Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 107
- Members Online: 29
- Total Members: 85,794
- Show Who's Online
- 26,101,931 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Buku Pertama iLuvislam.. Dapatkan Segera !

Buku Pertama iLuvislam.. Dapatkan Segera !
www.iLuvislam.com
Imran Koyube
editor : Imran Koyube




Masihkah anda ingat bagaimana bekas Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush, mengeksploitasi media untuk meng’halal’kan serangan ke atas Iraq pada tahun 2006? Selain ribuan manusia tidak berdosa mati ketika perang tersebut, kini Iraq masih dihiasi dengan letupan bom di sana sini.

Dan masihkah anda ingat bagaimana media antarabangsa digunakan sebaiknya oleh Amerika untuk melancarkan “War on Terrorists” selepas tragedi 11 September 2001? Ketika itu, fundamentalis Islam juga dilabel sebagai pengganas!

Sesungguhnya, tiada siapa dapat menafikan bahawa media kini mempunyai pengaruh yang amat besar dalam membentuk pemikiran masyarakat dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu isu. Walaubagaimanapun kita dapat lihat bahawa pihak media antarabangsa sering memberikan maklumat yang salah dan kurang tepat mengenai agama Islam.

Atas kesedaran inilah, iLuvislam.com menerbitkan buku pertama kami yang bertajuk “Media & Islam - Berperang atau Berdamai?”. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah.



Buku ini adalah hasil usaha salah seorang krew iLuvislam.com, saudara Mohd Effy Saiful Mohd Fathil yang telah menterjemah sebuah ceramah dan soal jawab yang bertajuk “Media and Islam – War or Peace” yang disampaikan seorang pendakwah terkenal di dunia, Dr. Zakir Naik.

Buat pengetahuan anda, Dr. Zakir Naik aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dialog antara agama dan beliau digelar oleh seorang inidividu yang tidak asing lagi dalam dunia perbandingan agama; Sheikh Ahmad Deedat, sebagai “Deedat Plus” pada tahun 1994.

Pada tahun Mei 2005, beliau menerima sebuah plag daripada Sheikh Ahmad Deedat yang terpahat padanya: “Wahai anak muda, kamu hanya mengambil masa selama 4 tahun untuk mencapai apa yang saya dapat capai dalam tempoh 40 tahun. Alhamdulillah.”

Antara isi kandungan buku ini adalah:

Bab 1 : Media Massa
Bab 2 : Strategi Media dalam Memburuk-burukkan Imej Islam
Bab 3 : Muslim Fundamentalis, Ekstrimis dan Terroris
Bab 4 : Satu Individu, Satu Aktiviti, Dua Label
Bab 5 : Jihad, Istilah yang Disalahfahami
Bab 6 : Pengebom Berani Mati
Dan pelbagai soal jawab dari Muslim dan non-Muslim.



Sedikit petikan dari buku tersebut:

"Ketika saya ke Los Angeles pada Oktober 2003, saya sudahpun bersedia...Kerana saya memakai tie dan code, berjanggut, berkopiah...Saya sudahpun bersedia untuk disoal siasat. Seseorang pendakwah haruslah sentiasa bersedia. Ketika saya melepasi imegresen,  "Oh, berjanggut dan berkopiah...Sila ke bilik soal siasat..."

Mereka bertanya kepada saya, "Apa tujuan kamu datang ke sini?" Saya katakan, "Saya datang kerana saya akan diberikan anugerah."

"Anugerah apa??!" Saya katakan. "Anugerah Kemanusiaan." "Apa yang kamu lakukan sehingga mendapat anugerah?!" Saya menjawab, "Saya penyebar kebenaran. Jesus berkata dalam Gospel John bab 8 ayat 32, "Carilah kebenaran, dan kebenaran itu akan datang kepada kamu. saya adalah orang yang menyebarkan kebenaran."

Saya tidak berbohong...saya adalah seorang daie, dan kerja saya ialah untuk menyebarkan kebenaran. Seterusnya, untuk memendekkan cerita, ketika saya sampai di kastam, mereka memeriksa bagasi saya lalu mereka terjumpa satu kaset ceramah saya yang bertajuk 'Jihad & Terrorism".

Mereka kemudian bertanya kepada saya, "Adakah kamu percaya kepada Jihad?"

"Sudah tentu, sedangkan Jesus pun percaya kepada konsep Jihad. Jesus mengatakan , " You have to strive," dan saya percaya kepada apa yang dikatakan oleh Jesus bahawa kita haruskan berjihad."

"Tidak, tidak. Maksud saya adakah kamu percaya kepada perlawanan?"

Saya menjawab, "Ada disebutkan di dalam kitab Bible di dalam Exodus bab 22 ayat 20 bahawa kamu perlulah berlawan....Jesus sendiri pun di dalam Gospel Luke bab 22 ayat 36 bahawa ambillah pedang dan berlawanlah!"........

Selepas peristiwa 11 September, kesemua urusan menjadi sukar termasuk urusan mendapatkan visa. Tetapi alhamdulillah saya berpeluang ke Amerika, Kanada, United Kingdom, Australia, Malaysia, Singapura dan saya mendapat visa selama 10 tahun daripada kerajaan Amerika, 5 tahun daripada kerajaan United kingdom dan 2 tahun dari kerajaan Kanada, alahamdulillah. "



Berikut adalah testimonial yang kami peroleh dari mereka yang telah melihat dan membaca buku ini:

"Buku ni perlu dibaca oleh semua orang! Terutama mereka yang banyak bergaul dengan non-muslims. In fact, buku ini sesuai untuk bacaan semua, muslim dan bukan-muslim. To muslim, it's an eye-opener on what's really happening around the world that we live in, which centres very much around various forms of media; and can also be a tool for us to counter any allegations that is directed towards Islam and Muslims. To non-muslims, this is a very good reading as it explains all the misunderstandings that occur to clear the name of Islam. most importantly from this book we know who's really at fault for what's currently happening around the world; the non-muslim owned media networks. And Dr Zakir Naik being a diplomatic debater, instead of just blaming others, also offers ways to solve this problem."
~ Mushana Aisamuddin, Universiti Tun Abdul Rahman, Kuala Lumpur~

“Design buku ini sangat cantik dan menarik. Design dalamannya lain dari yang lain dan ia membuatkan saya tertarik untuk baca buku ini. Isi kandungannya selari dengan apa yang dihadapi oleh kita hari ini. Dan ia amat sesuai dibincang dan dikongsi bersama dalam sesi usrah/halaqah”
~Md. Ruzani, Area Manager Kuala Lumpur, Petronas Dagangan~

“Alhamdulillah, setelah membaca buku ini, saya lebih faham mengapa berlakunya Islamphobia dikalangan non-Muslim. Sebagai seorang Muslim, saya lebih jelas tentang apa reaksi saya jika menerima pertanyaan-pertanyaan dari non-Muslim akibat salah faham mereka terhadap maklumat yang mereka terima melalui media. Sesuai juga dijadikan hadiah kepada rakan-rakan kita terutama non-Muslim. Two thumbs up!”
~anonymous, Kuala Lumpur~



Buku ini boleh dibeli secara online(hanya untuk pasaran Malaysia) dengan harga RM 11 sahaja! (termasuk RM 1 untuk kos penghantaran. Harga buku RM 10)



76 Comments · 12163 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 90% [38 Votes]
Very Good Very Good 2% [1 Vote]
Good Good 7% [3 Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
wakdol on January 23 2009 09:35:05

assalamualaikum

Alhamdulillah, terima kasih kpd saudara yg menterjemah buku ini.
Gembira di hati saya bila membaca artikel ini.

Semoga segala usaha yg telah di sumbangkan untuk memeriahkan lg iluvislam
di berkati Allah.

jazakallah kpd semua yg melibatkan diri dlm memantapkan iluvislam

amin

thumbs upthumbs upthumbs up
luv_falah on January 23 2009 09:56:33

assalamualaikum

wahhhh...buku ni nampak macam best sgt je...sy nk beli!!

tp kan,kalo sy nk beli ikot mesin atm maybank..boleh ke kalo sy masukkan kad bank yg lain??...

faham x soalan ni?

maafla..sy x reti sgt benda2 macam ni...
jazakallah
Im Koyube on January 23 2009 09:58:41

assalamualaikum

insyaAllah boleh..(walaupun saya x sure). tapi cuba la dulu. kalau x boleh, mesin tu akan bagitau tak boleh. Kalau awak dah try nanti, tolong bgtau saya samada boleh atau tak ye. tQgembira
luv_falah on January 23 2009 10:07:05

wah..efisyen betul,baru tny da dapat jawapan..best ni...

ok..xde masalah!!! nnt sy cube...pastu bile da tau,sy bgtau..

hmm...kalo esok sy cube kat mesin atm 2,da boleh proses ke sume bende2 ni?? andai kate boleh laa kat mesin atm tu... (sori t'byk tny)

ImKoyube : Just Follow arahan-arahan yang telah kami nyatakan OK
HafizAdam on January 23 2009 10:19:19

akhirnya dilancarkan juga walaupun agak terlewat..
tahniah buat iLuvIslam..

selamat membaca..

-Sokonglah Industri iLuvIslam-
Adawiyah Juzailah on January 23 2009 10:47:22

Subhanallah! Tahiniah diucapkan atas usaha ILuvIslam. Ana akan sentiasa sokong antum wa antunna semua. Demi Islam!
iqbal86 on January 23 2009 11:20:57

wah..usaha yang sangat baik ! yahoo!
Harga Pon murah...
Nak beli! nak beliyahoo!!
UkhwAh on January 23 2009 11:28:02

alhamdulillah..

satu usaha yg sgt baik..syukran jadzilan akh effy dan semua yg terlibat dlm menjayakan buku tersebut..thumbs up

baca sikit qoute dari webmaster pun dah kobar2 nak baca!sgt menarik..mesti isi2 dlmnya juga byk lg menarik..

jangan lepaskan peluang ini!!Ilmu2!!pc

jom kawan2 kita pakat beli!!jgn lupa habaq kat org kampung!!yahoo!

harga pun sgt murah..InsyaALLAH mampu dimiliki oleh semua..

semoga segalanya berjalan dengan lancar dalam perlindunganNya..aminn..pray
Zahiruddin Zabidi on January 23 2009 14:45:57

assalamualaikum

Insya-Allah, ana nak jadi orang Malaysia yang pertama memiliki buku ini, banyak manafaatnya kepada mereka yang telah, akan dan mahu menjadi da'ie, insya-Allah.

Az-Zahir
http://kalamkhalifah.blogspot.com/
fiqriz on January 23 2009 15:50:24

alhamdulillah

akhirnya terbit jua buku terbitan iluvislam...syabas!!!

mari kita sama2 mmbacanya

clapclapclapclapclapclap
rev_armi on January 23 2009 17:29:36

cayalah!!!
ana akan cb dafatkan secefat mungkin!
fareast on January 23 2009 18:16:29

Buku ni patut dimiliki... gembira
daisuke on January 23 2009 19:00:26

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

ya allah..ruginye kalau x beli buku ni..
kat kawasan pahang ni..mungkin susah kot nak dapat..
ana duk kat jrantut..mungkin susah nak dapat..
farihah91 on January 23 2009 19:08:45

tahniah2clap kpd akhi effy dan semua yg terlibat dlm mghasilkn buku ini.
syabas iluvislam..iluvislam

ana first baca sikit petikan die kt ats tu dh tertarik dh..
berkobar2 nk beliyahoo!
tp cmne ek???hmm!
ana kt mesir skrg
kalau utk pos mesti lagi mahal...
so kne simpan satu utk ana ble ana balik malaysia nt..
boleh x??pray
HafizAdam on January 23 2009 19:19:10

farihah, boleh dapatkan kat Cairo..
abgEffy jual kat ARMA, kalu kat Mounira boleh try tengok kat Istana Presiden...
TQ~
sinar mawaddah on January 23 2009 19:46:39

Ana xsbr2 nk bank-in duit utk dptkn buku nie. insyaAllah, ana akn dpt utk bacaan ana kelak...wink wink
AsNiza on January 23 2009 20:12:00

Alhamdulillah,

Dah maybank2u baru sekejap tadi,
Agak2 berapa hari yer buku tu bleh dapat?
huhu..tak reti sabar..=p

Sekian, jazakallah..
elmina on January 23 2009 21:13:13

assalamualaikum
erm,, look greet... cm bez j..
kat kdai buku xde jual ke??
secret_white on January 23 2009 23:55:16

nak jugak buku ni...tp..nape xjual terus je kat kedai buku?
nnt ana bank in kan duit...
firdausmahadi on January 23 2009 23:57:29

Mabruk pada effy dan semua yang terlibat! gembira
Im Koyube on January 24 2009 00:03:46

salam

iLuvislam belum sampai tahap jualan di kedai2 buku. Untuk permulaan, kami jual secara online dan melalui wakil2 kami sahaja. gembira
misz balqis on January 24 2009 00:22:40

huhu, x sabar nak beli buku tu..
neway, iLuvislam~
aza-aza figthing! thumbs up
ikhwanzm on January 24 2009 00:25:48

alhamdulillah

Kalau dah bank-in, buku tersebut boleh tak diambil sendiri dari iLuvislam.
Tak payah gunakan pos.

sekian, jazakallah
nur nazrina on January 24 2009 02:28:57

assalamualaikum

saya duk kt Qatar..
blh beli on9 jgk x?..
kalu x..kt mesia dh dipasarkn kt negeri mane erk?..
aisya humaira on January 24 2009 03:28:04

assalamualaikum
camane nak bli??
nak satu!
nak satu!
but saya di Bangalore,India skrg..
any wakil Iluvislam kat sini tak?
nak beli jugak2..
ummmuhammad on January 24 2009 03:43:02

assalamualaikum
tahniah!!!
azri90 on January 24 2009 05:33:18

assalamualaikum
nie utk m'sia je ke...cmne pulak kl0 org luar dr m'sia..cmne nk beli buku 2??
effysaiful on January 24 2009 05:59:28

T kasih semua atas doa dan galakan wink wink

I personally think that Dr Zakir did a really2 great job giving a talk regarding this topic.. Penjelasan beliau sangat mantap dan ringkas dan kuat sehingga boleh meyakinkan mana2 individu yg mendengarnya~

Buku ini sepatutnya dimiliki oleh semua daie (ceh, promote buku sendiri..hehe)

Anyways, ada byk lagi bahagian2/petikan2 menarik di dalam buku ini selain daripada apa yg ditulis di atas..

*******

Bagi sesiapa yg berada di tempat selain Mesir, Malaysia & Eropah yg berminat untuk menjadi pengedar buku ini di tempat anda, boleh berhubung dgn mana2 admin iluvislam.. ada komisyennya i allah~
effysaiful on January 24 2009 06:10:40

Siapa nk tgk kulit lengkap depan blakang buku ni, bole klik link ni:

http://img246.imageshack.us/img246/544/copyofkulitvs5.jpg
Syaimaa on January 24 2009 08:43:35

Assalaamu'alaikum.

Masya Allah, seminggu yg lepas sy tengok dia punya video kat youtube. Al Quran vs Injil. Pebincangan secara ilmiah la antara isi al-quran dan injil, sy tengok yg versi melayu, hebat gak Dr ni. Sy tabik spring la kat Dr. Nak kata kebetulan, x juga. kan dlm Islam x ada konsep kebetulan *kalo slh betulkn sy* Ni ada buku dia ni, sy teringin lah sgt nk baca. Yg sy kagum jgk dia dalam lingkungan 30-an x silap sy. Allahu Akbar.

Sy nk bli, tpi hm, tumpang tanya. ARMA tu dekat mana eh? dekat Kaherah ke? Kawasan mana? Terima Kasih.

Wassalaam
HafizAdam on January 24 2009 09:03:38

Asrama Rumah Malaysia Abbasiah (ARMA) atau Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) merupakan dua nama berbeza bagi satu tempat yang sama..
lokasinya di Abbasiah, Kaherah..
cuti nih boleh laa turun Kaherah untuk mendapatkan buku ini..
naqee on January 24 2009 13:21:58

boleh beli online x buku nie?
please kalau ade sesape yg tau

Admin: Sila rujuk sini:
http://www.iluvislam.com/v1/viewpage.php?page_id=689
Hanya cara2 yg dinyatakan di situ 'available' buat masa ini. Harap maklum.
naadherah on January 24 2009 22:31:49

salam

saya nak cdgkan iklan mengenai buku ni diletakkan dekat front page spy tak lapuk dek zaman..

and masyaAllah baru tahu dr zakir naik pernah study medicine.. ingatkan dr zakir naik took his phD in comparative religion
cactus_berduri on January 25 2009 00:51:59

assalamualaikum
sy nak gak buku ni..
xde ke wakil iluvislam yg edar buku ni kt indonesia?
gembira
naqee on January 25 2009 04:30:45


boleh beli online x buku nie?
please kalau ade sesape yg tau

Admin: Sila rujuk sini:
http://www.iluvislam.com/v1/viewpage.php?page_id=689
Hanya cara2 yg dinyatakan di situ 'available' buat masa ini. Harap maklum.


kalau macam tu nak beli dari US xleh la
UkhwAh on January 25 2009 05:53:37

cactus_berduri Wrote:

assalamualaikum
sy nak gak buku ni..
xde ke wakil iluvislam yg edar buku ni kt indonesia?gembira


assalamualaikum wbt akh/ukhti..saya pelajar di indonesia dan akan pulang ke malaysia pertengahan februari ni..kebetulan saya jg tulun belikan utk kawan2 di sini..kalau akh/ukhti nak kirim sekali insyaALLAH saya usahakan..apapun pm la saya dulu spy sya tau kedudukan anda di mana dan sbgnya..

siru a'la barakatillah..
luv_falah on January 25 2009 06:36:32

salam..

sy dah try kad atm lain utk gune kat maybank..tp xleh gune laa..lepas masukkan kad,butang option die xde tulis " lain2 urusniaga".
FahdRazy on January 25 2009 14:27:31

Alhamdulillah, harap-harap nanti sampai di Ireland juga. Kelihatan menarik untuk dibaca.wink wink

Mungkin kena sertakan sikit latar belakang penterjemah, kerana sedikit sebanyak mempengaruhi isi yang ditulis.

Ada editor ke buku ni? Harapnya petikan yang ditulis di atas bukan disalin bulat-bulat (setiap huruf dan setiap titik) dari buku tersebut tapi ditulis balik, kerana terlalu banyak kesilapan yang tak sepatutnya. Harapnya kesilapan tu hanya ada dalam petikan, bukan dalam buku.

Moga lebih banyak buku-buku begini diterbitkan pada masa akan datang.
HafizAdam on January 25 2009 15:27:20

Mungkin kena sertakan sikit latar belakang penterjemah, kerana sedikit sebanyak mempengaruhi isi yang ditulis.

ada disertakan dalam buku tersebut..

mengenai kesilapan huruf, kalau tak silap, buku ini bukan diterjemah dari buku, tapi diterjemah dari talk tersebut.. maka mungkin terdapat banyak kesilapan ejaan serta ayat yg agak tidak tersusun..
komen dan pembaikian boleh diajukan kepada penulis, agar cetakan seterusnya akan bertambah baik..
hana_ilhami on January 25 2009 17:43:15

kat mana saya boleh dapatkan? please2... saya buat tesis tentang media massa ni...!
tolong saya!cloud 9
awana_putry on January 25 2009 18:26:51

assalamualaikum harga buku RM11, kt mesin cash deposit xbleh rsanya msuk wang kertas RM1, kna p'gi kaunter lah ya..
zurina ain on January 25 2009 21:46:10

assalamualaikum
terima kasih syaimaa alhamdulillah
slpas ana bcer komen anta, trus ana cri kt youtube
dpt 2 in 1
dpt info mngenai buku ni n video 2 gk
thanks once again


psl buku ni,cmner dgn proses pnghantaran
sekiranya kita membeli melalui online?
inayah on January 25 2009 23:54:07

wah, bagusnyailuvislam, dah nak trbitkan buku pulak..
satu pncapaian yg amat membanggakan...yesyesyes
FahdRazy on January 26 2009 00:06:34

Hmmm. Sama ada diterjemah dari buku, atau langsung dari talk, itu bukan alasan yang baik untuk mengabaikan aspek yang penting ini, kan? Apatah lagi kalau kesalahan-kesalahan yang jelas seperti coat dieja coad, dan huruf kecil selepas noktah. (itu saya ambil dari petikan di atas lah. harapnya kesilapan itu tak ada dalam buku tersebut).

Ini hanya mencerminkan kegopohan dan ketidaktelitian. Apatah lagi menterjemah bicara seorang tokoh seperti ini, dengan subjek yang serius seperti ini, kerana buku ini nanti akan jadi rujukan. Kalau jadi kuotasi, maka akan dipertanggungjawabkan juga kepada penterjemah. Sebab tu biasanya nak menterjemah, kena ada orang yang ahli dalam dua-dua bahasa, dan juga ahli dalam bidang yang ditulis tu. Jangan pula nanti Dr Zakir Naik maksudkan lain, penterjemah tulis lain (kerana translate bulat-bulat).

Lagipun kurang etika lah, kalau kita terjemah kata-kata, ucapan, atau buku orang lain dengan abaikan aspek-aspek ejaan, tanda baca, dan sebagainya. Kalau ada orang menawarkan untuk terjemahkan buku anda dalam bahasa inggeris, tapi dengan grammarnya cacamarba, anda mahu ke? Inikan sedikit sebanyak menjejaskan imej dan kredibiliti kedua-duanya, penulis asal dan penterjemah.

Errr, saya tak merendahkan usaha ini, jangan salah faham, sebaliknya syabas kepada iluvislam! thumbs up Harap lepas ni boleh hasilkan lebih banyak buku-buku yang kritikal seperti ini. amin
Saya cadangkan lain kali dilantik seorang atau dua orang editor untuk proof read, pertama tentang isi kandungan (supaya tidak lari dari apa yang dimaksudkan pembicara asalnya) dan kedua tentang aspek teknikal. Alang-alang dah terbit, alang-alang buat kerja, buat yang terbaik thumbs up
clap

Inikan yang pertama, tentu saja ada ruang untuk penambahbaikan. Tahniah. (Tak nak sediakan bayaran melalui paypal juga ke, lebih senang untuk student oversea macam kami)
ameez on January 26 2009 01:34:08

assalamualaikum..
tahniah pada pihak iluvislam kerana berjaya menerbitkan buku ni..clap
Alhamdulillah.. baca sket petikan buku tu pn dh buat saya rasa bersemangat nk baca keseluruhan buku ni.wink wink
harap2 buku ni cepatla smpai ke rumah saya.
anyway, tahniah sekali lagi. harap2 semua usaha untuk memartabatkan islam ni terus berjalan dan sentiasa di permudahkan Allah.. Aminn..
wslm..
i-sha on January 26 2009 06:54:34

assalamualaikum
alhamdulillah....inilah yg saya nanti2kn slama ni..akhirnya..kesudahan yg baik bg org2 yg brsabar..insyaAllah...aminthumbs up
assalamualaikum
effysaiful on January 26 2009 09:54:48

Kepada Akh FahdRazy, petikan di atas ni saya yakin, ditaip semula setelah dibaca dari buku asal yg telah dicetak.. mgkn di situ berlaku kesilapan teknikal (typo)

Buku ini telah disemak beberapa kali juga dari segi bahasa + teknikalnya.. sy juga secara peribadinya mmg menekankan aspek tanda baca dan sebagainya.. cuma mgkn ada kesilapan kecil dari segi ejaan yg editor terlepas pandang..

terima kasih atas cadangan dan teguran~

p/s: kat dlm buku coat, bukan code~ (no offence imkoyube) hehe
Fakhrul Ezam on January 26 2009 21:56:04

assalamualaikum

tahniah kepada saudara yg menterjemah buku ini dan kepada penerbit serta warga kerja ke arah penerbitan buku ini.

moga terus istiqamah..salam imtihan dr ana.jazakallah thumbs up
MujahidEEn_89 on January 27 2009 05:32:20

assalamualaikum

alhamdulillah... x sgka iluvislam.com dah ada buku sendiri walaupun usia baru setahun jagung...semoga Allah memberkati usaha2 krew2 dan ahli2..amin... clap
sy nak tanya...bukan nak bertelingkah..

hari 2 sy ada keluar 3 hari dgn jemaah tabligh...

yg sy x berkenan,ada sorang tabligh yg bekerja sbg seorang juruterbang ni bagi targhib/nasihat.dgn lantang dia kritik almarhum ahmad deedat.dia kata lebih kurang mcm ni, "berdebat ni merosakkan hati...tengok ahmad deedat...berapa org masuk Islam sbb dia berdebat?" no

ittaqullah syeikh!beraninya dia kritik seorang ulamak mcm 2!real sad

fikrah mcm ni patut diperbetul terutamanya oleh golongan tabligh

maaf atas teguran ni... iluvislam

assalamualaikum
Ibnu Syamsyuri on January 27 2009 05:45:05

trima kasi ye...
FahdRazy on January 27 2009 13:48:58

Sdr EffySaiful, alhamdulillah, itu yang saya jangka kan gembira

Sdr Mujahideen 89, kalau anda tak setuju kena nyatakanlah kepada empunya yang mengkritik itu berserta sebab anda. Menyertai tabligh tak bermakna anda kena mendengar dan mengangguk saja. Setuju tak setuju simpan dalam hati...kan? (oh, saya yakin sdr Mujahideen tentu dah menegur sahabat pilot kita ini)thumbs up
bukharirosdi on January 28 2009 02:16:40

wah, tahniah...bangga aku dgn hang effy..
bebakti utk ummah...alhamdulillahclap
_epalhijau_ on January 28 2009 22:38:43

sy juga rasa tertarik utk memiliki senaskah buku ini.. grindance

Tahniahh!! tahniahclap
Uwais al-Qarani on January 28 2009 23:28:35

Salam

bagi yang berminat untuk membeli buku ini,dari area KL,yang mana ipt/ipta korang xder wakilnya.bole lah contact saya,insyaAllah saya akan cuba hantar ke area2 kl nie,tapi yang dekat dengan LRT ataupun Monorail jer lar,saya xder transport..duh,bole email dekat saya

izat.tarmizi@gmail.com..stok terhad,saya akan contact akhi mushana untuk comfirmkan dulu tempahan anda 2 thumbs up

Berbakti untuk islam iluvislam
MujahidEEn_89 on January 29 2009 16:15:49

salam

saudara FahdRazy,sy x dapat nak tegur beliau.sbb yg lain semua bertaklid secara buta dgn kenyataannya. sy x dapat buat apa2. xkan sy sorang nak pergi tegur org yg jauh lebih tua drpd sy?

nak tny,klu buku ni dibayar dgn cash deposit,mcm mana nak bayar rm11?sbb mesin tu x terima rm1
Im Koyube on January 30 2009 08:16:14

wslm..

kalau cash deposit, boleh bayar RM 20, nanti baki kami pulangkan insyaAllah.
nha_yang on February 03 2009 00:24:41

Salam, d sromban ado wakil jualan tak?
klu ado camno nak contact?
Syukran.
Zahiruddin Zabidi on February 03 2009 00:49:37

waalaikumsalam

nha_yang

Adik boleh beli secara online melalui pembayaran di Maybank2u dan penghantaran akan dibuat sedikit masa kemudian.

Tapi, kalau ada datang KL. Boleh bagitau mana-mana krew yang ada di sekitar lembah Klang contohnya Uwais Al-Qarni, saya sendiri dan beberapa orang krew lagi.

insyaAllah
effysaiful on February 03 2009 00:55:07

assalamualaikum.. kepada sesiapa yg berada di mesir, anda boleh mendapatkan buku ini di koperasi Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) a.k.a. ARMA..

kepada sesiapa yg berminat untuk menjadi pengedar di muhafazah masing2 boleh PM saya.. t kasih~
Abu Nuaiman on February 03 2009 07:30:46

Subhanallah
Semoga Allah swt Memberkati kamu berdua(Dr. Zakir Naik. dan Mohd Effy Saiful Mohd Fathil)
dgn keberkatan Rasulullah saw
AMIN YA RABBAL ALAMIN

cuma nak tanya aja
kat singapura tak di keluarkan ke
jika ada bila?
kalau taxde xpe
Tapi ada di jual di kedai2 buku yg terletak di Johor Bahru

Wassalam

clapclapclapclapclapclapclap
Muhammad09 on February 04 2009 17:30:07

bismillah
assalamualaikum
tanya ckit, bleh x sye transfer fund duit sye dri cimb bank ke bank Maybank milik MUHAMMAD RUZAINI BIN IBRAHIM.......
iman nurish on February 05 2009 17:30:27

assalamualaikum.. alhamdulillah.. b,tmbh lg wadah media islam..
iman nurish on February 05 2009 17:34:25

duhlupew nk tnyew... buku ney boleh didapati dimana2 kew?? @ certain tmpt jew ad???
NorSaidaH on February 05 2009 21:42:30

assalamualaikum
sy wakil jualan kat USM...wink
so sape2 berminat cari la saye...
sementare stok masih ade..hihihigrin
iluvislam
MujahidEEn_89 on February 07 2009 19:14:48

assalamualaikum

saya cadangkan,jual kat MPH

hari tu saya gi MPH,kecewa xda buku ni... sad
Im Koyube on February 08 2009 09:06:02

huhu..MPH mmg xda mujahideen..insyaAllah akan datang ada... gembira Terima kasih atas sharing
mzabms on February 11 2009 08:11:19

assalamualaikum
ana xda akaun maybank.hari tu ana ke maybank tp msin tu hanya terima duit rm10 ke atas.jadi jika ana pesan 2 buku=rm22..jadi jika ana masukkan rm30 adakah baki dipulangkan dalam bentuk wang pos atau iluvislam tolong salurkan ke mana2 tabung kebajikan seperti tabung aman palestin ke.mohon penjelasan..syukran
iluvislam
Qudwatun Hassanah on February 14 2009 04:22:49

Salam alayk.

Ada had minimumkah untuk beli buku ni? Saya paling banyak pun nak beli 3 sahaja. Boleh tak? Kalau nak beli satu sahaja boleh tak?
Im Koyube on February 14 2009 12:46:20

Salam

mzabms : insyaAllah kami akan pulangkan. Namun jika awak nak kami sedekahkan kat mana-mana, tolong inform kami.

Qudwatun : tiada had. Satu pun boleh.
nur1ny on February 19 2009 21:39:41

assalamualaikum

alhamdulillah..ana adalah newcomer dalam iluvislam ni..syukurlah..at least ada juga buku2 atau artikel2 camni..smoga buku yang ijual mendapat sambutan yang baik dan dapat berkat daripada Allah...wasalam2 thumbs up
-nu1ny
faridahmed on February 28 2009 20:25:00

Dear Brother In Islam
Assalamoalikom
Thanks Jazakumullah This book by Dr. Zakir Is a very good book for Dakwah and This book is Published By Dakwah Corner Bookstore (www.dakwahbookstore.com.my ) in English and This bookstore have very good range English books , Dvds , Audio cds etc .So may you have a visit to There store at PJ section 14 Near Masjid Bulat .May Allah Guide us all to his path,amin
Al-MuJahideeN on March 08 2009 00:45:52

Salam,
nk tnye kalau saya nk terus ambil buku tu kt iluvislam bleh? sy duduk di area ampang...
boleh sy tau tmpt yg terdekat?
Im Koyube on March 09 2009 23:42:49

Boleh. Emailkan no. tepon kepada sales@iluvislam.com
Muslim_Boyzz on April 11 2009 10:33:41

aligator gozaimasu anata no tame
tenkiu byk2 utk awakassalamualaikumclap
pankerz on April 22 2009 13:48:12

salam...

saya memang berminat sekali dgn buku ni..

nk beli gak!

kena bank in ya...

Insyaallah..

secepat mungkin..

pc
anis jauri on May 11 2009 16:45:10

salam alaikum,
tahniah untuk buku ni..
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya."
spacer