Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 72
- Members Online: 20
- Total Members: 85,796
- Show Who's Online
- 26,107,520 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Nikah Muda dan Bahagia

Nikah Muda dan Bahagia
www.iluvislam.com
Editor:afdhal87


Begitu saja aku dengari suatu ayat-ayat Al Quran yang membuatkan aku tersentak!




Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi  Maha Mengetahui (QS Annur :32)

Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.

Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud: 

Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga)
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus


Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya(Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Abu Bakar As Siddiq pernah berkata Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".

Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya(QS Annur:32)


Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.

Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
Rasullulah saw melarang  Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)


Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi
)

Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"

Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"

Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;

"Apa yang  kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
 (Hadith riwayat Muslim)


Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.
     
Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .

Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"

      Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku?
Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari
Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !

Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.

Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah


Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)



75 Comments · 18479 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 64% [23 Votes]
Very Good Very Good 17% [6 Votes]
Good Good 14% [5 Votes]
Average Average 3% [1 Vote]
Poor Poor 3% [1 Vote]
Comments
Bandicruz on March 01 2009 10:35:24

assalamualaikum


hati mahu kawin, tp duit x ada...apa dayaku...oh kawan..ishk3..
aziee on March 01 2009 12:08:48

assalamualaikum
sangat bagus untuk peringatan kepada saya dan golongan muda zaman sekarang...
semoga tidak hanyut dalam indahnya cinta sebelum kahwin saja..
rasa cm nk kawen cepat2... takut dengan zina yang mungkin kita tak sedar kan....
insyaAllah
grin help
iluvislam
knightoffreedom on March 01 2009 17:43:18

bagus2..jom kawin cepat2..hehe..kahwin cepat dapat kurangkan membuat dosa..yela tiap2 hari pandang sana-sini..tgk itu-ini..xdapat nak kawal..so bagi yang sudah berkemampuan, tunaikanlah keinginan anda secepat mungkin.
p/s : jangan lupa jemput saya ke majlis bahagia kalian..
iluvislam
- Aman Shah - on March 01 2009 18:09:46

Niat dihati hendak berkahwin...
tapi........music

Masih patutkah ada tapi itu?
untuk yang hendak berkahwin, ingat janji-janji Allah untuk mereka yang hendak mendirikan masjid itu...

Untuk membaca artikel janji-janji Allah untuk mereka yang hendak berkahwin,,
sila rujuk ke =====>> http://abraxas248.blogspot.com/2008/12/janji-allah.html
fie_zie on March 01 2009 19:46:01

saye slalu ckap kat kwn2 , nnt besa tanak kawin.. just because sy susah nak hidup ngan org lain selain drp mak ayah dan adik bradik...

tp bile bace penulisan ni, hati terfikir balik...
mungkin skarang saya boleh ckp macam tu sbb Allah belum campakkan lagi rasa nak berumahtangga tue. mebi jugak Allah tahu saya masih budk2 dan belum bersedia. sian kat kwn2 yang teringin berumah tangga tue, slalu je gaduh ngan saya pasal kawin2 nie.


So, bile fikir2 balik, jodo pertemuan di tangan Allah, seandainya kat dunia nie kita tak jumpa pasanagn kita, mungkin dia sedang menanti kita di syurga... btui x?
hunny_bunny on March 01 2009 19:52:32

salam..

kahwin? lum pikir lagi
bukan pe takut nati kawin lagi menyusahakan mak bapak je..
bia cari asset dulu, ru kahwin..
nati bukan pe takut xda duit mula la tibul cerai berai..
erm tanya la diri dulu da sedia nak pikul tanggungjawab ke belum?
umuanisah on March 01 2009 22:24:17

bismillah
assalamualaikum

ermmm...harta x menjanjikn kebahagiaan...
yakin dgn jnji Allah swt...insyaAllah
segalanyer akn di permudahkan.....pray

