Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 108
- Members Online: 29
- Total Members: 85,794
- Show Who's Online
- 26,101,946 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Hatiku Sebesar Cawan

Hatiku Sebesar Cawan
www.iluvislam.com
akrimimathwa
Editor : arisHa27

" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.



39 Comments · 7396 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 86% [32 Votes]
Very Good Very Good 8% [3 Votes]
Good Good 5% [2 Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
atikah15 on March 07 2009 19:21:22

clapthumbs upclapthumbs up
fishah on March 07 2009 19:41:47

di sebalik ujian tu pasti ad manis nya..insyaAllahyes
hani nisa on March 07 2009 23:08:43

bismillah
hati kte akn sntiase tng kalo selalu b'zikir...tol x?
sume yg t'jd ader hikmah dsblknye....grinthumbs up
kiKI LAla on March 07 2009 23:26:08

belajar berpijak di bumi nyata...redha dgn apa yg terjadi...wink wink
humaira13 on March 07 2009 23:47:27

hmm.. btol3..setiap ujian yg diuji tu.. ader hikmahnya...
Semoga kiter smua tenang menghadapi setiap ujian yg kita lalui...

cloud 9
april_muslimah on March 07 2009 23:53:20

Ringkas tapi bermanfaat..
thanx 4 da articlethumbs up
muslimah@kia on March 08 2009 00:15:47

cita yang pendek tapi membawa maksud yang besar...setiap ujian yang Allah turunkan itu pasti ada hikmah...justeru,kite hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dan selalulah berzikrullah kepadaNya supaya hati sentiasa tenang...senyumlah selaluwink wink
clapclapclapthumbs upthumbs upthumbs up
almusafirq8 on March 08 2009 00:34:55

hurm...good article..
teladan dan pengajaran yang baik untuk diambil dan disebarkan...jazakallah
fadoutyalamha on March 08 2009 01:23:44

assalamualaikum

sangat setuju....yes
Star_sailor on March 08 2009 01:43:02

quite good article,luv it very much..
akrimimathwa on March 08 2009 02:10:19

bismillah

salam..

terima kasih kpd pihak iluvislam sebab sudi menyiarkan artikel saya..untuk perkongsian bersama..

dulu2, sy pun sgt kecil hatinya, tp lama2 kmudian, sy jadi pandai menguruskan hati sendiri, alhamdulillah..masalah yg datang takkan rasa sempitkan dada lagi..

ye, sy teringat kata2 naqibah sy semasa sekolah dulu, katanya, nikmatilah hidup kita sekadarnya, cth, kalau kita jth basikal, jgn rasa nak maerah, tp anggapla yg bagusnya kita dapat raa kemalangan tu, bukannya semua orang dapat rasa pglaman tu...wink wink

semoga kita semua tabah dan sabar selalu, ameen ya Allah..
princess_misz on March 08 2009 03:50:06

assalamualaikum

artikel yg baik utk dikongsi..
minta izin copy
syafuan59 on March 08 2009 05:08:56

assalamualaikum
clapclapclapclap
setiap orang yang beriman akan diberi ujian oleh allah
kita haruslah bersabar menghadapinya dan janganlah asyik nak merungut je
kita haruslah banyak berzikir kalau ditimpa ujian daripada allah
insyaAllah
thumbs up
atin_ros on March 08 2009 06:11:49

assalamualaikum
motivasi untuk jiwa.....grindance
sweet_gurl on March 08 2009 06:17:55

masyaAllahmasyaAllah
good tazkirah..!!!thumbs upthumbs upclapclapthumbs upthumbs up
nienakhairina on March 08 2009 17:57:24

assalamualaikum...
artikel yang bagus..sangat2..
sangat berkesan di hati ini..
yang sememangny selalu dirundung masalah..

mintak izin copy boleh...
akrimimathwa on March 08 2009 18:49:42

bismillah

salam.

sesiapa saja boleh 'copy' artikel ini.

terima kasihwink wink

wallahua'lam.
ibn mohamad on March 08 2009 22:36:24

assalamualaikum

satu analogi yang sangat menarik dalam membina dan membentuk jiwa yang besar. Masalah dan ujian hanyalah tidak lain melainkan tarbiyyah dari Allah. Justeru, bersangka baik pada Allah adalah sebaiknya. alhamdulillah

clapthumbs up
sitihajarosidi on March 08 2009 22:46:43

assalamualaikum sy mmg bersetuju dgn artikel ni........ setiap masalah pasti ada penyelesaiannya....di dlm al-Quran juga ada disebut bhw setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.insyaAllah JUSTERU HADAPI & TERIMALAH DGN REDHAamin
ixora84 on March 08 2009 22:55:53

*assalamualaikum
terima kasih atas artikel yang benar2 menyedarkan sya...
*clap**clap**clap**clap**clap*
zinnirah mujahidah on March 09 2009 00:05:25

nice articleclap
i hope i'll be more strong to face problemsamincloud 9
Ummat on March 09 2009 01:29:10

"Inna ma'al 'usri yusra"
Sesungguhnya di sebalik kesusahan itu ada kesenangan.

music
Andai kau beroleh bahagia, ingatlah itu bukan untuk selamanya...
Andai kau dalam sengsara, ingatlah itu bukan untuk selamanya...
Hidup ini sementara...
misz balqis on March 09 2009 21:54:37

huhu.. best article ni..
minta izin copy ek! ngee
ukhuwahsemanisgula on March 09 2009 22:45:59

bismillah

sgt stuju...

setiap kejadian ada hikmah disebaliknya...

gembira
anah adnan_91 on March 10 2009 07:39:40

assalamualaikum
bismillah
article y bgus,,sesuai dibace sume clapclap

igatlah "dgn mengingati Allah hati akn mnjadi tenang..."
yesyes
dan Allah x mmbrikn musibah@ujian mlainkn y dpt kte tggug...
stiap y brlaku pasti ade hikmahnye..

mga2 kte mngambil mnfaat...insyaAllah amin
huffazdq on March 10 2009 20:38:23

assalamualaikum

bagus artikel ni...nk mnta copy yer...wsjazakallah
cactus_berduri on March 10 2009 22:17:57

bismillah
huhu
sangat bersesuaian artikel ini dgn diri ini kala ini..
terasa hati sentiasa kecil bila dihimpit masalah.
terkadang lupa yg setiap yg terjadi ada hikmahnya

"Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri."gembira

syukran..jazakallah
maCy on March 11 2009 02:56:22

salam..

sgt tertarik..terima kasih atas peringatan..semoga kita tidak lagi akan terus berkeluh kesah...
nur_mujahidah91 on March 12 2009 21:10:50

2 thumbs upyescloud 9yescloud 9yescloud 9yes
nurilanwar389 on March 14 2009 21:49:06

kita harus berlapang dada menerima segala dugaan yang datang.

menghayati maksud surah Al-Insyirah pun cukup menjadikan segala masalah itu sebagai perkara lumrah dalam hidup kerana bagaimana kesenangan akan datang tanpa kesusahan datang dahulu?kita tak dapat merasakan nikmat kesenangan itu sepenuhnya jika kesusahan tidak menyinggah dahulu. wink wink
awek96 on March 16 2009 21:43:30

assalamualaikum


betul ...dlm setiap masalah..pasti ade jln penyelesaiannya...clapthumbs upgrindancecloud 9
cempaka desa on March 17 2009 14:03:31

assalamualaikum
isyaAllah jika kita selalu melapangkan hati kita pasti semua masalah itu hanya menjadi kekuatan pada hati untuk menempuh lebih banyak lagi dugaan yang akan mendatang...
jangan di kusutkan hati dengan hanya sedikit masalah kerana kita tidak tahu kemungkinan selepas ini kita akn di uji dengan ujian yang lebih besar..
nik nurfizah on March 17 2009 16:33:02

assalamualaikum

bagus dan sgt bermakna artikel ni.... memandeangkan saat ini ana sedang menghadapi masalh... Ya Allah tabahkan hatiku,...berikanlah ketenangan dan kebahagian kepadaku dan keluargaku... berikalah petunjukMU kepadaku dan familiku....amin yarabbal'alamin..................real sadreal sadsobsobsobsobsobsobreal sadreal sadreal sad
seindah biasa on March 17 2009 17:15:03

waalaikumsalam


praypray Ya Allah kabulkanlah doa hambamu yg bernama Nurfizah bibah ini....amin Moga-moga kudapat melihat senyumannya kembali..... insyaAllah
akalili on March 19 2009 02:06:51

Dalam setiap kesusahan pasti ade terselit kemudahan.
pape pon.. kena thiNk pOsitive n pray to Allah supaya diberikan hati yg tabah n cekal.
Semua org mesti ade masalah punye. tinggal kita je kna pndai nak handle nye.
Betul2. ujian adlh tarbiyyah Allah SWT.

Jom besarkan hati kita sebesar kolam, tak main aa sebesar cawan.. hehee.. grin
fazihatulaisha on April 17 2009 15:54:41

artikel ini buat sy berfikir kmbali..
sebesar mana hati ini tika mndepani mslh dn cabaran..

adakah sebesar kolam..
atau sebesar cawan...?

mslh sentiasa hadir dgn caranya sendiri..
trpulang bgaimana utk mghadapi..
yumako matsuki on April 20 2009 21:23:28

btul tu...hadapi hidup dgn senyuman~gembira
pocoyo on May 14 2009 08:57:00

ade hikmah stp ape yg blaku..
ujian itu tarbiyah dari allah..
comfort
nur_sakinah on September 13 2009 22:09:08

saya slalu mengeluh kalau ada masalah..no
lepas tu saya slalu memperbesarkn masalah yg kecil..
thanks, artikel ni banyak mmbantu untuk muhasabah diri..wink
agar kita sentiasa ingat, ALLAH tidak akan menguji kita dgn sesuatu yg kita x mampu galaswink wink
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah"
spacer