Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 67
- Members Online: 19
- Total Members: 85,796
- Show Who's Online
- 26,108,201 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Mana Satu Pilihan Hati..

Mana Satu Pilihan Hati
www.iLuvislam.com
oleh: aisyahhumaira




Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu  panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


167 Comments · 27160 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 90% [103 Votes]
Very Good Very Good 6% [7 Votes]
Good Good 3% [3 Votes]
Average Average 2% [2 Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
nursakinah on September 19 2008 09:21:41

Redha...itu rahsia ketenangan...wink
jelly on September 19 2008 09:28:26

salam.....Besnye cite ni.......Btol3.....Cinta & redha Allah yg paling utama..........
asiahyusra on September 19 2008 09:30:05

Subhanallah...thanks for the article..saat diri ini mencari jawapan kepada satu persoalan..Allah memberinya melalui artikel ini...Saya sgt tersentuh ....terima kasih...can i take this article and put it in my blog....gembira
Ubaidah on September 19 2008 09:38:45

bismillah
assalamualaikum
alhamdulillah...peringatan bersama dalam mencari cinta yang diredhai Allah...
clap cinta yg hakiki berlandaskan perasaan kasih dan sayang semata-mata kerana Allah..
moga Allah bantu kita dalam apa jua jalan yg kita bakal kita lalui...
insyaAllah...
amin
grayishfellow on September 19 2008 09:43:55

Alhamdulillah..hanya Allah yg maha mengetahui sesuatu.
Muga Allah tetapkan yg terbaik dalam segala hal.
Muga Allah yg menentukan nasib kita.
Jangan ya Allah, jgn Kau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri dlm kadar sekelip mata atau masa yg lebih pendek dari itu.

He knows best.
nur_iqraa on September 19 2008 09:57:12

kuncinya...kita kne yakin pd Allah...
Sesungguhnya hanya dia yg thu ap yg terbeq wat kiat,hambanya yg lmah niyesgembirawink
smuge kita bjya menemui jodoh yg ditentukn Allah itu..n smuge kita terhindar dr maksiat...insyaAllahamin
sya_ieda on September 19 2008 10:00:09

SUBHANALLAHclap....sungguh meruntun hati sy membaca...mengingatkan sy tntg cinta Allah lbih bharga dri sgala2nya....dan setiap cinta yg hadir smuanya akan kembali kpda Allah smula...
rasyeedah tasnim on September 19 2008 10:17:49

assalamualaikum
الحمد لله على نعمه الكريم
terkedu seketika... helppilu sejenak mengenangkan hebatnya dan murninya cinta Allah, yakin pada Allah...keywords : Allah matlamat hidup kita.clap
amininsyaAllah
bulan_bahagia on September 19 2008 10:32:29

assalamualaikum
Allah Maha Merancang dan menentukan sstu utk stp hambaNya..
yakin dan percayalah dgn sgl ketentuanNya..
InsyaAllah hajat kita psti diperkenan...
discoverer on September 19 2008 10:48:04

assalamualaikum,ehem2...saya x tau nak kate ape tp setelah saya membaca cerita ni sy rase insaf kerna saya juga mempunyai perasaan terhadap seseorang..perasaan suka,sayang dan cinta kepada perempuan itu yang telah membuatkan saya....membuatkan saya merasa hati ini tidak mahu melepaskan dirinya..tetapi apakan daya,saya x mampu untuk melawan takdir tuhan...apa yang saya boleh harapkan ialah perempuan yang saya kasihi itu merupakan takdir saya...saya harap saya mencintai dirinya kerana saya cinta pada Penciptanya...
Fakhrul Ezam on September 19 2008 11:01:47

assalamualaikum

mencari keradhaan dan jodoh dari Illahithumbs up


http://saintissosial.blogspot.com/
aisyahhumaira on September 19 2008 11:17:35

alhamdulillah..moga kita bisa mencari cinta yang sbnr..sila lah asiah..sharing is caring.wink wink.hehe
saggy on September 19 2008 11:58:11

bismillah



cerita yang menginsafkan!!!
buat kengkawn yg asyik bercinta eok bace citer neh..
"beri htimu hanya untuk ALLAH,pasti ALLAH akan temukan padamu pemilik terbaik"thumbs up
muslimah89 on September 19 2008 12:10:18

salam...kiter sbg umat hnye mampu berdoa agar dipertemukan jodoh yang beriman, baik, bertgngjwb, yg dpt mgembirakan kiter serta setia dengan kiter...tetapkan hati kiter kepadanya setelah kiter jumpenye..smg doa kiter dimakbulakn...amin... sesungguhnye..cinta bersulamkan Islam adalh cinta terbaik...
skeenah89 on September 19 2008 12:12:18

Cinta sejati adalah cinta pd NYA..
DIA tidak akn mengecewakan kte andai kte layak menerima cintanya..
Dan untuk meraih cintanya..
Maka cintalah DIA dan Rasul mlbihi cinta trhadap manusia mhupun makhluk2 yg lain..
Memetik lirik permata yg dcari,

" Ya Allah,engkaulah tempat ku bergantung harapanku..
Ku harap diriku sentiasa dibawah rahmatmu.. "
nur_ilmi on September 19 2008 12:30:05

susahnya nk ikhlaskan hati mengasihi org yg kita tak cinta..
macam mana eh nk belajar cara ikhlas n redha utk beri cinta kita pd dia yg kita tak suka??
aliff on September 19 2008 12:30:30

harap mempunyai kekuatan untuk dpt cinta Allah...
Iman II on September 19 2008 12:46:49

