Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan."
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Saya Mahukan Wanita Solehah

Saya Mahukan Wanita Solehah
www.iluvislam.com
 Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
EditOr: mawaryangtinggi




    “Saya mahukan wanita solehah, bu. Saya harap bu dapat carikan saya seorang wanita solehah yang akan mendampingi hidup saya, menghirup kesusahan dan kesenangan bersama saya,” bilang saya pada ibu saya satu ketika. Masing-masing mempunyai definisi tersendiri tentang wanita solehah, saya juga tidak terlepas. Seperti itu jugalah setiap orang mempunyai definisi citarasa tersendiri tentang kecantikan. Yang pasti, lelaki mahukan wanita yang solehah yang mampu menempuh kehidupan bersama dan begitulah sebaliknya. Solehah itu bukan pada nama atau rupa, tetapi hati dan budi.

Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi nur dan sinarnya tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya?. Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, bukannya lembu. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun.

Yang jelasnya, solehah ialah satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki. Tanda solehah itu ada beberapa antaranya:

1) Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama.

2) Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya seperti tarikh lahir.

3) Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga.

4) Meletakkan nawaitu untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”.

“Macam mana kamu nak orang solehah sedangkan kamu kerja pun tak ada. Ada ke orang nak kat kamu yang kerja takde ni?” tanya ibu, sinis sekali. Saya terpukul dan membantutkan hujjah saya buat seketika. Namun hanya seketika. Saya menerawang berfikir. Ibu seorang kakitangan kerajaan. Mungkin sejak saya dalam kandungan lagi ibu berpesan sambil mengusap perut, “Ngah, bila besar nanti, kena kerja kerajaan”. Aduh, berat sekali untuk berdepan dengan kehendak ibu yang mendesak sebegitu. “Nanti tok Qadhi tanya kerja apa, ha..nak kahwin macam mana?” Begitulah bilang ibu.

Saya mencari-cari. Mengintai-intai mana-mana muslimat yang kuat. Ada yang mahukan suami yang pandai buat roti canai. Ada yang mahu suami yang kerja tetap. Ada yang mahu menurut kehendak ibu bapa sahaja. Ada yang mahu senegeri. Ada yang mahu sebaya, tidak kurang juga yang mahukan yang lebih tua. Ada yang mahu suami yang prihatin dan mengambil berat. Ada yang mahukan keromantikan. “Ada tak yang mahu orang yang tidak bekerja dengan kerajaan macam ana?” tanya saya kepada seorang sahabat akhawat satu ketika. “Jadi, ustaz kerja apa? Takkan nak bagi dia makan pasir?” Tanya balik akhawat tersebut. Ish, banyak songeh betul. Orang tanya, bukan nak jawab. Dipukulnya pula saya dengan persoalan itu. Aduh, peritnya. “Ustazah, ana meniaga,” balas ana balik. “Ustaz meniaga apa? Miskin je nampak,” Ish, budak ni. Memang nak kena. Aku luku sekali baru tahu. Kata saya dalam hati. "Awat ustazah banyak sangat tanya ni ? Ke ustazah yang nak kat ana ?” Saya bagi buah kilas sekali. Terus dia terdiam dan, dot, dot, doooot. Fuh, malu la tu. Gerutu hati saya.

Saya berniaga dengan Allah. Biarlah Allah yang membalas segala usaha saya. Saya tidak gemar bekerja dengan manusia yang banyak protokolnya. Saya bukan semacam ibu. Malah saya berbeza dengan kakak Sarah yang rajin bekerja. Adik-adik saya sinis berkata, “Ada orang tu, dapat kerja tapi tolak, kuikui,”. Apapun, saya masih mengembara mencari wanita solehah. Yang sanggup menghirup kesusahan bersama saya, terbang mencari ampunan Illahi melalui gerak kerja Islam. Ahhh..saya mahukan wanita solehah, tolonglah! Kenapa saya mahukan wanita solehah? Kerana saya mahukan hidup saya bahagia. Saya tidak pentingkan yang romantik kerana cukuplah saya yang romantik. Saya tidak mahukan yang kaya-raya kerana saya sudah terbiasa dengan kesusahan. Saya hanya mahukan Solehah. Ops.. maaf tersilap. Bukan saya mahukan Solehah tetapi mahukan yang solehah.

