Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 108
- Members Online: 28
- Total Members: 85,794
- Show Who's Online
- 26,101,963 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Nakbah; Jangan Kita Lupakan Tarikh Itu

6 Dekad nakbah Kita
www.iLuvislam.com
oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin, Perunding Aman Palestin


"Promised Land?"; Sebuah dokumentari tentang Sejarah Israel oleh Al-Jazeera TV

(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948)

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi.

Kelemahan Liga Negara Arab

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Tertubuhnya Israel adalah Malapetaka Palestin

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.


Enam Dekad Nakbah

Kini 60 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka MengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang.

3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini.

7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Peranan masyarakat antarabangsa

Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sediri.

Rejim Zionis Israel kini mendapati bahawa mereka tidak boleh mengawal keadaan rakyat dan negara Palestin. Malahan mereka terpaksa membuat berbagai pendekatan yang keras mahupun dengan cara berkompromi untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat Palestin. Mereka menggunakan pelbagai strategi terutamanya dengan mempengaruhi sekutu kuat mereka iaitu Amerika Syarikat untuk menangai permasalahan yang terus berpanjangan.

PBB dan masyarakat antarabangsa yang sentiasa memperjuangkan keadilan semestinya teguh dalam membuat pendirian dan tidak dipengaruhi oleh lobi Yahudi Zionis di dalam membuat dan melaksanakan keputusan-keputusan mereka. Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan kepada pemilik asal yang sah yang pernah mendiami bumi ini sejak sekian lama.

Peranan umat Islam

Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat Islam yang ke tiga yang juga merupakan bumi para Nabi. Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini. Negara –negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.

Di Malaysia

Kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media elektronik. Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa.

Persoalannya, adakah kita telah berbuat sesuatu bagi meringankan beban dan kesangsaraan yang mereka alami selama ini?



20 Comments · 4386 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 88% [21 Votes]
Very Good Very Good 8% [2 Votes]
Good Good 4% [1 Vote]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
syahmimansor on May 15 2008 12:03:30

salam semua,

13 614 member iluvislam buleh membawa impak yang besar jika semua mahu perjuangkan isu palestin. oh, barangkali, hanya separuh sahaja yang tahu, sedar, pasti, atau mahu perjuangkan isu ini. barangkali...hanya seratus ahli sahaja yang baca artikel ini, dan barangkali 50 sahaja yang sanggup kongsi artikel ini kepada rakyat malaysia yang lain. daripada yang berkongsi dan membaca itu, barangkali segelintir sahaja yg btul2 perjuangkan.


sebab itulah rakyat malaysia masih buta dan jahil dgn isu ummat ini.


takpa, kite perjuangkanlah dalam bentuk apa sekali pun, sebanyak mana wang kita belanja utk beli barangan selain coca cola, McDonald dll, sebanyak mana air liur utk menceritakan kisah palestin...asalkan kite perjuangkan.

ingat, Allah lihat kepada usaha kerana hasilnya hanya Allah yang tentukan. janji Allah itu pasti.


wallahu'alam.
asysyifa on May 15 2008 12:41:05

sebenarnya ramai je rakyat malaysia yg tahu pasal isu palestin ni tp buat2 mcm tak pernah tahu. tak ambil peduli. mungkin sebab tak kena batang hidung sendiri

bak kata ahli politik setiap kali hari kemerdekaan disambut," alhamdulillah, kita hidup di negara yg aman dan damai....bla2...".

pentingkan diri sungguh!
Zulhafidz on May 15 2008 12:51:33

Syahmimansor,

benar juga kata anda... jika dilihat secara realiti,

Hampir seluruh umat islam menadah tangan dan berdoa di hadapan kaa'bah, masjid-masjid, memohon bantuan Allah s.w.t membebaskan tanah palestin dari cengkaman yahudi.

Dan kita tahu, Allah s.w.t tidak sekali-kali zalim ke atas hambaNya bahkan Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Tetapi, tiap kali berlaku peperangan umat Islam dan Zionis dan musuh-musuh Islam pada zaman ini, kita kalah, kita dibogelkan, kita dihina, kita dipersendakan, kita dimalukan, kita dipijak-pijak, di senda-senda, jadi bahan ketawa, bukan sahaja di sana, malah disini juga agama kita menjadi bahan gurauan dan senda tawa kafirun bahkan munafiqun.

Kemanakah tentera malaikat yang Allah s.w.t pernah hantar pada tentera Badar?

Tidakkah kita terfikir sejenak tentang seruan saidina omar pada tenteranya?

