Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 100
- Members Online: 29
- Total Members: 85,794
- Show Who's Online
- 26,101,865 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Sepagi Bersama Seorang Buddhist

Sepagi Bersama Buddhist
www.iluvislam.com
Balqis1801
Editor:ibn affandi


"Kamu bersolat lima kali sehari, bukan?" Gadis Cambodia itu lancar berbahasa Inggeris. "Ya, saya solat lima kali sehari" kututup buku yang menjadi agenda utama pertemuan santai pagi itu. "Apa yang kamu buat ketika bersolat? Ada colok seperti kami?" Tanyanya, cukup innocent. Aku tersenyum, lantas menyatakan dengan bangga, "kami menurut perintah Tuhan dengan solat pada tiap-tiap waktu khusus seperti yang diarahkan. Ambil wudhuk dan solat, ketika itu hanya ada saya dan Tuhan"

"Kami ada sami yang bersolat setiap waktu di ‘pagoda', kami ada hari holy yang mengumpulkan kami sembahyang di pagoda, tetapi bukan wajib untuk semua, dan tentunya itu bukan menjadi agenda pilihan bagi yang muda-muda seperti kami. Itulah hari yang disediakan untuk orang-orang tua yang perlu bersedia untuk kehidupan seterusnya" dia menjelas, mengupas satu persatu. "Bagaimana kalau yang muda mati dulu? Contohnya, accident? Bukankah dia belum bersedia dengan amalan untuk mati?" Aku bertanya, benar-benar ingin membaca fikirannya. "Apa lagi yang mampu dibuat? Itu saja amalan yang kami mampu" jawabnya dengan riak sedikit cuak. Aku sendiri terasa agak kejam bertanyakan soalan begitu.

"...Ketahuilah, Islam agama sebenar. Allah itu Satu. Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah. Akhirat itu pasti. Kau kan rasakan nikmatnya berada dalam Islam. Ketahuilah! Ini agama yang benar..."

Itu yang ingin ku katakan, tetapi hanya hati yang berbisik kencang. Terbayang ketika Saidina Abu Bakar yang baru beberapa lama memeluk Islam, bercerita terus menerangkan perkhabaran gembira pada Bilal. Perkhabaran tentang Islam. Seakan gembira mendapat ganjaran besar dan lumayan, lantas ingin dikongsikan pada semua supaya kemanisannya dapat juga dirasa.

"Ini hijab, bukan?" Jari-jarinya menyentuh hijabku. "Lembutnya" katanya, aku kemudian mengangguk dalam senyum. "Kamu ada rambut?" tanyanya. "Sudah tentu" aku tersenyum, tak tersangkakan sampai begitu sekali kepelikannya pada yang berhijab. "Kamu tahu, saya sangat teringin melihat rambut kamu. Hitam kah? Panjang kah?" "-Aku menjawab sekadar yang boleh diberitahu tentang diskripsi rambutku-". "Pasti sangat cantik, rugi orang lain yang tidak dapat melihatnya" aku kira itu sudah menjadi pendirian masyarakat umum. Malah umat islam sendiri ada yang tidak mahu bertudung, lantas menggayakan rambut dengan hebat pada khalayak ramai. Kecantikan perlu dihebahkan dan ditayangkan pada semua. Untuk apa disimpan? Itu kata mereka yang tidak berpegang pada al-Quran. "Keluarga saya, adik-adik lelaki saya, ayah saya, adik beradik lelaki kedua ibu bapa saya dan semua perempuan muslim yang lain diizinkan melihat rambut saya. Rasanya, sudah cukuplah mereka saja yang menikmati "kecantikannya", dan lelaki yang bukan dari family saya, hanya suami yang bakal melihatnya. Tiada yang lain dari itu" aku menjelas. Dia menundukkan mukanya merapati wajahku, cuba mengintai rambut melalui bukaan tudung di atas wajahku, mengharapkan dapat melihat cebisan rambutku, walau sedikit. Aku menutup mulutku dengan tangan, menahan tawa. "Apa yang kamu cuba lakukan?" aku tertawa, "saya ingin melihat rambut kamu, malah anda juga punya "itu" (menuding ke arah serkup yang kupakai, yang membantu aku menutup auratku sehabis mungkin), sedikit pun tiada yang diizinkan dilihat?" Dia turut menunjuk ‘arm-socks' yang kupakai. "Kamu sangat tertutup" dia berkata. "Cukuplah sekadar kamu melihat riak muka saya yang ceria ini" saya berkata dengan nada gurau. Dia membalas dengan ledak tawa. Lantas kami menutup mulut kami sendiri, bila menyedari ada wajah yang berpaling. Baru teringat, kami berada di dalam library, yang tinggal hanya mata kami yang mengecil dan ketawa yang berdecit. "Baiklah, riak ceria dan ramah kamu sudah cukup untuk saya" ulasnya jujur.

