Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 86
- Members Online: 17
- Total Members: 85,795
- Show Who's Online
- 26,104,184 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Cinta Pertama,Hirisan Pertama

Cinta Pertama, Hirisan Pertama
www.iLuvislam.com
  Oleh: AsNiza
Editor: naadherah

Bismillahirrahmanirrahim..

Entri kali ini istimewa menjawab Personal Message (PM) dari seorang sahabat iluvislam..sejujurnya bukan ini PM yang pertama di terima, dan kerana berpendapat ramai yang menghadapi masalah yang serupa  maka kali ini saya luangkn sedikit masa untuk mengulas mengenainya. semoga sama-sama dapat mengutip manfaat darinya..

PM: "Awak tak penat ke jadi baik? Awak tak penat ke orang hina, permainkan awak, kutuk awak, hancurkan hati awak? Tak pernah sekali ke awak melawan? Awak bertudung labuh, sesetengah orang pandang awak buta fesyen, pandang awak konservatif, apa yang awak buat?"

SAYA: First of all, i am not wearing tudung labuh. Saya biasa-biasa sahaja, bukan dari sekolah agama dan bukan juga belajar di universiti Islam, saya juga belajar dan bekerja di bidang kejuruteraan. So untuk menjawab persoalan buta fesyen, pandang saya konservatif adalah tidak relevan bagi saya kerana saya seorang yang "up-to-date". tapi jika bertanya apa pendapat saya mengenai mereka yang bertudung labuh, jawapan saya, saya kagum dengan mereka yang lebih mementingkan pandangan Allah daripada pandangan manusia. sejuk mata menengoknya, kelihatan sopan dan ayu, jauh dalam hati saya pun menanam tekad dan azam untuk di kurniakan kekuatan supaya dapat mencontohinya..insyaAllah, dengan izin Allah saya juga akan bertudung labuh, mudah-mudahan.

Penat menjadi baik?
Tak penat ke orang hina, main-mainkan kita, kutuk kita, hancurkan hati kite?
Tak pernah sekali ke saya melawan?

Siapa kata saya tak penat? Kadang-kadang tu ada juga terasa.Saya juga manusia yang lemah. Mungkin saya tidak pernah di hina, tapi menjadi seorang yang terlalu baik sebenarnya pernah mendedahkan saya kepada situasi akhirnya saya di tindas dan di aniaya. Ya, mereka akhirnya menghancurkan hati saya. Saya juga seorang yang pemaaf dan tak menyimpan dendam, bukan balasan baik yang saya perolehi-sebaliknya mereka menuduh saya hipokrit!

Astaghfirullahalazim..Bukan senang nak jadi baik..Memaafkan pun jadi salah. so apa lagi? Takkanlah orang berbuat jahat kita juga harus berbuat jahat? No, it is not me..I dont care if u wanna hurt me but to revenge is not me. Terserah apa orang nak fikir tentang kita yang pasti kita tahu apa yang kita buat adalah betul dan yang penting, keredhaan Allah itu yang paling utama.

 "Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan."
 [Al-Imran:120]

Bila hatimu hancur dan terluka, menangislah, luahkan rasa luka yang terpendam, namun jangan di simpan luka yang pedih itu terlalu lama. kelak ia membusuk dan bernanah, kamu sendiri yang bakal menanggung derita yang tiada berkesudahan. Menangislah dan senyumlah. bangkitlah dari kesedihan dan ubatilah hatimu dengan mengingati Allah. Ingat, dunia ini penjara yang terindah bagi orang-orang yang beriman. Hidup di dunia sekejap sahaja, paling lama 80 tahun, tapi nun kat akhirat sana, kita kekal selamanya...so pilih, nak susah sekejap kat dunia or nak susah selamanya di akhirat? semuanya di tangan kita.

" Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
 [Al-Baqarah: 212]


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Memaafkan Bukan Mudah!

 PM: "Saya tidak boleh maafkan orang.Saya tipu apabila saya cakap saya sudah lupakan bekas tunang saya, hakikatnya, saya masih merindui dia.Saya nak tinggalkan dia, tapi saya tak mampu.Asniza, awak ingat saya nak ke jadi panas baran? Saya tak nak tahu tak.Awak ingat perempuan-perempuan jahat tu nak ke jadi jahat? entah saya tidak tahu, tapi saya tak nak.Saya nak jadi solehah.Asniza, saya berani bersumpah, saya rela tak berkahwin asalkan saya masuk syurga.Tapi syaitan asyik mengganggu saya."

SAYA: Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang tak elok terjadi terhadap dirinya. Manusia yang waras tentunya menginginkan yang baik-baik sahaja.Namun kadang-kadang situasi yang memaksa kita menjadi seorang yang di luar kawalan.Adunan perasaan yang seribu satu serta di dorong angan yang tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang sukar di ramal.Hinggakan kadang-kadang kita sendiri benci melihat bayang-bayang sendiri, kerana kita juga tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Ingin melangkah tapi terasa bagaikan kaki di rantai. Ingin menjadi lebih baik tetapi ada sahaja alasan yang menghalang. Harus bagaimanakah?

 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
 [Al-Baqarah:216 ]


Maka, pesan saya, maafkanlah.Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah, dan sebelum kita memaafkan seseorang, kita kena maafkan diri sendiri dulu. Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone. kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah.

Leraikanlah Simpulan Dengan Cermat


Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan! Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai.

Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..

Perkahwinan adalah nikmat dan anugerah dari Tuhan. Dengan perkahwinan ini juga,yang haram boleh jadi halal. Perkahwinan juga perlu untuk memanjangkan lagi susur galur keturunan dan zuriat seseorang. Perkahwinan juga adalah sunnah Nabi dan di tuntut dalam agama. Jadi, mengapa mengharamkan yang halal?

Wanita di ciptakan dari tulang rusuk lelaki yang letakknya dekat dengan hati supaya dia di kasihi dan hampir dengan lengan supaya dia di lindungi. Wanita bukan di cipta dari kaki untuk dipijak dan di hina dan wanita juga tidak di cipta dari kepala untuk di sanjung. Jika lelaki dan wanita menyedari hakikat ini, insyaAllah sesebuah institusi kekeluargaan yang terbina akan mampu bertahan lama dan membawa manfaat kepada semua ahlinya.

Kecewa dengan cinta pertama? Jika di lontar batu ke dalam sekumpulan manusia, insyaAllah batu itu akan mengena salah seorang dari mereka yang pernah putus cinta. Dalam sepuluh orang manusia itu, pasti 7 orang darinya ada pengalaman putus cinta.Cinta monyet, cinta tiruan, cinta palsu dan macam-macam cinta.

Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman
. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal. Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua'alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baik-baik kerana itu lebih mulia, jangan sekali-sekali mendoakan atau berkata-kata yang buruk kerana al-quran juga tercatat:

 "Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."  [Al-Baqarah: 224]


Kenapa Bukan Aku?

PM: "Awak ingat tak seksa ke hidup macam ni? Saya tengok orang jahat bom palestin tapi saya tidak mampu buat apa-apa,saya menangis tahu tak..saya rasa saya yang patut kena bom..kasihan mereka..saya berdoa minta Allah tolong mereka..tapi saya terfikir, kenapa Allah masih belum mahu menghancurkan israel..tentu kaum palestin ada buat dosa..macam saya, kenapa saya masih belum bertemu ketenangan jiwa, adakah kerana saya terus melakukan dosa?"

SAYA: Syukurlah kerana kita ada perasaan dan kesedaran itu. Mungkin kita pernah melakukan kesilapan di masa yang lalu. Alhamdulillah kerana kita di kurniakan kesempatan dan masa untuk merenungnya semula. nobody perfect. Tiada manusia yang tak pernah melakukan kesalahan. kita bukan maksum. Tapi pintu keampunan sentiasa terbuka untuk kita. Dipanjangkan umur sehari lagi juga satu nikmat daripada Allah, supaya kita hargai dan guna kesempatan yang ada untuk terus bertaubat dan mohon keampunan dariNya.

Tiada bumi yang tak pernah ditimpa hujan, tiada pipi yang tak pernah di basahi dengan air mata. Salah satu cara Allah sayangkan kita adalah dengan memberi dugaan dan ujian kepada kita, kerana Allah tahu, hati yang sedang berduka dan di uji ini selalunya lembut dan mudah untuk mendekatiNya..Allah maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..semakin kita cuba mendekatiNya, semakin Dia dekat dengan kita. biarlah seluruh dunia membenci kita dan menjauhi kita, tapi ingat, Allah sentiasa ada bersama kita. remember that..

Kita di beri dugaan dan ujian setimpal dengan kekuatan kita untuk menghadapinya. Allah hanya memberi dugaan kepada hamba-hambaNya yang mampu. begitu juga saudara kita di Palestin, kerana Allah tahu mereka mampu mengharunginya..ini juga sudah tertulis dalam al-quran..

" Baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan."
[Al-Baqarah: 134 ]

Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Tiap apa yang Tuhan ciptakan pasti bersebab. Palestin diuji namun seluruh umat Islam malahan satu dunia merasai peritnya, deritanya. Subhanallah..Palestine tidak menangis sendirian, umat Islam seluruh dunia bersatu menghantar doa mengharapkan penderitaan itu segera berakhir..Allah Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Dia Maha Bijaksana.

Biarkanlah Israel laknatullah bersorak sorai, bergembira meraikan nyawa yang terkorban, di dunia ini mereka mungkin meraikan kemenangan dan ketahuilah, di akhirat sana, nerakalah sebaik-baik tempat untuk mereka yang kejam.

"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
[Al-Baqarah:212]

Penutup


Setiap apa yang Tuhan ciptakan biarpun sebesar zarah, pasti ada sebabnya, ada hikmah yang tersembunyi. dan Dia Maha Mengetahui. Dalam setiap kejadian tiada yang sia-sia. Yakinlah dengan kekuasaan Allah, yakinlah bahawa Dia Maha Adil. Jangan sesekali berasa penat berbuat kebaikan jika kita mengharapkan balasan daripadaNya semata-mata.

Sekian dlu celoteh saya untuk kali ini, mana yang salah harap di perbetulkan dan mana yang betul diharapkan semoga sama2 dapat manfaat. insyaAllah..semoga peringatan ini dapat sentiasa menjadi peringatan kepada diri saya sendiri, supaya terus berusaha menjadi manusia yang lebih baik. saya juga manusia yang punyai seribu satu kelemahan dan kekurangan.

*sumber:www.semut2comel.blogspot.com




98 Comments · 28928 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 93% [67 Votes]
Very Good Very Good 4% [3 Votes]
Good Good 1% [1 Vote]
Average Average 1% [1 Vote]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
naadherah on February 10 2009 09:27:43

bismillah

assalamualaikum
InshaAllah luahan hati penasihat yang ikhlas senang masuk pada pembaca-pembaca yang hatinya ikhlas jugak... Ni inside story nih.. semoga ada pengajaran untuk semua yang membaca.
nurina syauqina on February 10 2009 10:35:59

clapclap
UkhwAh on February 10 2009 11:06:00

assalamualaikum

Subhanallah!satu perkongsian realiti yang sgt ilmiahthumbs up terima kasih kak Asniza atas perkongsian ini..banyak sekali nasihat yang diselitkan buat peringatan diri yang sentiasa lalai dan leka apabila tidak disapa Pencipta..Kadang2 bila sudah tersungkur baru merasai yang diri ini tidak sentiasa tegak berdiri..Fitrah hidup insani kadang2 di atas kadang2 di bawah..

syukran jadzilan..

semoga menjadi pengajaran buat semua..InsyaALLAH..

Teruskan Usaha!semoga usaha dakwah terus bertali arus yang tiada penghujungnya..

siru a'la barakatillah
yana_nur on February 10 2009 11:27:00

assalamualaikum

artikel yg bermanfaat...

kdg2 sebagai manusia kita sentiasa lalai..lalai dlm apa jua perkara yg telah dan ingin kita lakukan...maka saya sentiasa ingatkan diri saya dan setiap di penghujung malam apa kesilapan yg telah saya buat?apa kebaikan yg tlah sy buat?adakah saya sakiti hati sesiapa pd hari ini?...oleh itu, bg saya ape2 pun kesilapan dtg dr diri kita..atas kite nak perbetulkannye atau tidak..Allah S.W.T. telah mengurniakan akal utk kita bezakan mana yg baik n mana yg buruk..jd kita gunakannya dgn sebaik mungkin..Kdg2 ape yg Allah S.W.T kurniakan itu tidak tepat dgn kehendak kita,itu Ujian...Allah telah berfirman.

“Apakah Manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman sedangkan mereka belum diuji dengan sesuatu percubaan, dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian nyatalah apa yang diketahui oleh Allah tentang orang-orang yang beriman dan nyata pula apa yang diketahui tentang orang-orang yang berdusta” ( surah al - Ankabut ayat 2 – 3 )

oleh itu,marilah kita suburkan kehidupan dengan kemuliaan..wink wink..Wallahu'alam.
eifah on February 10 2009 12:48:49

alhamdulillah

sgt bermakna..
simple n meaningful...

tq so much..
bestnye bce..
realiti yg kte taw..
tp kte slalu xsdar ksilapan n hakikatnye..
smetimes bkn tp kte xsdar..
tp kte sering tlupa n tlalai...

touching.. huhu... 2 thumbs up
ahaa92 on February 10 2009 15:09:06

alhamdulillah..clapdah lame tak de luahan dari hati ni...
moge same2 ambil iktibar..
bangkit!!!kita bukan umat yang lemah...
cahaya keimanan on February 10 2009 16:32:19

wink wink assalamualaikum...ana tertarik dengan artikel ni..sememangnya bukan mudah untuk menjadi baik..bukan mudah untuk menghadapinya.tapi, ana yakin bahawasanya allah tidak akan membebankan sesuatu yg tidak mampu kita tanggung.pada ana, dalam apa jua pun, keyakinan pada allah adalah yg terutama.bukan mudah tak bererti tak boleh...kan..sama2lah kita mengejar keredhaan allah, jangan dihiraukan kutukan, cercaan dan hina manusia..
rocher on February 10 2009 17:01:53

assalamualaikum

hmm!cnte pertama sye xpnh ade..
huhhu tp org secret admire kn sye
2 dkire cmne ek??hehehehehehe
tyFatima on February 10 2009 17:02:33

alhamdulillah
made me calm. thks
hHafizahH on February 10 2009 18:40:10

assalamualaikum

hmm..mengajar sy macamane nak menghadapi situasi harian... n menjawab ape yg terbuku di hati...

terima kasih wink

iluvislam
hanifislam on February 10 2009 18:47:28

assalamualaikum
alhamdulillah
best nyer artikel nie..clap
bukan senang nak jd baik dan bukan susah nk jd jahat..
bukan senang tu x bermakna kiter x boleh buat..
insyaAllah
Kalau kite usaha,pasti berjaya...Ingat tue..
PencariKetenangan on February 10 2009 18:48:35

assalamualaikum

Artikel yang bagus utk dikongsi bersama, gembira
Lakukanlah sesuatu itu kerana Allah berdasarkan ilmu yang ditimba dari sumber yang diyaqini...semuanya akan jadi indah dan jiwa akan tenang..gembira insyaAllah

Sabar dan syukurlah sentiasa pada setiap dugaan dan nikmat yang diterima,...gembira

Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami yang haq itu haq agar kami menurutinya dan yang bathil itu bathil agar kami menjauhinnya. amin
najihah iman on February 10 2009 18:58:37

assalamualaikum

syukran ala this beautiful reminder..
lets baca n try to apply in ourlife..insyaAllah


"Light upon light, Allah guides unto His light whom He will. And Allah speaks to humankind in allegories, for Allah is knower of all things" (An Nur, 24: 35)
ct inspirasi on February 10 2009 18:59:03

bismillah

mudahan Allah beri hidayahNya kpd semua pembaca...
Amin...

insyaAllah
maCy on February 10 2009 19:09:10

assalamualaikum

alhamdulillah..artikel ini benar2 mberi manfaat kpd saya..mberi ksdaran yg amat mdalam..tepat pd masa, tcalit pula pd wajah..cinta ptama, hirisan ptama..smoga sama2 bertemu dgn insan yg mampu mbawa kpd kbaikan dn jln kbenaran~

amin
AsNiza on February 10 2009 20:20:47

Alhamdulillah, terima kasih kepada naadherah sebab sudi siarkan artikel saya ini, bersesuaian dengan bulan Februari kononnya bulan berkasih sayang. Semoga dapat menjadi ikitbar kepada sahabat2 supaya lebih berhati-hati dalam berkasih sayang dan bercinta, tidak terlalu membiarkan emosi dan perasaan menguasai diri sehingga terlupa tentang halal dan haram.

Cinta itu fitrah, tapi niat tidak menghalalkan cara. Islam itu indah dan sempurna, semuanya sudah tertulis dan termaktub, segalanya ada aturan dan caranya yang tersendiri, semoga kita menjadi hamba yang soleh/soleahah, insyaAllah.


p/s: bleh ke klu kasi edit biar lagi lawa sikit lagi..huhu~!!jk


naadherah:Baiklah .. saya try mengcolour2kan lagi . thanks for your concern.. =)

AsNiza: thanx sangat2..dah jadi jauh lg cantik, jazakallah..=)
akrimimathwa on February 10 2009 20:30:57

bismillah

terima kasih atas perkongsian...

saya pernah mengalami hirisan pertama, hingga hampir mematahkan seluruh jari..

tapi, walaupun lambat dan hampir penat, alhamdulillah, dapat cari kembali diri yang hampir hilang...

allah itu sngt pengasih, sangat penyayang..dalam dosa yang menyelimuti tubuh dan hati kita, Dia masih memberikan hikmah di sebalik kejadian...

kita berjanji padaNya, dan kita sellau mungkiri juga, tapi dia masih memberi kita kesempatan...Maha suci Allah...

Kita mencari Dia sewaktu susah, menangis tanpa rasa malu, tapi Dia masih maha Penyayang, menganugerahkan kita ketenangan..

Dia menyayangi kita lebih dari sesiapa pun...

itulah yang saya blajar dari hirisan pertama...

syukur alhamdulillah....alhamdulillah
nusayba on February 10 2009 20:34:32

assalamualaikum
clapthumbs up
perkongsian yang sangat bermakna..
peringatan yang InsyaAllah mampu mengingatkan kita agar
punya hati yang boleh memaafkan dan menerima dengan ikhlas.
Syukran jazilan ya ukhti
hamba Allah swt on February 10 2009 22:33:58

assalamualaikum

syukran akhi asniza.. bnyk yg ad kaitan ngan sy..
sy pn jeles tgk sahabat2 pki tdg labuh..
tp mcm xde kekuatn..
nyesal sgt..sbb dlu2 tme skol pnh pki...real sad
syazana 95 on February 11 2009 01:10:26

jazakallah

clap thumbs up

gud rtkel...(:
xjihadx on February 11 2009 01:17:41

assalamualaikum

bagos!!!..

artikal yg sangat baik kepada mereka2 yg mempunyai masalah sebegini...

clap
mawar_mujahidah on February 11 2009 02:21:56

assalamualaikum
tersntuh hati bile bace article ni..
harap leh jd teladan utk kte sume..
gembirawink
orked_ungu on February 11 2009 03:15:14

thx kak asniza,seryes membuat ati rsa somethg yg tenang,trimasthumbs up
ummmuhammad on February 11 2009 04:16:14

assalamualaikum
alhamdulillah thumbs up
cantik artikel ni.insyaAllah bole akak guna utk jdkan modal kalu nk menasihatkan mereka yg di sekeliling.psl bab2 menasihat ni mmg payah nk carik wording yg sesuai.senang citer, suh jer depa baca artikel ni ek!bolehkan camtu??

n lg satu,zmn remaja ni mmg zaman yg sgt mencabar.sgt2 mencabar.semoga adik2 diluar sana (yg rasanya..ramai masih remaja lagigembira) sentiasa insyaAllah kuatkan semangat dlm menghadapi sumer ujian yg dtg amin...dan cobalah dampingi mereka yg 'alim..or yg baik2 lah senang citer.bak kata imam Al-Ghazali (tlong btulkan kalu silap eh!)..3 per kara utk membersihkan hati (or menjadikan diri ini baik..lupalah exact wording nyer..duh) ialah..
1.mendampingi shbt2 yg baik/alim..or even alim ulama
2.menghadiri majlis2 ilmu
3.menjaga aurat ketika kluar rumah
wallahua'lam
music
faezah imani on February 11 2009 04:33:43

terima kasih untuk nasihat yang sangat berguna..
semoga semua pembaca dan penulis mendapat kebaikan..
amin
saidah on February 11 2009 04:40:43

assalamualaikum
nsht dats byk mbantu mjawab persoalan yg bmain difikiran.....
gembirayesyes

p/s:sy ni org bru....sila beri tjuk ajr jka ad slh slap....pc
wardah al zahra on February 11 2009 05:59:58

Agama di tangga pertama..dunia sebagai jambatan ke akhirat..jadi..renungkanlah.. Antara redha manusia dengan redha ALLAH mana yang diutamakan? tepuk dada tanyalah iman...insyaAllah
hamba_Allah on February 11 2009 06:10:52

assalamualaikum w.b.t

subhanallah!
artikel yang sangat sangat bermakna. wink wink
artikel begini mampu menenangkan perasaan yang sedang kacau.
sesuci melor on February 11 2009 08:46:32

assalamualaikum
emm sangat menarik artikel ni..memang senang nk jadi jahat dan susah nak jadi baik..
sebgi manusia yg lemah kte mmg sering melakukan kesilapan..nawaitu mmg nk jadi terbaik..tapi iman di hati masih lemah...YaAllah berilah petunjuk dan hidayah padaku..sesungguhnya aku tidak mahu ke nerakaMu yaAllah...sad
greentea_lady on February 11 2009 09:05:00

clap
alhamdulillah..sememangnya artikel sebegini lah yang ana cari untuk dijadikan kekuatan supaya dapat terus melakukan kebaikan tanpa mempedulikan anggapan negatif masyarakat.memang sesuai untuk ana jadikan satu motivasi dan sebagai muhasabah diri. assalamualaikumyesgembirawink
sLave_oF_Almighty on February 11 2009 12:53:58

Alhamdulillah.. syukran ats perkongsian..

ade sapa2 tgh sedih ke? rintihlah kpd-Nya, Yg Maha Pendengar lg Maha Pengasih.. insyaAllah, akan dpt menghilangkan segala duka..yahoo!

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

"(Iaitu) org2 yg beriman dan hati mereka mnjadi tenteram dgn mengingati Allah. Ingatlah, hanya dgn mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."
-Surah Ar-Ra'd ayat 28

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka....
....Dan siapakah yg lebih menepati janjinya (selain) dpd Allah? Maka bergembiralah dgn jual beli yg tlh kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yg besar.”
- Surah At-Taubah ayat 111
cik_yam on February 11 2009 19:18:48

assalamualaikum

trima kasih ats artikel yg best nithumbs up
kagum btol ngn saudari Asnizacomfortcomfort
Nisa_88 on February 11 2009 22:56:19

assalamualaikum kawan2..

Sambil tersenyum sorang2 nih.. Hehehe..
Amboi2 makngah.. Kui3..
Mantap la kak niza..
Teruskan usaha.. Yosh~ grin
riang gembira on February 12 2009 06:05:58

alhamdulillah
penulisan yg sgt bgus
dpt mmberi peringatan dn ksedaran kpd kta bersama

jazakallah
zzzz87 on February 12 2009 11:35:37

ohh.. how i wish i cud b one of them,, tp.. byk tapinye, btw nk mntk tolong sy ade mslah kecil, sy berharap sy dpt lupekn crush sy yg dh 7 tahun ni, bcoz its too painfull.. heeh.. any advice?!xlarat la..assalamualaikum
ignorance on February 12 2009 23:22:05

Valentines dah dekat, apa peranan iluvislam untuk menyedarkan remaja terutamanya pengungjung web ini supaya tidak meraikannya?
chapit on February 12 2009 23:33:05

assalamualaikum*
first of all,artikel ni banyak mengingatkan saya tentaang beberapa perkara yang lepas.
dan saya setuju dengan apa yang disampaikan oleh pengarang.
keep it up, ok?
=)clap
nur_eman on February 13 2009 04:56:53

salam
alhamdulillah

bnyak saya dapat dari artikel ini

dapat juga sedikit melapangkan serta mendidik hati saya yang sedang bersedih

terima kasih kepada penulis..kerana telah mmbuka pandangan mata hati saya ttg topik yg dibncangkan..

cat
AsNiza on February 13 2009 07:15:37

Segala puji hanya untuk Allah, Alhamdulillah..

Sekali lagi terima kasih kpd sahabat yg sudi membaca dan memberi comments,
Saya benar2 menghargainya..Jazakallah..

Kepada mereka yg pernah melaluinya, tabahkan hati.
Semoga Allah memimpin hati kita supaya lebih mendekatiNya..

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, jika gagal..
Cuba renungkan, mungkinkah dia tidak cukup baik untuk kita atau kita yang tidak layak untuknya? Jodoh ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Jangan terlalu memaksa sesuatu yang bukan pada masanya dan bukan pada tempatnya. Percaya kpd janji Tuhan, yakin kpd qada dan qadar..insyaAllah.

Hirisan pertama hirisan yang paling tajam..tapi ingat, setiap sakit ada penawarnya.
Luka juga boleh sembuh jika kita izinkannya.

Wallahua'alam.
pencari_nur on February 13 2009 08:09:58

assalam..izinkan saya menyebar article ini dengan kata lain untuk mengajak para muslimin serta muslimat menghayatinya....clap
pencari_nur on February 13 2009 08:11:37

assalam izinkan saya menyebar article ni dgn harapan muslimin dan muslimat menghayatinya..nama dan penulis asal terpelihara
AsNiza on February 13 2009 08:56:48

pencari_nur: saya izinkan, semoga sama2 peroleh manfaat..insyaAllah..

nur_eman: jgn sedih2 lg yer, u r not alone..^^

chapit: thnx..insyaAllah..

ignorance: antara cara nya adalah menerbitkn artikel yg sebegini, menyedarkn kita ttg bahana cinta..=)

roxxette87000: insyaAllah boleh, jika saudara/i izinkan..jgn terlalu memaksa diri, biarkan masa memulihkannya, yg penting, kena selalu positif dan optimis, yakin Tuhan ciptakan sesuatu pasti ada hikmahnya.

riang gembira: Alhamdulillah, mudah-mudahan..

Nisa_88: ehem2..dgr2 cite ada org nk kawen, betul ke?grin

cik_yam: Alhamdulillah, terima kasih, jujur saya sebenarnya punyai byk lg kelemahan dan moga2 dgn sokongan kalian, saya mencuba menjadi lebih baik, insyaAllah.

sLave_oF_Allah:
terima kasih atas perkongsian yg istimewa..manusia normal ada hati dan perasaan, hati yg mudah terguris dan perasaan yg mudah tercalar. Semoga Allah memimin hati kita, jauh dr kesedihan dan sentiasa mendekatiNya, insyaAllah.
AsNiza on February 13 2009 09:05:27

greentea_lady : Mana yg baik dtgnya dari Allah, segala puji juga hanya untukNya..Alhamdulillah krn sedikit sebanyak penulisan ini mampu memberi manfaat kpd kalian. Alhamdulillah.

sesuci melor: yup..bukan senang, sbb itulah jihad yg paling besar adalah jihad melawan nafsu dalam diri, semoga kita di kurniakan kekuatan..amin.

hamba_Allah: Alhamdulillah, kerana semasa menulis saya benar2 menyelami dan memahami perasaan yang kacau itu, syukur krn mampu sampai kepda kalian, =)

wardah al zahra: semoga kita tergolong dlm golongan yg mencari keredhaan dan cinta Allah, amin..

saidah: semoga dpt membantu yer..wink

faezah imani: insyaALLAH..doakan yer..=)

ummmuhammad
: terima kasih atas perkongsian, saya benar2 menghargainya..
ibrahim5637 on February 14 2009 03:05:33

terima kasih
chulian on February 17 2009 21:15:07

Seperti yang kau tahu, pohon adalah syair yg ditulis bumi pada langit.Kita tebang pohon itu dan menjadikannya kertas, dan di atasnya kita menulis kehampaan kita,,Suatu saat, aku duduk di bawah pohon rendang. Daunnya gugur dan menyentuh hatiku..Lalu kutulis padanya syairku, dr air mata yang kering di baju…Abki wa hal tadrina maa yubkini? Bukan meratap.Tunggulah waktu yg akan tiba, bila kau dapat mentafsir yg tidak terucap..
Mungkin juga akhirnya hanya Dia yg tau.Kerana daun akan reput, dan masa tidak pernah punya sabar…

Hidup itu rumit
AsNiza on February 17 2009 21:34:50

chulian..

saya suka kata2 saudari. puitis dan penuh makna.
ada blog tak? i wish to hear more from u..

jazakallah.
ca on February 18 2009 18:14:09

best la baca page nie......thumbs up
Kyouya Ootori on February 19 2009 07:50:03

nice2..i like this article
AnisAmira on February 20 2009 03:03:13

assalamualaikum
nice article... Stiap insan tak smpurna..nmun.. Islam mnyemPurnakan sgala-galanya.. iluvislam
amnahsmkats on February 20 2009 07:03:03

assalamualaikum...syukran anda telah membuka minda saya.saya sangat bersyukur dapat membaca artikel anda.sebenarnya saya pernah mengalami masalah seperti ini..yesyesyes
kiKI LAla on February 22 2009 10:03:32

wah....bagus2....tgk tjuk pon bes....
tahniah!!!!!!!!

jazakallah
ana_abdullah on February 22 2009 20:10:49

assalamualaikum
I love this article because it applies to me so much. ana pnah jadi sebhgn drpd org2 yg memandang serong pd muslimah2 yg kuat p'hayatannya pd agama islam, t'utama akhawat yg b'tudung labuh. ana pnah jatuh cinta dan x b'balas. ana pnah menangis b'hari2 krn b'tepuk sebelah tgn.dlm fikiran ana dulu x de lain selain lelaki 24-7.tp dgn kuasa dan kasih sayang Allah ana sedar silap ana.
ingatan utk diri ana sendiri dan juga saudara2 seagama ana...
- hati kita, jika diberi pd manusia, pasti akan dipecahkan, tp jika hati yg pecah itu diberikan kpd Allah, pasti Dia akan m'cantumkannya kembali...m'gapa m'cari cinta yg belum tentu telusnya sdgkan cinta Allah sentiasa ada, tinggal kita shj b'usaha m'carinya...
- Allah tlh b'firman dlm al-Quran bhw setiap muslim x akan t'lepas dari ujianNya.ujian Allah adlh sbg tanda kasih sayangNya kpd kita.m'gapa m'geluh apabila diuji olehNya?

Dunia ini kesenangan yang memperdaya...Wallahu alam...
izwan90 on February 23 2009 16:43:18

clapclapclap...alhamdulillah...artikel ini beri kesedaran kpda ana...clapclapclap
na@88 on February 23 2009 21:25:52

tersentu rasa dihati na bler bace nukilan ni....thanks so much to writer..na nak berubah...tpi Na tau untuk berubah jadi lebey baik..kita perlukan usaha yang kental..semoga allah menolong Na untuk berubah..amin
siti nurnada yumni on February 26 2009 05:19:09

artikel yg sgt menginsafkan..........utamakan pandangan Allah n persetankan pandangan manusia coz salah satu cita-cita yg tak akan pernah tercapai iaitu memuaskan hati semua orang....ada je yg kt buat tak kena...buat baik salah , buat jahat apatah lagi.....
IBNU MUHAMMAD on February 28 2009 00:03:53

bismillah
assalamualaikum

masyaAllah...sungguh terkesan kedalam hati memhayati artikal ini...terharu!!!
meruntun jiwaku....menyedarkan ku betapa byknya salahsilap, dosa yg telah dilakukan...
Hidup ini adalah sesuatu... tiada lg sebab untuk ku berdukacita n kecewa.

jazakallah pd penulis...mg budimu dibalas dgn pahala.
AsNiza on March 02 2009 18:17:53

Alhamdulillah dan terima kasih kpd yg membaca, i do appreciate..cloud 9

Pada pendapat saya, mereka yang pernah ada pengalaman 'putus cinta' mungkin lebih dekat dengan penulisan ini, kerana saya percaya, anda lebih memahaminya..

Past is past, gone is gone, jangan sedih2, mulakan hidup baru yer..Semoga pencarian kita berakhir dengan happy ending. Cintailah Allah dengan sepenuh hati dan sebelum mencintai insan lain, cintailah diri sendiri dan keluarga terlebih dulu..

Berikan hatimu kpd dia yg berhak memilikinya..kerana hati mu itu sangat rapuh dan mudah pecah..kerana hatimu itu sangat tinggi nilainya..

Moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik..Ameen..pray
dhia laila on March 05 2009 04:54:44

masyaAllah
Kuatkan la ak tuk ari2 yg mendatang..
amin
AsNiza on March 05 2009 07:00:55

Bismillah..

Saya sebagai penulis sebenarnya tertanya2, apa yang menarik minat anda semua utk membaca artikel ini? terkejut juga melihat sambutan yang agak memberangsangkan..10900 kali di lihat..subhanallah, tak pernah temimpi oleh saya yang daif dan sedang belajar ni..walau apa pun, Alhamdulillah.

Tapi saya masih tertanya2, apa yang menarik perhatian anda untuk membuka thread ini, adakah kerana tajuknya yang 'catchy' semata2 sedangkan isi dalamannya kosong? Ini kerana melihat kepada komen yang di post, kuantitinya adalah agak sedikit jika di bandingkan dengan jumlah di lihat.

Saya membayangkan dan berharap ada komentar yang bersifat menegur/mengkritik kelemahan..Lumrah alam, kesilapan dan kelemahan sendiri susah nak nampak, gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang lautan boleh pulak nampak..maksud saya, saya yang menulis pastinya tidak nampak apa kelemahan artikel ini tapi anda yang membaca pasti dapat mengesannya...dan pastinya saya akan bertambah berbesar hati jika sahabat yg di hormati dapat menunjukkan saya di mana kelemahan saya itu...gembira

Walau apa pun, sekali lagi Alhamdulillah dan terima kasih atas sokongan, moga pekongsian ini mencambahkan lebih banyak kebaikan, ameen..
cold_vein on March 16 2009 22:48:35

sy kagum dgn muslimah yg bertudung labuh....bila ade insan yg kutuk mereka *hahaha..mcm cendawan bergerak...*sy rasa marah &sedih krn die x sedar sebenarnya itulah yg dianjurkan islam...sy harap sy akn ada kekuatan utk bertudung labuh.....insyaAllah
medicstudent on March 17 2009 10:01:36

rse terharu bce artikel neh..
kdg2 sy pun ade t'fkr nk berubh..
tp lps tuh smngt tuh ilang dibwa angin..
alhamdulillah ade kwn2 yg sentiasa m'bantu..wink wink
thanks a lot to all my frens ecsp siti aisyah sajuni ^_^
cahayakemuliaan on March 19 2009 17:34:52

bismillah

thumbs upclapthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs up
cahayahanis on March 21 2009 17:49:53

assalamualaikum
terima kasih kpd penulis..
sedikit sbyk membantu sy utk berhadapan dgn ape yg sdg sy lali skrg..
insyaALLAh...gembira
cahayahanis on March 21 2009 17:50:48

lalui*...maaf tersalah taip..
etiey_cfs on March 27 2009 22:44:20

assalamualaikum
syukran jzilan utk kriman nti
bnr2 mnyntuh atie ana dgn susunan ayt yg mnyntuh jiwa
smoga sme2 dpt b'usha tuk baiki kkrgn n tgktkn iman~
insyaAllahiluvislam
karomeo89 on April 07 2009 15:19:25

maujlah AKHLAK ISLAMIYYAH UTK NEGARA !!!!!clapiluvislam
ainulaisyah on April 07 2009 17:46:29

assalamualaikum
alhamdulillah
clap
mudah-mudahan menjadi pegangan dalam diri saya dan sahabat2 sekalian..
insyaAllah
elraziey on April 08 2009 17:02:55

salam..
usah kau pcaya pada cinta yang pertama.jika ianya hirisan utama.aku bukan hanya dihiris,malah ditepis.hingga kini aku masih terguris.cinta itu dusta.usahla kau percaya.sujudla pd yang esa.mgharapkan keredhaannya.
nur85 on April 28 2009 11:23:00

assalamualaikum
sobsobsya pn tengah kecewa sngat2..*sobsob
Ily Mounerah on May 04 2009 18:05:29

assalamualaikum
urm..good article..
part yg maafkan org n dtuduh hipokrit 2..i've been there..
biar la diowg nk ckp pe..
as long as i'm doing the right thing
and yakin that Allah sentiase brsama..
everything will be fine..
insyaAllah
and mlepaskan cinta pertama..been there 2!
i have 2 let him go coz dye kne brtunang ngn girl plihan fmly..
i'm all wound up,frustrated,n mad @ that tyme..
tp syukur..coz peristiwa 2 mbwatkn sy lbey kuat n dkt pd Allah..
it's true..dat tyap kjadian ade hkmahnye
n Allah x prnah mgmbil ssuatu yg kte syg kcuali mnggntikannya dgn yg lbey baek..pray
AsNiza on May 07 2009 09:51:59

Salam..

Kepada yg sedang patah hati akibat kecundang dalam percintaan, bersabarlah..jangan sedih2, berdiri semula, bangkit dari kisah duka, mulakan hidup baru dengan penuh semangat dan keceriaan yer..

Kita selalu memandang pintu yg tertutup terlalu lama, sedangkan di hadapan kita banyak jendela yang terbuka luas..

Past is past, done is done, gone is gone. Move on k..Jika dah bukan jodoh, paksa cmne sekalipun, tkkan jadi jugak..even dah bernikah pun, kalau jodoh tk panjang, masih bercerai berai...

Hm..teguhkan keyakinan dan percaya kpd takdir Allah, setiap yg berlaku pasti ada hikmah yg tersembunyi..hari ini kita menangis, esok mungkin masanya untuk kita bergembira, Allah maha adil, maha pengasih...

Untuk membaca artikel lain berkenaan dengan cinta, silakan melawat blog saya..Mencari Sebuah Destinasi. Semoga bermanfaat.

Wassalam
putih kemerahan on May 07 2009 10:44:30

assalamualaikum

sgt bermakna cerita ni sbb mostly ada persamaan dgn hdp sy,
sesungguhnya Allah itu maha penyayang pd hambaNya yg sentiasa meningtiNya,

alhamdulillah

lps bc cerita ni ht sy terubat n yakin dgn keputusn sy utk ptskn hbngn ni mmg btl.

insyaAllah
jdoh pertemuan itu Allah dah tentukan utk kita,
cuma ms saja yg dpt menentukannya.

jd kita sm2 la kuatkan iman n tanam rs cinta hny kepada-Nya.

tq kak asnizathumbs up

iluvislam
AsNiza on May 15 2009 14:54:57

Alhamdulillah..

Semoga putih kemerahan dan semua sahabat terus tabah meniti hari mendatang..
Positif dan optimis selalu yer..mudah-mudahan, setiap dari kita akan mendapat 'happy ending'.. insyaAllah..comfort
jundillah on May 15 2009 15:36:50

thumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs up


clapclapclapclapclapclapclapclapclap
kaka gg on May 18 2009 22:13:01

wink wink[img][/img]
umyrah on June 01 2009 20:10:36

salam...terima kasih kak asniza...bnyak yang menydrkan sy terutama tentang hal putus cinta..sy sokong ape yang kak asniza utarakan...teruskna ye..
potato_tirah on June 02 2009 15:26:28

assalamualaikum
btul 2 nobody perfect..yes
kita mnusia biasa...
x leh lari dr dosayesyes
AsNiza on June 17 2009 07:34:05

assalamualaikum

Alhamdulillah..terima kasih kembali kepada semua yang sudi luangkan masa membaca artikel ini... saya benar2 menghargai kesudian kalian dan semoga mendapat manfaat darinya...

Yup3.. nobody perfect.. lagi2 bila berkaitan dengan soal hati, bukan susah nak kawal..apapun saya terbaca dalam buku TGNA, Insan Ingatlah..

Penyakit jasmani akan berakhir setelah kita mati, tapi penyakit rohani, jika tidak diubati, kita akan mati dengan berpenyakit, yg berkemungkinan telah merosakkan keimanan dan ketakwaan kita lalu sia-sialah segala usaha kita selama kita hidup..naauzubillah..

Antara penyakit rohani yg berbahaya adalah 'keras hati' di mana pesakitnya tidak ada perasaan bersalah atau gerun bila melakukan dosa dan maksiat, tidak takut pada balasan neraka, tidak berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah, naauzubillah..

Antara cara mengubati penyakit hati adalah dengan sentiasa mengingati mati, mengikuti majlis2 ilmu, mendekati ulama akhirat dan menghadiri majlis kematian.. Semoga kita terhindar dari segala penyakit hati, insyaAllah, amin...

Sahabat, jika ada kelapangan, sila ziarah blog saya yer, boleh bagi pandangan terhadap artikel saya "terlalu cinta" dan " bagaimana mahu bercinta"..

Semoga bermanfaat. Wassalam.
sha_ibtisam on July 11 2009 21:08:07

assalamualaikum

bismillah

Thanks for the article.
Artikel yang memberi ana manfaat dan pengajaran.

thumbs up Tahniah!!
farz5812 on July 17 2009 23:13:28

alhamdulillah

bleh jadi pengajaran untuk saya dan pembaca2 yg lain jgk...

jazakallah
saffiya_nur on July 18 2009 18:09:37

assalamualaikumalhamdulillah...terima kasih kepada penulis kerana sudi berkongsi artikel ini thumbs up
insyaAllah hikmah dalam artikel saudari ini banyak memberi berita gembira kepada muslimah yang tak pernah lelah memperjuangkan Islam yang mulia dalam kehidupan seharian....semua muslimah yang dimuliakn Allah sebenarnya mengalami ujian yang sama seperti saudari...semoga dengan menghayati kndunagn artikel ini mngkatkan semula smagat kita semua muslimah dan muslimin dalam memperjuangkan Islam yang syumul iniinsyaAllah...ingatlah firman Allah bahawa syurga itu bukanlah murah dan mudah malainkan dibuktikan dengan menghadapi uijian yang diberiakn Allah dengan penuh keimanan seperti orang-orang terdahulu telah diuji dengan hebatnya comforttata
Qadriyyah515 on July 18 2009 21:54:46

saya sedih ngan nasib diri saya...sadsadreal sadsobsobsobsobtapi lepas baca artikel ini...alhamdulillah...seolah2 semangat yang baru datang kembali..bagus betul artikel ni...thumbs upclap
scorgurlz90 on July 26 2009 21:53:30

assalamualaikum
good artikelclapclapclapclapclapyesyesyes
khaldun94 on August 05 2009 11:06:53

salamassalamualaikum
good artikel.. da unsur2 keinsafan . insyaALLAh nanti akan dicontohi gak.. okeyyy??yahoo!yahoo!yahoo!yahoo!yahoo!
annisa_nurfatihah on August 14 2009 03:37:55

assalamualaikum
artikel yg sgt bmakna kak..
trima kasih bnyak..
smoga dijdkan pngjaran
dan pnduan sy dlm mnempuh
hari di bumi Allah..
syukran..thumbs up
AsNiza on August 19 2009 14:40:47

alhamdulillah

terima kasih kpd semua yg sudi membaca dan jutaan terima kasih (infiniti) kpd semua yg sudi memberi sepatah dua kata komen..

smoga sama2 mendpt manfaat darinya, insyaAllah, amin..

kpd yg pernah terluka kerana cinta pertama.. jgn sedih2 lagi yer.. kita merancang, Allah juga merancang dan hanya perancangan Allah yg benar2 pasti.. optimis sentiasa, mungkin di sebalik hujan lebat, ada pelangi indah buat kita, mudah-mudahan..

amin ^_^
zurain on August 28 2009 20:52:54

assalamualaikum
teringin untuk berubahhmm!
tapi bgaimana..
kesedaran dah ada tp blum terarah untuk melakukan perubahan.

berikan hmba muini hidayah ya allah...pray
balqis nura on August 30 2009 13:26:56

alhamdulillah
moga kita semua dpt manfaat
Ya Allah, jadikanlah kami org2 yg tidak lalai,,sesunnguhnya sgt rugi lah diri kami jika tdk mndpt keredhaan dpd Mu
amin
AsNiza on September 03 2009 15:36:39

zurain..

kena tabahkan hati, nekad utk berubah jgn separuh2..atau jgn tangguh2..


balqis nura..

kami mengaminkan doamu..
habuk on September 08 2009 11:53:51

bak kata sheryl crow:

"the first cut is the deepest"
ana_atiq on September 12 2009 15:34:04

salam...isk,,isk,t'harunyerr ana bce..
kak seri on October 26 2009 16:28:50

thanks atas artikel nie
qalbun on October 28 2009 22:21:11

tahniah...clap
erm...ana pn slalu dipersoalkan begitu..
tp bg ana jadilah diri sendiri....
dan apa yang lakukan adalah kerana Allah...
setiap perbuatan akan mendapat balasannya...amin
qudwatun_hasanah on October 31 2009 14:32:25

assalamualaikum
memang mengharukan...hati perempuan ana tersentuh membaca forum nie..
sobsob
semoga kita semua mengambil iktibar drpd ap yg disampaikan di sini..
Ya Allah begitu besarnya kekuasaan MU..
subhanallah...thumbs up
pUrPLeDoLFyNz on December 03 2009 23:41:39

assalamualaikum
mengingati knangan silam i2 sia2
masyaAllah

hem,.,.,. sy dh sdar
alhamdulillah

trime ksh byk2 sgt2thumbs up
YA ALLAH, buanglah kngan silam i2,.,.prayamin
snh3007 on December 09 2009 09:37:22

assalamualaikum

alhamdulillah

bgus3..clap
amat berguna untuk sy mengimbas n muhasabah dri sy sndirithumbs upyes

mekasih pda yang terlibat..yes
ignorance on February 02 2010 11:48:08

artikel ni tak best pun, jiwang karat! ha ha ha!
Lynn Aleen on February 03 2010 20:30:50

assalamualaikum

hemm..mcm mn nk mulakan yea??
byk yg nk ckp..

but overall dis is a good article..

tahniah pd pnulis, editor n x lupa pmberi komen...
certain comment...hemm..very touching!!

pd pnulis..keep it up!! bhasa yg digunakan puitis n mbuatkan sy mbacanya smpai ke titik terakhir..ada pgisian yg meaningful!!thumbs up2 thumbs up2 thumbs up

artikel ni da sentuh pd pkra yg sgt relate pd khidupan kita..

n sy sendiri...bkn la sorang yg pemaaf bile ati da dilukai hingga ke dasarnya..
tipu la klu sy kate kan.. perasaan buruk tu x prnah mburu dr nie...bahkan tllu kerap!!
kekadang ttewas jg dgn prasaan..

kerna itulah..sy pohon sgt..sy dpt bhijrah..dgn erti kata sbnr..
ye la..sape x nk jd baik...sbb tau blsanNya 6t teramat manis...


sy nie cume insan yg lemah n
hanya dgn rahmat Allah sj yg dpt memulihkan sgalanya..

n nk melepaskn ssuatu yg kite syg n kite nk buang amarah di ati..
requires a lot of effort!!!!!!!!!!!!!!!

"Jika seseorg hamba Allah tidak lg mudah menangis krn takut dgn kekuasaan Allah..
justeru menangis la krn ketidak mampuan itu"

"kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya..Jalannya dihiasi duri2 luka, tdk dibiarkan lena dlm nikmat yg melimpah ttpi dihidangkan keperitan susah payah yg tiada sudah.."



seksa kan??? nk menanggung derita...nk lalui saat2 yg mduga kesabaran ni kan??
mg rahmat Allah stiasa mgiringi langkah kiter sumer..n dipermudahkan sgalanya..
.insyaAllahamin


p/s:thanx 2 k munirah...

slm
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Akal itu menteri yang menasihati,Hati itu ialah raja yang menentukan,Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan"
spacer