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Imam Nawawi

bismillah
bagus lah kalu masyarakat sekarang faham tentang konsep ni.. masalahnyer, yang berkopiah, berjilbab ader yang bercouple,kononnya cinta islamik..bg saya tidak wujud istilah yang sebegitu. ALLAHUALAM
rama2 on September 19 2008 12:49:24

ya ALLAH...kau sentiasa ingatkan ku tntg perkara ini.....terima kasih pada si pengirim artikel...ana amat menghargainya...bt pedoman ana dan rakan2..terima kasih
husna humaira on September 19 2008 12:59:45

artikel yang bagus..

sesuai dgn situasi yang ana hadapi skrang..
thankz for sharing
halifa on September 19 2008 13:02:29

assalamualaikum
bismillah
cinta dlm hati manusia tidak dpat ditolak..kerna ia adalah fitrah insani&kurnian ilahi..., jagan biarkan kita memberi cinta ini pada bukan haknya...kerana ALLAH yg meberi cinta ini dan hanya DIA saja yg layak memiliki cintA.ini..........
AsNiza on September 19 2008 13:49:21

semoga di kurniakan jodoh dgn insan yg mencintaiku kerana Allah..amin
etiey_cfs on September 19 2008 13:54:59

slm,
izinkan sy letakkn artikel ni dlm blog sy yer
syukran kasiran
my blog:
http://www.nurizzatijohari.blogspot.com/
jazakallah
Wardah_Bahirah2020 on September 19 2008 14:24:23

sungguh menyentuh perasaan....
menyedarkn saya betapa agungnya Allah SWT merencanakan yang terbaik utk diri kita.....
Hope saya memperoleh sesorg yg mampu membimbing saya ke arah jalan yg diredhai-Nya.... InsyaAllah
cendera_wasih on September 19 2008 14:30:47

artikel ini byk beri kesedaran pada sy. sgt2 terkesan..
puterahaimi on September 19 2008 14:32:01

bismillah

pergh...besh r artikel nie... thumbs up

iluvislam
cendawan on September 19 2008 14:38:09

erm....betul jgk tu....tapi citer ni agak panjang ar..kalau tgh ngantuk messti xley layan...tapi kalau lyn btol2 memang baguss!!grintapi nak tiru apa yang disarankan tu teramatlah payah tapi kalau cuba mesti terbiasa,ye dak??
look_pi on September 19 2008 15:35:01

cinta itu fitrah..
takleh dihalang..
cume perlu bijak mengawalnya..

artikel yg best!!
iz muslim too on September 19 2008 15:49:31

assalamualaikum saya sokong discoverer...clap
mursyidatuddiniyyah on September 19 2008 15:58:14

clapthumbs up
artikel yg best..
mmg ssuai utk remaja yg sdg trcari2 dirinya..
mcm ana...
bleh copy nk antar kat kwn2 x?
assyauq on September 19 2008 16:22:16

aisyahhumaira? citer ni cam pengalaman sebenar jer..? hmm!
nur_husna on September 19 2008 16:38:38

assalamualaikum

ssungguhnya Allah telah tentukan utk umatnya jodoh,ajal dan maut..jadi setiap apa yg berlaku itu pasti ada hikmahnya...
tiada istilah kapel dm islam...iluvislam
ir_fan on September 19 2008 16:44:53

Cinta pada bunga, bunga kan layu
Cinta pada manusia, manusia kan mati
Cinta pada Allah, itu yang hakiki.

Nice article.thumbs up
az-zahra87 on September 19 2008 17:30:38

salam...

artikle yang cukup menginsafkan...izinkan saya letak article ni kat blog saya.
az-zahra87 on September 19 2008 17:31:25

izinkan saya letakkan artikle ini kat blog saya ye
ukhti dyana on September 19 2008 18:16:17

alhamdulillah

ketika diri ini dalam keraguan memikirkan soal hati & perasaan,
saya terbaca artikel ini,..
saya akan tanam dalam diri ini;
menyayangi dia kerana cinta kepada Allah S.W.T,..
menyayangi dia kerana dia cinta kepada Allah S.W.T.
solihin on September 19 2008 21:22:28

assalamualaikum
sgt keliru..x tahu ape yg patut dilakukan..
smoga hatiku ini msih kpd-Nya
sobsob
solihin on September 19 2008 21:30:23

assalamualaikum
sgt keliru..x tahu ape yg patut dilakukan..
smoga hatiku ini msih kpd-Nya
sobsob
gudgirl on September 19 2008 21:44:21

assalamualaikum
terbuka mata hati dan minda apabila membaca artikel ini..
alangkah indahnya jika hati ini dpt mencintai dan dicintai dalam cara yg sebegitu..
mudah2an cinta sejati dan abadi daripada Allah swt dpt ditemui...
amin
Aiezatull_suffyya88 on September 19 2008 22:09:58

assalamualaikum

Begitu mengagumkan erti sebuah cinta dan pngorbanan terhadap Allah s.w.t....
sedikit sebyk menyedarkan diri ni btambah indahnya cinta b'landaskan Allah s.w.t..
smoga diri sentisa d beri petunjuk oleh-NYA...

aminaminamin
mohdhilmi on September 19 2008 23:10:48

mmg trsentuh bila ana mmbc artikel nie
apapn.. love to Allah is da highest rank of loveamin
damia_iman on September 19 2008 23:13:21

assalamualaikum
jazakallah 4 da article...
besh gler
2 thumbs up
UkhwAh on September 19 2008 23:28:53

assalammualaikum wbt...