thumbs up
Camar Ungu on March 01 2009 23:10:44

assalamualaikum

Saya br shja selesai menghadiri kursus kahwin...jika sblum ini saya juga pernah mempunyai keinginan utk membujang shaja (kerana sering mendengar kisah pasangan yg hancur dan menderita setelah berkahwin) tetapi selepas berkursus selama 2 hari ni...pintu hati saya terbuka luas untuk mendirikan rumah tangga..terlalu banyak pahala dan keberkatan yg akan kita perolehi apabila mengikut sunnah Rasulullah ini...orang yg pegi kursus kawin ni tahu lagrin

kepada kawan2 yg masih ragu2 or merasakan diri kurang mampu (kewangan), janganlah risau kerana Allah Maha Kaya...rezeki ada dimana2...wink wink
hanisa yusra on March 02 2009 01:01:02

nice artikel..jrg jmpa bab khwn muda ni gembira
alhamdulillah brtmbh ilmu..jOm nikah!
afdhal87 on March 02 2009 01:48:49

kempen mendirikan masjid..
ala pembinaan konsep pasang siap..
xperlu mewah, mahal, besar, kompleks...
bina masjid mudah & brakah..
kempen semasa hayat masih ADA...

JOM Bina MASJID DULU!!!!
Dayang Min on March 02 2009 02:11:05

setuju..setuju!! kalu pasal nikah setuju aje..kawin muda mmg lebih baik dan jadikan diri kita yg lemah ni lebih baik..yg pnting suami isteri pandai2 la idup.. kan..thumbs up
zone2020 on March 02 2009 02:54:14

hati teringin tapi xda yg brkenan real sadreal sad
nsyahadah on March 02 2009 02:55:24

salam..
ana setuju dgn perkahwinan di usia muda ttpi perlu ada kekuatan..
perkahwinan perlu disertai dgn rse t/jwb & jika kita msih blm bersedia krn itulah,jauhilah..
serahkanlah sgala2 kpd Allah..
wallahua'lamjazakallah
dixgurlz83 on March 02 2009 02:57:29

assalamualaikum
bukan xberusaha..tapi mmg belum smpai seru..
wink wink
zone2020 on March 02 2009 03:05:54

belum ada yg berkenan
everjihad on March 02 2009 03:13:58

ish3..artikel ni..mcm tepat kena batang hidung.. yeah..what am i waiting for?hmm!

i used to know all those hadis. mmg ulamak2 dulu kawin muda nak jaga diri n elak fitnah.some sort my thinking of responsibility make me scared. am I responsible enough? nak bina baitul muslim? dah ckup prepare ke?

kadang2 memang setan ke yg bisik kat telinga dr buat benda baik?

for example la. last night, ada member dah terbuat solat isyak sorang. pastu ada solat jemaah isyak. dia takut nak solat dua kali. padahal tak salah pun.

the point is, kadang2 manusia ni takut nak buat sesuatu benda tu walaupun dia tau, baik.

is that a problem?

nak buat kebaikan pun perlukan keberanian. kadang2 kita tak berani nak menjejakkan kaki atau melangkah ke arah perkara tu. hanya kerana kita TAKUT.

i used to have dilema before.
this sentence remind me.

Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku?

Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.


perhaps ada pihak, yg dah berusaha. namun di pihak kita, tiada daya usaha pun lagi. kinda feel guilty. bila fikir balik, kenapa tak cuba yakin dgn Allah? kalau ada peluang kenapa perlu takut?

mungkin ini cobaan..
menguji seteguh mana keimanan dan ketaqwaan.
akrimimathwa on March 02 2009 03:22:13

bismillah

dulu2 rasa nak kawen awal, tpi lately rasa tu makin kurang plak.

dulu2 rasa ilmu dah cukup didada untuk membina keluarga, tp sekarang rasa, aduh byk lagi yg aku kna blaja.

dulu2 rasa kalau da kawen, hidup lbh tersusun, tapi sekarang rasa byk lagi tanggungjawab yg nak dilaksanakan.

kalau nak kawen, tp takda calon susah juga, kanwink wink

apa2pun, ya Wadud, kurniakanlah aku lelaki bertuhankanMu ya allah..