" Aku tidak takut kalah kepada musuh jika itu Ketetapan Allah s.w.t, Namun aku takut jika kita kalah kepada musuh kerana dosa-dosa kita kepada Allah s.w.t - Umar Al-Khattab R.a"

Ataupun tahap keimanan kita pada rukun-rukun iman itu masih terlalu rendah, akibat tidak percaya sepenuhnya kepada 6 perkara itu, salah satunya tentang malaikat, mungkin kita hanya mengingati malaikat maut pencabut nyawa.....

Bagaimana dengan jika kita terkena angin...adakah kita boleh ingat bahawa ada malaikat pembawa angin ? atau kita masih mahu fikirkan dan iktikad ia teori tekanan tinggi kepada tekanan rendah?

Bagaimana jika kita melihat hujan.... adakah kita boleh terfikir dan ingat bahawa ada malaikat pembawa hujan?? atau kita masih iktikad kuat ianya hanyalah kitaran alam?

Bagaimana jika waktu kita menjamah nasi.... adakah kita boleh terfikir adanya malaikat pembawa rezeki? atau kita masih iktikad bahawa nasi itu adalah hasil usaha sendiri?

Bagaimana waktu kita menaip diruangan ini....adakah kita boleh terfikir adanya yang MAHA MELIHAT...dan para malaikat yang sedang sama-sama mencatit amalan kita? ataupun kita hanya takut bila ada CCTV??

Masih wujudkah tentera beriman seperti tenteranya salahuddin al-ayubbi yang mana tentera beliau tidak pernah meninggalkan solat sejak baligh? dan waktu pemilihan panglima tentera itu, bagaimanakah syarat-syarat yang diletakkan? TIDAK PERNAH MENINGGALKAN SOLAT TAHAJJUD!!!.. (Rujukan: Ceramah Masjid Bandar Damansara)

Kita kalah kerana dosa-dosa kita kepadaNya... kerana kita lalai dan termakan senjata-senjata halus YAHUDI dalam melalaikan kita dan merobek iman kita, Iman tergadai oleh nikmat dunia sementara....

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.Al- Baqarah 120

Ada sahabat saya kata..yahudi, nasrani, ermm...israel lah yg utamanya..akan gerun pada umat Islam jika umat Islam solat subuh berjemaah, penuh masjid sepertinya penuh waktu solat jumaat.......MEREKA TIDAK gerun dgn senapang dan senjata....sbb MEREKA lagi canggih bab tu.......tapi MEREKA gerun bila kekuatan Iman umat Islam menjangkau seperti kekuatan Iman umat Islam zaman para sahabat...ekonomi power, education power, moraliti/sahsiah power, bertunjangkan Iman dan Tauhid kepada Allah s.w.t...dan hadith Rasulullah s.a.w...

Jgn tiru MEREKA tentang hiburan yang melalaikan mahupun apa-apa yg melalaikan hati kita dari mengingati Allah s.w.t....diorang tak respek atau gerun sebab sama mcm diorang...

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.Al- Baqarah 109

yang mana dalam jihad keilmuan...tuntutlah ilmu dalam keimanan dan ketaqwaan...
yang mana dalam jihad pentadbiran...tadbirlah dengan keimanan dan ketaqwaan...
yang mana dalam jihad ekonomi.....berekonomilah dalam keimanan dan ketaqwaan...
yang mana dalam jihad menyampaikan kebenaran...sampaikanlah kebenaran dalam keimanan dan ketaqwaan..
yang mana dalam jihad
yang mana dalam jihad penulisan...menulislah dalam keimanan dan ketaqwaan....

Perjuangan menuntut sejuta pengorbanan...kemanisan yang hakikinya akan dirasai dengan kemenangan yang sebenar-benarnya.... berserah kembali kepadaNya!

SEMOGA LAHIR SEMULA GENERASI TAUHID DAN IMAN YANG KAMIL!!!

Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam). (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman.Al- Baqarah 88



Wallahua'lam...

.........................................

O people
In a hut made of tin and clay
A small boy dreams away
Of clean water and a meal a day
And not to fear mines as he plays each day

O people
Somewhere dark and out of the way
Aids has found yet another prey
To save his life he just couldn’t pay
Tell me what we’re going to do

For our brothers in Durban
For our sisters in Darfur
Show me what we’re going to do
Are we just going to sit there?
Nice and cosy on our armchairs
Will we not even make a prayer?


You might ask yourself
Why should I help these people?
They’ll tell you why
We’re not so different from you
We have dreams just like you
But they were buried with the
bodies of our loved ones

O people
Are we deaf, dumb, and blind?
What is going through our minds?
Don’t we care for the rest of mankind?


O people
[b]We claim to love peace and justice
Why do we preach what we don’t practice?
Let’s help them out of this darkness
[/b]

Tell me what we’re going to do
For our brothers in Ethiopia
For our sisters in Rwanda
Show me what we’re going to do
Are we just going to sit there?
Nice and cosy on our armchairs
Will we not even make a prayer?


