Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 71
- Members Online: 22
- Total Members: 85,796
- Show Who's Online
- 26,107,406 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: bintang_hati
Editor: everjihad


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

 Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan  teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.




71 Comments · 24658 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 92% [57 Votes]
Very Good Very Good 6% [4 Votes]
Good Good 2% [1 Vote]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
fazlydaud on November 23 2008 23:49:59

fua!!!
alhamdulillah
legelah atie nie sikit
harap dapatlah yang solehah hehehe
insya Allah. asalkan diri tu dah betul dahulu...
gringrin
nur fakhariah on November 24 2008 00:42:30

assalam...


suka lah artikle ni.....best....grindance

saya paling suka ayat nie......Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.grindance

semoga....suatu ari nanti saya leh menjadi seorg isteri yang solehah..pray
alamni_05 on November 24 2008 02:07:24

bismillahyes
artikel yang baik dan memberi keyakinan pada orang yang membacanya....cuma pesan saya sbgai hamba allah yang telah diuji dan lalui pelbagai dugaan...pabila dtg seseorang yang ingin menjadi teman hidup kita or kita ingin menjadikan seseorang sebagai teman hidup kita....tanyalah pendapat DIA yang menciptakan kita dulu...........kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik utk kita...solatlah istikharah ,munajat,solat hajat....agar diberi petunjuk...
and then ikutlah petunjuk Allah yang maha mengetahui....bukan ikut hati dan perasaan shja...smga....adik2,abg2 dan kakak2 mndapat jodoh yang diberkatiNYA....Nilailah seseorang daripada pandangan Allah....insyaAllah
iluvislam
everjihad on November 24 2008 03:21:38

hmm..tertarik dengan kata2 yang ni.

nilailah seseorang dari pandangan Allah..

satu klu lagi dalam mencari sebuah 'jawapan'. Terima kasih ye.

cuma, mcmn kita nak tau, apakah yg kita rasa tu benar2 satu petunjuk atau hny sekadar perasaan belaka? jwpn kpd istikharah, tu kdg2 xde r terang2 dpt jwpn. mcm soalan objektif. ada ABCD. huhu..sungguh subjektif, yg kdg2 tak tau nak tafsir mcmn.

dan kadang2 masih dilema..
oppss
siti nurnada yumni on November 24 2008 04:23:10

ana suka sgt artikel ni...terutama sekali bab doa tu....Ya Allah jika aku jatuh cinta..cintakanlah akau pd seseorg yg melabuhkan cintanya kepada-Mu...agar bertambah kekuatanku utk mencintai-Mu...marilah kita sama2 doa dr skrg...krn kt tk th bl doa kt akan dimakbulkan.....wink wink
Abu Hurairah on November 24 2008 04:30:48

Biological clock is ticking...

Mabruk! Artikel yg menarik. clap
Fakhrul Ezam on November 24 2008 06:33:14

assalamualaikum

menCARI insan yg melabuhkan CINTAnya pada ALLAH tu satu kewajipan kita dalam memilih pasangan.

taPi x semestinya kita akan memilikinya. jika ya pun kita mencintainya dan sudah merancang untuk mengahwininya, dugaan dan ujian pasTi datang dari Allah.

bersiap siaga lah dengan ujian ini kerana di sini anda akan diuji keimanan dan ketaqwaan saat anda perlu berjihad...
kak lang husna on November 24 2008 06:46:56

bismillah
suke lah artikel ni...terutama skali bab doa tu..Ya Allah jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu....aminpray

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

ayat yg best.....clap
elfstudentz on November 24 2008 06:55:56

Ya Allah..tetapkanlah hati ini hanya untukMu..
nur_eira on November 24 2008 06:59:18

Kesimpulannya: Jgn la terburu2 dlm mencari jodoh atau sedih bila belum ketemu jodoh wink
skema on November 24 2008 09:05:45

assalamualaikum

mmg best artikel ni..di sini ingin di selitkn doa dr sorg sahabat kpd sahabtnye...