"Dari mana kamu tahu perihal undang-undang ini?" Tanyanya pelik melihat aku yakin dengan guideline yang aku kemukakan. Seakan ada wujud akta yang menggariskannya. "Dari ayat-ayat Tuhanku, dari Al-Quran. Panduan utama hidup kami untuk menuju ke Syurga. Kamu tidak punya guideline?"

Dia terdiam menggeleng. "Kami hanya perlu berbuat baik kepada manusia. itu yang bakal menghantar kami ke syurga". Semudah itu untuk ke Syurga. Bukankah Syurga itu sesuatu yang terlalu indah untuk dicapai dengan mudah? Aku bermonolog sendiri. "Apa maksud kamu dengan berbuat baik? Agama kamu terlalu umum. Tiada guideline tentang perbuatan baik itu?" Aku sendiri pelik, jika tiada kitab bagaimana mungkin mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan? "Tidak melakukan kerosakan, tidak mencuri, tidak membunuh dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain, itulah dia kebaikan. Rasanya semua sedia maklum pada terms berbuat kebaikan. Semua mesti tahu. Jadi, tidak perlukan guideline" aku tersenyum. "Kamu pasti mengagumi al-Quran kami yang penuh dengan guidelines, dan pasti kamu terkejut membacanya kerana apa yang kamu fahami tentang "kebaikan" itu hanyalah secebis dari al-Quran. Banyak lagi perkara "baik" yang tidak diketahui tanpa merujuknya" aku menjelas, tersenyum, bangga, bersyukur, dikurniakan hidayah atas agama Allah.

"Kamu ada sami yang duduk di tempat ibadah seperti kami?" Dia bertanya. "Apa yang dilakukan oleh sami kamu?" Aku meminta penjelasannya. "Menghambakan diri mereka pada Tuhan. Mereka tidak berkahwin, tidak bersuka ria" dia menjelas. "Oh, dalam Islam, semua Muslim memainkan peranan seperti sami kamu, cuma kami boleh menjalankan aktiviti seperti biasa. Kami boleh berkahwin, belajar, berhibur dalam jalan yang diizinkan Tuhan, dan membuat apa-apa aktiviti yang manusia lain buat. Tetapi dalam setiap perbuatan itu, kami tahu dan sedar bahawa kami ini hamba Tuhan. Malah dalam tiap ketika kami merasa kerendahan hati menjadi seorang hamba, tiada perbezaan dalam amalan setiap seorang Muslim itu. Al-Quran bukan hanya diturunkan untuk golongan tertentu. Semua Muslim wajib menurutinya" kadang-kadang aku sedikit terlost mencari ayat yang sepatutnya aku perkatakan. Sungguh! sangat susah, kini kurasakan betapa dhaifnya aku dalam berbahasa inggeris.

"Maknanya, dalam agama kamu hanya sami yang boleh masuk Syurga tertinggi?" Aku 'menembaknya' dengan tenang, dengan senyuman. Sungguh, dia terkedu lagi, "semua boleh masuk ke Syurga yang sama" jawabnya. Aku sekadar tersenyum, membiarkan dia berfikir. "Kami punya utusan yang membawa ajaran dari Tuhan, Muhammad S.A.W. Peranannya adalah untuk menyebarkan risalah Tuhan, al-Quran" aku sekadar membantunya berfikir. "Dan dia seperti manusia lain? Boleh berkahwin, bekerja dan sebagainya?" Dia bertanya. lantas aku mengangguk, mengiyakan."Dan kini, al-Quran dan segala ajaran Tuhan sampai kepada kami. Peranan Nabi Muhammad disambut dan diteruskan oleh semua Muslim. Menyampaikan risalah Tuhan. Jika tidak, pasti saya tidak memperoleh keyakinan dan keimanan pada agama saya seperti tika ini, dan kini, tanggungjawab itu, saya sendiri pikul. Saya juga wajib meneruskan perjuangan Nabi saya. Menyampaikan" aku menarik nafas, memikirkan perkara yang perlu dicover lagi. "Kamu tahu, misi kami semua hanyalah membawa manusia kembali kepada al-Quran. Supaya manusia ada pegangan. Bukan hanya mengikut-ikut budaya persekitaran", dia diam mendengar dan kadang-kadang tersenyum. Kurasakan pandangannya agak sinis, tapi, husnuzzon.. as long as dia masih berminat mendengar, itu sudah cukup baik. Moga Tuhan melemparkan cebisan hidayah padaNya, dan keterusan hidayah buatku.