“Ustaz Mi, bagaimana caranya mahu mendapatkan wanita solehah. Saya ingin menjadikannya teman berbicara tentang ilmu, teman seperibadatan, teman yang berkongsi perasaan dan permasalahan. Bagaimana caranya Ustaz Mi?” tanya saya kepada sahabat saya Azmi satu ketika. Walhal, Azmi sendiri teraba-raba mencari wanita solehah. “Enta ni Dzul. Enta nak orang solehah, tapi enta pula entah apa-apa. Macam mana enta nak orang solehah kalau macam ni?” Aduh, saya terpukul sehingga kelebam-lebaman dibuatnya.




**sumber: dzulkhairi.blogspot.com**
dihantar oleh bro yus


 



61 Comments · 26872 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 35% [17 Votes]
Very Good Very Good 20% [10 Votes]
Good Good 18% [9 Votes]
Average Average 6% [3 Votes]
Poor Poor 20% [10 Votes]
Comments
Oh Cintaku Zombies on February 27 2009 05:49:08

bismillah

“Enta ni Dzul. Enta nak orang solehah, tapi enta pula entah apa-apa. Macam mana enta nak orang solehah kalau macam ni?”


benar tu, kita mahu yang terbaik, yang solehah, yang beriman, tetapi tilik diri dahulu.

Layakkah kita untuk mendapat yang solehah? Didik diri ke arah soleh/solehah, dan kemudian, terpulang kepada Allah untuk tentukan jodoh kita.

Wallahua'lam
nur_nmk on February 27 2009 05:53:45

assalamualaikum
wanita pun inginkn lelaki yg soleh...hmm!
edman on February 27 2009 06:11:12

Salam,

Tingkatkan amal kepada Allah SWT.. .. berdoa memohon jodoh yang terbaik & sepadan dengan kita setelah kita berusaha memperbaiki diri kerana Allah SWT.. insyaAllah akan dipermudahkanNya.. amin

Wasslam
iema_umaira on February 27 2009 06:41:35

assalamualaikum
begitulah janji Tuhan kita wanita yg baik utk llaki yg baik...dan bgtulah sebaliknya
Jika kita inginkan yg baik jd kan lah diri kta yg terbaik dahulu..
kadang2 mnusia nak pasangan yg solehah tp diri sendri x mnjadi hamba yg soleh..
cam mna cito nih...tepuk dada tnyalah iman...ok sekian wassalam..
from iema_umairatataamin
penyu ceria on February 27 2009 06:51:46

bismillah
assalamualaikum

"wanita-wanita yg keji adalah untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji dan wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yg baik dan laki-laki yg baik untuk wanita-wanita yg baik.Mereka itu bersih dari apa yg dituduh oleh mereka yg menuduh itu.Bagi mereka ampunan dan rezeki yg mulia"..(surah annur:26:18)
widuri_farhana on February 27 2009 08:10:03

Assalamualaikum..
saya pernah terdgr kata-kata daripada seorang penceramah..menurut beliau.. (lebih kurang ayatnya..)..nak bagi kita mudah paham...
Klau kita nak yang cantik...cantik sangat ke kita??
Klau kita nak yang kaya..kaya sangat ke kita
Klau kita nak yang baik..baik sangat ke kita??
Klau kita nak yang alim, alim sangat ke kita??
dan sebagainya...

Jadi..benarlah kata komen2 diatas...
Bentuklah diri kita agar sentiasa di jalan Allah.. agar kita akan menemui jodoh yang setaraf dengan keperibadian kita..insyaAllah

Saya masih byk kekurangan...apa2 kesilapan..sila betulkan..yes..
bumiAllah on February 27 2009 17:53:29

assalamualaikumbismillah

Wanita dijadikan untuk lelaki; dan sememangnya wanita bertindak berdasarkan kepada kemahuan lelaki;

> apabila lahir lelaki yang inginkan wanita ramping; maka ramai wanita merampingkan pinggangnya

> apabila lahir lelaki yang inginkan wanita seksi; maka ramai wanita ingin kepada seksi agar dipandang lelaki; adakah seksi untuk perempuan dengan perempuan.

> apabila lahir lelaki yang warak dan semua lelaki tidak memandang wanita walaupun bertudung; maka lahir wanita yang sedia ada malu dan malu untuk tampil dihadapan kaum lelaki walaupun seketika.

Perempuan jika tak dipandang; dia tak mahu menonjol seperti hari ini.

