mengenai perkara ini. Maka di sini saya ingin katakan:

Suka saya mengambil kata-kata seorang ulama hadis iaitu al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki (sila lihat kitab Manhaj al-Salaf Fi Fahmi al-Nusus Bayan al-Nazariyyah Wa al-Tatbiq dan kitab Mafahim Yajibu An Tusahhah) ketikamana memberikan penerangan mengenai hadis ini:

Diringankan Abu Lahab pada tiap-tiap hari Isnin dengan sebab dia membebaskan hambanya Thaubiyah kerana menggembirakannya dengan kelahiran al-Mustafa S.A.W. (Riwayat al-Bukhari).

Katanya: Perkhabaran ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Sahih bab al-Nikah (mengulasnya) dan al-Hafiz Ibnu Hajar menaqalkannya di dalam al-Fath, al-Imam Abdul Razak al-Sanani di dalam al-Musannif pada juzuk 7 muka surat 478, al-Hafiz al-Bukhari dalam al-Dalail, Ibnu Kathir dalam al-Sirah al-Nabawiyyah dalam al-Bidayah juzuk 1 muka surat 224, Ibnu al-Dubai al-Syabani dalam Hadaiqh al-Anwar juzuk 1 muka surat 134, al-Hafiz al-Baghwi dalam Syarah al-Sunnah juzuk 9 muka surat 76, Ibnu Hisyam dan al-Suhaili dalam al-Raudah al-Anaf juzuk 5 muka surat 192, al-Amin dalam Bahjah al-Mahafil juzuk 1 muka surat 41.

Riwayat ini meskipun mursalah tetapi diterima kerana ia dibawa oleh al-Bukhari dan dipegang oleh para Huffaz. Juga kerana ianya tentang al-Manaqib dan Khasais bukan mengenai halal dan haram. Penuntut-penuntut ilmu tentu mengetahui perbezaan antara beristidlal dengan al-Manaqib dalam menentukan hukum-hakam. Adapun orang-orang kafir dapat mengambil manfaat dari amalan-amalan mereka, ulama mempunyai pelbagai pandangan tentangnya dan perkara ini telah diperbincangkan.


Hujjah dan hadis ini juga ada digunakan oleh Imam Jalaluddin al-Sayuti (lihat kitab Husnul Maqsad Fi Amal Maulid) bagi menerangkan keharusan menyambut Maulidur Rasul. Dan masih terdapat beberapa kitab lain lagi dari para ulama muktabar yang turut menyatakan hal ini.

Saya memilih untuk mengambil kata-kata al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki ini kerana diri saya tidaklah layak untuk mengatakan sesuatu hadis itu samada sahih ataupun tidak melainkan diserahkan kepada ahlinya (ulama hadis). Begitu jugalah dengan pihak Darulkautsar dan para pengunjung iLuvislam ini yang bukan terdiri dari kalangan ulama hadis. Boleh juga saudara/i menanyakan persoalan ini kepada murid al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki iaitu seperti Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Makki (salah seorang ahli majlis fatwa Negeri Sembilan).

Sekali lagi saya mengambil kata-kata al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki (seperti di dalam artikel di atas) berbunyi:
Bahawa sesiapa yang hendak menolak perayaan ini atau perhimpunan mengingati Maulidur Rasul atau merayakan kelahirannya atau kehidupannya pada musim tertentu dengan alasan para salaf tidak pernah melakukannya maka alasan itu bukanlah satu dalil yang boleh diterima bahkan ia tidak berdalil langsung.

Wallahualam.
andiearrifian on March 10 2009 07:39:29

assalamualaikum bagi saya, ape rasulullah xbuat xpayah la kite nak struggle buat..atau bertekak mengenainya..
kalau xbuat xdosa..xperlu la buat kalau itu baik utk semua pihak...cat
techis on March 10 2009 08:50:44

assalamualaikum...boleh x sape2 tolong letak artikel mengenai pendapat yang mengharamkan maulidur rasul. Saya just nak tahu sebab ape setengah ulama mengharamkan maulidur rasul...tq =)
almusafirq8 on March 10 2009 12:34:20

allahumma solli alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aali muhammad..
zamrisallehudin on March 10 2009 14:51:48

Salam Ust Rashidi,

Minta maaf ust...kita ada kitab sahih bukhari di depan kita...kalau ust mengatakan bahawa ada hadis itu di dalam kitab bukhari, harap dapat ust tunjukkan di muka surat berapa dan naskah mana...rasanya tak perlu kita menilai hadis ini sahih atau tidak, kerana yang dikatakan hadis ini pun (pada penelitian saya dan rakan-rakan) memang tak wujud dalam sahih Bukhari.

Ust tulis yg ni:

Suka saya mengambil kata-kata seorang ulama hadis iaitu al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki (sila lihat kitab Manhaj al-Salaf Fi Fahmi al-Nusus Bayan al-Nazariyyah Wa al-Tatbiq) ketikamana memberikan penerangan mengenai hadis ini:

Diringankan Abu Lahab pada tiap-tiap hari Isnin dengan sebab dia membebaskan hambanya Thaubiyah kerana menggembirakannya dengan kelahiran al-Mustafa S.A.W. (Riwayat al-Bukhari)."



Saya nak tahu juga dalam surat berapa al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki meletakkan kenyataan ini.....pada saya adalah amat malang sekiranya seorang muhaddith menyatakan sesuatu hadith yang tak wujud!!!!


Wslm
Anak_Pejuang on March 10 2009 18:39:52

assalamualaikum

Kepada yang tidak suka, benci dan mengharamkan maulid nabi saya harap dapat berlapang dada. Dan saya yakin ulamak dan mufti di negara ini umumnya tidak memfatwakan haram menyambut maulid Nabi apatah lagi di zaman ini ramai yang tidak mengingati dan mengenali RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam.

dan kita juga tahu Hadith dhoief tidak ditolak di dalam ahlu sunnah wal jama'ah selagi ia tidak digunakan di dalam persoalan aqidah (bagi yang mempelajari ulumul hadith).

Saya pelik kepada mereka yang terlalu taqlid buta dan taksub kepada darulkautsar sebab pernah juga berbahas dengan seorang ahli yang gunakan dalil mengenai tawassul di situ (sebagai contoh). Rupa-rupanya dalil dan hujjah yang digunakan oleh seorang panelnya tidak jujur di dalam menilai hadith . Yang diambil cuma pendapat muhaddith yang mendhoiefkan hadith sahaja,manakala pendapat muhaddithin yang mensohihkan hadith tidak diambil. Eloklah berhati-hati.

Maulidulrasul ini disambut oleh sekian ramai umat Islam di seluruh dunia. Dr Yusof al Qardhawi pun bersetuju dengan sambutan maulidul rasul ini.

--------------------------------------------

Hukum Menyambut Mailudul Rosul Menurut Ulamak Kontemporari

Celebrating the Prophet's Birthday

Date of Fatwa

19/ April/ 2001

Date of Reply

19/ April/ 2001

Topic Of Fatwa

Miscellaneous

Question of Fatwa

As Salaamu `alaykum. Does celebrating the birthday of Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him, have any evidence from the Qur'an and Sunnah? www.Sunnidawateislami.Com has answered that question in their question-answer column saying that it is allowed to celebrate the Prophet's birthday, the Qur`an has approved it and there is evidence from it in the Sunnah. When I discuss this matter with my family, I tell them it is Bid`ah (innovation). Am I right? I'd like you to please clarify this matter to me. I'd also like to know the correct date of birth of our Prophet, peace and blessings be upon him, and the date he died.
Name of Mufti Islam Online Fatwa Committee
Content of Reply
Wa`alykum as-salaamu wa rahmatul Allahi wa barakaatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah , and peace and blessings be upon His Messenger.