"Bagaimana hubungan kamu dengan lelaki?" Dia bertanya, lantas bercerita bagi pihaknya. "Kamu tahu, saya juga tidak bercakap kosong dengan mana-mana lelaki, dari kecil, hinggalah ke sekolah menengah dan sekarang saya baru belajar untuk berbicara yang penting sahaja". Aku sendiri kagum dengan kata-katanya, sememangnya nampak, dia seorang yang pemalu. "Apakah itu yang digariskan dalam agama kamu?" Aku bertanya meminta penjelasan. "Tidak, itu hanyalah budaya, adab dan kesopanan. Pada zaman dulu, perempuan-perempuan kami hanya duduk di rumah, tidak terdedah pada dunia luar, tidak bercampur gaul dengan lelaki-lelaki lain yang tidak berhak. Tetapi budaya itu telah makin hilang, tiada lagi budaya sepertinya, cuma keluarga saya masih menerapkannya" dia menjelas. Aku tersenyum, menghormati pendiriannya, tetapi, sudah menjadi tanggungjawabku untuk memperkatakan yang benar.


"Sungguh, saya kagum dengan kamu, kami juga dilarang untuk bercampur gaul dengan lelaki-lelaki tanpa tujuan penting. Tetapi, ini bukanlah budaya yang boleh diubah-ubah, itu adalah arahan Tuhan. Biar kami hidup dan dicampakkan di tempat semaju mana pun, pegangan itu tidak boleh diubah. Wajib untuk kami patuhi, sampai bila-bila pun". "Kamu sangat yakin dengan Tuhan kamu, dan dengan ketegasan ayat-ayat Tuhan kamu" dia pula seakan kagum mendengar hujah-hujahku. "Sudah tentu, sudah tentu kamu juga begitu terhadap agamamu, bukan?" Dia diam dan mengangkat bahu.. "well..." Itu saja yang terpacul keluar dari mulutnya.

"Bagaimana kamu boleh sangat yakin dan tidak sedikitpun merasa terbeban dengan aturan-aturan yang banyak dari Tuhan kamu?" Dia bertanya. "Setiap perbuatan kamu ada guideline. semua yang kami buat, tidak semua anda boleh buat. Tidakkah kamu berasa marah atau terpinggir?"

"Jika kamu mengucapkan kalimah syahadah, apa yang bakal kamu rasai, hanyalah keyakinanmu pada Tuhan, dan Muhammad S.A.W sebagai utusan. Al-Quran bakal mendidik jiwa dengan keimanan. Keyakinan dan keimanan pada Tuhan itulah yang membuatkan kamu tidak pernah ragu pada kata-kata-Nya. Tidak akan pernah rasa terbeban, malah sebagai satu keindahan. Kami tidak rasa terbeban, malah kami sangat takut dan berhati-hati jika kami ada melanggar perintah Tuhan, kerana kami sangat berharap mendapat keredhaan Tuhan dan akhirnya ke SyurgaNya. Dengan keyakinan inilah segala-galanya tumbuh menjadi amalan. Mungkin kamu merasa pelik, kerana kamu tidak pernah merasai sepertimana apa yang kami yakin pada Tuhan kami. Tetapi, bagi yang baru mengenal Islam, "kepercayaan" dan "keyakinan atas kepercayaan" itulah yang dididik dari awal. Bukan setakat do's and dont's" aku menjelas panjang lebar.

"Panjangnya kita bercerita, kamu masih mahu berbincang tentang kerja kita ini?" Dia bertanya seakan mahu pulang cepat. "Saya rasa sudah cukup untuk hari ini, kita sudah tahu apa yang perlu kita lakukan" Aku meraikan keinginannya itu. "Dalam masa dua minggu... heih.. kamu rasa, mampukah kita siapkan sebelum due date?" Dia bertanya, seakan tidak yakin kami mampu menyiapkan assignment "insyaAllah, kita mampu" terkeluar perkataan insyaAllah dari mulutku. "Apa itu insyaAllah?", "Oh, maaf, itu tadi telah menjadi kebiasaan saya dalam percakapan, itu seakan janji yang menyatakan kesungguhan saya untuk menghadapi kerja yang bakal kita lalui bersama. "In Allah's will" dengan izin Allah, pasti kita akan menyiapkannya", dia terkedu lagi. "Kamu ada Islam dalam setiap perbuatan kamu, ternyata kamu sangat yakin" dia mengomel sendiri. Saya sekadar tersenyum.

Dalam perjalanan pulang aku tidak lagi menyentuh soal agama, topik perbualan aku tukar kepada perihal keluarga dan holiday, risau juga kalau-kalu dia kurang selesa dengan kata-kataku, moga hidayah Allah menaungi kami. Amin...

-Muhasabah diri kita. kadang-kadang kita tak sedar, keyakinan dan kepercayaan kita kepada Allah, tidak setinggi taraf impian menggapai Firdausi. kadang-kadang, baru tersedar, rupa-rupanya, kita sama saja dengan mereka (non-Muslim), sedangkan bibir mengucap hebat, melaungkan title diri sebagai Muslim. Na'uzubillah. Ayuh kembali pada Islam dan Al-Quran-


artikel from: http://mujahadah.wordpress.com


40 Comments · 9183 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 82% [46 Votes]
Very Good Very Good 16% [9 Votes]
Good Good 2% [1 Vote]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
cikgu_eya on October 11 2008 12:34:49

persoalan tentang 'rasa terbeban dgn aturan2' agak menarik perhatian ana...

apabila sudah percaya dan yakin, Allah itu Tuhan yang satu dan Rasulullah sebagai penyampai amanat, maka tidak akan rasa terbeban.

Betapa pentingnya aqidah yang perlu ditanam dalam diri setiap insan yang bernaung di bawah syahadah agar setiap perbuatan dilakukan dengan redha dan nikmat.
Malangnya, aspek aqidah kurang diberi penekanan dewasa ini.

satu artikel yang baik dan memberangsangkan... tahniah
kembara2dunia on October 11 2008 12:52:06

Assalamualaikum wbt,
tahniah untuk sekeping artikel yang saya kira cukup hebat dan berinformasi,

tertarik dengan sebaris kata
" tiidak akan pernah rasa terbeban, malah sebagai satu keindahan"


segaris ayat ini cukup menunjukkan bahawa Islam sebuah agama yang Syumul dan tidak
memberikan tekanan dan bebanan kepada penganutnya, sejajar dengan firman Allah yang bermaksud " tiada paksaan dalam beragama ".

maka, sebagai seorang muslim seharusnya berpegang kuat dengan kalamullah dan sunnah Rasulullah dalam melakukan apa jua perkara dalam kehidupan .

ingatlah ...orang Islam ini biar dicampakkan atau diletakkan di tempat semaju mana pun, pengangan itu pasti tidak akan boleh diubah....

moga ISLAM terus gagah..takbir!! Allahu Akbar!

~~**setulus tinta kembara2dunia**~~
An Nisa on October 11 2008 16:32:36

bismillah

itu lah maksud sebenar berpegang kepada agama Allah..

keyakinan itu penting..that's what faith is about!

syukran2..

pengalaman yang indah untuk dikongsi bersama..

Wallahu'alam.
kamal-rul on October 11 2008 19:40:58

"In Allah's will" dengan izin Allah boleh ke digunakan kepada non muslim.. kekadang sy juga tersasul..tapi its right word to said, does't it?
rini_rania on October 11 2008 21:48:10

salam..

kagum...
dapt menyampaikan kalam Allah dgn bersahaja....clap

artikel yg bagus utk tatapan ramai...
teruskan perjuangangrindance
durrah on October 11 2008 22:33:05

bismillahassalamualaikumgembira

Ramai Orang Mengaku Islam

Ramai orang mengaku Islam
Tersinggung kalau dikatakan dia bukan orang Islam .....

Tapi persoalan iman mereka tidak dipedulikan
Syariat mereka abaikan, akhlak dipandang kecil sahaja

Sebut utamakan Akhirat rasa tersinggung
Menyebut Allah Taala sebagai budaya sahaja

Bukan dari hati yang takut, atau bukan menjiwai rasa bertuhan
Atau Tuhan disebut buat penyedap kata semata-mata sebagai budaya

Yang difikir dan diperkatakan hanya kemajuan-kemajuan
Pembangunannya, pembangun dan kekayaan

Seolah-olah kemajuan, pembangunan
dan kekayaan adalah segala-galanya

Padahal beberapa ramai orang yang maju dan kaya
Rumahtangga huru-hara

Anak, isteri tidak seia dan sekata
Kasih sayang tidak ada, keharmonian hidup tidak ada di dalam keluarga

Tidak pernah rasa bahagia
Jiwa kosong, fikiran berserabut

Side-effectnya, mudah marah, mudah tersinggung, mudah merajuk
Rupanya pembangunan, kemajuan, kekayaan tidak menjamin membawa kasih sayang

Kemewahan hidup tidak menjamin keharmonian di dalam keluarga
Pada kekayaan belum menjamin membawa bahagia.....

Fikir- fikirkanlah ikhwah dan akhawat sekaliancomfort
dorayakies on October 12 2008 06:31:21

meanrik2!!grindancegrindance
pengalamn sebenar ke??hmm!
hehe
Hanna Apandi on October 12 2008 07:27:17

assalamualaikum

bagusnya artikel di atas.
hmm kadang2 saya pun tercakap juga Insyallah pd bos saya yg non-muslim.
saya nak minta izin pinjamkan artikel ni utk di letakkan di buletin (bhgn info Islam) di tempat kerja saya.
terima kasih.

assalamualaikum
teacher_mira_89 on October 12 2008 18:46:33

artikel yg bgus..
bleh djadikn petunjuk sb ana brada dkalangan non-muslim....
pmakaian ana yg laen membuatkn mrk trtny2 n sering brtny tntg islam..
hujah perlulah bersesuaian agr x siapa yg tersinngung....
thnx a lot...
hanya seorang hamba on October 12 2008 22:53:28

pengalaman sebenar k? amat menarik.. kekadang kawan2 non-muslim bertanyakn pasal itu dan ini.. jadi kenalah berhati2 menjawab sbb takut tersalah faham..

"Tidak akan pernah rasa terbeban, malah sebagai satu keindahan."

ayat yg amat menyentuh jiwa.. segala guidelines yg Allah sediakan bukanlah utk menghukum,tetapi utk menjaga kita walaupun kita cuma hambaNya..
betapa besarnya cinta Allah pada kita.. Subahanallah gembira
tuan imah on October 12 2008 23:52:38

alhamdulillah
balqis1801 on October 13 2008 14:47:41

assalamualaikum w.b.t,

jzkk kpd iluvislam.com sbb publishkan cerita ni. Ini adalah kisah benar, berdasarkan pengalaman sy duduk di rantau orang, Adelaide, Australia. Saya yakin, ramai lg yg ada pengalaman hampir serupa dgn saya. Dan, persoalan2 aqidah dalam cerpen ni, boleh dijadikan rujukan semua, bukan saja pada non-muslim, tp juga kpd yg dah beragama Islam. sbb kadang2 kita xsedar, n terlupa.

Seusai perbincangan kami petang tu, bait2 perbincangan kami mmg bermain2 di fikiran. Alhamdulillah ALLAH bagi kelancaran nak menjelas pada sahabat sy tu. Sedangkan dalam bahasa Melayu pun susah nak terang, inikan pula dlm bahasa inggeris. gembira

"bukan satu bebanan, tapi satu keindahan".. insyaAllah, kita semua yang berbangga membawa Islam sebagai pegangan aqidah, akan telus jujur melafazkan kata-kata ni, walau setinggi mana ISLAM difitnah.

Siapa yg nk republish dll, silakan. Mmg untuk dikongsi pada semua. Untuk yg mencari idea berdepan dgn non-muslim atau persoalan2 dr muslim sendiri, insyaAllah, sy punya sedikit pengalaman berdepan dengan Aussie yg rajin bertanya, yg saya catatkan di blog saya untuk dikongsi bersama. mujahadah.wordpress.com under kategori "kisah adelaide".

wallahualam

semoga Allah menghitung amal ini dlm catatan redhaNya

wassalam
SILENT on October 13 2008 20:41:44

bismillah

assalamualaikum

sAya suka artikel nie.