Lelaki seharusnya soleh dahulu; baru muncul solehah; Apabila ramai lelaki yang soleh; maka ramai juga wanita yang solehah.
aireen samirah on February 27 2009 19:07:23

salam..
tersengih sorg2 saya baca cite ni..haha..grin
mencari yg solehah..
jodoh tu kan di tangan Allah..
lelaki yg baik utk perempuan yg baik..
memang la kene usaha cari jodoh, tapi bukan dgn pening2 mencari sana sini, mencari Solehah..eh mencari yang solehah..
cukuplah sekadar kita memperbaiki diri menjadi soleh/solehah agar jodoh yang Allah berikan sekufu dan sesuai dgn kita..
saya teringat ustaz saya cakap dulu, "takkan bertahun-tahun awak doa utk dapat calon yg solehah Allah tak makbulkan langsung?"
maknanya kat cni, satu lagi usaha kita adalah doa..doa untuk mendapat calon yg soleh..
saya doakan semoga penulis cerita ini akan menjumpai 'solehah' nya..amiin..
ukhtiefairus on February 27 2009 20:12:59

semoga mendapat zaujah/jie yang soleh dan solehahamin
meinspiration on February 27 2009 21:09:16

Assalamualaikum

Tjuk ni agak menarik..tak usah tanye..
lelaki dan perempuan semestinya mahu jodoh yang terbaik
tapi persoalannya mudah ke mencari solehah?
bak kate umi sy cari je calon gune org tengah atau keluarga
lepas tu solat la istikharah..
sebenarnya, Allah shj yg tahu siapa yg solehah atau soleh
jd usaha dahulu lepas tu baru tawakkal..syukran

~sis uia~
mujahidah annafs on February 27 2009 21:48:11

assalamualaikum

betul tu.
sebelum kita nak mencari yg si solehah ataupun yang soleh, kite berusaha lah tuk menjadi seperti mana yang kita nak.
janganlah dengan perangai kita sekarang yang entah betul atau tidak, iman pun entahkan kuat atau tidak tapi berlumba-lumba tuk mencari yang si Soleh dan si Solehah.
sedangkan diri sendiri masih terumbang ambing.
bila2 saja boleh ditiup angin.
ingat le janji-janji ALLAH, malah pegang janji-janji tersebut : Lelaki yang baik hanya untuk Perempuan yang baik. dan begitulah sebaliknya.
amin

wallahualam~pray
fuyasu on February 28 2009 00:08:33

harapan ana agar anta menerima mana2 perempuan yang telah ditetapkan allah dengan hati yangterbuka..status solehah itu terlalu umum..maaf ya..tapi signifikan solehah bagi setiap orang tu berbeza.

asalkan anta redha anda akan mendapatnyacomfort.. man jadda wa jada insyaAllah

salam ukhuwahassalamualaikum
Fakhrul Ezam on February 28 2009 00:17:10

assalamualaikum

ni entri ust dzulkhairi. sama2 lah kita doakan ust dzul dpt jodoh wanita solehah bg meneruskan perjuangannya, insyaAllah

Ust Dzul yg dimaksudkan adalah Ust Dzulkhairi (YDP GAMIS). blog beliau, http://dzulkhairi.blogspot.com/

sama2 lah bc entri beliau di blog tersebut tntg seorang wanita solehah bernama Insyirah.thumbs up
khadijahyusra on February 28 2009 01:32:00

assalamualaikum
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan
sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah
menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah,
janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah,
tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu
kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah…
kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan
bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah
sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang
untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun
mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu)
mengenalinya.
Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai
sebahagian daripada proses untuk MENJADI,
bukan MENCARI...
zaa_28 on February 28 2009 04:34:42

assalamualaikum

saya pula mahukan yg SOLEH..insyaAllahyes

Tp mmpukh sy dptkn yg SOLEH e2..sedangkn dri sdr tdk SOLEHAH..sedihnye..ape2 pun dri ini sntisa ingin mjd solehah stkt yg tmampu..dri ini tdk sempurna n byk kekurngn dr pelbgai aspek..hrp ust dpt mcr yg solehah e2..yg bnama soleh @ solehah e2 rmai tp yg btol2 soleh @ solehah,dmanakh mahu mcariknnya selain berusaha,berikhtiar,bdoa n bertawakal kpd ALLAH SWT..ape2 pon ALLAH SWT tdk penah memungkiri janjiNYA thdp hamba2NYA yg soleh n solehah..insya ALLAHgembira
fataat_maleezi on February 28 2009 09:47:16