.....................................................

My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we’ve strayed from Him and His way

My brothers, my sisters, in Islam
Let’s struggle, work, and pray
If we are to
Bring back the glory of His way


Ya Allah ya rabbal ‘alamin
Ya rahmanu ya rahim
Ya rabbi

[b]Let the Ummah rise again

Let’s become whole again
Proud again
[/b]

’Cause I swear with firm belief in our hearts
We can bring back the glory of our past

Look at where we were
And look at where we are
And tell me
Is this how he’d want it to be?

Oh no! Let us bring back our glory

Let the Ummah rise again
Let us see daylight again
Once again...........

...........................................

I've seen...We've Seen
What happened to the ummah
Once known so well
Greatness was known
But now can u tell

Used to inspire others
with our way of thinking and speech
People came from afar just to hear us teach

Yo what happened to the ummah
Once known so well
Greatness was known
But now can u tell

Mosques are empty, refrigerators are stocked
We lost our deen we feel secure
'Cause our mansions are locked


In my teen years solah wasn't really that tight
Now I gotta pray each one of them twice
<--(qada' solat tertinggal masa kecik2??)

What happened to the ummah
Once known so well
Greatness was known
But now can u tell

Brother we prefer light skinned women
While righteously maintaining our deen against racism
What happened to the ummah

Once known so well
Greatness was known
But now can u tell

Kids in Africa are starving - can't afford to cry
I'll pay interest for a car I can't afford to buy

What happened to the ummah once known so well
Greatness was known, but now can u tell?

[b]We used to smile at each other, with faces full of light[/b]
Now we frown at each other, we bicker and we fight

[b]Pops in the mosque praying, kids in the streets hating[/b]
Kids on the corner selling, pops in the mosque preachin'
What happened to the ummah once known so well
Greatness was known but now can u tell?
The Quran has left out hearts stranded, hanging on out walls
6232verses, so strong
9 out of 10 of us can't even read or write


If I was to fall on my knees and
ask you to forgive everything for the
Lord, out of Love, for the One,
oh oh oh... I've seen
And if u were to fall on ya knees and ask me the same
Brother, don't even think about it,
Lets just break out of the darkness of ignorance Go!!


http://www.othreestudio.com/heart/IveSeen.mp3
[url]http://www.othreestudio.com/heart/Prayer.mp3 [/url]
http://www.othreestudio.com/heart/MyUmmah.mp3

....SEGALA PUJI BAGI ALLAH S.W.T.....
KizunA on May 15 2008 13:53:44

Arafat Hijazi, salah seorang saksi tragedi Deir Yassin yang masih hidup menceritakan, "Saya melihat seorang tentera zionis Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu". –

Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) Palestine pada 15 Mei 2008.

”Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka". (Hadith riwayat al-Baihaqi)
afdhal87 on May 15 2008 14:13:20

alhamdulillah..

society as salam UIA setiap tahun meng gamat kan dunia kampus dgn penghayatan mengigati peristiwa....

dgn ulang tayang..

seminar kefahaman..

theater and lakonan2....

paling kurang ada titisan air mata dari bumi kampus ini... tanda turut 'bersama'sobsob

insyaAllah berulang tahun ini.. tahun2 akan datang ~
ini fardhu AIN... bukan fardhu kifayah.. alir kan air mata dgn DOA ..jomamin
An Nisa on May 15 2008 14:44:55

Ya Allah..

sedih nye lah kehidupan rakyat Palestin..

BOIKOT Barangan ISRAEL!!sobsob
Zulhafidz on May 15 2008 14:57:24

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) [b]JIKA kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. Ali imran ayat 139:[/b]

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). Ali Imran Ayat: 123

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh) dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengasihi orang-orang yang sabar. Ali imran Ayat 146
lpsoldier007 on May 15 2008 16:03:09

kite ade import produk israel ke?
kaamyl on May 15 2008 19:40:55

nestle~ company yang bermaharajalela kat msia..
agak susah nak pisahkan org msia ngan nestle neh..
pasal dah sinonim, orang bujang = megi + milo..
meh la kita cuba jauhkan dari benda alah ni
try beralih pada produk lain
tapi jangan pulak yang dah terbeli kat rumah tu terus humban dalam tong
jadi membazir lak..
wnurza on May 15 2008 20:19:35

assalamualaikum
sempena dengan 60 tahun nakbah palestin ini..
marilah kita sama2 berdoa moga diberi kekuatan dan keteguhan iman untuk semua rakyat palestin..amin
sesungguhnya doa kita dan dengan cara ape sekalipun bantuan yg kita hulurkan samada doa, wang yang kita hulurkan walau berape nilainya, usaha menyebarkan lagi tentang isu palestin ini akan ada ganjaran nya di sisi Allah...
sesungguhnya ini tanggungjawab kita sebagai umat islam yang akan di tanya di akhirat kelak..
moga2 kita tidak leka dan muhasabah diri kita serta menginsafi setiap apa yang berlaku di palestin..
yakinlah dengan janji2 Allah swt..sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang benar..
waalaikumsalam thumbs up
ejul_1603 on May 15 2008 21:04:59

kita mungkin xde import produk yang direct from Israel (correct me if im worng)
but kite sangat banyak import produk2 yg membantu perjuangan Israel.

buktinye?

well. i guess sume org dah tahu. gunekan term globalisasi dengan sebaik2nya

nak share.

pernah dengar yg ayat rabi israel. maksud dier lebey kurang cmnie :

"kite (umat islam) xkan dapat menewaskn israel selagi jemaah2 masjid pada waktu subuh tidak seramai yg menghadiri solat jumaat"

sekian
ejul_1603 on May 15 2008 21:05:59

maaf. *wrong
rifashop on May 16 2008 20:39:37

sedih 0o0sad

saudara seislam ku>>>>
Mijot on May 16 2008 21:18:48

60 tahun... 60 tahun yg lama...sob!

Dear brothers n sisters, let's rise up.. improve ourselves.. be a better Muslim.. pluck up a courage to leave behind all our not-so-good habits and attitudes.. try to help our brothers and sisters in need.. all these we must do in the name of Allah swt..gembira
khaulah-chan on May 18 2008 21:20:15

terima kasih kepada penulis..
maklumat y selama ini saya cr akhirnye jumpe,alhamdulillah
60 tahun bukan singkat masa nya,
kalu kita diuji dengan terputus bekalan elektrik contohnye...satu taun kite merungut (hiperbola )tapi cube bayangkan rakyat palestin,saudara kita y mengalami nakbah(baru tau maksud dier ) selama 60 taun..
mungkin ade baby y baru lahir pada 15 mei 1948 dan sehingga kina,sudah hampir 60 taun umurnya,dia membesar dalam suasana nakbah...
bersyukurlah kita dengn apa y ada,dan dlm masa y sama marilah kita berusaha utk membantu dan berjuang demi islam dan saudara islam..
mungkin usaha kecil kita dgn memboikot barangn israel dan sekutunya tampak kecil dan remeh tapi sekurang kurangya ada juga usaha kita..
memang susah tapi tak mustahil..luruskan niat,kuatkan iman..insyaallah..
Allahuakbar!
my love haqiqi on May 19 2008 10:55:38

assalamualaikum..
kita mesti bersama membantu untuk mempertahankan islam!!!
aisy on May 20 2008 00:27:45

A'kum....

Trme ksih kpd saudre/ri Kucing atas kiriman yg dkongsi. X lupe jge saudre Zulhafidz for the lovely poem...sobsob

Isu Palestin bukan isu baru. Tp mgkin dsbbkan public x begitu dberi pdedahan. Mgkin sahabat2 d I LUV ISLAM dpt bkongsi klau2 d mjlis ilmu yg mbincangkan isu ini. Laman ini bleh djadikan salah satu saluran

Bak kte saudre Syahmimansor, 13 614 org member pasti bleh mberi impak yg besar klau dpt sme2 mpjuang nasib saudara kite d Palestin. Sahabat2 d I LUV ISLAM jge adalah d antare yg tpilih. We can start from here..hmm!

Tpi sebelum mmulekan ssuatu, plu mulekan ngn diri kite dlu. Benda baik, klau kite buat. X mustahil org d sekeliling kte pun akan turut serta.

Sebagai Muslim, kte plu aplikasikan Islam dlm segale yg kte lakukan, bukan sbhgian shj. Mgenai isu kepenggunaan brgan kperluan, mgkin akan mgambil mse.. Yg penting, kte berusaha, istqamah..

InsyaAllah...


2 thumbs up2 thumbs up
maisarah_azzahra on May 20 2008 15:59:09

BRING BACK ISLAM!!!!pray
BRING BACK ISLAM!!!!clap
BRING BACK ISLAM!!!!thumbs up
afdhal87 on May 21 2008 23:44:17

boikot.. x susah..

sebuah syarikat 100% muslem dah ada..
tinggal lagi kita!

katakan ya atau lupakan jihad -
husnulhuda89 on July 24 2008 14:08:36

bismillah

isu yang harus sama2 kita fikirkan dan selesaikan......help
HIDUP ISLAM!!!!!!!!!yes
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya."
spacer