Sheikh `Atiyyah Saqr answers:

According to historians, the Fatimides were the first to celebrate the Prophet's birthday. Qalqashandi, in his book Subh Al-A`sha, says that the Fatimides used to make a huge celebration in Egypt and distribute large amounts of sweets for the occasion. Actually, the Fatimides used to celebrate the birthdays of other members of the Prophet's family and they also celebrated Christ's birthday.

However, all of these celebrations were stopped in 488 upon an order from Caliph Al-Musta`li billah appointed as prime minister Al-Afdal Shahindah, son of Commander-in-chief Badr Al-Jamaali, a powerful man who conformed to the Sunnah as stated by Ibn Al-Atheer in his book Al-Kamel, volume 8, page 302.

People stopped celebrating such occasions till Al-Ma'moon Al-Bataa'ihi came to power and issued an official decree in 517 enjoining the distribution of alms in 12th Rabee` Al-Awwal. Sanaa' Al-Malik was in charge of distributing them.

When the Ayoubides came to power, they stopped all Fatimide practices, but families used to celebrate the Prophet's birthday in their houses. Then it returned to be officially celebrated at the beginning of the seventh century in the city of Irbil upon a decree from its prince, Muzafar Al-Deen Abi Sa`d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin, who was a Sunni.

Muzafar gave great care and attention to such celebrations and ordered marquis to be erected starting from the beginning of Safar. Such tents, which were wonderfully decorated and extended from Al-Qal`a gate till the Khandaq gate. Muzafar used to go everyday after `Asr prayer to watch the festivities in these tents.

The celebration was sometimes held on the 8th of Rabee` Al-Awwal (and sometimes on the 12th) which used to be an official holiday so that the people could enjoy the festival. Two days before the actual celebration, Muzafar used to order the sheep, cows and camels to be slaughtered in the main avenue amidst cheerful festivities, then the meat would be cooked and distributed among the people.

Ibn Al-Haajj Abu `Abdullah Al-`Abdari says that such festivals were widespread in Egypt during his rein and condemned the innovations that used to take place during such festivals. (Al-Madkhal, volume 2, p 11, 12)

Many books were written on the Prophet's birthday in the seventh century such as the stories of Ibn Dahya, who died in Egypt in 633 AH, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, who died in Damascus in 683 AH, Ibn Taghrabik, who died in Egypt in 670 AH; and Ahmad Al-`Azli and his son Muhammad, who died in Sabata in 670 AH.

Due to the spread of innovation during such celebrations, scholars have denounced them and stated that they were groundless. Among those scholars is the Maliki jurist Taaj Ad-Deen `Umar Ibn Al-Lakhmi Al-Sakandari known as Al-Fakahaani, who died in 731 AH, wrote his thesis Al-Mawrid fil Kalaam `Ala-Mawlid on this issue and As-Syooti quotes it in his book Husn Al-Maqsid.

Sheikh Muhammad Fadl `Ashoor says that in the ninth century, scholars were divided over the issue. Some said it was permissible, others said it was not and it was recommended by As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani and Ibn Hajar Al-Haythmi, yet they condemned the innovations that took place during such festivities. Their opinion was derived from the verse: "And remind them of the days of Allah" (Ibraheem: 5).

Explaining the previous verse, An-Nasaa`i and `Abdullaah Ibn Ahmad report in Zawayd Al-Musnad and Al-Bayhaqi in Shu'ab Al-Iman reports on the authority of Ibn Ka`b that he said that the Prophet, peace and blessings be upon him, said: "The days of Allah" are Allah's Blessings and Signs, and the Prophet's birth is a great bliss. (Al-Aloosi's Rooh Al-Ma`aani)

Muslim reports on the authority of Qatadah Al-Ansaari that the Prophet, peace and blessings be upon him, was asked about fasting on Monday and he replied: "It is the day on which I was born and on which I received the Divine Revelation". It is also reported on the authority of Ibn `Abbas and Ibn Jabir that the Prophet, peace and blessings be upon him, was born in the "year of the elephant" on the 12th of Rabee` Al-Awwal. He also received the Divine Revelation, ascended to the Heavens, migrated to Madinah and died on the 12th of Rabee` Al-Awwal.

The Prophet, peace and blessings be upon him, says that the day he was born was a special day. Since it is well known from Shari`ah that Muslims should seize the opportunity in blessed days and do good deeds, Muslims should celebrate the Prophet's birthday so as to thank Allah for guiding them to Islam through Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him.

Therefore, celebrating the Prophet's birthday is permissible provided that it does not include committing any of the prohibited things. As for throwing banquets, this comes under the verse saying: "O ye who believe! Eat of the good things wherewith We have provided you, and render thanks to Allah if it is (indeed) He whom ye worship.þ" (Al-Baqarah: 172)

My opinion is that celebrating such a religious occasion is recommended especially nowadays for youth have become forgetful of these religious occasions and their significance because they have indulged in other celebrations.

Celebrating such a great event should be done through reading more about the Prophet's Sunnah and life, building mosques, religious institutes and doing other forms of charity work that remind people of the Prophet's life and his struggle.

Therefore, it is permissible to celebrate the Prophet's birthday as an expression of our love to him and our endeavor to follow him as an example provided that these celebrations do not involve any of the prohibited things. Some prohibited things are improper intermingling between men and women, behaving improperly at mosques and partaking in innovations such as worshiping at tombs and other things that violate the teachings of Islam. If such previously mentioned violations surpass the religious benefit realized from these celebrations, then they should be stopped in order to prevent harm and wrongdoing as indicated in the Shari`ah.

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi adds:

We all know that the Companions of the Prophet, peace and blessings be upon him, did not celebrate the Prophet's birthday, Hijrah or the Battle of Badr, because they witnessed such events during the lifetime of the Prophet who always remained in their hearts and minds.

Sa`d Ibn Abi Waqqaas said that they were keen on telling their children the stories of the Prophet's battles just as they were keen on teaching them the Qur'an. Therefore, they used to remind their children of what happened during the Prophet's lifetime so they did not need to hold such celebrations. However, the following generations began to forget such a glorious history and its significance. So such celebrations were held as a means of reviving great events and the values that we can learn from them.

Unfortunately, such celebrations include some innovations when they should actually be made to remind people of the Prophet's life and his call. Actually, celebrating the Prophet's birthday means celebrating the birth of Islam. Such an occasion is meant to remind people of how the Prophet lived.

Allah Almighty says: "Verily in the Messenger of Allah ye have a good example for him who looketh unto Allah and the last Day, and remembereth Allah much." (Al-Ahzab: 21)þ

By celebrating the Prophet's Hijrah, we should teach them values such as sacrifice, the sacrifice of the Companions, the sacrifice of `Ali who slept in the Prophet's place on the night of the Hijrah, the sacrifice of Asmaa' as she ascended the Mountain of Thawr. We should teach them to plan the way the Prophet planned for his Hijrah, and how to trust in Allah as the Prophet did when Abu Bakr told him: "We could be seen so easily, the Prophet replied saying: "O Abu Bakr! What do you think of two when Allah is their third?" "Have no fear, for Allah is with us." (At-Tawbah: 40)

We need all these lessons and such celebrations are a revival of these lessons and values. I think that these celebrations, if done in the proper way, will serve a great purpose, getting Muslims closer to the teachings of Islam and to the Prophet's Sunnah and life.