aza za...fighting.....
teruskn usaha mmbaiki dr, utk mjd yg soleh\ah atau yg lg hebat muttaqin\ah...
supaya djodohkn dgn yg juga soleh|ah.........
xyah nk susah payah msuk cmpur urusan krja Tuhan...
insyaAllah...kalau kta gigih berusaha utk mensoleh\ah kn dr kta,
Allah mesti xakn sia2kn usaha kta dn mganugerahkn kta suami\istri yg soleh\ah
buat ust dzulkhairi,
jgn khuatir usaha yg istiqamah itu mmbuahkn hsil,jgn risau....truskn mbaiki dr dn bdoa agr Allah yg mmutuskn yg tbaik....wallahu a'lam....
umuanisah on February 28 2009 11:48:34

bismillah
assalamualaikum

ehemmm....bak kata adik lelaki saya (insyaAllah bakal hafiz....minta doa utknyer)
x perlu dia memeningkn kepala mencari wanita dlm ape kategori pn, baik yg cantik, solehah, baik budi pekerti, atau ape sajer yg selalu dlm list ciri2 wanita impian....

serah saje semuanyer pada Yang Lebih Mengetahui
pusatkn pemikiran hanya pada usaha agama...
ble kita menolong agama Allah,
insyaAllah
Allah akn memudahkan urusan kita, dunia n akhirat...

maknernyer.....bagi saya, x perlu di cari yg solehah....jadikan diri anda seorang yg Soleh dahulu.....
iyer...seblum 2, cri dulu mkner sedalam2nyer erti soleh...
igat tu......thumbs up

walau apepn...doa saya utuk ustaz....moga di datangkn Allah, yg solehahnyer utk c soleh...wink wink
cik_kesom on February 28 2009 17:23:41

pendapat saya..point utama ialah untuk mendapatkan soleh/solehah,
yang patut ditekankan ialah MENJADI SOLEH/SOLEHAH terlebih dahulu
bukan MENCARI SOLEH/SOLEHAH..
jodoh pertemuan ajal maut ditangan DIA
sama-sama kita baiki diri
selebihnya biar DIA tentukan
anyway entry ni memg bnyk pengajarannyathumbs up
sekian..wink wink
sesuci melor on February 28 2009 19:16:00

salam...sesungguhnya wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik..amincloud 9
Rasailul Ashwaq on February 28 2009 19:41:24

Solehah..solehah jugak..kerja pun kena ada.. xkesah la kerajaan ke swasta ke.. Kerja tu penting. Kerja pun ibadah~
maziahamzah on February 28 2009 21:19:39

assalamualaikum
nak yg soleh/ah untuk ape?untuk bahagiakan?
bahagia kena usaha,xde jual kat psr mlm..,
xde senang2 dpat kt teppi jln..,
troskan brusaha..,berdoa dan bertawakallah..,
ayt biasa ni.,tp blum buat blum taw..,
usaha pulak mcm2 aspek..
mmg susah.,,tp nk bahagia kn??gembira
yakin dgn ALLAH.,yg baek hnya untk yg baek..,klw bkn skrg.,akn
dtg ttp ada.,,e2 kn jnji DIA..gembira
aisy on March 01 2009 05:14:47

Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian.


Pada pendapat saya, mencari definisi bagi sesuatu nama itu bukanlah bertujuan untuk menarik perhatian. Nama kita itu sediri adalah suatu amanah dariNya. InsyaAllah, dengan usaha memenuhi perngertian nama kita, menjadikan kita khalifah yang berjiwa besar. Bukan hanya pada pertuturan tetapi juga peribadinya...insyaAllah

Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama.


Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga.


Seperti yang berlaku di sekeliling..
PEMUDA + DMP @ NISA' = gerak kerja dakwah bersama

Meletakkan nawaitu untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”.


Teringat kata Kak Masyitah isteri ustaz Zul.. " Kalau Allah jadikan yang lahir dari rahim akak ini adalah mujahid dan mujahidah, setiap satu minitpun akak rela"

“Enta ni Dzul. Enta nak orang solehah, tapi enta pula entah apa-apa. Macam mana enta nak orang solehah kalau macam ni?” Aduh, saya terpukul sehingga kelebam-lebaman dibuatnya.


InsyaAllah.. dengan berkat usaha untuk menjadi soleh dan solehah.. Kita akan dipertemukan dengan mereka yang macam kita...hmm!

Bak kata orang tua2 (ntah betul ntah tidak hehehe), suami isteri tu datang dari kain yang sama.. Macam mana seorang suami itu, macam tulah isterinya...

Waalahua'lam....
Sheikh Muhd Durroh on March 01 2009 12:01:24

assalamualaikum

sedikit pendapat...dalam kita mencari yang soleh atau solehah...pasti ramai yg berkata...cerminlah diri dahulu...kalau mencari yang solehah...pastikan diri menjadi soleh dahulu...begitulah sebaliknya...ana teringat satu pesanan dalam sebuah novel yg pernah ana baca..."jangan anda sesekali bersyariat kerana manusia..tapi bersyariatlah kerana Allah"...wallahua'lam...duh
luqluq_sarrah on March 01 2009 23:32:37

assalamualaikum

"wanita yang baik i2 dijanjikan untuk lelaki yang baik & sebaliknya.."-Annur:26"

Telah tercatat seungkap nama di luh mahfuz untukmu,cuma peribadinya ditentukan Oleh sejauh mana ketinggian peribadimu,jika kau berada d atas jalan yg diredai...insyaAllah si dia turut di jalan yang sama....YAKINLAH PADA JANJI ALLAH....insyaAllah

Doakan diriku menjadi salah seorang srikandi mukminah solehah...ameen...insyaAllah
adell on March 02 2009 00:34:43

assalamualaikum
btul2...sume org nk pasangan yg soleh dan solehah..
tp utk mndptknnye..
bgitu susah..
walaupun dlm hati slalu impikan pasangan yg baek tp dr sndri xckup lg bmbingan..
insyaAllah
klu sntisa brdoa utk brubah mnjadi baek..pasti pasangan2 akn dtg sndr..
Nur Hati on March 02 2009 20:09:10

assalamualaikum

Org pn nk llki yg soleh tuk mjadi teman hdup...InsyaALLAH.
Amin...amin
alqarni on March 03 2009 04:41:47

“Enta ni Dzul. Enta nak orang solehah, tapi enta pula entah apa-apa. Macam mana enta nak orang solehah kalau macam ni?”


hm.. kalau orang mcm ustz zul orng yg ntah ape2.. wallahua'lam lelaki yg btl2 baik macam mn...sobsobpray
ai nee on March 03 2009 20:07:58

assalamualaikum

nice topic... ana doakan ada seseorang yg solehah utk pnulis di luar sana yg Allah telah ciptakan utk lengkapkan fitrahnya. amin
muslimah@kia on March 08 2009 02:26:13

assalamualaikum
apa yang abusalam cakap tu betul..sye sokong 100%++++....hehehe...
nak cari teman hidup yang baik, kita pun kena jadi baik jugak, barula dapat yang baik...
jodoh tu tak kemane punya...yang pasti kite kena berusaha untuk dapat yang terbaik...
so, hargailah diri dan hiasila peribadi..
clapthumbs upmusicgrindance
waalaikumsalam
nuraisyahumaira on March 09 2009 07:49:50

masyaAllah

satu topic yang baik untuk dikupaskan bersama...ana juga bersetuju dgn pendapat sahabat2 lain...ana sangt setuju dgn kata2 adik ummuanisah... yes
thumbs upcloud 9
maCy on March 11 2009 02:48:32

salam..

kadang kala kita tlalu mengharapkan yg sempurna tanpa kita cuba mnyempurnakan diri kita=)

waalahu'alam..
wan_zamri on March 11 2009 10:18:17

assalamualaikum

jika kita nak cari yang baik dan yang solehah...
kita yang kena perbaiki dan perbaikkan diri terlebih dahulu..
kita juga yang perlu menjadi soleh terlebih dahulu sebelum menginginkan yang sebegitu..

inilah peringatan dari ustazah saya...Alhamdulillah......

waalaikumsalam
RuhSya_Farhana on March 13 2009 11:07:34

assalamualaikum

huhu.. solehah ke ana untuk mendapat yang soleh...gembira
soalan popular bermain di benak fikiran...

biarkanlah... yang penting cari yang Hak dulu...wink wink
kemudian Dia akan beri yang selayaknya dan yang terbaik....

setiap perkara yang menjadi qada n qadar adalah ketetapanNYa...
tiada yang tak baik.... jika tak baik akan muncul juga hikmah terbaik...

peringatan buat diri yang sering lupa ini..
( teringat lak 1 nasyid )
" inilah, peringatan buat diriku yang sering lupa....."
wink

1 ayat yg kawan ana bg pada ana bila ana kesedihan..
" bersabarlah sayang... Allah mungkin akan temukan yang terbaik buat enti lebih baik dari yang ini.. ataupun mungkin Allah akan temukan jua antum tp dgn cara yang lebih baik dri ini...carilah Dia kerana hanya Dia sahaja yang kekal bersama kita..."
Qha_Li on March 14 2009 21:28:42

ya allah temukan aku dengan seorang wanita solehah...Amin
Iskandariah Al-Fathy on March 15 2009 00:34:52

assalamualaikum
"perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,lelaki yang baik untuk perempaun yang baik"
ALLAH S.W.T dah sebut dalam Al-Quran dah.percayalah,insyaAllah suatu hari nnti NYA akan mengurniakan kita seseorang yang soleh/solehah hadir dalam hidup kita untuk membuat satu ikatan yang halal dan diberkati NYAthumbs uppc
Iskandariah Al-Fathy on March 15 2009 00:35:59

OPPPS sori salah taip.perempuan jadi perempaun.harap maafno
AKU_HAMBA-NYA on March 17 2009 22:52:38

assalamualaikumhehe..... tak selalunya laki baik dengan perempuan baik..... kadang2 laki2 jahat gila... isteri solahah sangat2.... so fikirknlah.... ape sebab jadi macam 2 aialah kehendak Allah.... tq...
shakila khairullah on March 28 2009 15:13:02

assalamualaikum

sy pn mharap mdapat suami yg soleh,,,,
amin

moga tmakbul doaku insyaAllah
alkutawi_01 on March 29 2009 16:06:05

lawatilah blog ana, tapi alkutawi. Anada akan dipelawa membaca tazkirah cinta ana, novel yang ana karang. Cuma, jangan jual pula, sebab ana nak cari rezeki pula, nak ngaj kang!
khairulbariah on April 04 2009 18:25:55

assalamualaikum

mula-mula terbaca artikel ni rasa nak ketawa pun ada tapi amat menarik. Kalau nak wanita solehah, perbaiki dan perkasakan diri. Wanita solehah pun dia pilih orang jugak. Bukan main cepuk je mana-mana lelaki tetapi tak semestinya yang kawin dengan orang jahat itu adalah wanita jahat juga kerana wanita solehah adalah wanita yang sentiasa redha dengan ketentuan Allah swt. Mungkin itu ujian untuk dia menjadi wanita yang solehah.

Wanita solehah ni bukan kita yang tentukan. Allah yang tentukan. Wanita yang menutup aurat belum tentu adalah wanita solehah. Tetapi ciri-ciri wanita solehah adalah wanita yang menutup aurat.

Kalau nak wanita solehah tu, bila dah jumpa jodoh nanti, didiklah dia dengan sebaik mungkin. So, dapatlah anda wanita solehah yang anda idamkan tu.insyaAllah
ekin1@streamyx on April 05 2009 23:08:50

assalamualaikum...hmm,banyak sangat orang bg komen ni tapi ana nak bg jgk!
cuba kalau kte fikir2kan balik,kalau semua perempuan solehah kawen ngan leleki yang soleh aje,macam mane plak ngan leleki yang kurang soleh 2?atau sebaliknya?

hmm...macam mane tu ya???mungkin kte ni tak sepatutnya memilih sangat...
terima saja qadak n qadar Tuhan .ada hikmah sebaliknya...iaitu untuk mengubah
partner-to-be kite tu untuk menjadi yg lebih baik yakni yang soleh au yang solehah.yes

bukannya apa,sebab saya pernah terdengar ada kawan saya 2...dia selalu bagi tazkirah kat surau sekolah,berbicara tentang akhlak dan gjala soSIAL anak2 muda lagi remaja sekarang nie...tapi,sebenarnya,,,dia pun sama je,nakal berlebih no

lalu,setelah ada kwn2 yg x puas ati tegur,dia pun cakaple..."habis,kalau aku yang nakal nie x bagi tazkirah kat surau tu,nak tunggu sape lagi?"dengan sebak dia berkata sedemikian real sad

entahle...topik sy nie terpesong ke?tp kalauu antom wa antunna dpt fhm walau sekelumit apa yang saya cuba sampaikan,alhamdulillah

sekian,selamat beramaltata
HoneyDeWpiNKy on April 11 2009 03:02:04

bismillah
Salam...

Semua manusia inginkan kesempurnaan...
Tapi sempurnakah kita???
Semua lelaki impikan wanita yang solehah...
solehkah kita???
demikian juga wanita.....

hmmm...

satu topik yang menarik dibincangkan...

Apapon jodoh,ajal,maut...smuanye ketentuan Allah...
Lelaki baik untuk wanita yang baik...begitu juga sebaliknya..
Itulah yang dijanjikan...

Andai dapat yang tak brape solehah...sudah menjadi kewajipan untuk membimbingnya sekalipun bukan brgelar suami..Itulah kewajipan sesama Islam..bukanlah membiarkan dirinya terumbang ambing tanpa pegangan..

Pokoknya...diri sndiri perlu dibimbing dahulu sebelum membimbing orang laen..
wallahua'am...
serikandi_sejati on April 15 2009 16:40:47

antum...antunna...

cane ea kalau prmpn tu solehah, lelaki tu kurang soleh...

attoyyibu littoyyibat..

kita sendiri pun xtau kan ap yg Allah aturkan utk kita...

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

mgkin org kata x sesuai...tp ana tau..satu hari nanti..lelaki yg kurang soleh itu akn jadi lebih soleh dr org yg soleh kan...moga2 mcm tu...insyaAllah

wallahua'lam
Iman_Lemah on May 07 2009 08:22:58

Salam...

Kita muhasabah diri.. layak kah kita dapat teman yang soleh/solehah..
Ubah sikap dan sentiasa berikan yang terbaik..Allah ada perancangan untuk kita...
Andai dia bukan la yang terbaik (x soleh@solehah)..mungkin Allah beri kita satu ujian..jangan cepat mengeluh, redha dengan takdir Allah dan cuba perbetulkan pasangan kita, mereka juga manusia biasa seperti kita yang x lari daripada membuat kesilapan, ada sinar dalam hatinya yang jika ada yang membersihkannya,pasti dia boleh menjadi soleh/solehah..

Semua manusia adalah sama(kecuali Rasulullah S.A.W), keimanan x boleh di ukur.. mungkin hari ni dia baik seperti ustaz/ustazah..mungkin esok dia jahat seperti syaitan..masyaAllah Saya dah nampak kawan2 saya yang terpesong.. saya akan cuba nasihati mereka.. dulu pun saya lagi teruk daripada mereka, Alhamdulillah,saya di temukan seorang hamba Allah yang tinggi imannya yang dapat menunjuk kan saya ke jalan yang Allah... Saya amat bersyukur, tapi Allah tu adil, wanita yang baik2 untuk lelaki yg baik2, walaupn kami dah berpisah dan dia bersama lelaki yang baik2..saya redha dan bersyukur,saya masih ada kesempatan untuk menjadi hamba yang lebih baik..

Andai apa yang saya perkatakan tu salah, tolong perbetulkan. semoga saya x terpesong lagi ke jalan yang Allah murkai.. dan saya sentiasa berdoa insan yang saya akan kahwini seorang yang teguh imannya yang dapat bersamaku melayari hidup di jalan Allah..

p/s: Jangan memandang luaran jika memilih teman, saya yakin walau sejahat mana pun kita,semua orang inginkan suami/isteri yang berkopiah,dahi hitam/bertudung labuh,atau pun yang alim2.. Muhasabah diri,betulkan diri kita. Andai jodoh kita baik@buruk, usaha untuk menjadi yang terbaik untuk pasangan kita dan berdoa di beri hidayah daripada Allah.. insyaAllah Allah akan berikan kemanisannya di akhirat kelak..insyaAllahwink wink
kaka gg on May 18 2009 22:31:25

alhamdulillahwink wink
princessmuslimah969 on May 29 2009 13:52:13

assalamualaikum....assalamualaikum. anta masih mencari wanita idaman anta iaitu wanita solehah.jikalau anta sudah menjumpai wanita tersebut taniah ana ucapkan dan alhamdulillah.ana ingin berkata-kata tentang wanita solehah ini.memang susah ingin mencari wanita muslimah yang sejati.wanita solehah adalah wanita yang taat perintah allah,taat dengan ibu bapanya dan pandai menjauhi diri daripada fitnah serta manjauhi perbuatan yang dilarang oleh allah.ana juga mencari seorang teruna yang soleh serta seorang hafiz. wanita yang solehah adalah untuk lelaki yang soleh ,lelaki yang soleh adalah untuk wanita yang solehah. clapwink wink semoga anta menjumpai wanita idaman antainsyaAllahamin
Wihdattul_Qanaah on June 13 2009 12:25:18

assalamualaikum betul3..... semoga ppertemukan dengan isan yg soleh dan solehah..
amincloud 9
KuEYte@wpat@ya on June 21 2009 23:28:01

assalamualaikum

dont worry la...sentiasa optimis dengan PENCIPTA CINTA...itu merupakan doa dlm senyap...jangan hanya m'cari seseorangyang cantik,tapi carilah kecantikan seseorang...hmm!
KuEYte@wpat@ya on June 21 2009 23:34:52

ana suke komen umuanisah...
pusatkan pemikiran hanya pada agama...
Islam itu sejahtera dan konsepnya meliputi seluruh aspek kehidupan...
cayalah Islam!clap
KuEYte@wpat@ya on June 21 2009 23:35:08

ana suke komen umuanisah...
pusatkan pemikiran hanya pada agama...
Islam itu sejahtera dan konsepnya meliputi seluruh aspek kehidupan...
cayalah Islam!clap
siti solehah on July 11 2009 18:46:48

assalamualaikum

sume mnusia pon msti nk suami/isteri yg soleh & solehah

adakah kite mmpu beramal & mnjadikan diri kita soleh@ solehah terlebih dhlu KERANA ALLAH??

walhal, sgala amalan kite sbnrnya ptt dilakukan ikhlas hnya krna-Nya

& bknnyer smata2 utk mndptkan bkl suami/isteri yg solah dan solehah

saya sndiri msih lmh utk mlkkukan yg spttnyer..

smoge kite sme2 brjaya beramal krna-Nya insyaAllah

cloud 9
ainaddeen on July 25 2009 19:27:18

assalamualaikum
memang menarik n santai baca nie...
senyum saya sendiri baca..
thanks.
insyaAllah, akan berjumpa jgk tu...
cloud 9
iluvislam
smart_fikrah on August 16 2009 16:19:07

masyaAllah.kuatkan iman...tabahkan hati...I'ALLAH.... bertemu jga di gerbang mahligai cinta bersama redhaNya.....insyaAllah
chya mtaku89 on October 02 2009 11:18:56

eh...la...cmni je ke ending?
huhu
xp,wlupun rgkas dpt mmbri mnfaatthumbs up
cme cm trtnye2 r plak
hmm!
MUHAMMADISMAIL on October 09 2009 20:20:03

assalamualaikum
aduyaiii........pe ni...ending x bez...
tp pe2 pon ana terhibur laaaa......
alhamdulillah
qira_muslim on November 27 2009 23:42:24

assalamualaikum
lelaki yg baik untuk perempuan yg baik
perempuan yg baik untuk lelaki yg baik
fariza norehan on December 04 2009 14:09:34

assalamualaikum
bismillah
bez la artikel neyh!wink wink
hrap copy ye!pc
thks!
iluvislam
mujahidah_wafa on December 09 2009 14:43:35

hm...

tpkan.. kadng2 ad jgak lelaki yg baik dpt isteri yg kurng baik,

adkh itu stu ujian untk si suami atau suami dia blum cukup baik??hmm!

wallahualam..
reynildafadhilah on February 21 2010 15:20:48

assalamualaikum,
terima kasih, kasih sayang..semoga kita selalu dan sentiasa dalam kebaikanNYA,amin
fatin amalina on June 20 2010 16:27:52

assalamualaikum,


mudah-mudahan kita semua dapat menilai diri sebelum menilai orang lain.kalau nak wanita yg solehah,kita sendiri mesti lah jadi lelaki yg soleh dulu,sebab wanita yg baik hanya untuk lelaki yg baik.insyaAllah
adhil on August 14 2010 20:23:36

cloud 9
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer