Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 146
- Members Online: 39
- Total Members: 85,792
- Show Who's Online
- 26,098,943 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Diet: Apa Jenis Darah Anda?

Diet: Apa Jenis Darah Anda?
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: serikandi islam
editor : kasihsayang


LUMRAH bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu. Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?

Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda. Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.


Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.

Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh. Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’


Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’


Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.


buah-buahan yang berkhasiat


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’


Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek : Yogurt

Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’


Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek : Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek : Sepotong kuih

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Sumber: Artikel dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
31 January 2008
Susunan NOORZIHAN MOHAMED YIN


42 Comments · 10350 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 54% [7 Votes]
Very Good Very Good 46% [6 Votes]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
fazlydaud on November 23 2008 02:09:36

hu hu hu
x tau lak sy setiap darah ada specific foodnyer. he he he
agak membantu saya dalam bdietpc
Nurul Asma bt Amza on November 23 2008 03:02:35

assalamualaikum wah..alhamdulillah bagus lah artikel ni..thumbs up nnti nak ikutlah grin hehehe.. terima kasih yer kpd insan yg menulisnya.. info baru ni...clap k la wassalamtata
wahidah on November 23 2008 04:41:50

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

hmm..memndgkan darah sy type A..
nsb baekla sy suke mkn salad..
tp bolehkah sy hnye mkn salad tuk tgh ari??
i'll try~
duh
auni on November 23 2008 04:44:15

wah..ada diet ikot jenis darah..tp menu mknan yg dianjurkan utk tengahari macam tak kena ngan selera melayu sy je.. tgh hari mesti cari nasi gak.uhuhu..

neway..info yg menarik..tQ for sharing..thumbs up
dahlia on November 23 2008 05:57:29

salam...
hm..sy ad sdikit kemusykilan pasal ni..
sy penah blaja sal mende2 ni..jenis darah n mknn..prof pun ad sentuh dlm klas..
tp sy ad dgr yg org ckp mende adlh xbtul..ye ke..hm..
Atikah85 on November 23 2008 08:27:31

wah...artrikel yang menarik...terima kasih dh share ni...memg ada yg suka dimakan,rupanya xbsesuaian rupanaya.memang ni hnya kajian tapi sedikit sebanyak ni dpt mbantu utuk tips bdiet. ..apa2pun yang penting makanan yg dmakan tu halal dmakan n seimbang sesuai dgn kebutuhan tbh kita..,smga dengan makanan seimbang kite dpt mengurangkan risiko pelbagai pnyakit..wink wink
dhia-asmar on November 23 2008 08:33:23

salam.. huhu orang pun darah a.. macam mustahil je nak makan macam yg disarankan.. asenye diet tu utk orang barat kot.. depa xmakan nasik.. huhuhu kite xkan xmakan nasik.. hmm
nur_eira on November 23 2008 18:02:15

Good info. sy darah O. darah menerima&memberi dr golongannya shja..
An Nisa on November 23 2008 21:03:40

bismillah

aiyaak, ana golongan darah AB..

haha~ memang berisiko dapat penyakit pun.

dulu kecil, ana pernah kena jaundice dengan lubang jantung tak tutup.hehe

syukran2yes
yawh on November 23 2008 23:17:21

darah o

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek : Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek : Sepotong kuih

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

tak kenyang ar cam ni..../
AsNiza on November 24 2008 01:21:52

Thnx..sesuai utk sy yg dlm perancangan nk diet..(tp selalu gagak..haishh)
Tp malangnya, sy dh lupa sy jenis darah apa..adoyaii..duhduh
une_fille on November 24 2008 06:24:18

assalamualaikumclap
sdhnya..
sya drh A kene kurangkan suma yg saya suka..
especially susu..
nasib yougart dlm kategori yg disyorkan..
yahoo!
pling best..
cikuciku_cak on November 24 2008 19:39:00

clap
murtabakdaging on November 24 2008 22:13:09

ana darah O sama macam akh yawh
menu yang dicadangkan tu memang macam bagus jak
tapi kenyang ke makan macam tu??
najmulasyifa on November 25 2008 07:06:57

wa...byk nye mknn y besh2 kne elak..ahahaaaa~
anamuslimah on November 25 2008 07:33:33

salam..wah2 siap ade specific diet untuk berlainan jenis darah..menarik nih
saya darah jenis O..alhamdulillah setakat ni leh makan sme benda..tolak kayu ngn batu je..xde elergi mcm sesetengah kawan2 saya..alhamdulillah syukur wink
maqram on November 25 2008 16:02:45

emmmm...
darah jenis B..

kena kurangkan makan ayam..
tengokla nnt cmne..
ayam tu sedapla..heheh~~duh
aniqah on November 26 2008 05:07:17

slm..me kasih kerana berkongsi ilmiah ni..ana pun sblum ni mmg ske sgt pe yg x elok mkn tuk drh O...but skang dh tau...kene hati2 la..sblum ni ana dh tau hal ni..now dh dua bulan ana tinggl kan brocoli jeruk n pape yg berkaitan..n cbe sesuatu yg bleh mkn...nasi pun dh dh xmkn tuk mlm..kira on diet mengikut darah la ni....huhuhu...so doakan ye kekngkawan..mge dapat tubuh bdn yg ideal..hehehe.gembira
humaira13 on November 26 2008 20:59:08

assalamualaikum

sedihnyer.. tempe.. ngn tauhu.. sgtla.. favourite.. mcmmaner ni..?
sobsob
hatim92 on November 27 2008 23:23:17

camne erk nak cek darah?? kene g hosp ker???
muzZern on November 28 2008 13:29:55

nak check darah? hmm..kt hospital boleh jgk..tp mgkn skdar ske2 xde sape nk layan..
maka cara terbaik, gi lah derma darah ^^..
confirm dorg akn check dlu jnis darah kite..hehhee

Nway, waa..btul k diet die camtuh..camni ssh la. Darah B kne kurgkn..ayam, ketam, udang, santan, soya yg sedap, tempe....huhu, tauhu, makanan berasaskan gandum, mi segera, ------> lobak, tomato dan jagung.-----> favourite tuh...huhuh..
pakcik tua on November 29 2008 05:33:25

assalamualaikum
menarik
huk2
pakcik da tua bru tau
alhamdulillah
iza_8288 on November 30 2008 01:18:11

tatatata
yoon on November 30 2008 07:14:55

bismillah

mnarik..tp jarang kita dpt brtahan hnya mkn salad dan spotong daging..huhu
pe2 pun bleh dicuba..insyaAllah..hmm!
yoon on November 30 2008 07:18:59

eh..lpe lak..
psl drma darah..
sape2 yg rse brkemampuan..moh la mnderma darah..

lpekan la kalu trdgar effect2 drma drah..
cam jd gmuk ke..lps drma darah kuat mkn ke..
pe2 pun..trpulang pd dr kta sndr..
jom mnderma..
mnyihatkan tbuh badan..

iklan kementerian kesihatan malaysia..yahoo!
Painterman on December 01 2008 01:01:30

Saya pulak, eerr... kalau darah tu, bila je marah naik darah, bila tension -tekanan darah, bila luka keluar darah...
iKhWaN_MuSLiMiN on December 01 2008 18:34:51

ana darah jenis "B"
nur_sinar on December 02 2008 01:06:03

thanx input baru...

mula2 baca excited gler yahoo! n terus pasang niat nak cuba sbg diet nanti....fokus gler

utk type O!

tp...

bile sampai part menu diet yg disyorkan...adoi!!! gus semangat..heeeee

..myb tidak salah utk cuba tp mampu ker??? hmm!

bak kata murtabakdaging "boleh kenyang ker?"huhuuuu

..sokong2!diet ni cam sesuai utk omputeh jer ni..kita org asia lg2 org melayu kompem xbleh

tinggal nasi...dari celik bijik mata sampai ke besor camni memg nasi benda wajib...no

..........................SO....................................................

itu la penting nya ilmu kan?..harap2 suatu hari nanti ada org melayu pulak yg buat kajian

sesuai dgn diet org melayu sendiri....tp kalu xsempat utk aku pum endak ape laaa....utk

ank2 nanti jadik laaaa...hohooooooooo wink
M Zulhilmi on December 03 2008 20:53:44

darah ab.suka makan roti kurang makan nasi,tapi fakta darah ab kena kurang makan roti duh,tnc for info,jogging la,makan tetap makan grin
ybcn_76 on December 20 2008 03:02:43

assalamualaikum
Allah dah bg kita nikmat utk makan sedap2 wat pe la nak tahan2 bedal je laaa...
hehehe
harin1202 on January 03 2009 05:39:19

bole tau,bende ni betul ke??
just wanna know..
anieha on January 16 2009 07:18:12

lowh..strict la nk kne diet cmni..

ana dh la jnis ab..sume yg feveret 2.. no

ala..leh cye ke ni?kalo juz follow je pyramid mknn 2 x leh ek?yg 2 lg la balanced diet..sume jnis mknn mncakupi 2..huhuhu

bleh je gak kn..xkn pe yg kite suke 2 xleh mkn,tp trkawal la kn.. hmm!
anieha on January 16 2009 07:22:29

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.


soo..conclusion nya..,
mkn pe je..jnji trkwal..n seimbang. music
musim_bunga on March 24 2009 23:17:13

Alhamdulillah.. dapat juga tau jenis2 makanan yg perlu diambil dan dielak.

InsyaAllah akan cuba yg teremampu. Prevention is better than cure. :Dgrindance
leng77 on April 11 2009 12:21:18

assalamualaikumalamak...tak tau plak jenis darah ape........info bagus....nak ikut mana satu ntah.....iluvislam
nur petunjuk on May 21 2009 23:54:25

eerrrmmm...jenis A...kene jd vegetarian.....huhuhuuhhuhu

sayur tu x sedap ler...rs rumput....huhuhuhu....ayam tu best....


sadno
Danial Durrani on June 30 2009 11:53:53

ikut darah rpenye...bru sy tau hehe...cam btol je cre ni...sy darah o huhuyes
sepet90 on July 02 2009 23:30:56

ahha! darah A... patot pn x leh mkn hidangan laut... hoho...
chya mtaku89 on October 07 2009 15:50:49

drh jnis B+
wah..byknye mknn xbley mkn..mknn fvret plak 2
huhu
ptt mnum byk susu..mmg ske susu tp ble mnum asyik skit prot plak
cnfuse2x
huhu
fariza norehan on December 07 2009 16:14:55

assalamualaikum
bismillah
ikut drh rpenye..wink wink
igtkn sume bleh..
thks la!clap
iluvislam
smoge korg dpt brt bdn yg korg nk!
clap
amin
kawe_aku on December 09 2009 16:33:25

ala..sume yg sy suke x bleh..hmm!
topx on February 02 2010 17:53:05

assalamualaikum..ermm..rsenye, bolh je nk ambik mkann tu sume tp yg pntg, kne imbangkn dgn cara hidup kita jgk..misalnya klu kite ni org yg kurang senam atau olahraga, maka maknn tu kan jd racun..klu sebalknya, insyaAllah akn trus siht..yg pntg, kne tau kadar yg sepatutnya..pe2 pon, thread ni membantu..terima kasih...gembira
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama."
spacer