subhanallah...sangat bagus penulisannya...pc banyak disematkan nasihat2 yang berguna dan dijadikan ikhtibar buat semua...thumbs up benarlah cinta ALLAH swt nikmatnya tidak terungkap...semoga cinta kita pada manusia tak mengatasi cinta kita pada ALLAH swt..pray semoga redha dan cinta ALLAH mengiringi kehidupan kita...buat penulis teruskan penulisan2 yg ilmiah sebegini sebagai salah satu medium dakwah buat semua..congratulation!!grindance
pulasari on September 20 2008 00:02:49

salam...

penulisan yang menarik
clap
pedang islam on September 20 2008 00:41:21

assalamualaikum ..........
ana trharu mmbace cite ni,algkah indah apabila brcnta dgn Allah...
qirana on September 20 2008 01:27:08

yes
masyaAllah
bonita on September 20 2008 05:50:00

tetibe ajek air mata aku bergenang~huhu
Gadis Islam on September 20 2008 08:52:01

salam.

masyaAllah

penulisan yng menarik..

cinta kepada Allah melebihi segala-galanya.

cloud 9
anis91 on September 20 2008 09:31:47

assalamualaikum

nice article....
cinta kepada Allah adalah yg pling manis....yes

iluvislamclap
slurpee_girlz on September 20 2008 10:44:14

CINTA---Jika tepat masa,ketika,keadaan,SIAPA,cinta adalah kuasa luarbiasa yang tiada tandingannya.....grin
aidah_jsanosuke on September 20 2008 10:44:41

assalamualaikum

Alhamdulillah..Ya ALLAH, ku harapkan kasih,sayang dan cintaMU kepada ku untuk meneruskan hidup ini akan sentiasa mekar dalam hati ini..insyaAllah

Redha atas segala-galanya..
Mengharapkan taufid hidayah dariMU..
CintaMU adalah buatku..

amin

insyaAllah
pelangindah on September 20 2008 11:08:25

assalamualaikumbismillah
terima kaseh..
ats artikal d ats..
sy ske bce..
seumpama mngingat kan n mguatkan lg dr sy..
terhadap bnde yg mcm 2..
mmg remeh..
tp itu amat pnting br sy..
sy ske bce artikal mcm 2 coz ad yg bleh mngingat kan sy pda yer..
terima kaseh..

teruskan usaha..
waalaikumsalam iluvislamclapthumbs up
khaliFah_maahad on September 20 2008 11:39:36

assalamualaikum* best
muzZern on September 20 2008 12:28:24

terharu... terkesan.. lme sdh tidak begini..masyaAllah
iluvislam
clap
rania on September 20 2008 12:53:51

bismillah best la article ni... cinta mmg akan sentiasa hadir, begitu juga dgn diriku, ttp x pernah diberitahu kpd tuan punya diri sbb hadirnya tanpa diundang dan kerana menjaga batasan agama... biarlah hanya Allah shj yg mengetahuinya... semoga DiA adalah lebah yg memasuki tmn larangan dengan sopan-santun untuk bertemu mawar berduri di taman larangan.. insyaAllah jika bukan DiA pasti ada seseorang untuk KU..
aisyahhumaira on September 20 2008 13:19:33

assyauq, blh di katakan..hehe..
alhamdulillah...moga same2 kita leh menilai cinta hakiki.
silakan mursyidah..leh pas kt sape2 pun..same2 kite share ilmu yang sedikit ini..
Allah lebih megetahui hati manusia..
insyaAllah
nurWardah on September 20 2008 13:33:53

assalamualaikum

untuk menjamin sesuatu yg kita buat tu betul ada dengan nemdapat keredhaan & keberkatan daripa ALLAH
cahayasyurga on September 20 2008 13:54:10

menjawab sgla persoaln yg slama ini terbuku dihatigembirathanks a lot
alhafiz on September 20 2008 14:27:53

artiel yg bgus,,
mujaheedah solehah on September 20 2008 16:07:37

assalamualaikum
subhanallah.. menarik toi citer nie, ana btoi2 dapat sesuatu, semoga redha dan petunjuk allah sentiasa bersama kita,, ingatlah, fikir dulu sebelum membuat sesuatu,, ingat allah, mohon petunjuk dariNYA gembira
waallah al-'alam
teacher_mira_89 on September 20 2008 20:29:04

subhanallah...ana kagum dgn penulis ni..ana hrp kta smua dpt brthn r trjebek dgn cinta sblm khwin..kdg2 ana tkut jgk sb skrg ni ad brada dkalangn rkn2 yg mmg brkapel..ana nk cb nasihat cm x ada kekuatn.. ana pn tkut trjebak ..tp insyaallah ana akn berusaha..ana xnk ana mencemar agama islam yg suci ni..cm ana hrp ad yg dpt konsi pngalamn dlm nk mnasihati rkn yg brkapel ni.
hanya seorang hamba on September 20 2008 20:32:12

assalamualaikum
sebuah artikel yg bagus dn menarik.. tahniah aisyahhumaira..
semoga kita smua beroleh cinta sejati yg hakiki amin

p/s: sy mnta izin utk copy artikel ni ye yes
nur_indah on September 20 2008 21:00:42

untuk satu cinta yang kita agung2kan,,
cinta hakiki Pencipta Yang Maha Agung,,
arema on September 20 2008 22:01:06

clap
thumbs up
terharu sgt..
marilah kiter samer2 mencari cinta ALLAH
kerna sesngguhny cinta ALLAH cinta abadi.......
NurulNasir on September 21 2008 01:28:15

thanks 4 d writer...Allah jualah yang memegang hatu manusia dan Maha Mengetahu layar cerita setiap hambanya..yeah sometimes i'm also feel that my ummi know me much better than my ownself hihi