As for celebrating `Ashooraa', the Prophet, peace and blessings be upon him, celebrated this day by fasting only. He asked the Jews why they fasted on that day and they told him that it was the day that Allah saved Moses and the people of Israel. The Prophet replied saying: "We have more of a right to Moses than you." So he fasted on that day and ordered the people to fast on that day. He also said near the end of his life: "By Allah, if I lived longer I would fast on the 9th of Muharram." That is, that he would fast on the 9th and the 10th in order to be different from the Jews who fast on the 10th only. However, some of the Sunnis celebrate `Ashura as if it were a feast. The Shi`ah consider it a day of sadness and mourning, but all such things are innovations and are completely un-Islamic.

As for the second part of the question, the exact date of the Prophet's birth is disputed , but it is most likely to be on Monday, 9th Rabee` Al-Awwal (20th or 22nd of April, 571 AC), the same year in which the invasion of the Elephants took place against the Ka`bah. And he, peace and blessings be upon him, passed away on Monday 12, Rabee` Al-Awwal in the eleventh year of Hijrah (8 June 632 AC.)

Allah Almighty knows best.

Source : http://www.sunnah.org/ibadaat/islamonline_mawlid_fatwa.htm
Anak_Pejuang on March 10 2009 19:18:31

Saya juga suka untuk mengingatkan sambutan maulidul rasul merupakan kebolehan (keharusan) dan tradisi di kalangan salafussoleh sejak abad ke 4 dan ke 5 dalam merayakan peringatan maulid Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam yang agung. Mereka menghidupkan malam maulid dengan pelbagai ketaatan dan ibadah kepada ALlah seperti memberi makan fakir miskin, membaca al Quran berzikir, melantunkan dan mengungkapkan puisi-puisi dan pujian tentang RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam. Hal ini telah diperjelaskan oleh ulama seperti Al Hafiz Ibnu Jauzi, Al Hafiz Ibnu Kathir, Al Hafiz Ibnu Dihyah, Al Hebatusi, Al hAfiz Ibnu Hajar dan penutup para huffaz (para penghafaz hadith dalam jumlah yang sangat banyak) Jalaluddin al Suyuthi) rahimahuLlah. - Kepada mereka yang menentang dan tidak mahu berlapang dada kena juga ingat, mereka yang disebutkan di atas ini adalah pakar-pakar hadith yang muktabar dan mereka sendiri mengharuskan maulidul rasul kerana di dalamnya mengandungi banyak kebaikan.

Imam Suyuthi membantah orang yang berkata, "Aku tidak mengetahui dasar hukum perayaan maulid di dalam al Quran mahupun di dalam Sunnah, " dengan mengatakan, "Tidak tahu sesuatu tidak bermakna, sesuatu itu tidak ada."

Beliau juga menjelaskan bahawa Imam para hafiz, Abu Fadhl Ibnu Hajar (semoga ALLah merahmatinya) telah menjelaskan bahawa dasar hukumnya dari sunnah, Imam Suyuthi sendiri juga mengemukakan dasar hukumnya yang kedua dan menjelaskan bahawa bid'ah tercela adalah perkara baru yang tidak ada hubungannya sama sekali dengan dalil syariat. Adapun jika ada hubungan yang kuat dengan dalil syariat yang memujinya, maka perkara itu tidak tercela.

Imam al Baihaqi meriwayatkan dari Imam Syafie radiyaLlahu 'anhu bahawa beliau berkara; perkara-perkara baru itu ada dua macam iaitu :

1. Perkara baru yang diada-adakan yang bertentangan dengan al Quran, Sunnah, atsar (pendapat para Sahabat radiyaLlahu 'anhu) atau ijmak Oleh yang demikian, hal ini adalah bid'ah yang sesat.

2. Perkara-perkara baru yang baik; tidak ada pertentangan dengan satu pun (dari rujukan-rujukan hukum di atas). Dengan yang demikian, hal ini adalah perkara baru yang tidak tercela. Saidina Umar bin al Khattab radiyaLlahu 'anhu berkata tentang pelaksanaan solat terawih pada bulan Ramadhan.

"Alangkah baiknya bid'ah ini!"

Ini adalah perkara baru yang belum dilaksanakan sebelumnya. Namun apabila dilakukan maka kita juga tidak akan menemukannya bertentangan dengan perkara yang dahulu (terjadi di zaman Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam). Demikian akhir pengambilan dari pendapat Imam Syafie radiyaLLahu 'anhu.

***



Dan ada pula mengatakan hadith tsuwaibah adalah hadith dhoief? Sebab itulah saya sudah sebutkan jangan taklid buta membuta tuli dan taksub. Ini bermakna anda (zamrisallehudin) bukanlah seorang muhaddith yang layak untuk membicarakan perkara ini. Bahkan mereka yang mengatakan hadith ini tidak wujud menunjukkan kita manusia masih di dalam kekurangan dan perlu juga melihat kepada pendapat muhaddith-muhaddith yang lain serta ulamak feqh.

Imam Suyuthi - saya mengingatkan kepada mereka yang taksub dengan darul kautsar bahawa Imam Suyuthi adalah seorang muhaddith yang muktabar. Beliau mengutip penjelasan Imam tokoh-tokoh Qira'at, al Hafizh Syamsuddin Ibnu Jauzi dari kitabnya "Urf Al Ta'rif bi Al Maulid Al Syarif:

" Jelas disebutkan dalam hadith sohih bahawa Abu Lahab mendapatkan keinganan dari seksa api neraka pada setiap malam Isnin kerana ia memerdekakan Tsuwaibah setelah mendengarkan berita gembira kelahiran Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam yang disampaikannya. Jika Abu Lahab yang kafir dan dicela dengan nyata di dalam Al Quran mendapatkan keringanan di dalam api neraka sebab rasa sayang dan gembira pada malam kelahiran Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam, bagaimana pula dengan soerang Muslim yang bertauhid dan umat Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam yang bergembira dengan kelahiran Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam dan berusaha sekuat tenaga yang ia mampu untuk mencintainya? Sesungguhnya balasan dari ALLah subahanahu wa ta'ala adalah Dia memasukkannya ke dalam syurga yang penuh kenikmatan dengan kurnia-Nya"


Insya ALlah ada sambungannya lagi..

.
huffazdq on March 10 2009 19:32:05

assalamualaikum

nk mnta izin nk copy yer...jazakallah
zamrisallehudin on March 10 2009 20:12:01

Salam Anak_Pejuang,

Ya, saya terima pendapat yg membolehkan menyambut maulidurrasul...tak de hal sangat...tapi saya cukup tak setuju kalau kita mendatangkan sesuatu yang kononnya 'hadis' tetapi bukan hadis...


Yang dikatakan hadis dari sahih bukhari tu sebenarnya tak wujud pun..kalau adapun kat mana-mana dia bukannya dhaif tapi MUAUDHU'...(Haram meriwayatkannya tanpa diberitahu kedudukannya, apatah lagi mengamalkannya


Ingatlah peringatan keras dari Rasullullah ttg berdusta atas nama baginda. Hadis MUTAWATTIR yang lebih kurang menyatakan bersedialah menempah tempat di neraka sekiranya berdusta atas nama baginda.

Saya tidak kata sahabat kita berdusta, cuma saya ingatkan jika kita 'copy n paste' dari mana-mana. check dulu kesahihannya terutamanya jika menyentuh peribadi nabi dsbnya..

Maaf dari saya, Wslm
iman_muhay on March 11 2009 02:29:48

serahkan segalanya kepada "ahli".takkan la ulama yg kat d.k tu yang paling alim kat dunia ni.maaf ye...dengar la jugak pendapat ulama lain..
buluh on March 11 2009 03:05:44

Assalamualaikum Warahmatullah.

Mungkin saudara Zamrisallehudin sendiri tidak merujuk sumber asal yang saudara copy paste dari website Darulkautsar itu. wink wink

Sebenarnya saya sudah dapat mengagak perkara ini (perselisihan di sini) akan berlaku memandangkan telah wujud segelintir golongan yang kurang percaya (kadang-kala bersikap kurang beradab) dengan kebolehan dan ketokohan para ulama muktabar. Saya tidak kisah samada saudara hendak menerima pandangan yang membolehkan ataupun tidak kerana ini adalah masalah khilafiyyah. Dan saya ingin ulangi sekali lagi bahawa kita (termasuk saya dan pihak saudara) bukanlah dari kalangan ulama hadis!!!

Baiklah. Saya akan menjawab soalan saudara. Tapi diharapkan selepas ini berlapang dada selepas mengetahui kebenaran perkara ini.

Dalam semakan saya di dalam kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani pada jilid 9 kitab al-Nikah muka surat 43 dan 48 ada menyatakan hadis seperti di atas.

Kitab Manhaj al-Salaf Fi Fahmi al-Nusus Bayan al-Nazariyyah Wa al-Tatbiq karangan al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki tidak ada bersama saya sekarang (kerana kawan saya pinjam) jadi saya tidak dapat menunjukkan muka surat kitab ini.

Namun kitab Mafahim Yajibu An Tusahhah karangan al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki juga ada menyatakan dan menerangkan perkara ini (status hadis ini) pada muka surat 255 dan 256.

Saudara boleh menyemak sendiri kitab-kitab itu jikalau saudara tidak percaya dengan kata-kata saya ini. Tapi pastikan kitab yang digunakan itu tidak diselewengkan isi kandungannya oleh pihak-pihak tertentu.


Wallahualam.
zamrisallehudin on March 11 2009 09:04:11

Salam ust Rashidi,

Saya tahu ini masalah khilafiyah dan saya berlapang dada..no problem..saya bolehterima sapa yang nak sambut.....cuma harap maaf, sebagai saudara seagama saya wajib menasihatkan ust...saya tak nak sentuh pasal hujah lain kerana ia menghabiskan masa dan umur kita.

Salam,

Sebenarnya 'hadis' yang ust sebut tu tak ada dalam Bukhari. Saya ada teks asal naskah firobri. Kitab Sahih Bukhari ni di syarah oleh Maulana Asri dari kulit ke kulit selama 14 ( empat belas !!!!) tahun di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian Kota Bharu.


Baru-baru ini kita telah khatam kitab ni ( dah habis 7008 hadis disyarah). Saya ada dalam majlis ni...kalau ust nak dengar syarah hadis penghabisan ini linknya:

http://www.darulkautsar.com/article.php?ArticleID=1240


Untuk syarah bukhari ( seluruh kitab- tapi setakat ini belum habis upload ) :


http://www.darulkautsar.com/article_cat.php?CategoryID=14




Kalau ust sudi dengar lah satu-satu...memang tak wujud...saya gerenti 100% kerana saya ada kitab asal. Maaf saya bukan pakar hadis, tetapi tahu skit-skit pasal hadis.

Harap maafkan saya jika terkasar bahasa ust


Wslm dari saudara seagamamu.
Anak_Pejuang on March 11 2009 09:37:26

saudara zamri, saya menasihatkan anda untuk mencari kitab sebagaimana yang disarankan oleh ustaz buluh itu. Tambahan pula yang mensyarahkannya adalah ibnu hajar al asqolani sendiri.

Mungkin saudara boleh tunjukkan kitab asal yang ditulis oleh Imam Bukhari sendiri? Boleh saya tengok gambarnya? terima kasih ya.
zamrisallehudin on March 11 2009 17:37:33

Sdr Anak Pejuang,

No problem. Kitab Ibnu Hajar tu kitab popular, semua pelajar hadis sahih bukhari sepatutnya ada kitab tu...

Saya ada kitab sahih bukhari...kelakar gak yer, dalam kitab asal tak der tapi dalam syarahnya ada!!!

Kitab Bukhari yang ditulis Imam Bukhari sendiri? Untuk makluman tuan, kitab sahih bukhari ada beberapa versi, yang dicatat oleh beberapa orang anak muridnya, yang paling pouplar ialah naskah Firobri, naskah yang kami gunakan untuk pengajian hadis...


Nanti saya check kitab Ibnu Hajar tu, lepas kerja nanti kut....
zamrisallehudin on March 11 2009 17:54:44

Salam anak pejuang...

Permintaan saya dari pos pertama yang belum ditunaikan....bolehkan tuan bagi tau saya kat mana hadis tu dalam kitab sahih bukhari , no hadisnya, muka surat berapa? saya boleh check direct kat situ...tak perlu la kata ulama ni kata, ulama tu kata...macam kita rujuk kpd al-quran la , cakap aje surat apa, ayat berapa, semua orang tau, tak payah la cakap saya jumpa dalam tafsir Syed Qutb la, tafsir itu la, tafsir ni la...pening orang nanti!!
zamrisallehudin on March 11 2009 22:23:42

Salam,

Saya bawakan kesemua terjemahan 177 hadis ( dari USC) dalam kitab nikah di bawah:

http://www.usc.edu/schools/college/crcc/engagement/resources/texts/muslim/hadith/bukhari/062.sbt.html

Saya tak jumpa yg dikatakan hadis tu dalam kitab nikah ni....kawan-kawan yg lain tolong check sekali...

(maaf saya belum sempat check kitab Fathul Bari ( bab nikah) yg dikatakan ada syarah hadis tu, masih di tempat keje..)

Wslm
buluh on March 12 2009 00:37:21

Assalamualaikum Warahmatullah.

Mohon maaf kerana lambat untuk memberikan komentar kembali. Saya terpaksa meminjam kitab matan Sahih Bukhari dari sahabat saya memandangkan saya tidak mempunyai sebarang kitab matan hadis semata-mata melainkan bersama-sama saya kitab-kitab syarah matannya. Saya kira saudara lebih berilmu dari saya kerana saudara telah habis membaca kitab matan Sahih Bukhari jika hendak dibandingkan diri saya yang kerdil ini. Semoga ilmu yang diperolehi menjadi pedoman hidup.

Saya sama sekali tidak pernah sangsi dengan kata-kata ulama muktabar dan berlapang dada dengan mereka kerana saya mengetahui akan kehebatan yang Allah Taala berikan kepada mereka. Begitu jugalah dalam menyelesaikan sesuatu masalah agama kerana mereka lebih memahami dan mengetahui urusan agama ini berbanding saya. Dan tidak terlepas juga dalam persoalan yang saudara Zamrisallehudin bawakan ini - saya tetap merujuk dan percaya dengan kata-kata ulama muktabar kita. Kerana sebenarnya saya amatlah tidak layak sama sekali untuk memperkatakan sesuatu yang bukan di dalam kemampuan saya yang lemah ini. Sebab itulah saya serahkan kepada ahlinya (ulama hadis) di dalam menilai sesuatu hadis itu dan saya hanya nukilkan semula di sini.

Baiklah. Saya akan menjawab persoalan saudara:

Dalam rujukan saya di dalam kitab Sahih Bukhari pada kitab al-Nikah bab (Surah an-Nisa: ayat 23) pada Haram Daripada Susuan Sebagaimana Haram Pada Keturunan pada hadis bernombor 5101 menyebutkan hal demikian.
Kitab: Sahih Bukhari karangan Imam Bukhari. Keluaran Maktabah Iman. Cetakan baru. Tahun 2003 / 1433. Muka surat 1085 dan 1086.

Dan rujukan saya di dalam kitab Fathul Bari (Syarah Sahih Bukhari) pada kitab al-Nikah bab (Surah an-Nisa: ayat 23) pada Haram Daripada Susuan Sebagaimana Haram Pada Keturunan pada hadis bernombor 4913 menyebutkan hal demikian.
Kitab: Fathul Bari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani. Keluaran Maktabah Ubaikan. Cetakan Kedua. Tahun 2005 / 1425. Jilid 9. Muka surat 43 dan 48.

Semoga mendapat manfaat.

Wallahaulam.
Anak_Pejuang on March 12 2009 11:23:14

assalamualaikum

Nampaknya sudah terang lagi bersuluh. Ada masalah dari sudut cetakan samada yang benar-benar autentik ataupun yang sudah diubah suai dan dibuang hadith-hadith tertentu serta syarahnya. Nampaknya ia perlu diuar-uarkan perkara ini. Amatlah merbahaya jika dibiarkan perkara ini berlarutan.
hasani on March 26 2009 16:37:51

assalamualaikum

Walaupun sehari dua lagi akan tamat bulan maulid ini, perbincangan tentangnya perlu diteruskan sehingga sepanjang tahun supaya tidak berlaku seperti yang terjadi kepada sambutan maulid yang hanya pada bulan ini sahaja.

Cerita Thuwaibah dijadikan sandaran kepada golongan yang mempertahankan maulid. tetapi kita perlu melihat kembali mengapa Imam al-Bukhari mengemukakan kisah ini? adakah beliau hendak menjadikannya dalil kepada harusnya atau dianjurkan sambutan maulid?

Berdasarkan riwayat musnadah yakni hadis bab yang dikemukakan oleh beliau, jelas bahawa tujuannya ialah sekadar menceritakan Thuiwabah merupakan ibu susu Rasulullah s.a.w. dan Abu Salamah yang menyebabkan baginda tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan Abu Salamah. maknanya riwayat 'Urwah yang mursal ini hanya sebagai huraian sejarah tentang latar belakang Thuwaibah. Bukan untuk menceritakan keutamaan Abu Lahab.

Bilakah Thuwaibah dimerdekakan dan menyusu Rasulullah s.a.w.?
Mengikut ulama sirah seperti Ibn 'Abd al-Barr, Ibn Sa'd dan Hafiz Ibn Hajar sendiri dalam al-Isabah Fi Tamyiz al-Sahabah, Thuwaibah dimerdekakan setelah Rasulullah s.a.w. berhijrah bukan sebaik sahaja beliau mengkhabarkan kepada Abu Lahab berita kelahiran Rasulullah s.a.w. Ini kekeliruan da waham yang berlaku kepada golongan pendokong maulid.
Sebelum itu, Khadijah pernah meminta daripada Abu Lahab untuk membeli Thuwaibah dengan tujuan memerdekakannya tetapi Abu Lahab menolak permintaan tersebut. hanya selepas penghijrahan baginda ke Mekah barulah Abu Lahab memerdekakannya. ulama sirah tidak pula menyatakan apakah sebabnya.
Ini menunjukkan bahawa pembebasan Thuwaibah itu tidak ada kena mengena dengan kelahiran Rasulullah s.a.w.
buluh on March 30 2009 18:49:12

Assalamualaikum Warahmatullah.

Saya kira perbincangan ini sudah habis tata
Mula-mula Saudara Zamrisallehudin membawakan pandangan dari website Darulkautsar dengan hujjah tiada hadis ini dalam kitab Shahih Bukhari dan Fathul Bari. Setelah dijawab dan diterangkan sehingga selesai maka muncul pula gaya pembawakkan hujjah semacam hujjah website Darulkautsar dengan menyatakan hadis ini bukan dalil pula oleh Saudara Hasani. Macam berpakat pula di antara kedua-duanya ini. hehehe

Maka saya katakan di sini:
Cukuplah. Tidak perlu lagi dipanjangkan perbincangan di sini hanya pada persoalan khilafiyyah. Banyak lagi perkara yang lebih besar perlu diambil perhatian oleh umat Islam. Apa yang saya katakan dalam artikel dan perbincangan di atas adalah dari kata-kata ulama muktabar. Mereka tentu lebih mengetahui dan memahami urusan agama ini dari kita semua. Pohon maaf kerana saya tidak berminat lagi untuk meneruskan perbincangan ini. Kadang-kala perbincangan seperti ini akan menyebabkan orang awam lain akan mula pening kepala.

Silalah baca komentar di sini juga:

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1127


Wallahualam.
hasani on March 31 2009 21:20:19

Assalamualaikum Warahmatullah.

saudara Rashidi, keutamaan terhadap perkara pokok tidak menjadi penghalang kepada para ulama sejak dahulu sehingga sekarang untuk mereka membahaskan masalah furu' lihatlah kitab2 peninggalan mereka sama ada kitab2 tafsir,syarah 2 hadis apatah lagi kitab2 fiqh. semuanya sarat dengan perbahasan khilafiyyah. sekiranya itu tidak ada faedah maka buruk benar sangkaan kita terhadap ketokohan dan kewibawaan mereka.

Dan sebagai menjejaki jalan ulama, saya seberapa boleh juga ingin meneruskan tradisi mereka itu. para imam yang menulis kitab-kitab fiqh tetap memperincikan masalah khilafiyyah walaupun itu masalah rantingan dan ini tentu sekali disedari oleh mereka. kepada mereka fakta ilmiah tetap mempunyai nilai dan singnifikannya dalam memperkayakan khazanah ilmu sebagai peninggaln untuk genarasi kemudian.

masalah sambutan maulid rasul tidak seharusnya dianggap kecil. ini kerana ia merupakan sebahagian daripada perkara usul juga. ada beberapa perkara yang perlu diamati:

1- ittiba' sunnah, mencintai nabi termasuk dalam perkara pokok termasuk dalam pengertian syahadah. oleh itu, kita tidak boleh dengan sewenang2 mencipta, mereka-reka wasilah dan cara ke arah itu. memadai dan cukuplah kepada kita apa yang telah ditunjukkan oleh baginda dan diamalkan oleh para sahabat dan menjadi tradisi kepada salafusoleh. belum sempurna lagi cara dan pendekatan ulama salaf dalam mengislah masyarakat mereka supaya mencintai Rasulullah s.a.w. ?

2- sekiranya syahadah yang pertama berkait dengan tauhid sebagai hak Allah maka syahadah kedua berkait dengan ittiba` sunnah yang merupakan hak Rasulullah s.a.w. oleh itu, syirik dan bid'ah merupakan lawan dan penentangan terhadap makna tauhid dan ittiba` sunnah.