terang+jelas=mudah difahamithumbs up
GT_anis on October 14 2008 00:51:36

hebat!sy ingin tahu adakah Buddhist tu still dengan agamanya?
Dr Islam on October 14 2008 09:41:08

assalamualaikumthumbs upthumbs upclap

iluvislam

tatatatawaalaikumsalam
mawar_berduri on October 14 2008 19:08:25

assalamualaikumbestnye artikel n...clapnak pki hijab gak...hu6.manisnya jika dpt mnutup auratku sesempurna itureal sad..never mind,the day will come..insyaAllah
syafiq cyborg on October 15 2008 02:46:58

assalamualaikum..

alhamdulillah...bgus la klu awk dh ada niat sebegitu...
semoga akhlaknya seindah pakaiannya juga..amin
insyaallah..
wassalam
aisyah on October 15 2008 08:07:26

terima kasih atas tazkirah. ^_^
thekatyusha on October 17 2008 18:09:35

Plz bear in mind, it's not easy when U face with the western. Seems U're facing the Cambodja (which is Asian origin) our culture little bit same - soft, polite n explain with the great humanity compared to the western.

Western is more directly to the question and they wanna more clarification directly. Sometime they harsh little bit. I faced this once at the early of 2002 with my Assistant Manager which is from Western Virgina, U.S.
thekatyusha on October 17 2008 18:10:38

Quite tough. We've lot discussed about Sept eleven 2001.
misz balqis on October 17 2008 21:31:56

assalamualaikum
bagus artikel ni...
semoga kte sume mndapat hidayah drpd allah s.w.t..
insyaAllah
zafira on October 18 2008 00:01:47

assalamualaikum

i like this article..minta izin pinjam article anda...jazakallah khairan..clapclap
balqis1801 on October 18 2008 00:19:18

berdialog dgn westerns mmg btul, lg susah. n believe me, ada pelbagai golongan, western ni. antara yg sy penah jumpa:

1) berbaik-baik dgn kita, dan trus berdakwah ttg kristian. dia akan ceritakan pasal nabi Isa dan bible, dan sedikit menghentam Islam. mmg ada yg bwk pamplet psl agama diorg. geram.. tp time ni terang sikit2 pun cukup.. sbb mmg dia berkobar2 bila ckp psl agama dia. thinks to ponder: diorg mcm tu, siap ketuk rumah nk sampaikan 'sepotong ayat'.. huhu..kita?

2) ada yang mengagumi 'Islam' (bukan mengagumi org Islam). sbb mmg betul, kebanyakan kita tak memaparkan ciri-ciri Islam yang sebenar, spt yg Quran dan sunnah ajar, n mrk mengaku, mereka baca Quran.. dan minat dgn isi-isi Quran. mungkin hidayah tak sampai lagi...

3) ada jugak yang mmg admire dgn perempuan muslim, sbb nmpak comey pkai tudung. yg ni mmg psycho nk ikut kte.. ni geli sikit (ni certain org laki western)

3) ada yang bertindak: menjerit, meludah dll. pandangan2 tajam tu tak usah kira lah. kebanyakannya, org2 muda yg bertindak mcm ni.

4) ada yg mmg btul2 nak tau psl islam. bertanya sbb nak tau.. bukan sebab nak attck islam.. golongan ni mmg kena pndai sgt tackel. sbb mmg soalan2 dia pelik.. dan kena ingat.. apa2 pun, byk relatekan cerita hal aqidah...

n byk lagi golongan2 western yg lain.. mmg mcm2.. insyaAllah, Allah mmg smpaikan tarbiyahnya buat kita dalam pelbagai cara. moga kita semua dpt ambil manfaat.
dan betulla.. mmg western lg aggresif bab2 ni...

wallahualam..
~sekadar berkongsi~
thekatyusha on October 18 2008 00:41:22

What I had my experience is they questioned how Islam treat a women. He said
"did U see how Taliban treat their woman?"

Aku cakap gak.

"Mr. Rob. U imagine if your environment is full of robber, rape case and concubine industries! May I ask U one question. Did U allow your daughter or your wife going out just for shopping?"

Then he quiet.

N then I said
"Life not just like math. 1 + 1 = 2. Sometimes 1 + 1 = 3 or 1 + 1 = 0!!!" We can say this becoz we live in safe country and free to somewhere. Therefore we're able to analyze all but to people who didn't feel secure feels that the tough choice was the best choice."
thekatyusha on October 18 2008 00:43:36

My advise to all my Muslim comrades is

U have to learn and absorb our current condition.
U must have a good fact n figure before U debate with the western n the big problem with us was the our muslims attitudes!!
balqis1801 on October 18 2008 00:43:55

ouh.. lupa nk menjwb. dia masih dgn agamanya. tp dlm masa yg sama, masih baik dgn sy. moga Allah telah menetapkn hidayah untuknya.. wallahualam..
balqis1801 on October 18 2008 00:52:58

betul.. setuju.. attitude sgt2 penting. mmg kena mujahadah sgt2 untuk itu. dan, mmg org western akan tanya banyaaak sgt perkara2 yg diorg expect kita jawab dgn hikmah. contohnya: kenapa orang Islam tak boleh makan pig? kenapa orang perempuan yg sedang haid tak boleh solat? adakah Allah menganggap perempuan tu najis? kenapa perempuan kena pakai tudung, dan tutup hampisr seluruh badan... rugi, xdpt vitamin E?

sbelum syd tg sini, sy byk fikir, mcmana nk cari hkmahnya. contoh, ada kajian yang mengatakan, dlm pig tu.. ada ulat yg mmg xleh mati walau dah dimasak. tp, kalau kita jawab macam tu, dan tiba2 ada org invent satu alat yg boleh mmbuatkan ulat2 tu mati... adakah kita dibolehkan makan pig?

jwpan sebenar yang paling tepat sekali ialah.. kenapa islam begini dan begitu? kenapa muslim bertindak begini dan begitu? sebab, itu adalah yang disuruh oleh Allah, yang digariskan dalam Quran. Sweet sgt kalau fikir, orang Islam ni, dia buat tindakan semata2 kerana Allah yang suruh. Moga kita pun jd cmtu.. InsyaAllah..

Biarlah tak logik dimata ummat dunia, biar dirai dimata makhluk2 langit.

Wallahualam
thekatyusha on October 19 2008 00:09:17

But to me Balqis,

Kita kena banyak buat research! Mereka akan terus bertanya coz that's is their culture (which is most of it good compared to our Malay culture yg lebih banyak berdiam).

By the way Balqis, to me I like to debate with western n eventhough they sometimes couldn't answer our quest, but they are professional (not all).

Tentang pig tu, selain drpd technical parts, kita kena tengok sosio-life of the pig itself..

Budaya babi tu sendiri kalau mengawan depan babi-babi yg lain.. Kalau ayam, pantang kalau ayam jantan lain kacau bini dier...

Ini ada diceritakan oleh seorg Syeikh yg berasal dari Perancis. Western basically want to know based on their eyes n brain.

To all Muslim comrades, my suggestion is banyakkan bercampur n berborak dgn memba dari bangsa lain (kalau lain agama pun takper but make sure U must good enough to shield yourself).

Even myself little bit faham sket-sket pasal Bible. in case diorang tanya yg bukan-bukan. I jawab balik dlm Bible gini-gitu, kenapa U tak ikut pun?

Like Sayidina Abu Bakr As-Siddiq said
"Fight the enemy the way they fought U"
sharouk7 on October 19 2008 07:42:36

bagus untuk panduan kami
syed nuwail on October 20 2008 17:01:13

insyaAllah
akan jadi pedoman kpd yg akn mympaikan islamamin
muzZern on October 26 2008 13:39:10

perkongsian yang sangat menarik.. bagus untuk setiap kita yang diamanahkan untuk menyebarkan agama Allah di muka bumi ini..

Allahu akbar~ thumbs up
iluvislam
ismiNURUL on October 30 2008 08:26:08

assalamualaikum

alhamdulillah

sy diberi kesempatan utk mmbca artikel ni...

hurm... kagum kerana dpt menyampaikan tntg Islam dgn bersahaja...

pengalaman sy, agk susah utk menerangkan kpd mereka (non-Muslim) tntg Islam dlm bhs Inggeris...

sy ade kwn (org Jepun) yg prnh beberapa kali brtanya tntg beberapa persoalan tntg Islam...

agk lma msa yg sy ambil utk reply surat dan e-mail nya...

ingin mencari kata-kata yg sesuai... tambahan pula bhs Inggeris sy tdk lah pandai mana...

semoga hidayah Allah ada bersama sy...

amin
kakwa_naz on November 17 2008 17:55:25

Buat Balqis.
Nama anda sama seperti nama niece kesayangan saya...(mmg bukan seorang yang bernama Balqis kan?)
ni kali pertama masuk dan read something dari iluvislam. kagum..
"ISLAM BUKAN BEBANAN TETAPI SATU KEINDAHAN"
saya akan ingat sampai bila-bila.
Teruskan perjuangan.