Izinkanlah tanganmu kucium dan kubermanja dipangkuanmu
Temukan kedamaian dihangat pelukmu
Didalam hati kuyakin serta percaya
ada kekuatan doa yang engkau titipkan Lewat Tuhan
menguatkanbila diri ini rapuh dan tiada berdaya
Ada surga di telapak kakimu betapa besar erti dirimu
Buka pintu maafmu saat kulukai hatimu
Ada surga di telapak kakimu lambangkan mulianya dirimu
Hanya lewat restumu terbuka pintu ke surga
NurulNasir on September 21 2008 01:30:53

typing error...sowie arr wink wink
fa-aja-aja on September 21 2008 05:38:02

"mencintai seseorang tak semestinya memiliki"

part yang i paling suka..

wawawaawa
sakuranis on September 21 2008 15:16:14

assalamualaikumthis is the bez article i've read...mmg btul pe yg ibu kakak 2 ckp...article n dah byk menjawab persoalan yg bersarang dalam kepala aq....hu3..thanks a lot 4 those who post this marvellous article..syukran jazillan..yahoo!tataclap
elya humaira on September 21 2008 16:32:29

assalamualaikum

Alhamdululillah..akhirnya ana jumpa jawapannya..
Terima kasih Ya Allah...KAU temukan aku dengan jalan penyelesaianNya..
Terima kasih kepada saudari aisya..semoga sentiasa dirahmati Allah...thumbs upgrindance
miszjamal on September 21 2008 16:36:33

Terima kasih ngan artikelnya. Kamu mampu buat aku tersentuh. Insaf sangat. Semoga cinta aku kepada Allah melebihi cinta kepada makhluk ciptaanNya.
qhyrul on September 21 2008 22:13:42

cinta utama milikNya..aminyes
An Nisa on September 21 2008 22:57:54

bismillah

i look and i see

i hear and i feel

that

Allah's love never ever disappoints us~yeshehe
chemicalismypassion on September 21 2008 23:10:20

assalamualaikum
syukran jazilan isyah humaira.dah lm sy tercari2 article mcm ni.time2 masalah hati tgh melanda ni,alhamdulillah Allah gerakkan hati sy tuk buka page ni.dan akhirnya sy bertemu jwpn yg mana satu terbaik buat sy.sbgi perkongsian pengalamn, sy berada dalam kalangan teman2 yg berkapel.mmg agak susah utk sy menegur mereka.hny sy mampu tuk mengambil peluang pada ketika mereka n pasangan tgh bermasalah.time2 tuh sy cucuk mereka dgn pelbagai nasihat.yg simple2 je.bg mereka berfikir.nk dijadikan cerita.suatu hari sy bertemu teman lm sy.sahabat sy ni lelaki n keperibadiannya cukup membuatkn sy cepat jatuh sayang.time ni Allah duga hati saya.cukup membuatkn sy jd lemah.kebelakangn ni kerap hati sy berlawan sm sendiri antara kehendak hati n pegangan prinsip yg sy pegang slama ni.alhamdulillah Allah masih sayang pd saya.di saat2 hati saya hampir menyerah kalah, Allah gerakkan hati sy tuk baca article ni.sy sgt2 bersyukur2.moga2, insyaAllah hati saya akn terus kekal dlm mencari cinta dan keredhaan Allah. buat sahabat2 yg lain,doakan sy agar terus kekal dlm perjuangn ini.sgt susah bla kita terpaksa berjuang bersendirian melawan kehendak nafsu ini. amin
for aisyahhumaira, izinkan sy tuk copy n paste dlm blog saya ye.sbg perkongsian buat sahabat2 saya. http://perahuview.blogspot.com
aisy on September 22 2008 00:01:34

assalamualaikum...

Kisah yang sungguh menyentuh jiwa...

Cinta...?
Satu anugerah yang sangat berharga. Bila miliki cinta, maka bermulalah perjuangan...
Mengejar dunia? Mencari akhirat? Jika akhirat yang dicari, maka kita akan memperolahi kedua2nya.. Dunia dan Akhirat.. InsyaAllah comfort

Seperti yang dikatakan saudara/ri Saggy...
"Beri hatimu hanya untuk ALLAH, pasti ALLAH akan temukan padamu pemilik terbaik"

Keredhaan ibu juga sangat penting dalam kehidupan kita sebagai anak. Redha ibu, redha Allah juga..yes

My favourite quote..

"Ya Allah... jika aku jatuh cinta,
... cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu..
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu" praypraypray
mumtahanah on September 22 2008 00:01:37

assalamualaikum
ya Allah bagusnya thumbs up..sama2 mengingatkan antara kitacomfort..
Najjah Reeya on September 22 2008 02:26:30

“Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

terima kasih sbb berkongsi artikel yg hebat ini. saya tersenyum di saat membaca jawapan emak yang satu ini kepada anaknya. izinkan saya letakkan artikel ini di blog saya. terima kasih wink wink
hatiyangkosong on September 22 2008 03:05:05

assalamualaikum
salam ziarah dariku...
sungguh daku amat haru membaca artikel inimasyaAllah..Alhamdulillah segala persoalan hatiku telah semuanya terjawab disini dengan hanya satu jawapan mudah ringkas dan padat... hakikatnya semuanya datang dari Allah..Cinta itu Sunnatullah yang demikian konklusiku usah dirisau siapa bakal suami mahupun Isteri kita kelak kerana segalanya telah ditetapkan oleh Allah....
hatiyangkosong on September 22 2008 03:07:21

bismillah
Daku juga memohon keizinan untuk meletakkan Artikel ini di Blogku....
hatiyangkosong on September 22 2008 03:09:46

jika dibaca berulang kali artikel ini... boleh membantu meyakinkan saya...

http://kisahyanglalu.blogspot.com/
huraiyah on September 22 2008 09:12:06

betul sngat kata2 mak tu..yes
AsShayma on September 22 2008 09:29:00

masyaAllah
..sgt mnyentuh jiwa
kalau semua wanita di dunia ini berfikiran begitu, alangkah baiknya...sobsob
cahayaniza on September 22 2008 10:12:27

assalamualaikum

alhamdulillah mudah2 an cintaku ini hanya utkNYA....amin
SITI HAJAR on September 22 2008 13:54:27

sabar je lar....yes
afifah_ifah on September 22 2008 14:39:10

clap terima kasih utk artikel ni..btl2 sesuai utk ana y tgh dlm dilema hati...artikel dh mbri jwpn kpd ana apa y perlu ana lakukan...cinta dunia semuanya hanya melalaikan..cloud 9
Abu Hariz on September 22 2008 15:51:27

assalamualaikum

artikel yg menarik dan menyentuh hati...
Ya Allah, berikan kami pemuda pemudi Islam ketabahan dan kekuatan iman
dalam menempuh ujian dan cabaran darimu,
semoga al-Quran & as-Sunnah sentiasa menjadi peringatan dan panduan kepada kami
hingga ke hari pertemuan dengan-MU yang Maha Esa
Hanya cinta kepada-MU
yang kekal hingga ke Syurga clap
aenluvislam on September 22 2008 16:26:45

cam bes je!!
nak try bce r!!
cat
aisyahhumaira on September 22 2008 16:58:47

alhamdulillah
sedikit coretan..utk mereka yg berfikir..semoga cinta kita kpd Nya melebihi segalanya..
"Ya Allah peliharalah hati dan iman kami..."amin
permata islam_3490 on September 22 2008 18:44:03

salam....emmm...article yg sgt menarik!!!thumbs up
moga jd pedoman shbt2 skalian....
iluvislam
fiezanurqalbi on September 23 2008 08:56:45

salam....aRtiCal niE btul2 mnyentuh hati...memebuatkan kita sedar bahawa cinta Allah terhadap kita bgitu besar maknanya....pd saya cinta kepada Allah adalah cinta abadi yg xdapat dbandingkn dengan cinta manusia...cinta kpd manusia adalah cinta fitrah dan cinta serta kasih sayang ini adalah satu nikmat dan anugerah Allah yg x ternilai hrganya...trpulang pd kita sndri bgaimana kita manfaatkn anugrah ini untk mncr keredhaannya....gembira
najwa nabihah on September 23 2008 16:10:00

assalamualaikum


besh! besh! clapclapclap
nurnazihah_nnaz on September 23 2008 16:26:34

assalamualaikum

taniah pd penulis..clap
artikel yang menyentuh hati bg yg mmbcnya..sobsob

cinta yang tiada tandingan...cinta Allah

"everlasting love"

iluvislam
AsShayma on September 23 2008 18:58:17

anyway...
aisyahhumairah dpt aryikel ni dr mana?
ukhti AL-muslimah on September 23 2008 19:45:12

alhamdulillah..ana dpt merasainya.cinta ALLAH itu sentiasa akan terbalas...
insyaAllah..apabila hati resah dan gelisah ingatlah kpdNYA kekasih buat selamanya....yes
mukminin_sejati89 on September 23 2008 21:06:18

assalamualaikumgringringrin

menarik la artikel 2,ana ska...
bnar2 menyedarkan ana....alhamdulillah ana xbercinta dgn manusia,mknya Allah melindungi ana....masyaAllah
tahniah kpd penulis, artikel anta sgt menarik..thumbs upthumbs upthumbs upthumbs upthumbs up

wassalamtatatatatatatatatata
toksu on September 23 2008 22:34:55

clap
artikel yg menarik


serahkan pd ALLAH..
HE knows what is the best for us....wink wink
nur293 on September 24 2008 00:37:05

alhamdulillah
cahaya ayah bonda on September 24 2008 01:10:12

alhamdulillah
CERITA INI DAPAT MENGUBAH SEDIKIT SEBANYAK HATIKU YANG LALAI INI...
TIMA KASIH KERANA MENYIARKAN CERITA INI...amin
kakjaa on September 24 2008 07:29:22

bravo ......
best artikel ni....
ibu mana xsyg anak....
ibu juga mgharapkan anaknya sentisa dlm redho..
ayuh sama2 kita baiki hati
ALLAH AKBAR
sadreal sad
bulan_sepi on September 24 2008 09:17:53

dilema ku selama ini..terjawab..

Alhamdulillah..Aku artikel ini sungguh berkesan..thumbs up

Aku tersedar..Terima kasih...

Teruskan usaha anda...Moga ALLAH berkati kita semua..comfort
niebgt on September 24 2008 17:18:10

Luv this articLe........jazakallah
NUR ILHAM on September 24 2008 17:59:18

ARTIKEL YG MENDIDIK JIWA REMAJA..
MCM PENGAJARAN MCM NOVEL AYT2 CINTA PUN ADE..
XSEMESTINYA KTA SUKA SESEORNG,DIALAH JODOH KITA.. wink wink
Wan Siti Aisyah on September 24 2008 19:43:13

salam..
nice story..
aisyahhumaira,awk leh jd pnulis cerpen/novel r lak psni..
hehehe
just kidding..gembira
btw,this story is really nice n i like it..
jazakallah
nurulizzati on September 24 2008 21:05:46

assalamualaikum
terharunya bace ni... moga kite leh jadikan cinta allah yang pertama di hati kita..gembira
luvnajah on September 24 2008 22:11:12

syukran for this article..membuatkan ana menitiskan air matabismillah
aeizura on September 25 2008 00:04:18

sobsob
ini jugala yg ana lalui dihari konvo ana yg bersejarah....
berkenalan dan perpisahan yg mulanye sgt sukar untuk ana mengerti...
tp ana tau qada' dan qadar yg telah ditetapkan ke atas diri ana x mungkin dapat diubah dan hikmahnya pasti ada...
kepada Illahi ana serahkan jiwa ini agar tidak lalaui lagi dalam mengejar mimpi....
insyaAllah
pengemisKasih_Ilahi on September 26 2008 22:03:02

http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif
assalamualaikum

menarik..dan menyentuh hati..artikel ni semakin mendidik jiwa, menguatkan hatiku bahawa
cinta dalam hati ini hanya milik Ilahi..dan kasih yang jauh tersimpul di segenap ruang hatiku ini hanya akan ku serahkan kpd insan yang hadir membawa cahaya Ilahi..
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/ins.gif
insyaAllah

http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/iluvislam.png
iluvislam
h0tqueen on September 28 2008 07:22:52

salam..sy trase insf ble bce..alhamdulillahsobsobmekasey..
m0ge ALLAH bg kekuatan kt sy..amin
dieyla on September 29 2008 07:18:28

bestnyer cite nie...
insya Allah mari la kita suma sama2 berusaha mendapatkan cinta dan redha Allah s.w.t wink wink
cahaya kemuliaan on October 05 2008 18:28:02

wah...
bestlah cite nie..
thank you, aishahhumaira !!!
thumbs up
zinirah zuhaili on October 07 2008 02:33:03

bismillah
assalamualaikum
bestnye cerita ni....thumbs up
memang mak dan ayah kita dah buat yang terbaik dalam didikan agama kita tapi hanya kita yang boleh buat pilihan samaada nak ikut yang mana satu kan.....
tapi tak dinafikan ada juga mak ayah yang tidak hiraukan anak-anaknya dalam soal agama..real sad
tapi ana percaya kita sendiri sebagai anak dapat menentukan siapa diri kita yang akan datang..... jangan terlampau bergantung kepada orang lain untuk mengubah diri kita... jangan salahkan mak ayah kita jika kita terpesong kerana mereka hanya mencorak kita tetapi kita yang membuat pilihan........iluvislam
faezzah_ezzah on October 09 2008 19:41:44

http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/tup.gif
thumbs uphttp://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif
assalamualaikum

saya ssebagai seorang remaja begitu tertarik dgn kisah ini, hal ini kerana sebagai seorang remaja jiwa saya begitu meronta-ronta mencari cinta tapi saya tidak pasti bagaimana harus mencari cinta yang abadi..... tapi kini saya begitu pasti yang cinta yang abadi ialah cnta pada illahi iaitu ALLAH SWT. Ya ALLAH ampun kan hamba mu yang hina ini bawa lah diri ku ke jalan kebenaran tunjuk kan aku nikmat keindahan ISLAM agamaku..... berilah kau petunjuk dan hidayah MU.....http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/aamiin.gif
amin
islamic_gurlz on October 10 2008 05:33:08

BESTNYER CITER NIE.........
BTOL2 BRI KEINSAFAN.............
iluvislam
princess_pika on October 10 2008 19:41:16

tersentuh hati saya membaca artikel ni...
Tx to the author for this awesome one.
anwizmani on October 11 2008 19:32:54

salam..alhamdulillah..mgalir air mata saya baca article ni...thanks..mmg btul2 ikhlas...saya dlu pun prnh couple but dah break...break scara bek..y?? becoz sbp jodoh...saye tau yg kte ad jodoh msg2..so, kalo ad jodoh, sye akn dtg sndiri kpda nye...insyallah..itu yg terbaik...gembira
SYuKurMaN on October 12 2008 03:08:28

artikel yg bgs...
mungkin dpt mnyedarkn kita sume...
amin
WarDAh sOfiA on October 12 2008 20:26:57

assalamualaikum
citer y mnarik n memberi pengajaran
setuju sgt2 cnta slps kahwin 2 y pling baik n diredhai allah
cinta allah cinta yang hakiki
tahniah kpd penulisclapclap
muslimah89 on October 14 2008 00:53:27

salam...ana cintakan dia jg kerana agamanya...ilmunya..bkn krn rupanye..atau hartanya...jd bgamn?? haruskah ana msh mmkrkan tentangnye?? masa depan kami?? tolong ana....sadhelp
TunTijah on October 15 2008 02:18:11

assalamualaikum
rase mcm kenal je dgn aishah humaira ni...gembira
apepun mmg benar, cintailah sesama manusia kerana agama, kerana ALlah semata-mata, maka pergantungan hati kita tentulah akan hanya pd ALlah dan bukannya manusia tersebut.cat
Al-asyiq on October 16 2008 02:06:04

assalamualaikum

alhamdulillah
sekian lama hati ini diuji dengan CINTA..sekian lama juga hati ini menahan sabar.. sekian lama hati ini menunggu dengan penuh harap CINTA dari Allah..

Benar kata orang, penantian itu satu penyiksaan..namun, diakhir penantian..Allah hadirkan CINTA yang sekian lama kunantikan..CINTA yg Allah kirimkan di dalam hatinya untukku..Agar CINTAku terhadap Rabbku makin bertambah..

Moga hari bahagia yg ditunggu tiba..moga hati ini bersabar menunggu hari untuk meraikan penantian CINTAku..amin

iluvislamcloud 9
i-am-saya on October 17 2008 00:01:42

""Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..""

sy plg ske prenggan nehh
mmberi ksn d dlm hati
thx cos sharing=)clap
ikagirl94 on October 18 2008 05:37:46

salam..

huhu saya hmpr2 menangis baca cerita ni..
zue on October 22 2008 19:22:29

x ramai ibu yg ade sikap n sifat macam ni pada zaman yg serba maju sekarang....
alhamdulillah....artikel yg cukup menginsafkan~~wink wink
flower_roses on October 26 2008 08:02:21

thumbs up
m_yah on October 26 2008 22:57:09

assalamualaikum terharunya....ana betul2 setuju..kalo suatu hari ana ada anak ana pun mo buat macam tu
wardahtul sakinah on October 27 2008 06:53:12

assalamualaikum
alhamdulillah...bgus artikel nie...ana mmg tsentuh hati...ana nk mnta izn nk amik article nie nk boh kt blog ana bleh??wink wink
lemon on October 31 2008 06:22:56

insaf...citer neh wat hati sy tersentuh..

"..kita tidak boleh mencintai org lain, sebelum mencintai diri sndiri..
dan..kita tidak boleh mencintai diri sendiri..sebelum mencintai Allah..."


..cinta umpama hadiah dari Allah..kita gembira dan suka apabila ,nerima hadiah. namun, wajarkah 'hadiah' lebih dicintai drpd Pemberi hadiah..?? tepuk dada..tny iman di dlm jiwa...

semoga cinta Allah sentiasa bersama dgn kita..amin..
eda_rahayu on October 31 2008 19:49:09

assalamualaikum...

menitis juga air mata ini bila membacanya. semoga hati ini menjadi milik-NYA. kerana DIA tidak akan mempermainkan perasaan hambaNYA. iluvislam
kak lang husna on November 02 2008 05:46:36

insaf sy setelah bc cerpen ni....tahniah kpd penulis...clap
RAneY on November 03 2008 09:38:40

Allah yang menetukan segalanya.
Ya Allah, aku beriman pada-Mu, pada para malaikat-Mu, pada Kitab2, pada para nabi dan Rasul2-Mu, pada hari akhirat dan pada Qada' Qadar.
peganglah hati ak sekemas2nya Ya Allah.
dari Engkau lah ak datang, kpd Engkau jua ak kembali
aKrAm_87 on November 08 2008 07:47:25

assalamualaikum

menarik cerita ni,,,suke bace...

emm,,,,teringat perbualan saye dgn sahabat karib saya.....

saye pernah kate kat dia,,,zaman skrg mmg ssh nk cr perempuan yg baik ahklaknya.....

tapi sahabat sy ni berpesan pd saya,,,katanya....

"kamu kene yakin, kalau kamu seorang yg baik, kamu akan dapat jodoh yang baik"....

oleh itu, yakinlah bahawa 'perempuan yg baik utk lelaki yg baik'.....amin

iluvislam
ajed_muhamad on November 13 2008 00:23:15

cinta kan Allah adalah cinta sejati
sZULs on November 21 2008 21:12:31

cinta kepada ALLAH itu yang lebih hakiki dan abadi..
ketengan yang luar biasa pasti kite peroleh..alhamdulillahyes
Qha_Li on November 21 2008 21:21:13

mana pilihan hati saya? tuhan saja yg tau..
ureshii on November 27 2008 20:20:12

touch my heart...
input baik...
boleh dicontinue the story...
rasenyer belum habis lagi...
musicmusic
RuhSya_Farhana on November 28 2008 01:06:26

assalamualaikum

menitis air mata ana bace citer nih...
semalam baru ana alami peristiwa yang lebih kurang cam kat atas..
cume cerita nya yang berbeza.....
tersentuh sgt....
ibu bapa kita rupanya ada yang tak pernah kenal erti cinta dengan pasangan masing2 sbelum kawin...tp alhamdulillah bahagia sampai kini...
subhanallah... Maha Hebat Kuasa Allah...

clap
barakallahufiq...cloud 9
muhdnurasshabah on November 28 2008 21:44:49

bgusnye mutiara kata kt sni.
thnks3!
Imtihan94 on December 24 2008 00:42:14

[b]"Ya Allah..jangan kau biarkan hatiku lalai walaupun seketika.Tidak sanggup menghadapi kemurkaanMu.Ku serahkan segalanya kepadaMu Ya Allah.Andai tiada cinta manusia buatku..Cukuplah hanya CintaMu bersamaku.Amin..b]
real sadreal sadreal sad

iluvislam
paryes on January 02 2009 06:03:03

terima kaseh sahabatku yg myedarkanku
-dedicated to nur anisalhamdulillah
pencari_nur on January 18 2009 06:39:25

assalamualaikum...izinkan sy copy paste petikan2 dlm artikel ini??wink wink
pencari_nur on January 18 2009 06:47:03

syukran2
syakirah91 on January 19 2009 21:28:34

sy masih ahli baru..
Seronok dapat baca artikel ini.. sangat berkesan..
bagus..
terima kasih kerana berkongsi..
kebetulan sy sedang mencari persoalan berkaitan dgn tajuk ini..

thumbs up
syakirah91 on January 19 2009 21:32:33

boleh x sy nak copy?? hmm!
enin on February 19 2009 22:10:14

assalamualaikum'time ksih sbb bg bce artkel ni..2 thumbs up
anah adnan_91 on February 20 2009 09:12:00

assalamualaikum
article y bgitu mnyntuh haticlapclap
"hanya pdMu kami smbh dan hanya pdMu kmi
pohon pertologn"....
-bntulah hmbaMu ini mncri kredhaanMu-
praypraypray

jazakallah kpd pnulis article...wink wink
mga sume pmbce mndpt mnfaat....yes
n jdi igtn dn ikutn buat dri ini dn y laen..

CINTA ALLAH CINTA AGUNG!!
iluvislam
dhia laila on March 05 2009 06:39:50

masyaAllah

berdosanya ak sad dulu ak pernah bercinta sad jauhkan la ak dari sume ni sad
heart of ISLAM on March 22 2009 16:57:01

assalamualaikum
memang beri kesanmndalam...
tahniah kpd penulis...clap
aYiEn yAya on April 11 2009 20:30:36

assalamualaikum
alhamdulillah ARTIKAL ini sedikit sebanyak banyak menyedarkan saya,
SYUKUR,,ALLAH telah membukakan pintu hati saya untuk membaca artikal ini..sebelum saya membaca artikal ini mungkin saya ialah seorang yang TERUK! tapi setelah hati ini terlintas untuk merayap ke artikal ini..rasanya sedikit sebnyak diriku ini tersentuh fengan semua benda ini...
clap tahniah kepada ANDA!!
ainaaasha on April 17 2009 18:55:11

renung kembali diri ini, sebakclapclapclapclapclapclap
an zuyyin darwisya on April 24 2009 11:04:25

assalamualaikum,,,,,, alhamdulillah.....sesuai bg remaja2 yg ingin memulakn cinta....pilihan hati kita....mencintai kita hanya kerana Allah....winkgembirayes
clapclapclapclap
praypraysemoga kita menemui cinta yg abadi......comfortamin......
Harrisa on April 25 2009 22:07:53

bestnye article..klu hayati btul2 boleh nangis tau...comfortcomfortyesyes
shazlinah on April 28 2009 21:25:10

salam..
i like this story..

saya nak copy nak bagi kawn2 baca
mintk izin ye..pc
cucu tokwan on May 06 2009 13:21:22

bestnyer dpt bonda mcm 2..sbg kwn,motivator..
x yah ssh2 g cr kaunselor dah..
moga ana n kalian pun terdiri dr golongan sedemikian..
amin*
iluvislam
nursaniah on June 03 2009 08:48:50

assalamualaikum

alhamdulillah artikel ini cukp baik skali.. dpt menginsafkan org yang baca...amin
menyanyangi n mencintai pada Yang Esa... InsyaAllah Dia akan pertemukan cinta sejati yang sama-sama mencari keredhaan Allah

Saya ingin berubah menjadi lebih baik.... aku insan yang lemah.. ak perlukan bimbingan..
bnyk dugaan duniawi ..
cinta manusia yang melalaikan..
cinta ilahi yang hakiki..
marilah same2 muhasabah diri..iluvislamgembiragembiragembiragembirawink winkyesyes
nurekin_iman on June 07 2009 03:25:09

assalamualaikum
kagum skali apabila kumembaca artikel ini

terdapat golongan2 yang akan dipayungi oleh rahmat Allah di akhirat kelak
antaranya
mereka yg bertemu dah berpisah kerana Allah
dan manusia yg saling syg menyayangi kerana Allah

moga kita tergolong dlm golongan itu
aminthumbs upclap
amin92 on July 26 2009 16:02:06

assalamualaikum

yep, that is raite...
ape jer yg Allah rancangkn is the best of all...

thanx 4 posting dis artikleclap
scorgurlz90 on July 26 2009 21:50:13

ya allah...sungguh mengharukan..ketika sy membaca artikel ni,sy menjadi sebak..dalam artikel ni ada sikit persamaan dalam diri sy....ya...jodoh sudah ditentukan..kiter sebgai umatnye hanya merancang yg terbaik....thumbs up
MinMi_HepyAlwayz on July 30 2009 11:52:01

bismillah

best ariticle nie, teruskan mengarang cerita2 sebegini gembira
NUR HALINA RUSDI on August 28 2009 10:46:58

bismillah
ditujukan untuk diri ana insyaAllah semoga ana sentiasa beringat-ingat hmm!
Thanks for the articlethumbs up
balqis nura on August 29 2009 23:14:03

sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia lebih tau yg terbaik buat kita. semoga jodohku dpd org yg beriman kpd Mu ya Rabb! aminn ;]
fathy_faraway on September 28 2009 15:34:08

tergamam aku bace cerita nie..
hahaha
mmg bagus sgt la..
yahoo!
Syilling on October 24 2009 08:55:59

wah2 bagus la mak dia dalam citer ne...clap
allah is the best on October 25 2009 09:27:23

assalamualaikum

sebaknya membaca artikel nie....real sadsobsob
CINTAILAH PASANGAN KITA KERANA ALLAH..........
PERINGATAN KPADA DIRI.........

cloud 9wink wink
teman_alquran on November 24 2009 14:46:50

atikel ni best..
alangkah bestnye jika dapat merasa
cinta dari Allah..
clapclapthumbs up
amir94 on December 01 2009 22:35:40

comfort
memang best citer ni....
jodoh bkn ditangan kita tp ditangan ALLAH.
ifti siddiqi on December 12 2009 22:54:24

God love is the best love..
Mbruk2!!
best writing..clapclap
fahim_shukor on December 18 2009 02:33:39

bagus.... cinte trhadap manusia tidak kmane... kerane cinte pade mnusia tetap ade prpisahan... iaitu mati...
tetapi cinta pada allah tidak ade penghujungnye..comfort
fiez_luvislam on January 15 2010 22:15:22

salam...

terima kasih....krn tlh mbuat sy mpelajari sst darinya..
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."
spacer