ameen...
NurQaseh on March 02 2009 03:42:24

i like it..it's sound so good 4 us..hehhehe..
baca artikel ni, tb2 jer jd excited state nk kawen..cm electron la plak..hehehehe..

ikutkn niat hati camtu la, nk bina masjid awl2, tpelihara sikit..
tp saat n masanya blum smpai, n orgnya blm kutemui..kihkihkih...

pape pn, kita mst la prepare diri kita dulu, sbb kita perempuan trutamanya, kne btol2 ready, sbb tugas mdidik ank2 tu dtgn kita...perbaiki dulu sikap kita sewaktu masih single ni, jgn nk bersalin esok lusa baru nk buat prangai elok2..hehehhe...
ustazahsolehah on March 02 2009 04:07:27

assalamualaikum...sungguh berkesan...ana dh jupe calonnya tapi faktor belajar...parents still xbagi...ana sudah bsedia utk bkahwin...doakan ana yeyes
cahayabersinar on March 02 2009 04:23:59

bagi sesiapa yang ada kmampuan, xda salahnya nk kawen awl...
sumanya bergantung pada niat...
klu niat kita baik, Insya Allah sumanya akan dmudahkan....
naadherah on March 02 2009 06:22:53

salam saudara afdhal87

saya tak tahu masalah browser saya ke ape, saya dapati ada masalah teknikel sebelum ayat quran yg pertama tu. lepastu saya edit balik.

harap maklum
An Nisa on March 02 2009 06:49:11

bismillah

erk, bagaimana pula dengan budak yang masih bersekolah?

perlukah mereka kahwin awal juga?


p/s:harap ada yang boleh memberikan penjelasan.
secret whisperer_90 on March 02 2009 09:55:10

assalamualaikum bagi mereka yang masih sekolah..diharap bersabar..hehe perjalanan masih jauh..keperluan untuk sebuah perkahwinan memerlukan kematangan..kematangan memerlukn pengalaman..jadi take ur time to observe n understand ape erti sebuah perkahwinan...marriage is not a laughing matter..lagipun priority belajar jauh lebih penting..masuk u nati leh laa fikir nak kahwin..nway..suke artikel ni...InsyaAllah harap dipertemukan dengan jodoh secepat mungkinamin
wardah_asywak on March 02 2009 17:56:50

assalamualaikum

emm artikel yg bagus..clap

nak kawin awal mmg xsalah tp perlu mempersiapkan diri terlebih dahulu dengan segala perkara..kerana kawin dengan pasangan bukan sehari dua tetapi adalah untuk selama2nya sampai ke syurga, insyaALLAHamin..

yang PALING PENTING adalah niat, supaya ia lebih dirahmati oleh Allah..cloud 9
edameow on March 02 2009 22:06:39

salam..
hmm..ble bce artikel ni teringt lak sorg kwn baik ana..
die mmg da kawen skng..dlu die bnyk bt slh n mmg die nk tebus dosa tu ng kawen..
bnyk dugaan n rintgn n alhmdulillah, die brjya gak..da bhgia n muka slalu berseri2..
ana pn bhgia tgk die..
kesimplnnya niat knelh baik..yakin dgn Allah..msti Dia tolong..

yg prob ttg ana lak,ana mmg nk nikah..sbb ana rse ana dh bnyk wat slh..
takut kalo mkin lme idup,mkin byk dosa ana bt..moga2 pas ana nikah,ana dpt lbh ketenangan mcm kwn ana tu...
hopefully ade yg menerima seadanya..catdoakan ana..amin..insyaAllah
indah syuhadaq on March 02 2009 22:15:39

hmm,, kalau org dulu2 ramai yang kawin awal tapi zaman sekarang majoriti kawin dalam umur 20-an sbb tunggu ekonomi diri stabil.. pe pe pun perkahwinan bukan semata mata untuk tuntutan bati shj tapi perlu mantapkan diri dgn iman, kekuatan luar dalam dan sebagainya supaya generasi yang bakal lahir kelak menjadi kebanggaan keluarga, agama,bangsa dan negara....ok?? thumbs up
huffazdq on March 03 2009 00:04:36

assalamualaikum

moga Allah mudahkan urusan jodoh kita semua dan mengurniakan kita pasangan soleh solehah....amin ya Rabb...hehehe
lily143 on March 03 2009 03:01:52

kawin awal..dan bahagia...huhu..saya ada sorang kawan ni, memang kawin paling awal lah dalam my batch..tak sangka juga..after that, memang melonjak2 prestasi dia..tu lah rezeki yang Allah kasi pada dia..n sekarang ni dah ada baby dah..bestnyer...