btw, saya nak kongsi satu kisah yang yang diceritakan oleh cikgu saya.
sewaktu perjalanannya menaiki kereta api dari kota bharu, seorang atheis bertanyakabn 2 soalan kepadanya.
soalannya ialah:
1. Bagaimana kamu boleh buktikan bahawa Tuhan itu wujud.
2. Bagaimana kamu yakin bahawa semua manusia adalah dijadikan oleh Tuhan.

lalu cikgu saya pun tergamam seketika. namun alhamdulillah dia diberikan hidayah oleh Allah swt. secara tak sengaja dia terlihatkan sebuah padang yang dipenuhi najis lembu. cikgu saya berkata kepada lelaki atheis tadi.
"cuba awak lihat padang yang kotor tu. najis lembu banyak. tapi lembu seekor pun tak ada. adakah awak percaya ada lembu yang menyebabkan najis itu ada disitu?

lelaki atheis itu menjawab
"mestilah lembu yang menyebabkannya najis itu berada di situ. kalau tidak haiwan mana lagi yang boleh menghasilkan najis lembu?"
lalu cikgu saya pun membalas," jadi walaupun tiada lembu disitu awak tetap percAya yang lembu telah membuang najis di situ, bukan? jadi samalah halnya dengan manusia. semua makhluk yang ada di muka bumi ini pastinya diciptakan oleh sesuatu. mustahillah jika dikatakan manusia wujud secara semulajdi di atas bumi ini. awak tetap percaya ada lembu dipadang tadi walaupun awak tidak melihatnya. saya juga percaya Tuhan itu ada walaupun tidak melihatntya. najis tadi awak kata ada di situ pasti disebabkan lembu. sama juga dengan manusia yang wujud pasti kerana diciptakan oleh sesuatu."

lelaki atheis tadi menurut cikgu saya hanya membisu sepanjang perjalanan selepas itu. samaada dia memeluk islam tidak diketahui kerana sesungguhnya hidayah itu milik Allah Rabbul 'Alamin.
Wallahualam.
MyDay80 on November 26 2008 21:31:12

gud artikel... thumbs up

rasa insaf... artikel ni beri idea pada saya untuk menjawab persoalan2 drp kwn2 yg non-muslim.. selama ni selalu terkedu pabila ditanya lantaran kekurangan ilmu...
ybcn_76 on December 01 2008 22:40:56

bismillahiluvislam
assalamualaikum
ana rase tenang dapat membaca artikal2 ni ..alhamdulillah ..ana dapat tambah sedikit pengetahuan...jazakallahclap
anisah294 on December 14 2008 02:49:05

assalamualaikum balqis....
first time baca artikel mcm ney...ana rasa terharu....menyedari diri yg masih lg jahil ttg islam... i'm worried..... nowadays...there are a lot non-practising muslims out there...i'm afraid they will bring bad image to islam....nauzubilllah....
wardatu_safiyyah68 on January 25 2009 21:10:17

bismillah
really3 good...
terkesan pd ana...
swktu ana mgthui y ana trpilih sbg naqibah di IPG ana,
ana mngis... trase sgt tidak berkelayakan untuk
berdkwah... senior2 terpksa bg kekuatan...
mmg ana rasakan ana btl2 x lyk jika direnung
akan dosa dari kekhilafan lalu..
tetapi, usai artikel ini ana hayati...
ana rasa lbh bersemangat..grindance
sbnrnya, stiap y bernama muslim itu mempunyai tanggungjawab untuk
menyebarkan dakwah... tak semestinya... kena ditunggu dilantik sbg naqibah
atau da'ie atau ustaz ustazah etc....
kalau Balqis mampu untuk berdialog dgn non-muslim...
apatah lagi...dgn ssma muslim...
y sdh mgnali Islam
n hny perlu mengingatkan mereka... kn????gembira
nurul huda ahat on February 01 2009 00:08:12

assalamualaikum

syukur seribu syukur aku dilahrikan dalam Islam...dan moga matiku juga dalam Islam... amin

tak dapat aku bayangkan andai lahirku bukan Islam dan matiku juga bukn dalam Islam...
tentunya aku dalam kalangan orang2 yang teramat rugi......
nauzubillah.....
Cik_Ice on March 26 2009 16:38:00

berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.jazakallah
iman tihani on August 19 2009 19:16:57

clapclapclapclapclapthumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs up
praypraypraypraypray
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis."
spacer