3- apabila ulama mengatakan sambutan maulidur rasul sebagai bid'ah maka perlu diambil kira pendapat mereka itu juga bukan semata2 memberi perhatian kepada ulama yang mengatakan ia sunnah. dan di sini sudah berlaku syubhat dan sebagai orang mahu mencapai ketaqwaan syubhat itu mestilah dielakkan. perkara syubhat tidak seharusnya dibataskan kepada soal halal haram dalam makan minum dan wang ringgit tetapi merangkumi juga soal khilaf. satu pendapat membawa kepada haram dan satu pendapat membawa kepada sunnat. oleh sebab itu sepatutnya dielakkan apa2 yang membawa kepada haram sekalipun ada yang mengatakan itu mendatangkan pahala.

4- Perlu menjadi ingatan kepada kita, khilaf dalam masalah maulid rasul tidak pernah berlaku di zaman para sahabat dan para imam2 fiqh dan hadis maka sewajarnya kita mengembalikan kedudukan perkara ini kepada keadaan asalnya. iaitu tidak pernah ada sebarang anjuran dalam hadis2 dan galakan daripada tokoh2 silam yang mu'tabar. hanya perkara ini dianggap sunnat dan penting oleh bberapa golongan yang terpengaruh dengan da'yah dan pendekatan Sultan Ibnu Malik al-Muzaffar, seorang raja yang terkenal dengan sifat yang tidak baik.

Sebagai rumusan, semata-mata khilafiyyah tidak boleh dijadikan alasan itu diberhentikan mana perbahasan ilmiah. apa yang penting ialah ikhlas dalam kajian dan berpegang teguh kepada kaedah2 usul dan prinsip2 kajian ilmiah.

wassalam
zamrisallehudin on March 31 2009 23:33:27

Salam,

Maaf kerana lama tidak menjengah ke sini...ada beberapa yg tidak terjangka..

Oleh kerana ada beberapa perkara baru saya terpanggil utk menulis semula..pada mulanya saya menjangka bahawa tidak ada hadis spt yg disebutkan oleh ust Rashidi di dalam artikel utama yang maksudnya spt di bawah:


"Al-Hadis bermaksud: Diringankan Abu Lahab pada tiap-tiap hari Isnin dengan sebab dia membebaskan hambanya Thaubiyah kerana menggembirakannya dengan kelahiran al-Mustafa S.A.W. (Riwayat al-Bukhari)."


Dan Ust Rashidi mengejutkan saya dengan kenyataan ini:



Dalam rujukan saya di dalam kitab Sahih Bukhari pada kitab al-Nikah bab (Surah an-Nisa: ayat 23) pada Haram Daripada Susuan Sebagaimana Haram Pada Keturunan pada hadis bernombor 5101 menyebutkan hal demikian.
Kitab: Sahih Bukhari karangan Imam Bukhari. Keluaran Maktabah Iman. Cetakan baru. Tahun 2003 / 1433. Muka surat 1085 dan 1086."

Setakat yang saya belajar hadis Bukhari tak pernah saya terjumpa hadis yang bermaksud sebagaimana di atas. Oleh itu saya minta Ust Rashidi tuliskan matannya di sini atau terjemahkan 'word by word' hadis bernombor 5101 tu...kita bandingkan matan tersebut dan juga terjemahan...( Kalau boleh dalam bentuk pdf lagi elok...)


Saya sependapat dengan Sdr Hasani supaya perkara ini dihujahkan lagi kerana kalau ianya tak selesai tahun ini tahun depan dia akan muncul lagi...lagipun Sdr Anak Pejuang kata benda ni dah amat terang, tapi saya nampak amat gelap lagi...terutamanya ttg hadis tu...

Wslm
siti123 on April 06 2009 21:12:59

salam.

ehhh ade lg golongan2 wahabi di ILUVISLAM ini. ana ingat dh tiada.

kepada wahabi: kan kata-kata ulama salah satu dalil. Betul x??? orang2 awam x mampu menilai dalil.

inilah yang dijawab oleh syeikh2 di sini kepada golongan wahabi. lagipun berdebat dengan wahabi hanya membuang masa sahaja..

sekian. wassalam semua.
zamrisallehudin on April 07 2009 00:48:33

Salam Cik Siti,

Mana lebih benar kata2 ulama atau kata-kata nama s.a.w....kalau nabi tak kata tapi kita kata nabi kata itu bermakna berdusta atas nama nabi dan ingatlah wahai saudara ku hadis MUTAWATTIR yang mengancam neraka ( atau sediakanlah tempatnya di neraka) ke atas orang yg berdusta atas nama nabi.
zamrisallehudin on April 07 2009 00:56:19

Pembetulan:

Salam Cik Siti,

Mana lebih benar kata2 ulama atau kata-kata NABI s.a.w....kalau nabi tak kata tapi kita kata nabi kata itu bermakna berdusta atas nama nabi dan ingatlah wahai saudara ku hadis MUTAWATTIR yang mengancam neraka ( atau sediakanlah tempatnya di neraka) ke atas orang yg berdusta atas nama nabi.
zamrisallehudin on April 07 2009 17:13:55

satu lagi cik siti...ok lah kalau saya setuju dgn pendapat cik yg kata2 ulama salah satu dalil, katakan yg menyokong sambutan tu adalah ulama, apa kata yng membantah tu pun ulama'...amacam? Mana satu mau ikut....yg sebetulnya pendapat ulama boleh dijadikan dalil jika ada petunjuk dari Quran dan sunnah....
zamrisallehudin on April 07 2009 17:15:37

Salam,

Saya biarkan isu ttg samada wujud atau tidak hadis yg didakwa ada dalm Bukhari (dalam hujah pertama di atas) untuk Ust Rashidi atau Sdr anak pejuang selesaikan.

Elok rasanya saya bergerak ke hujah kedua yg diutarakan oleh Ust Rashidi.:



"Rasulullah S.A.W. sendiri membesarkan hari kelahirannya serta mensyukuri segala nikmat pemberian Allah Taala ke atas baginda pada hari tersebut. Semua ini dilahirkan melalui ibadat puasa sunat baginda S.A.W. pada setiap hari Isnin.

Dari Abu Qatadah bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab: Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku. (Riwayat Muslim)."


Ust sendiri menyatakan bagaimana caranya untuk bersyukur dan bergembira ke atas kelahiran nabi iaitu dengan berpuasa sunat hari Isnin..tiada petunjuk yg kita dianjurkan sambut setiap tahun pada 12hb Rabiulawal...sambutan yg ada pada hari ini direka selepas 400 tahun nabi wafat!!!! Adakah sahabat-sahabat, imam-imam mazhab dan ulama salaf tidak terlintas atau tidak se kreatif ( atau tidak mendalam kasihnya kpd nabi s.a.w.) kita untuk menyambut kelahiran nabi sebagaimana kita sambut hari ini...coth kalau kat mesia cuti satu hari satu negara, berarak bercampur laki pompuan keliling bandar dan kampung etc etc...( Nabi telah mengigatkan kita supaya berhati-hati ttg generasi selepas 3 genarsi dari baginda...lebih kurang maksud hadis..)


Sekiranya dianjurkan oleh Syarak menyambut kelahiran nabi setiap tahun, apa kata kalau kita sambut setiap bulan..setiap 12hb...begini lah ciri-ciri perkara yang direka...tiada kesudahannya....