Kawin awl hmm!..rasa cam nak kawin awal juga...tapi x boleh la..nak kena abihkan study dulu...lagipun calonnyer jauh beribu2 batu..
insyaAllah..bila sampai masanyer kawin lah kan..kihkih..apa2 pun, moga Allah tetapkan yang terbaik..
amin
almujahidin1089 on March 03 2009 05:13:18

bismillah
assalamualaikum
ati nie mmg nk kawen...ermm..
tp ntah la...rs mcm xcukp yakin jek lg mampu jd seorg yg mantap dlm membimbing kuarge...
smoge Allah beri kemudahan pade ana dan antum semua..insyaAllah
pc
Noor Raihan on March 03 2009 05:22:45

Salam..ana lihat banyak ulasan tajuk ini ya..erm,,pada pendapat ana kahwin ni adalah satu perkara yang mudah dilaksanakan..cuma zaman kita sekarang yang memerlukan kesempurnaan dalam sesuatu hal.misalnya duit,belanja hantaran dan lain2.bukankah kita dah dengar ayat Quran yang mengatakan bahawa Allah akan memberi rezeki kepada kita..Allahu'alam..renung2kanlah..tapi kena fikir juga kalau belum mampu untuk pikul tanggungjawab,,tunggulah diri tu benar2 mampu..kerana perkahwinan yang dibina itu bukan untuk sehari dua atau seminggu dua..Allahu'alam..salam..jazakallahiluvislamwink
syed_wan on March 03 2009 06:11:44

assalamualaikum
Nikah cepat tu memang la baik...tapi perlu ada persediaan dari segi ilmu dan apa2 yang berkaitan dengan alam perkahwinan...
Wassalam
halifa on March 03 2009 10:47:47

assalamualaikum

insyaALLAH...klu nie petunjuk dari ALLAH SWT...cuma xjumpa da calon lagi...grin
jauzi on March 03 2009 18:59:52

peratusan tertingi untuk jadi "family man" is Malaysia.. huhu! "Millionaire" before umur 35 is negara taiwan.. peratusan "sex before married" is negar2 barat.. lpe lak pe nama negara tu.. ssh tul malaysia ni nak jadi "millionaire before 35" tu ek? nak kawin cpt je.. climate negara2 asia timur kot.. haha..pray
izrah_88 on March 03 2009 19:01:02

assalamualaikum
dah da calon..tp parents x stuju plak..
mcm ksh dua darjat laa..
doakan yg terbaik yea tok ana..pray
Zahiruddin Zabidi on March 03 2009 19:08:36

assalamualaikum

Jemput klik di sini untuk penambahan insya-Allah

http://www.iluvislam.com/v1///readarticle.php?article_id=1335

Wallahua'lam
mujahidah_asrar on March 03 2009 19:54:50

Syukran buat sahabat yang post artikel ni
sha-sha on March 03 2009 20:00:09

salam...ana dh ada calon n bakal mendirikan masjid..
kalau nak ikutkan kitaorang memang x sedia dari segi kewangan, tmpt tggl n mcm2 lg...

tapi dengan Izin Allah semua tu berjalan lancar.. kitaorang pun dah lega sikit sebab semuanya dah sedia....cuma tunggu hari saja...

bila direnungkan balik, artikel ni memberi semangat tuk hadapi alam berumah tangga ni...insyaAllah

suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.

dalam hal ni Allah sendiri yang membantu ana.. Allah'alam...

family ana pun restu perkahwinan ni walaupun kitaorang sama2 muda.comfort

dan ana bersyukur dengan apa yg ana milikiamin
nurrunnur on March 03 2009 20:13:22

nikah muda dan bahagia... indahnya.

ana cuma tersenyum melihat sahabat dan kenalan(yang lebih muda) yang melepasi fasa ni, semoga berbahagia dalam redhaNya...
ana bila lagi? doakan.


~dah ada orang panggil makcik
ice blended on March 03 2009 23:09:38

nak kawen gak~
tp tengok la dlm 3-4 taun lag..
insyAllah..
hehe ..=D
mai_03 on March 04 2009 03:54:07

assalamualaikum

leh x sy tny?
klau ad calon,tpi lum leh kawen
ats faktor blaja+fam&parent xksi kawen lg,
leh ke?

kmi mmg xapply couple2 ni,even cple islmic(sbb mmg xwjud pn kn).kre nk kta exchange tzkirah,kjut2 qiam ke,kmi xwat pn bnd2 tu,sbb sdr,tu slh 1 prngkp syaitn.

mmg jrg cntct,n sntiase sbukkn dr,
tp mlihat pd stuation skang,
nk nikah tu bukn pkra yg mudh,
dy pn nk exam n nk fly dh.

just nk twu,leh ke x,klau ade calon??even xnikah dlm tmpoh tdekat?sbb kdg2 tu rs bsalah bile btwu org len,
ade yg ckp

"kalau kte mlepaskan ssuatu utk mncari keredhaan Allah,Allah akan mnggntikn dgn yg lbih baik 1 ms nnt"

sy twu tu.sbb nk mncr kredhaan Allah,sy xnk cntct dy,tkut cntct tlalu krap,akn mnybbkn lalai n zina hti..dlm tmpoh nk tggu mseny utk nikah,kmi amik kptusn utk sbukkn dr n study hbis2n+upgrde iman.

prlu ke sy ptuskn?sbb sy da wat istikhrah,n sy btul2 ykin yg kmi ade jdoh (insyaAllah)..
wat ms ni,sy hny bdoa seandainy dy la jdoh sy,jdiknlh dy suami yg soleh +mmpu mbimbing sy suatu hr nnt.skrg ni pn,sy sdg mnguatkn dr+b'usaha utk mnguatkn imn+mnmbh ilmu.mge2 mjd istri,wnita+ank yg solehah.
doakn sy+brilah pndpt anda...

jazakallah
afdhal87 on March 04 2009 08:46:24

sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA...masyaAllah

sekali jatuh.. jgn jatuh lagi..!!!insyaAllah
mazahasizu on March 04 2009 16:27:32

sonok n teruja ble bce artkel kwin muda ney....
cuz ana adalh slh sowg y akn mndrikn umah tgge...huhu...mmg ktegori muda la gk,,,
msh bljr kt IPTA...
nk ikutkn mcm lom bsdia..tp nk ikutkn mcm dseru2 plak....
mcm da rse sume alm rumh tgge...ntahla...
ana bwu je mlpasi fasa ptama iaitu mghdiri krsus kawin..
Alamdulillah...byk y ana pljari...
dr ctu timbul lg pasaan xsbar nk mlalui pkhwinan 2...
ana da ade calon...Alhmdulillah die da bkerja...
eve ana blom abiz blaja,
tp ana rse da de kkuatan tuk mmbina msjid ney...
Ana taw byk tggugjwb...
sbgai seowg student n isteri...kne pndi2la bg mse kn...
ape pn ana hrp klian mndoakn agr kmi bdua datukn...
InsyaAllah buln 6 ney....
moge Allah mmpermudhkn urusn ana dn bkal2 suami & istri..
amin
pankerz on March 05 2009 07:48:28

setuju..setuju...thumbs up
smoga jodoh terbaik utk kita..amin
tyie_8787 on March 06 2009 01:57:59

*assalamualaikum

btul jga khwn muda lebih baik drp mlakukan maksiat b4 khwn khusus pd remaja skrg........:)
ice blended on March 06 2009 03:38:15

to mai_03

sekadar nak kasi pendapat..
sy pun x brape pasti sgt psl nie..tp sy penah tnye beberape org alim..ade gak tnye kat forum kat sini psl kes yg lebey kurg sama mcm cik Mai_03 nie..

hurm..katenye..baek tunang..tp org kate tunang adlh tempoh perkenalan kan..tah ek..sbb ramai kwn2 sy yg still blaja pon dah ramai tunang,dgn arapan pas graduate nnti nak nikah la..jadi time tunang tu x de la kite rase risau kot2 die jumpe yg len ke pe..

lg satu,sbb cik Mai ngn dia pon tahu hukum hakam agama,so,rasenye x de masalah la kot..insyaAllah..

huhu..maaf ye kalu silap..sekadar kongsi pendapat je.
dira on March 08 2009 02:51:28

moga tuhan kurniakan saya bakal suami yang boleh membimbing
lurve on March 08 2009 17:42:41

huhuhu....
sy mmg bercita2 xnk kwen...
tp ble bc artikel ni yg menyebut kwen 2 menyempurna kn sbhagian drpd agama,sy twos ubah fkiran..
huiuhuhu...
ana muslimah 90 on March 08 2009 19:56:11

ermmm...
mang klu ikutkan hati,,
xmau menyimpan perasaan ni terlalu lama tanpa ikatan...
sme2 masih muda...
tp, xmau lalai..
zina hati...
apa yg perlu dilakukan..
real sad
ixora84 on March 08 2009 23:48:57

assalamualaikum
clapclapclapclapclap
saya pun ada niat mcm 2..tp,apakan daya jodoh di tngn allah
Dia y menentukan segalanya...sya pasrah andai blm ade insan
y bergelar 'suami' dlm hdp sya...sya impikan suami yang beriman
amin:
gembiragembiragembiragembiragembira
qayyum_egypt91 on March 09 2009 01:46:15

assalamualaikum
msih mde laa nk kwen...
blaja dlu...
lfazkan cinta pada yg halal...
bahge slamany...thumbs up
insyaAllah
are_lim13 on March 10 2009 01:02:36

assalamualaikum

Sesungguhnya, Islam itu memudahkan proses pernikahan denan rukun nikah dan mahar yang rendah, tetapi budaya yang membuatkan ramai jejaka berfikir berkali2 sebelum melansungkan pernikahan, kerana memikirkan jumlah yang diperlukan untuk mencukupkan duit hantaran yang semakin hari semakin mahal. Tidak dinafikan bahawa Allah memberi pertolongan kepada orang yang ingin mendirikan masjid, tetapi usaha itu penting untuk mencapainya, kerana rezeki itu tidak datang bergolek. Buat gadis2 diluar sana, berbincangla dengan keluarga supaya tidak meletakkan hantaran yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan ramai jejaka berada dalam dilema untuk mencukupkan duit. Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya.

jazakallah
SitiFatihah on March 10 2009 03:46:10

insyaAllah kalo di berikn rezeki memg ingin menunaikan kewajipan ini....tp perlu menghabiskan ape yg dh di mulakan...ingin menyelesaikn ape yg perlu...gembira
cintAin on March 12 2009 11:00:15

assalamualaikum

Kawen muda ade baik ngn buruknya. Baiknya dapat jauhkan dr maksiat dan buruknya

pulak nnti menyusahkan ibu bapa. Bukan sesaje nak cakap tapi dah de contoh depan

mata. Kesian mak ngn ayhnya, terpaksa keluar duit nak tampung hidup mereka tu.. So

sebelum nak kawen tu fikir dl sama ade mampu ke nak nak sara keluarga jgn sampai nak

menyusahkan org lain k...yes


iluvislam
hananie on March 14 2009 14:47:42

salam... alhamdulillah tajuk yg sangat2 bermanfaat, tp sy ad sedikit kesukaran dan masalah dalam kawin muda ni, sy mmg nk kawin awal utk elak maksiat, tp masalah family tak bg, mcm mane 2 sahabat2....sobsob
f@krOol_90 on March 15 2009 12:10:56

juz pndpt...

hm,bg pompuan mmg elok kwen awal...
coz itulah mtlamt mereka..jd isteri solehah...
tp sblm 2 kne r blaja dl ilmu2 bab munakahat(pkhwinan)...

rmai rmaja/artis skunk kwen then bcerai...
sbb pe??sbb x tw dan x blaja ilmu bab munakahat...
kwen mayb semata2 ikut hawa nfsu..lngsng x impikan sbuah kluarga bhgia...



laki plak kne r timba ilmu tinggi2 dl...
kj yg bgs2...gaji agk bsr cket...
ingt,DUIT MEMANG XDE APE2,TP APE2 ITU MMERLUKAN DUIT....
laki t kne sara kluarga..
xde duit camne nk sare...

contoh:kita ada ilmu,cinta kan ilmu...ttp takde duit tuk smbung plajarn ke IPT,tpakse jd buruh kasar,cleaner...
hamster_217 on March 17 2009 00:16:53

assalamualaikum
kalo ikutkn hati dan akal nik, mmg nk sgt dimiliki scra sah.. tp mgkin seruan jd0h dr Illahi lom smpai.. lgpn muda lg. cuma xnk mensia-siakn masa dgn cinta yg x membawa ke syurga.. no
mikael_aldrii on March 18 2009 16:12:17

bismillah

besnye~wink wink
kwen mude n bhgie
sp x nk
nk gk kwen awal
elek maksiat.. zine hati
tp x jmp lg la calonsobsob
cne nk kawen.. hu~

tp ana tau Allah dh jnjikan ana n kite sumer jodoh yng sempurna amin
InsyaAllah~kalo da sampai seru pe lg..grin
jm kawen! hehehe

artcle ni da bjaye wat ana makin pcaye ngan janji Allah
pd hambaNye

mabruk alaih! clapclapthumbs up
mikael_aldrii on March 18 2009 16:15:11

bismillah

alaa..slh taip la hehehe

ELAK maksiat.. elek plak~
hahahah hehehe

jazakallah
fatimah zaharah on April 03 2009 22:25:07

kwin awl & bhgia ... indahnyA .

p sya rsa mUda lg .. hihii.. ermm, sya sbnrnya t'ingin nk p stdy mesir grin
tp, bpa sy xbg ,, bpa ckap stdy luar ngra x bgus ... jau ... n swk2 dgn nya ..

xpa la .. sy trima n skg nk smbg dlm ngra ja .hehe ,
klua tjuk la plak ..
ape2 pn kpda yg akn m'driikn ruma tgga x ama lg ,, (ambik kusus kwin)..
sy d0akn smga t'cpai n bhgia .. hehe
sy kurg ilmu la nk g k0men bnyk2 .. tp sy suka bca artikel2 kt iluvislam !!

biezzz bgt ! alhamdulillah n m'insaf kn dri ini ....
sy mmg bnyk klmhan .. tp, sy akn usha tuk p'baiki ..insyaAllah
d0akn la sy yer kwn2 ... amin

jazakallah
serikandi_sejati on April 15 2009 16:33:43

kawen....kawen....kawen.....hmmmm.....

tp kawen kat mesir bez gak kan..hehe..


sedang menunggu rombongan meminang....hik3...
tp lama ag...isbir..isbir....wink
ct08 on April 17 2009 15:37:04

assalamualaikum....

uhuhu..artikel ni best...

seronok dapat baca...tenkiu..

syukur lah kita yg sedar tentang hal nih..
tapi kat luar sana masih ramai yg tak amek kisah hal2 cm nih..

masih ramai lg yg tak tahu...

kawen muda ..bagos arr..tuk pompuan..untuk laki2 payah siket..

selain bajet kena ready, ..ilmu rumah tangga pun mesti ada jugak..

kalau tak ready awal2 ..bila lagi...?

sekian..

wassalam..cloud 9
pemudatua on April 20 2009 01:10:46

InsyaAllah, kalo BA ni selesai, boleh kot nak minta izin untuk nikah dari mak ayah.

Masalahnya, sikap setengah ibu bapa yang agak cerewet bila nikah ni


regards,
Pemudatua
www.rajawalibiru.wordpress.com
yumako matsuki on April 21 2009 01:56:28

saya kawen krn ALLAH n RASUL S.A.W suruh!!!amin
Wandi on April 21 2009 22:13:38

menikah muda....siapa takut..
tapi kita harus merujuk Al Qur'an surat An Nur:32 dan Ar Rum:21 serta tdk ketinggalan niatnya ( Pahami Hadits Arba'in 1)...
Ana mash belajar..insyaAllah siap untuk mnikah..., tetapi orang tua mash ragu dg kemampuan ana 'n study ana. orang tua ingin ana selesai beljar dulu..
do'ain agar ortu ana bisa memahami keadaan dan niat ana.....pray
syukron......
nasyakierah on May 26 2009 10:07:51

salam gembira perkahwinan tu pakej, yang kurang dan yang lebih dia dan kita kn sama2 terima, sama2 ubah dan sama2 btolkan. sangat banyak cabaran dalam perkahwinan, tapi seperti apa pun jua dalam hidup jika ianya 'kerana ALLAH' ia akan berhasil. Allah kan tak beri jika kita tak mampu.. gembira
misz_91 on June 02 2009 14:15:39

assalamualaikum
kaween??hihi...cam malu nk ckp...niat mmg ada...tp kmpul ilmu n bhagiakan ibu bpa lu...bru nk kawen...
soffaeha on June 18 2009 15:26:59

kawin cepat2..daripada asyik buat benda tak baik je kan.wink
ardini mardhiah on August 10 2009 12:10:44

perkahwinan itu terlalu indah..gelaran bagi suami dan isteri itu terlalu istimewa....janganlah diabaikan....

AKU BERGELAR ISTERI
najahgirl on August 22 2009 06:11:29

ana muda lagi.so blum smpai masanyerhmm!
wardahtul_syauqah on September 09 2009 16:07:36

claptahniah kpd pnulis.....
kte pon mmg bcte2 nk bina msjid awl sbb ble mngnangkan skliling yg smkin mrbhaya...
tkot n naik bulu roma ni ble lihat ank muda terutamanya ank MELAYU sndri yg tnpa sgan silu berkepit sne sni mcm belangkas tnpa iktan perkahwinan yg sah n lbih memeranjatkan lagi ibubapa mereka bole plak bngge yg ank dara mreka laku konon2nya.....ish3..sdeykan ble tgok bngse sndiri mcmni....semoge ALLAH mngurniakan jlan yang terbaik bwt kte....amiiin!!
yusnanihajararifin on November 09 2009 20:08:09

assalamualaikum
sy suka artikel ni... thumbs up
allah is the best on November 13 2009 22:30:13

assalamualaikum

HUHU..kawin muda
da de prancgan ke lpas kawin memandangkan masih muda
x sgka klau dah 12 taun da boleh jadi isteri..
mudanya,subahanallah..
masih ingin mengejar cita2..


jazakallah

iluvislamiluvislamiluvislam
yanglarra on December 14 2009 15:47:46

nikah muda mmg bagus, insyaAllah dpat anak2 yang IQ tinggi..

tapi camner kawin muda, di pertengahan jalan poligami plak muncul...ketengah kan isu ni.

sharing is caring....
aurora_89 on January 16 2010 13:47:14

assalamualaikum
mmglah kahwin muda ramai yg nak...sape xnk kn..tp perlu ingt ia bkn lah satu kesronokan..tapi kehidupan yang baru sahaja akan bermula dan lebih memerlukan bnyak pengorbanan....married is not the end but beginning of life...
maka sebelum berkahwin maka sediaknlah dr dgn pelbagai ilmu ttg rmhtgga dn sbgainy...insyaAllah apabila samoai jododh xkn ke mana...wallahualam..insyaAllah
yes
cheksue89 on January 27 2010 13:31:47

wow!aku minat dgn komen diatas ni... i agree!comfort
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya."
spacer