bismillah

" Ya Allah ..jika sahabatku jatuh cinta, berikanlah cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta padaMU agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMu. ..wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh hati, izinkanlah hatinya menyentuh hati orang yang hatinya tertaut padaMu agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah..
Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku rindu, rindukan dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu..Jika sahabatku rindu, jagalah rindunya padaMu agar dia tidak lalai merindui syurgaMu....amin"
al-malizi on November 24 2008 09:12:05

to everjihad : jawapan kpd istikharah tu tak semestinya datang dlm bntuk mimpi, ia boleh juga dtg bila mana Allah mempermudahkan segala urusan kita dlm perkara tertentu ataupun hati kita lebih berat atau cenderung kpd sesuatu pilihan.

Allahua'lam.
cutiegurl_2103 on November 24 2008 17:23:17

assalamualaikum

hurm....
satu artikel yang membentuk jiwa untuk menjadi seorang hambaNYA
yang sentiasa berserah pdNYA...

setiap insan telah diciptakan berpasang2 an...
pasti ada seseorang yang terbaik yg diciptakan untuk kita akan hadir,
pada saat yang terbaik...

apepon, sgalenye, in HIS power n knwldge...
after all, he is the ALL KNOWING...

wink wink
ridz_ridzwan on November 24 2008 18:05:01

Perh.. bravo la.. pemikir dn penulis ni mmg btul2 meyakinkan. haha..
clap syabas thumbs up
maqram on November 24 2008 19:04:18

insyaAllah..
x kesahla sape2 pon jodoh ana...
Allah da tentukan...music
bulan_bahagia on November 24 2008 19:50:32

clap

such a good article..thumbs up
An Nisa on November 24 2008 20:35:59

bismillah

Alhamdulillah, perkahwinan itu bukan sesuatu yang mudah

setelah berkahwin, tanggungjawab kita menjadi lebih besar dan berat

memerlukan kecekalan dan kesabaran sepenuhnya
mawar_islam on November 24 2008 20:49:38

assalamualaikum

ana terharu dgn artikel nie..dulu ana pernah mgalami dilema nie..tp alhamdulillah Allah permudahkn sglanya...
insyaAllah ana dan dia akn mndapat jadoh yg terbaik..amin
wink wink
hannislam89 on November 24 2008 22:13:13

assalamualaikum

artikel ni sesuai untuk sape2 yg sedang @ akan @ telah couple..

sebenarnye, lepas bace artikel ini, sy terfikir semula tentang perjanjian sy dgn kawan perempuan sy..

kami takkan couple sampai lah kami abes blaja nati iaitu 2011 nati..

tujuannye cume 1, kami taknak hanyut dalam pelajaran bile ade couple..

maklum saje la, kalau dah bercouple ni, pihak lelaki mesti perlukan komitmen kite untuk melayan kehendak dorg..

nati lalai dlm pljrn..

assignment tak buat..

jadi, dgn niat untuk tidak melukakan mana2 pihak lelaki yg cube menghampiri kami,
kami mengambil langkah untuk buat agreement..

sape2 antare kami yg breach agreement ni, ade hukuman yg bakal diterima.

harap2, agreement ni takkan di'betray' oleh salah 1 antara kami..insyaAllah

kdg2, bahagia+hepy gak tgk kawan2 yg couple. muke beseri2. tak penah tgk muke tension. tp tak tau la sejauh mane kebahagiaan mereka..

*sy amek pendekatan ni..sy bagi buku 'AKU TERIMA NIKAHNYA (hasrizal abdul jamil) warne baby blue n ade loves pink+green kpd kawan2 sy yg couple. harap2 mereke bace n faham content buku tu. insyaAllah

iluvislam
ukhti_indonesia on November 24 2008 22:48:37

assalamualaikum

ana suka sangat artikel ni,,
jangan risaukan tidak bertemu dengan pasangan yang soleh/sholehah,,
kerana Allah sudah berjanji
"perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik,perempuan yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik pula"

janji Allah itu benar!!

clapclapclap
marilah kita bersama2 mendekatkan diri kepada Allah,,
insyaAllah
chipmunk on November 24 2008 23:20:50

yup ana suke kate2 ''perempuan yg baik tuk laki yg baik'yahoo!
yup janji Allah tu pastithumbs up
nur farhana mch on November 24 2008 23:52:28

assalamualaikum
mabruk!! artikel yg sgguh mnarik...
jgn rsau ttg jdoh kta..
klu xde jdoh d dunia mgkin jdoh kta d akhirat nnti...
jar on November 25 2008 02:52:08

assalamualaikum


sy ckup teruja mmbaca artikel ini..
watkn sy lbh prihatin dlm mnilai pasangan kite..
Sy pegang pd jnji2 Allah..org yg baik hnya tuk org yg baik..amin
ana_mujahidah89 on November 25 2008 04:57:46

assalamualaikum

laki2 yg baik tuk perempuan yang baik & sebaliknya..
jd, jgnla kita sibuk mencari pasangan yang baik2 tetapi hiasi peribadi kita dlu,perindah akhlak kita dan barulah kita layak dapat pasangan yg baik..

yakinlah dgn janji Allah..
wallahua'lam
fizadura on November 25 2008 06:40:15

yakinlah dgn janji-janjiNYA...bla tepat masa, saat, ketika,waktu & orrangnya...jodoh itu pst tba....dengan mudah, tanpa kita sangka.
mgkin ini adlh ms untuk kta lengkapkan diri kta dgan ilmu pgthuan, kmhiran & pnglaman...skrg ms untk kta lengkapkan diri sbgai p'sediaan untk mghdpi hidup yg lbih tggjwab & amanah, yg menuntut pgrbanan... insyaAllahsmga Allah merahmati kta semua.
shida_rosli on November 25 2008 19:38:09

alhamdulillah
it was a good article..
usah risau andai tiada sesiapa yang bertakhta di hati..
kerana itu semua urusan tuhan..
percayalah, setiap manusia itu telah ditentukan pasangan hidupnya..

kepada yang berkasih, tidak semstinya dia adalah yang terbaik untukmu,
andai telah tertulis pada takdirmu, dia bukan untukmu,
terimalah dengan redha..

wallahualam
humaira13 on November 25 2008 20:16:30

clap

gud2
ryna zynnirah on November 25 2008 20:26:21

BRAVO!cloud 9

sebuah pengisisan buat hearty gue
yg seringkali lupa
yg seringkali mengeluh
yg seringkali mengalah
yg seringkali kecewa

padahal Allah lebih Maha Tahu
yg terbaik buat gue



p/s: mudah menasihatkan insan lain untuk bersabar
namun payah benar meredakan amarah diri
Tuhan , pimpinlah daku dgn hidayahMu
yeswinkgembiratata
stefaisle2 on November 26 2008 00:38:13

artikel yg sgt memberangsangkan n membahagiakan hati=)

ive heard the ceramah@talk bout this from Hm Tuah Iskandar..is it the same sources?memang ske dgr talk dr Hm Tuah..sgt terkesan..

wink
annelida on November 26 2008 04:25:57

semoga jodohku bersama org yg bnar2 beriman kpdaMu...amin
lily_mawar on November 26 2008 07:16:43

Pada saya, jika Allah telah takdirkan seseorg tu bertemu jodoh ... dlm sekelip mata ia akan dipertemukan ... percayalah "Kun fa kun"
MyDay80 on November 26 2008 17:36:12

assalamualaikum

artikel yg bagus utk dikongsi bersama... ajal maut, rezeki, jodoh semuanya sudah ditentukan Tuhan.....

tp mcm mana cara yg terbaik untuk meyakinkan parents yang risau pada anak dara/bujang yang belum bertemu jodoh??? ada sesiapa boleh share??.... susah2 bagi je artikel ni pada mereka kan...grin
hainur83 on November 26 2008 17:40:53

Mak saya cakap , klu pjg umur Insya Allah , ada la jodoh

biasa org tua ckp

klu kita xkwen g tu

maknanya

"jodoh lum sampai" hehe


mdh2an saya dikurniakan istri yang solehah , yang cantik lagi menenangkan hati , amin...
hati ini on November 26 2008 18:29:57

salam...
my love haqiqi on November 26 2008 21:29:19

assalamualaikum
kekadang terfikir jgak bila jodoh nak datang ..
tapi ada yang berkata jodoh kerja allah
ada jgak yang berkata memang jodoh tapi kena usaha...
apapun artikel nie amat bermakna..
sbar menanti jodoh..menanti cinta..
sekiranya cinta itu telah datang
buat insan yang akan bersedia untuk mmbina masjid...
semoga insan itu akan mendekatkan lagi cinta ku kepada allahamin
hafisnor on November 26 2008 23:01:11

assalamualaikum

alhamdulillah

artikel yg bagus, simple tapi penuh hikmah...

Seringkali kita melihat kebahagiaan itu ibarat Pelangi wink wink

Selalu saja berada di atas kepala orang lain...

Wallahualam

tata
blast on November 27 2008 01:56:41

alhamdulillah
ade kala trfikir jgak tntang ini..n kdg2 takut trslh pilih dan akhirny kmbali sedih..
tp kne jgakla terime sbb ape yg dah jd itu dugaan.
dugaan yg mntabahkn hati..(syukur)
mudah-mudahan Allah SWT akn bri ptunjuk kpdku dan mndpt suami yg soleh.. pray
amin
farha redrose on November 27 2008 11:39:31

Salam....
Alhamdulillah, semua bdoa nak dapat jodoh yg baik n beriman.
tapi jgn lupa, org yg baik ni akan selalu diuji-Nya.
jgn terlalu berharap, apabila kita baik n beriman, kita pun akan dpt yg mcm tu.
ni ustazah saya ms skolah dulu yg cakap,
sy pun dgr sdiri kisah benar cikgu2 sy kt skolah.
ada cikgu ppuan tu, sgt2 baik dan beriman,gaya sebijik mcm ustazah la.
tapi diceraikan suami slps brtahun kawin. biasalah, sbb suami dah suka ppuan lain.
so...sbnrnya byk lg kisah rumah tangga ni. buka mata luas2 dan lihat org di sekeliling anda. jgn terlalu berharap tapi bdoa la byk2.At least, andai satu hari diuji dgn ujian yg berat spt kecurangan pasangan hidup etc; kita dah bsiap sedia dgn keimanan yg teguh dlm diri.
cat
UMIJU on November 27 2008 18:42:10

semoga insan disisiku ini bisa membawaku mendekatiNya..kerana itu janjinya ketika melafazkan aqad kepada waliku...andai ujian melanda..moga kami bersama tabah..esp. diriku..memang benar...ujian di alam perkahwinan tak pernah kita jangka..tapi itulah ujian terbaik dan yang paling mampu kita hadapi...amin..yes
aisya_haqim on November 27 2008 21:52:37

alhamdulillah..
hilang segala kekusutan. Jodoh tu ketentuan Allah.
Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan...
putericahaya_ina on November 27 2008 23:33:32

Jodoh itu ketentuan Allah..kita hanya perlu mendoakan yang terbaik..Insya-Allah, Allah pasti membantu kita..insyaAllah
ninuna94 on November 28 2008 00:17:19

bismillah
artikel yang baik untuk dibaca..
semoga kita dpt ambik iktibar!
thumbs up
anaz firdaus on November 28 2008 18:43:11

diri ku sering tertanya-tanya
menduga-duga, mencari-cari...
siapakah jodohku yg sebenar-benarnya...

hati jadi resah
jiwa jadi mengah
langkah pun lemah

namun ALLAH itu, janji-NYA boleh disangkal siapa?
siapa?
siapa?
hah?
tiada siapa...
mengertilah wahai diri...
masih banyak yang perlu kau pelajari..
jodoh itu pasti
jika bukan di dunia mungkin di ukhrawi
percayalah....

wahai iman yang bertapa di dalam hati
ku akan memupuk dan menambah dikau dalam hatiku
wahai sabar yang selalu menipis
akan ku cuba untuk menebalkan dirimu
wahai pemilik rusuk
ku harap dikau bisa membimbingku
walau tidak ku tahu siapa dirimu

Wahai TUHAN kami, kurniakanlah kami jodoh yang menjadi penyejuk mata kami...
sesungguhnya ENGKAU TUHAN yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...
ku yakini janji MU, TUHAN ku..
asma_amanina on December 02 2008 20:35:22

clap
tahniah kepada penulis..

tergelak ana saat membaca artikel ini...
dalam masa yang sama,,berfikir,,betipa tidak beruntungnya ana kerana memikirkan yang lebih baik sedangkan kurang menghargai apa yang ada..sad

syukran kepada penulis..
nur_sinar on December 02 2008 23:42:40

bismillah

assalamualaikum


Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.



..emmm,mcm mana tu ya???
aliq_cmey on December 03 2008 02:35:28

alhamdulillah...
sy ske artikel ni, byk y perlu dperbaiki.. mmg rs diri ini sudah sedia mnjdi isteri, ttp peranan isteri bkn sj utk mlayani and mlengkpkn lg khdupan bsama suami, jg perlu di fikirkn ank2 kelak, family sndiri dn mentua.. byk lg perkara y perlu dketengahkn.. sbelum memulakn ssuatu perhubungan.. lihat la die dr dr pergaulan, pertuturan dan tngkah laku nya.. apabila ia sume lgkap, pasti iman nya jga kukuh.. tidak lupe, sntiasa la memohon keampunan dan byk kn bdoa kepada Nya supaya dipertemukan dengan insan y bnr2 bleh mmbimbing dan mmikul taggungjwb sbagai anak, suami dn bapa y soleh.. amin
nurin adlina on December 03 2008 20:32:15

salam...
buat hannislam89..
ana pOwn buat benda yg sama..
cuma ana stahun je lebih dr TTM (teman tp mesra..BUKAN kapel ana)
ana habis 2012 dan dia abih 2011..

ntah la...
ana pOwn sbrnye x pasti..betOl ke tindakan ana..
tp yg pasti..
ana da tetapkn ati ana..
ana x kan kapel2..
ana nk bljr..
dpt kerja...
insyallah dia tggu ana...
kami da taw hukum kapel ni haram..
sO..
ambil pendekatan x nk kapel n fOcus study...
cuma just state kat kwn2 yg kitOrg TTM..
TTM 2 cam kawan gak tp rapat sket je dr yg laen..
in da same time..
ana dpt halang diri ana dr ada skandal cm kwn2 ana yg laen..

kadang2 rase cam takOt gak..
bOley percaya ke TTM ana..
tp x pew la..
kalO dia bkn jodoh ana..
dn cri org laen..
x pew..
ana redha...
yg pnting ana jage adab ana...
x buat apa yg ana taw haram (kapel)
tu da cukup bgos untuk diri ana..
insyallah..gringrin
faz_e on December 06 2008 10:46:42

alhamdulillah

anna hrp dpt suami yg terbaik........

n try 2 improve myself.....insyaAllah
Zhafir on December 07 2008 00:29:30

alhamdulillah

smuanye btul..bgus utk org yg sdg @ dalam cple.. yg dh lalai dn lagha.. mudah2an doa itu dmakbulkan oleh Allah kpd Smua yg mnyedari akn maknany...

amin
hHafizahH on December 07 2008 03:37:50

assalamualaikum

nasihat yang membuka mata =)

'tAnggunGjawab' - perkataan besar yang semua perlu perhalusi dan fahami..

wallahualam
Balqis95 on December 13 2008 00:10:27

assalammualaikum....
nice artikel....urm...sme2la kter berdoa agr dpt jodo yg bek...
urm...
amin.....insyaAllahamin
metz on December 13 2008 21:11:04

alhamdulillah...
artikel ni membantu disaat hati perlukan ketenangan..
semoga sabar itu sentiasa ada kerana Dia sentiasa bersama orang yang sabar..
jangan putus asa kerana Rahmat Nya berada di mana2..
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
hati ini terlalu bernilai tuk diberikan pada yang tidak tahu menghargai..kerana itu hati ini hanya layak untuk Nya..
cintailah Dia agar Dia mencintai kita dan Dia akan mendorong orang yang mencintainya untuk menyayangi kita..insyaAllah
miyamestar on December 19 2008 21:50:51

iyek..sye stuju ngan artikel ni..
bercinta sblm berkahwin e2 sia2..
slps kahwin nnti mula ada prasaan jemu..
ada baeknya simpan hati e2 untuk insan y benar2 berhak memilikinya...insyaAllah
berd0alah agar dipertemukan dgn seorang insan y dapat mmbentuk diri kearah jalan y diredhai Allah....amin
anak muda on December 26 2008 20:32:55

salam.. teman-teman semua betul... janji Allah itu benar...Allah yang berkuasa ke atas tiap-tiap hati manusia...oleh itu, dekatilah, bantuilah, cintailah agama Allah..insyaAllah, Dia pasti membuka hati hambaNya untukmu...janji Allah itu benar, janji manusia hanya janji..yes
luckygurl89 on January 01 2009 00:55:33

ya ALLAH ya tuhanku..

temukanlah jodoh aku dgn lelaki y brilmu, briman n bertaqwa serta dpt mmbimbing ak tok mnjdi isteri solehah, ibu solehah serta anak solehah dan juga dpt mndidik zuriat2 aku mnjadi ank y soleh dan solehah..
aminpraywink
NurQaseh on January 06 2009 06:57:59

nak menapak sikit kat artikel ni..hehhe..sy suka artikel n suka gak dgn komen dan pendapat sahabat2 sekalian..semoga kita sabar menanti jodoh kurniaan Ilahi buat kita..jgn tergesa2 dlm soal jodoh ni..org kat, biar lmbat, asl selamat.hheheh...kalo blum ada jdoh buat kita skg ni, bersyukurlah, sbb allah masih lg bg kita masa utk mperbaiki diri dan menambah ilmu untuk mjadi isteri yg solehah nnt.insyaallah...lg byk masa, lg byk kita bersediakan.sambil2 tu, berdoalah, moga dipermudahkan jodoh...Ya Allah, andai jodohku berat, maka ringankanlah. andai jodohku jauh, maka dekatkan lah. andai jodohku payah, maka permudahkanlah...
nurul_ria on January 25 2009 07:04:49

thumbs up
Salam kpd sume....
sye tertarik dgn kte2,best nyer...hikhikhik

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
faisal_094 on February 19 2009 23:34:52

salam.. sy gelisah ..tkut2 cinta pertama sy nie xkekal...
teruterubozu288 on March 14 2009 23:24:30

bagus article ni...tp diri ni tiap2 hari fikir "siapala jodoh aku" "bile la aku nak jumpe ngan dia" "sempat ke aku dirikan rumah tangga" "boleh ke aku jd isteri solehah & ibu yang baik" paling penting "baik ke aku ni untuk dapat lelaki yg baik atau mungkin kah aku dapat lelaki yg jahat?" semua bende ni sll main di akal fikirn.....hbs blaja umur dah suku abad..nak keje lagi....macam2..tak kahwin tak dpt pahala....bile dah khwin dpt ke pikul tanggng jawab sebaik mungkin? hmmm INSYA ALLAH semua ni akan terjawap 1 hari nnt...insyaAllahgembira
empty soul on March 16 2009 21:41:56

kwn sy..
abg dia bt solat istikarah slama 3 bln n yg mncul pmpuan yg sma
hebat kn?
mmg itu yg dikatakan jodoh..
alhamdulillah..
khairulbariah on April 04 2009 21:07:31

Perkahwinan itu untuk duniawi tetapi menjadi jambatan untuk ke syurga Allah swt seandainya tau fungsi perkahwinan itu.
zatie89 on April 11 2009 19:01:28

salam..artikel yg agak bgus..
yg harap dpt membangkitkan semangat sy utk terus idup..sy yakin..Allah tu maha adil..
dan insyaAllah bahagia akn ade utk sy... yg selame ni menagisi ape yg org wat kat sy..dan sy akan terus kuat utk terus idup d atas dugaan Allah berikn..sy redha..amin..
MINA on July 25 2009 14:31:15

alhamdulillah artikel2 mcm niey bnyak m'berikn kesedaran pd sye ttng ciptaan ALLAH yg menjadikn setiap manusia itu berpasangancloud 9
puteriBONDA on September 29 2009 16:16:28

SUBHANAALLAH

indahnye susunan ayat

buat hati ini tersentuh

semoga diri ini akan jauh dari khilaf lepas & bertambah cekal

JODOH gembira umpama sebuah misterikan???
mujahidah_89 on October 12 2009 02:27:55

salam

smoga dibrikan sorng suami yg soleh...
sjuk mata mmandang...pnyai budi pkerti...insyaAllah
amin
faeizuan on October 17 2009 23:11:22

huh..
kene bersedia sebelum berkahwin..
hehe
Acu Mohamad Fadzil on October 21 2009 01:19:09

assalamualaikum
mgkin blum jdh untk bertemu.
alhamdulilah ini semua dugaan Allah
dak_umk89 on October 29 2009 20:46:58

assalamualaikum
bgus petikan ini....
boleh menyedarkan kita bahawa pentingnya kesefahaman dan iman di dalam hati agar rumahtangga yang dibina akan kekal abadi....
insyaAllah

syabas yang menulis teks ini....

clapclapclapclapclapclapclap
Faina on November 12 2009 20:37:52

*assalamualaikum
ya..mme jodoh itu ketentuan Ilahi..
mcm mna kita merancang pun..jika Dia kata itu bukan hak kita..maka iainya bukan juga milik kita...
*yes*
yuzz_tiq on November 20 2009 14:31:22

Jodoh mmg Allah yang tentukan.. sejak skolah lg dugaan sya ialah ramai peminat lelaki.. pening kepala pikir dorang.. tak layan pun kena maki.. serba salah.. sehinggalah skarang ni tgh buat degree.. benda ni tak habis2 sampai la dah nak abis blaja.. insyaallah taun depan grad dan bakal jadi engineer letrik.. insyaallah..

Biasa la bila dah ramai yang approach, ada la yang tersangkut.. tp saya rasakan diorang ni hanya memberi dan membawa masalah terutamanya dalam pelajaran.. memang lelaki nih menyusahkan idup saya rasa.. apa benda buat pun serba kena kontrol oleh diorang.. last2 saya amik keputusan tinggalkan semua.. segala2 peminat ke hape ke.. ada yang tunggu dah 6 tahun.. tp lantak la.. bukan tanggungjawab saya..

Tapi.. saya ada terfikir jugak.. kwan2 yang takde peminat langsung pun dah beranak 2-3.. diorang kawin dulu.. Mudah je jodoh diorang.. Rasa malu pun ada tak tau nak jawab apa kalau kawan2 tanya "kau bila lg?".. campur ngan perli2 konon memilih..

Nak kata memilih, saya pernah bertunang dengan duda anak 2.. tp dah takde jodoh.. Allah tetap tak izin..

Sememangnya jodoh ni di tangan Allah.. sekiranya Allah tak izin.. tetap tak sampai.. Apa2 pun saya harap dipertemukan Jodoh yang baik...sebagaimana saya mohon di depan kaabah dulu..amin..insyaAllahamin
iera_albayt on November 27 2009 20:34:33

masyaAllah

semoga dirinya akan ketemui insan yang mencintainya kerana Allah..
ya Allah...biar lah aku sunyi tanpa kasih manusia, asalkan aku tak sepi tanpa kasihMu...wink wink
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara"
spacer