Maka pada saya berpada la dengan apa yg dianjurkan nabi..iaitu...ayuh kita puasa sunat tiap-tiap Isnin kerana kita mensyukuri dan gembira dgn kelahiran nabi....


Satu lagi, tarikh 12hb Rabiulawal tu dipertikaikan oleh ramai ulama ...kalau ada masa sila rujuk di sini:

http://www.darulkautsar.com/article.php?ArticleID=184

Yg lebih sahihnya 9 hb Rabiulawal Tahun Gajah...jadinya KITA KENDURI SALAH HARIIII!!!!

Wslm
bdkmacho on April 07 2009 18:18:09

salam semua...
laaaa xhbs lg isu ni..hehehehe..aku setuju dgn siti123 tu..mcm la korg hbt sgt nk kondem cakap ulama..hafal quran n hadis pn xhbs..ini kan plk nk phm quran n hadis..

sudalah..aku cukup benci dgn wahabi ni..sbb aku dl pn anggota wahabi jgk..aku psl wahabi ni..nsb baik la aku dilematkan oleh ALLAH utk kembali ke jln yg benar..

lgpn puak2 wahabi ni xkan trm hujah org lain..mcm dorg je yg betul n blh msk syurga..

aku hrp korg pn blh kembali ke jln yg benar..aminnnnnnnn...

sekian.,,trm ksh...
zamrisallehudin on April 07 2009 22:58:53

Salam bdkmacho,'

Anda tidak menjawab apa yg dipertelagahkan...harap maaf....sekiranya anda tidak mampu utk berhujah sila beri laluan kepada Ust Rashidi dan Ust Anak Pejuang..

Wslm
zamrisallehudin on April 09 2009 11:41:03

salam,

Oleh kerana tiada respon diperolehi dari Ust Buluh atau Anak pejuang saya telah cuba mendapat penjelasan dari Ust Buluh di dalam blog beliau, malang pos saya spt dibawah didelete...saya bawakannya di sini untuk pertimbangan forumer sekelian...nama seorang ulama' saya sengaja delete untuk menjaga kehormatan beliau:


============petikan dari blog Ust Buluh ===============

Zamrisallehudin Says:
April 9th, 2009 at 11:04 am

Dari komen di atas ust berkata:

‘Sebenarnya hadis itu (seperti yang dinyatakan) digunakan oleh hampir sebilangan besar para syeikh di sini untuk menyatakan keharusan Maulidur Rasul.’

Sikap di atas yg harus dielakkan oleh seorang pendakwah…sekiranya terbukti bahwa hadis itu tidak ada, dan memang tak dijumpai dalam kitab hadis mengapa kita masih ingin mengatakan hadis itu ada?

Ulama’ tidak maksum…mereka boleh tersalah…dan jika sheikh-sheik di azhar mendakwa itu sebagai hadis, mereka tersilap…. Imam Bukhari tidak berbohong…memang hadis tu tidak ada dlm
Bukhari…ADAKAH AMAT PAYAH UNTUK MENGAKUI HADIS ITU TIDAK WUJUD?…UST DAH TENGOK KITAB BUKHARI TU, DAN MEMANG TAK AKAN TERJUMPA HADIS TU…KALAU UST MENGAKU HADIS TU TAK WUJUD (KALAU BOLEH DLM THREAD MAULIDUR RASUL) SAYA AKAN TUTUP POLEMIK INI…


Tambahan:

SELEPAS MELIHAT SENDIRI BAHAWA YG DIKATAKAN HADIS ITU TIDAK WUJUD DALAM BUKHARI, UST PERLU MEMILIH SAMADA UNTUK MENGATAKAN BUKHARI BENAR ATAU Syeikh xxxxxxxxxxxx ITU BENAR…

SIKAP TERBUKA UNTUK MENGAKUI KESILAPAN ADALAH ANTARA SIFAT YG PENTING KEPADA SEORANG PENDAKWAH SEBAGAIMANA YG DITUNJUKKAN OLEH SAYYIDINA UMAR R.A. DAN SAHABAT-SAHABAT YG LAIN KETIKA RAAYAT MENCANGGAH BELIAU YG TERSILAP ATAU DIBENTANG DGN HADIS-HADIS NABI YG BERTENTANGAN DGN PENDAPAT BELIAU R.A.


Wslm
Anak_Pejuang on April 20 2009 00:47:51

Saya pelik dan merasa kasihan melihat saudara zamri ini kerana tidak dapat menerima hujjah dan kalam dari ulamak muktabar.

Yang pertamanya :

kata zamri sallehuddin :

Ulama’ tidak maksum…mereka boleh tersalah…dan jika sheikh-sheik di azhar mendakwa itu sebagai hadis, mereka tersilap…. Imam Bukhari tidak berbohong…memang hadis tu tidak ada dlm
Bukhari…ADAKAH AMAT PAYAH UNTUK MENGAKUI HADIS ITU TIDAK WUJUD?…UST DAH TENGOK KITAB BUKHARI TU, DAN MEMANG TAK AKAN TERJUMPA HADIS TU…KALAU UST MENGAKU HADIS TU TAK WUJUD (KALAU BOLEH DLM THREAD MAULIDUR RASUL) SAYA AKAN TUTUP POLEMIK INI…


Ulamak memang tidak maksum. Tetapi mereka berilmu dari saudara.
Seterusnya, mengapa dalam hal ini saudara mengatakan ulamak tidak maksum, mungkin tersilap. Bagaimana pula dengan diri saudara sendiri? Dan kemudian saudara menggunakan sebuah blog BAHAYA SYIRIK sebagai rujukan. Blog ini lebih maksum dan tiada tersalah? Yang lebih dahsyat pula blog inilah juga yang banyak menghukum sesat kepada jemaah Ikhwanul Muslimin, juga kepada Selawat Syifa'

Suka saya untuk mengingatkan saudara zamri - dalam cetakan kitab sahih bukhari anda kata tiada tentang kisah thuaibah. Tetapi anda sendiri datangkan buktinya iaitu :


Ada pun hadis yang paling dekat dengan kisah tersebut adalah sebagaimana berikut konteknya (maksudnya):

“Pada asalnya Tsuwaibah adalah budak wanita Abu Lahab. Abu Lahab membebaskannya, lalu dia menyusui Nabi (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam). Ketika Abu Lahab mati, dia diperlihatkan kepada sebahagian keluarganya (melalui mimpi) berkenaan buruknya keadaan dia (Abu Lahab). Keluarganya berkata kepadanya, “Apa yang engkau perolehi?”, Abu Lahab menjawab, “Aku tidak memperolehi selepas kamu melainkan aku diberi minum sebanyak ini (memaksudkan jumlah yang sangat sedikit) kerana aku memerdekakan Tsuwaibah.” (Hadis Mursal Riwayat al-Bukhary, no. 4711, dari ‘Urwah bin Zubair)

Hadis ini adalah hadis yang mursal (Rujuk: Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 9/49)


Seterusnya :

Saya pelik saudara Zamri membidas saudari Siti123 tentang ulamak. Adakah selama ini saudara membuat hukum terus dari hadith tanpa kelayakan? Dalam hadith itu sendiri ada am dan khasnya, ada asbabun wurud, nasikh dan mansukhnya. Na'uzubiLlah. Saudara kata ulamak tidak maksum, tetapi untuk memahami hadith itu perlu ada ilmu dan disiplin ilmu yang ketat dan perlu diketahui dari orang yang lebih memahaminya agar tidak menyimpang dari kebenaran.

firman ALlah yang dalam surah an Nahl ayat 43 yang bererti :

"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui"


ALLah juga mengajar kita bahawa :

“Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tidak ada yang akan memahaminya kecuali mereka yang berilmu.”
(Surah Al-Ankabut, ayat 43)

Dalam mengimani hadith, yang terdahulu perlu diimani adalah al Quran itu sendiri ya akhie. Tetapi selalunya bila dibicarakan tentang perkara khilafiyyah pernyataan yang dikeluarkan oleh golongan yang mengaku salafi ialah :

Ulamak-ulamak tidak maksum, ulamak-ulamak juga tersilap.

Jadi saudara zamri sudah menjawat jawatan ulamak dalam memahami al Quran dan Hadith serta menguasai disiplin ilmunya? Seolah-olah saudara ini sudah pasti benar dengan pemahaman tersebut. Yang pelik rujukan saudara adalah blog dan laman web yang suka menghukum sesat sesama umat Islam.

Lihat amaran yang diberikan oleh RasuluLlah :


Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Adakah kita ingin termasuk dalam golongan yang diberitahu oleh RasuluLlah ini?

Saudara Zamri sebut begini :


Yg lebih sahihnya 9 hb Rabiulawal Tahun Gajah...jadinya KITA KENDURI SALAH HARIIII!!!!


Siapa yang boleh menghukumkan 9hb Rabiulawal Tahun Gajah itu lebih sahih? Sedangkan bila dah disebutkan dalil dari Sahih Bukhari tentang Tsuwaibah itu pun ditolak? Jika ada perselisihan tentang tarikh, maka full stop sahaja kerana pendapat ulamak mengenainya berbeza. Saudara hendak terima 9hb Rabiulawal terpulang, dan kami pun tidak akan mencela saudara. Dan saudara pula tidak perlu mengatakan kami batil bila tidak mengikut pendapat saudara tersebut.


Mengapa saudara tidak dapat menerima pendapat dari Alim Ulamak yang lebih arif dari saudara ya? Al Hafiz Ibnu Jauzi, Al Hafiz Ibnu Katsir, Al Hafiz Ibnu Dihyah al Hebatusi, Al Hafiz Ibnu Hajar dan Sheikh Jalauddin al Suyuthi mengatakan tradisi di kalangan SALAFUSSOLEH sejak abad ke 4 dan ke 5 merayakan peringatan maulid Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam. - tapi begitulah disebabkan dalam minda , Ulamak itu tidak maksum. Tapi ingat - mereka lebih berilmu dan lebih faham dari kita.

Saya pelik saudara mengatakan kisah tsuwaibah itu tiada di dalam kitab saudara. Tapi bila saya lihat dalam laman web agama yang dianggotai oleh ilmuwan agama lain ada disebutkan tentangnya : PesantrenVirtual

WaLlahua'lam
Anak_Pejuang on April 20 2009 01:13:42

Saya ingin mengingatkan tentang adab kita kepada para ulamak.

Ada golongan yang menggunakan nama ulamak untuk kepentingan golongannya sendiri. Saya beri contoh : seperti Imam Ibnu taimiyyah, namanya dan hujjahnya selalu digunakan oleh golongan yang mengaku dirinya salafi. Begitu juga Dr Yusof Al Qardhawi, serta kalam Imam Mujtahid dan Muhaddithin yang mengikut mazhab seperti Imam Ibnu Hajar, Imam an Nawawi, Imam Suyuthi demi untuk memenangkan hujjah mereka.

Dalam satu waktu yang lain ulamak ini pula akhirnya akan disesatkan atas hukuman bid'ah sesat dan dihukumnya masuk ke dalam neraka.

Lihat fatwa-fatwa ini dan kita tahu mereka ini siapa. Yang pelik semakin banyak pula penerbitan buku, majalah yang menggunakan pendapat ulamak-ulamak ini :

Dalam risalah Minal Itsnain Wasab'iina Firqotan tulisan sheikh bin baz, Nahsiruddin al Bani, Sheikh fauzan, sheikh abu zaid cetakan Maktabah al Furqon Ajman tahun 2001 hlmn 9-10 :

Apakah jemaah tabligh yg memiliki sekian bnyk kesyirikan dan bid'ah serta jamaah hasan al bana yang memiliki aktiviti pergerakan dan pembangkang pemerintah yg akan masuk neraka?

Para penulis risalah itu menjawab : [mereka] termasuk di antara 72 golongan itu dan kelompok khawarij juga termasuk diantaranya.

Pada Halaman 14 :

Antara firqah sesat menurut penulis-penulis itu lagi :

1. Firqah Hasan al Banna (al ikhwaniyyah)
2. Hasan at Turabi (at Turabiyyah)
3. Sayid Qutb (al Qutubiyyah)
4. Muhammad Ilyas (At tablighiyyah)
5. Ahmad Yasin (al Hamasiyyah)

Kitab sheikh khajandi yang mendapat dokongan dari wahhabi salafi dalam halaman 55 Kitab Halil Muslim Mulzamun Bittiba'i Mazhabin Mua'yyan Minal Mazahibil Arba'ah -


pada halaman 55 beliau mengatakan pengikut mazhab adalah musyrik.

Dalam halaman 89 menyamakan pengikut mazhab seperti himar.

Dan banyak lagi.

Dalam Mukhtasar Muslim lil Hafiz al Munziri ketika memberi komen mengenai hadith nombor 2060 tentang turunnya al Masih alaihissalam di akhir zaman, Sheikh Albani berkata :
Ini jelas menunjukkan bahawa Isa 'alaihissalam akan berhukum dengan syari'at kita dan memberi keputusan dengan al Quran dan Sunnah. Bukan dengan selain keduanya iaitu Injil atau Fiqh Hanafi atau yang seumpamanya.


Pernyataan Sheikh Albani ini telah disanggah oleh Dekan Fakulti Usuluddin dari Universiti al Imam Muhammad bin Su'ud al Islamiyyah Riyadh iaitu Dr Ibrahim al Mansuri di akhbar harian 'Ukkaz. Beliau berkata :

Bagaimanakah anda menyamakan mazhab-mazhab dengan Injil yang sudah tidak asli dalam hal kebatilan? Dan bagaimana pula anda menggolongkan para pengikut mazhab yang 4 berada dalam kesesatan seperti Yahudi Nasrani dan bahawa semua itu adalah pengikut kebatilan sesuai dengan sangkaan anda?"


Pelik kan... dalam kehidupan umat Islam di Malaysia dalam keadaan aman damai dan harmoni. Tiba-tiba sudah ada perpecahan dengan sebab segolongan yang mengaku sebagai pendokong Al Quran dan Sunnah menghukum sesat, musyrik dan sebagainya. Walaupun masalah yang dibangkitkan itu sudah diberikan hujjah dengan al Quran dan Hadith dan sudah dibahaskan tuntas oleh ulamak-ulamak yang terdahulu.

WaLLahua'lam

Semoga ALlah memberi rahmat ke atas semua umat Islam sedunia.. Aminn Ya Robb
wardatul_shauqah on February 17 2010 11:09:17

Ya Allah,ana sedih dgn perbalahan ni..~real sad
kenapa sampai ade yg xpercayakan ulama'...

Ya Allah..dunia akhir zaman...no
Bantulah kami ya Allah...pray
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer