"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."
Kalendar Hijriah
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
ayaidahidayah wrote:
salam..macam mana nak berdepan dgn masalah taadud jamaah @ masalah nak plh jemaah mane 1....any idea??
mungkin terlambat utk reply...
untuk permasalahan ta'addud jamaah, ana rasa tidak sesuai utk memberi pendapat di sini. mungkin saudara semua bleh ke link ini (ana ada post tentang perbezaan jemaah):
bila bercakap tentang sejarah ada beberapa komponen penting yg kita perlu tahu antaranya(seperti yg ana belajar time sek men dulu):
1.apa yg berlaku
2.sebab musabab
tentang kejadian sesuatu perkara, perkara tersebut adalah fakta yg tidak dapat diubah dan perkara ini mudah didapati dimana2.
berkenaan sebab musabab sesuatu perkara berlaku, perkara ini lah yg sgt susah didapati. kerana jarang ditulis dan hanya diketahui oleh orang yg terlibat sahaja. ia juga berbeza mengikut keadaan orng yg terlibat. pendek kata, jika 4 orng terlibat, kemungkinan ada 4 pandangan berbeza tentang sesuatu peristiwa.
bagi ana, utk berkongsi fakta, tiada masalah dan sangat2 digalakkn. tetapi ana tidak bersetuju utk bercerita ttg sebab musabab sesuatu perkara itu berlaku. kesannny kita dapat nampak apa yg berlaku pd awal threat ni. masing2 menegakkan tentang sesuatu perkara berdasarkan fahaman sendiri. cuma kita sepatutnya ada sikap terhadap sesuatu peristiwa iaitu selalulah bersangka baik dan tidak menjadikan sesuatu peristiwa tersebut untuk menjustifykn sesuatu perkara.
mungkin ada yg mempersoalkan, macam mana nak tahu interpretation mana yg lebih tepat dan patut diikuti. yg penting, orang yg membuat interpretation tu kena lah seorang yg terlibat,berlapang dada, fahaman yg jelas dan berpandukan Al-Quran dan Sunnah, tidak ada element taksub kpd jemaah atau golongan tertentu.
yg penting adalah pengajaran yg kita ambil dari sejarah2 tersebut..bukan saling menyalah2kn org lain terhadap apa yg berlaku. setiap yg berlaku ada ijtihadnya sendiri yg bertepatan dengan keadaan mereka. peranan kita pada masa sekarang ialah mengajak orng yg tidak berpegang pada islam lagi...bukan saling menyatakan jemaah mereka yg paling betul dan paling layak utk diikuti atau utk diletakkn wala'.
belajarlah Al-Qur'an dan sunnah sebelum belajar tentang jemaah. jauhi jemaah yg menyogokkan nama mereka 24jam, tetapi pilih lah jemaah yg mengangkat nama islam 24 jam. elakkan taqlid dlm jemaah, jauhkan intima' pada individu dalam jemaah, elakkan jemaah yg bersemangat satu dua aspek dalam islam sahaja tetapi pilihlah jemaah yg mengangkat islam secara syumul dan pilihlah jemaah yg berlapang dada dan berhikmah.
"Saya meneruskan usaha mendedahkan strategi untuk me'nyah'kan ulama' daripada PAS dengan mengambil alih sedikit demi sedikit kepimpinan ulama' PAS. (termasuk golongan profesional yang mendapat tarbiyah PAS)
Golongan ini telah mendapat tarbiyah daripada IRC yang berpusat di UK dan kemudiannya balik ke Malaysia menubuhkan NGO dengan dinamakan Jemaah Islah Malaysia (JIM). Dibawah ini saya siarkan artikel yang pernah disiarkan dalam media elektronik suatu masa dulu.
Oleh (Saya rahsiakan penulisnya)
Risalah "Gerakan Islam - Satu Sejarah Dan Pengalaman" Selongor, 1989]
GERAKAN ISLAM
Apakah yang dimaksudkan dengan Gerakan Islam atau Harakah Islamiah ?
Sebelum itu kita cuba memahami dulu maksud perkataan jamaah. Menurut Hadith yang masyhur tiga orang yang bermusafir hendaklah melantik seorang amir atau ketua dari kalangan mereka. Dalam perkataan lain tiga (atau lebih) orang yang sedang bermusafir dikehendaki menubuhkan sebuah jamaah. Bagaimanapun jamaah ini bersifat sementara sebab sekembalinya musafirin tersebut ke tempat asal mereka jamaah pun dibubarkan.
Berdasarkan kepada pengertian ini setiap pertubuhan atau organisasi, sama ada berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran atau tidak, adalah sebuah jamaah. Harakah (Gerakan) bolehlah ditakrifkan sebagai sebuah jamaah yang bergerak/bergiat/berjuang bagi mencapai matlamat yang lebih besar seperti menegakkan ideologi dan cara hidup dengan melibatkan massa atau orang ramai. Oleh itu satu golongan massa yang berjuang bagi menegakkan demokrasi contohnya adalah satu gerakan atau harakah, dan dipanggil Gerakan Demokrasi atau Harakah Demokrasi. Begitu juga dengan Gerakan Nasionalisme bagi menegakkan ideologi dan cara hidup yang berlandaskan perkauman, dan Gerakan Komunis bagi menegakkan sistem komunis, dan sebagainya.
Apa yang dinamakan Harakah Islamiah atau Gerakan Islam merupakan satu jamaah yang berjihad bagi menegakkan sistem hidup Islam (Nizomul Hayatul Islami). Tergolong dalam takrif ini termasuklah jamaah-jamaah Tabligh, Al-Arqam, ABIM, IRC dan PAS.
Harakah Islamiah Syumuliah pula adalah sebuah jamaah yang bermatlamat menegakkan Sistem Hidup Islam yang lengkap (komprehensif), lengkap dari segi keahlian (ulamak, intelek, profesional, petani, buruh, nelayan, dsb.) dan juzuk-juzuk kehidupan (siasah/politik, ekonomi, perundangan (syariat), ketenteraan, dakwah/tabligh, pendidikan (tarbiyah), dsb.) Oleh kerana kesemua ini hanya boleh dilaksanakan dengan tertegaknya sebuah Negara Islam atau Daulah Islamiah, keutamaan perjuangan diberikan kepada jihad dalam bidang siasah, dakwah dan tarbiyah, di samping tidak mengabaikan bidang-bidang lain. Matlamat perjuangan adalah untuk mengembalikan kekuasaan kepada orang-orang mukmin yang bertaqwa dan menyambung semula Khalifah Rashidah.
Di negara kita Harakah Islamiah terbesar dan paling berpengaruh yang menepati takrif ini hanyalah PAS. Di negara-negara lain harakah-harakah yang setanding adalah Ikhwanul Muslimin di Meslr, Jamaatul Islami di Pakistan, Partisi Refah di Turki. Kesemua jamaah ini terlibat di dalam pilihanraya bagi menegakkan Negara Islam, sungguhpun pilihanraya diyakini bukan jalan tunggal untuk mencapai matlamat. Di negara-negara lain yang tidak membenarkan Ummah Muslimin mengambil bahagian di dalam pilihanraya, ataupun negara berkenaan tiada pilihanraya, perjuangan mengambil bentuk jihad bersenjata dan/atau jihad bawah tanah. Contoh jihad bersenjata termasuklah Mujahidin Afghanistan, Mujahidin Patani, Mujahidin Eriteria dan Mujahidin Moro. Contoh jihad bawah tanah ialah Mujahidin di negara-negara komunis, Iraq dan Syria.
Apabila sahaja Negara Islam dapat ditegakkan Harakah Islamiah tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya, dan sistem pemerintahan kini berpandu kepada pemerintahan Rasulullah (saw) dan Khalifah-Khalifah Rashidah, khasnya Khalifah Abu Bakr AlSiddiq, Omar Ibnul Khattab, Osman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan Omar bin Abdulaziz, semoga Allah meredhai kesemuanya.
GERAKAN ISLAM DI UNITED KINGDOM
Kita mulakan pembicaraan dengan melihat kepada Gerakan Islam di United Kingdom.
Usaha dakwah di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom sebenarnya bermula di Tanah Air sendtri iaitu di Institut Teknologi Kebangsaan (kini dinaikkan taraf kepada Universiti Teknologi Malaysia), sekitar hujung tahun 60'an dan awal 70'an. Sekumpulan pelajar, kebanyakannya pelajar-pelajar kejuruteraan, telah dilatih dan ditarbiyah (dididik) oleh seorang pensyarah pinjaman dari Institut Teknologi Bandung bernama Pak Imaduddin Abdul Rahim untuk menjadi kader-kader dakwah.
Pada awal tahun 70'an perjuangan Islam di Malaysia didukungi oleh dua kumpulan (jamaah/harakah) terbesar: Parti Islam Se Malaysia, PAS (wadah berpenekanan politik) dan Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM (wadah belia dan non-partisan). Bagaimanapun, hubungan antara keduanya adalah erat bak kata pepatah seperti isi dengan kuku, tiap satu memainkan peranan yang saling menguatkan perjuangan Islam (complimentary roles). Kader-kader dakwah ini merasa diri masing-masing berintima' (bersama-sama) dengan ABIM dan PAS sekaligus. Oleh kerana medan perjuangan ABIM adalah di kalangan belia, usaha dakwah di kalangan pelajar dan siswa/i pada masa itu mempunyai hubungan hampir langsung dengan ABIM.
MELANJUTKAN PELAJARAN
Di awal tahun 70'an juga, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan polisi menghantar seberapa ramai yang mungkin pelajar-pelajar Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di United Kingdom. Di antara yang merebut peluang ini termasuklah sebilangan besar kader-kader tersebut. Menerusi program ini mereka dapat mendaftarkan diri di berbagai-bagai universiti dan politeknik di United Kingdom (U.K.). Walaupun demikian, sebahagian besar daripada mereka bertumpu di kawasan Brighton (Selatan U.K.) dan Glasgow (Selatan Scotland). Semasa di U.K. pelajar-pelajar ini berpeluang meneruskan perjuangan Islam disebabkan di sana sudahpun wujud dua kumpulan dakwah besar tiap satu mempunyai hubungan dengan jamaah induk masing-masing di India dan Pakistan. Kumpulan-kumpulan ini adalah Jamaah Tabligh dan United Kingdom Islamic Mission, [cawangan Jamaatul Islami (Maududi), Pakistan].
PERPECAHAN
Pertemuan ini telah memberi pengalaman baru kepada kader-kader tersebut tetapi ada padahnya. Kumpulan yang sebelum itu merupakan satu ikatan yang padu dari segi fikrah dan tanzim telah terbelah dua - satu mengikut stail tabligh sementara satu lagi mengikut stail Jamaatul Islami yang juga menjadi manhaj harakah-harakah lain saperti PAS, ABIM dan Ikhwanul Muslimin, Mesir. Sudah menjadi resam perpecahan maka berlakulah tidak bertegur sapa, bermasam muka dan perbalahan antara kedua kumpulan tersebut di khalayak ramai. Perbalahan itu contohnya berlaku selepas solat Jumaat di mana pengikut Tabligh akan meminta orang ramai supaya tunggu untuk mendengar bayan (ceramah) dan ini ditentang oleh kumpulan satu lagi yang menganggap tindakan itu tidak syari' kerana seolah-olah menghalang orang ramai daripada pulang ke rumah masing-masing setelah selesai solat Jumaat.
PENUBUHAN IRC
Lanjutan daripada itu timbullah kesedaran di kalangan beberapa orang daripada kader-kader untuk berusaha supaya kedua-kedua kumpulan bercantum semula. Usaha ini mengambil bentuk satu wadah atau platform yaNg dikenali sebagai Islamic Representative Council (IRC). Tepat dengan namanya, objektif utama IRC adalah untuk menjemput wakil-wakil daripada dua kumpulan tadi dan juga mereka yang mirip kepada Islam tetapi tidak menyertai mana-mana kumpulan untuk bersama-sama dalam satu majlis yang akan berusaha menyatupadukan semula pelajar-pelajar Islam. Maka diwujudkanlah usrah-usrah yang dianggotai oleh wakil-wakil tersebut.
Malangnya usaha yang murni itu gagal mencapai objektifnya - yang tabligh tetap tabligh, yang mirip kepada nasionalisme tetap dengan pegangannya sementara bakinya merubah corak IRC daripada satu platform semata-mata menjadi satu jamaah yang memiliki amir serta majlis syura dan tanzimnya sendiri. Bagaimanapun, IRC telah memilih jalan untuk menyembunyikan barisan kepimpinannya daripada pengetahuan dan penilaian ummah. Yang dapat dilihat oleh orang ramai hanyalah program-program dakwah dan rehlah. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1975/1976.
SUARA AL-ISLAM
Belum sempat IRC merasai ketenangan, kepimpinannya mula bergolak. Beberapa orang kepimpinan telah keluar daripada IRC dan menubuhkan jamaah baru yang diberi nama Suara Al-Islam. Perbezaan antara keduanya hanyalah pada cara perjuangan hendak diteruskan. IRC ingin cara yang berteraskan tarbiyah sementara Suara Al-Islam memilih cara radikal dan revolusioner yakni dengan menimbulkan isu-isu penting dan asas di tengah-tengah masyarakat dan dengan itu program tarbiyah tidak menjadi isu utama. Bagi mereka tarbiyah adalah pertembungan langsung dengan kuasa-kuasa toghut di dalam masyarakat.
Bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu kepimpinan serta ahli-ahli Suara Al-Islam memilih jalan yang wajar dan menepati syara' untuk menyertai PAS sekembali mereka ke Malaysia. PAS memiliki ciri-ciri yang lebih lengkap yang merangkumi ciri-ciri perjuangan IRC dan Suara Al-Islam. Lagipun PAS merupakan harakah/jamaah tertua yang ditubuhkan oleh ummah Muslimin di Malaysia untuk berjuang bagi menegakkan Daulah Islamiah di negeri ini.
Satu babak penting dalam asam garam perjuangan Islam di Malaysia berlaku sekitar tahun 1976/77, iaitu apabila beberapa orang pemimpin dan ahli IRC kembali ke Tanah Air. Mereka bukan sahaja tidak mahu menyertai jamaah yang sedia ada iaitu ABIM-PAS, tetapi sudah mula mengkritik daripada luar kepimpinan perjuangan Islam masa itu. Kalau objektif asal IRC ditubuhkan adalah untuk menyatupadukan kumpulan-kumpulan yang berpecah di U.K., kini IRC (secara disedari ataupun tidak disedari ?) memainkan peranan sebaliknya iaitu untuk memecah dan melemahkan barisan perjuangan ummah yang telah bersatupadu seperti yang dituntut oleh Allah s.w.t. dalam surah As-Saff, ayat 4 :
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
JAMAAH BARU DI MALAYSIA
IRC telah memilih jalan yang sangat-sangat ditegah oleh Allah dan Rasulnya iaitu menubuhkan jamaah baru di Malaysia sungguhpun sudah wujud jamaah Islam. Allah (s.w.t.) telah melarang tindakan ini secara keras dan jelas di dalam Kitab Suci AlQuran:
"Dan berpegang teguhlah kepada tali (agama) Allah, dan jangan kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara." (Surah Ali Imran, Ayat 103)
"Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agamanya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tangggungjawabmu terhadap mereka (mereka bukan daripada kamu - tafsir)." (Surah AlAn'am, Ayat 159)
Di samping itu terdapat juga banyak hadith Rasulullah (s.a.w.) yang melarang ummah daripada berpecah atau membuat jamaah baru: Sabda Baginda yang bermaksud "Hendaklah kamu bersama-sama Jamaah Muslimin dan pimpinan mereka." Lagi sabda Baginda yang bermaksud, "Berjamaah itu rahmat dan berpecah belah itu azab."
Pada masa yang sama kepimpinan ABIM dan IRC mengadakan rundingan bagi mencari jalan persefahaman demi untuk kebaikan perjuangan Islam. Maka satu persefahaman tidak resmi, atau tidak bertulis telah dicapai, iaitu ABIM tidak akan mengembangkan sayapnya ke United Kingdom dan sebagai balasan ahli-ahli dan kepimpinan IRC akan menyertai ABIM sekembalinya mereka ke Malaysia.
Sungguhpun ABIM telah menepati janjinya, sebahagian besar kepimpinan dan ahli IRC yang pulang ke Tanah Air tetap bertegas tidak mahu menyertai ABIM. Di antara tuduhan terhadap ABIM termasuklah matlamat perjuangan ABIM tidak jelas, tiada tarbiyah dll, meskipun aspek-aspek ini dapat diperbaiki dengan pernyertaan mereka ke dalam ABIM (jika benar IRC mempunyai matlamat yang jelas dan ada tarbiyah!). Lagipun tuduhan-tuduhan itu bukanlah hujjah-hujjah syara' dan boleh dipertikai. Anihnya, ABIM yang memiliki beberapa lulusan Al-Azhar dari kalangan kepimpinannya, malah ada yang mendapat tarbiyah Ikhwanul Muslimun, diragui tentang kejelasan perjuangan mereka oleh kumpulan yang rata-rata berpendidikan bukan-agama, yang mempelajari Islam selama sejam atau dua jam seminggu sahaja !?
IRC mulai bergiat di Malaysia khasnya di kalangan pelajar-pelajar dan kakitangan-kakitangan akademik universiti. Seperti yang dijangkakan, berlakulah peristiwa-peristiwa pijak memijak kaki satu sama lain dengan ABIM. Kepimpinan pelajar yang mempunyai hubungan langsung dengan ABIM cuba diambil alih oleh IRC. Akibatnya ABIM tidak ada pilihan lain kecuali mengembangkan sayapnya ke United Kingdom sebab ABIM menghadapi keadaan buntu di mana keahliannya dari kalangan lulusan United Kingdom semakin merosot. Maka ditubuhkanlah ABIM-U.K. sekitar awal 80'an.
PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA BERPECAH LAGI
Dengan tertubuhnya ABIM-U.K. perpecahan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia menjadi lebih buruk. Kini pelajar-pelajar Malaysia di Britain berpecah kepada empat kvunpulan besar - Tabligh, IRC, Suara Al-Islam dan ABIM di samping wadah nasionalist UMNO-U.K.
Berlakulah kepada pejuang-pejuang Islam di rantau orang apa yang tidak berlaku kepada penjajah British sendiri semasa mereka di negeri kita, iaitu perebutan kuasa sesama sendiri bagi mencari pengaruh. Masing-masing menyediakan strategi bagi merampas pertubuhan-pertubuhan pelajar seperti "Islamic Society" dan "Malaysian Student Society" di hampir setiap institusi di mana terdapat pertubuhan-pertubuhan seperti itu. Contohnya, apabila diadakan Mesyuarat Agong Tahunan sesebuah pertubuhan maka ahli-ahli akan mengambil tempat masing-masing di dalam dewan mesyuarat - sebelah dewan diduduki oleh ahli-ahli IRC sementara sebelah lagi oleh ahli-ahli ABIM.
Berlakulah tikam lidah antara kedua-dua puak masing-masing cuba menegakkan kepentingan puaknya. Begitu juga dengan tempat penginapan. Satu tempat didiami oleh orang-orang IRC dan orang-orang ABIM pula mencari tempat lain. Apabila diadakan kenduri maka ahli-ahli kumpulan sahaja dijemput. Panduan perkahwinan seperti yang diajar oleh Rasulullah (s.a.w.) diubah daripada empat perkara (ugama, keturunan, kecantikan dan kekayaan) kepada lima dengan ditambah satu lagi syarat, iaitu bakal suami/isteri hendaklah menjadi ahli jamaah yang sama.
Jika direnung dengan tajam maka terasalah sedih dan malu terhadap apa yang berlaku. Islam adalah Ugama Suci, Ugama Benar, Ugama Tunggal Diridhai Allah tetapi malangnya "seolah-olah" ugama ini tidak mampu menyatupadukan satu kelompok umatnya yang kecil yang rata-rata terdiri daripada orang-orang yang boleh berfikir sendiri tanpa dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan. Yang sedihnya ini berlaku di rantau orang dan di negeri orang kafir pula. Sepatutnya orang-orang mukmin menunjukkan akhlak yang tinggi kepada orang-orang kafir sebagai contoh dan uswah hasanah supaya hati mereka dapat dijinakkan kepada Islam. Konsep ukhwah atau persaudaraan dalam Islam telah menjadi kabor, daripada menjadi sesuatu yang memisahkan antara iman dan kufur kepada sesuatu yang memisahkan satu jamaah Islam daripada jamaah Islam lain. Sebenarnya, Allah (swt) telah menganugerahkan kepada kita konsep ukhwah yang betul, iaitu seperti firmanNya:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara ... " (Surah Al-Hujurat, Ayat 10)
bukannya "Sesungguhnya orang-orang IRC sahaja bersaudara" atau "Sesungguhnya orang-orang ABIM sahaja bersaudara," atau sebagainya. Oleh itu berilah hak persaudaraan kepada setiap individu yang mengaku ia beriman kepada Allah dan Rasulnya. Allah (s.w.t.) telah menyatukan hati-hati orang-orang beriman dan menghapuskan permusuhan sesama mereka maka siapakah anda, dengan membuat jamaah baru, tergamak meletakkan hijab dan tembok antara individu-individu mujahid mukmin - yang satu mengikut anda sementara yang satu lagi mengikut jamaah yang sedia wujud ?
ABIM BERGOLAK
Satu lagi peristiwa penting yang menggemparkan keutuhan perjuangan Islam di Malaysia berlaku pada tahun 1982 apabila Saudara Anuar Ibrahim, iaitu Presiden ABIM mengisytiharkan dirinya menyertai parti asobiyah, iaitu UMNO. Akibatnya ABIM terpecah dua - satu kumpulan menyokong tindakan Sdr. Anuar dan yang satu lagi menentang. Mereka yang menentang kebanyakannya mengambil tindakan keluar daripada ABIM lalu menyertai PAS. Maka ramailah pejuang-pejuang Islam termasuk dari kalangan pelajar berduyun-duyun mula menyertai PAS yang dipimpin oleh satu barisan kepimpinan baru yang dinamik, berani dan berwibawa.
IRC BUNTU
IRC di Malaysia pada masa itu menghadapi keadaan yang sangat buntu di mana mereka yang inginkan Islam memberi thiqah dan walak kepada kepimpinen PAS sementara kepimpinan IRC masih "bersembunyi", tidak mengistiharkan siapa mereka. Oleh itu ummah tidak dapat menilai sejauh mana kepimpinannya berwibawa, apakah mereka itu berani berdepan dengan toghut ataupun tidak, ataupun mereka hanya berani menghentam toghut di dalam usrah dan tamrin tertutup saja yang dihadiri oleh orang-orang terpilih, apakah mereka benar-benar memiliki akhlak yang tinggi ataupun akhlak dan jamaah mereka lebih kepada indah khabar dari rupa. Apakah amir IRC seorang ulamak atau jurutera sahaja. Tahukah dia tentang selok belok ugama khasnya hukum-hukum feqah yang sememangnya menjadi pra-syarat kelayakan seseorang pemimpin Harakah Islamiah. Persoalan ini menjadi tandatanya kepada ummah supaya amir IRC dapat dipertanggungjawabkan di khalayak ramai terhadap setiap tindakan yang diputuskannya, sama ada sesuatu tindakan itu menepati syara' atau tidak.
Sebaliknya barisan kepimpinan PAS kebanyakannya adalah dari kalangan ulamak yang berwibawa, bukan sahaja bijak dan berani menjelaskan isu-isu ultra-sensitif seperti isu kemurtadan, kristiani-sasi dan hak-hak istimewa orang Melayu tetapi juga berani dikenakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) malah ada yang telah syahid di jalan Allah, contohnya Almarhum Ustaz Ibrahim Mahmud bersama 13 orang sahabat di Memali (semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh Syuhada' Memali).
STRATEGI BARU
Keadaan kebuntuan tersebut telah menyebabkan IRC merubah strateginya sekitar tahun 1982. Maka disusunlah satu strategi atau "grand design" terhadap ABIM dan PAS, lalu diperkenalkan konsep Harakah Islamiah Syumuliah, HIS [Takrif HIS IRC adalah tidak sama dengan HIS yang diterangkan sebelumnyaj. Dalam rangkakerja HIS IRC, ABIM dan PAS hendak dijadikan "wajah-wajah" jamaah (wujuuhul jamaah) IRC semata-mata. Dalam istilah politik moden, strategi ini akan menjadikan ABIM dan PAS sebagai gerakan-gerakan depan (front organisations) semata-mata dan kepimpinan ABIM dan PAS sebagai boneka-boneka (maaf kasar sedikit di sini) yang hanya boleh bertindak menurut arahan kepimpinan IRC. Oleh itu kekuasaan sebenar berada dalam tangan amir IRC bukan amir ABIM atau PAS.
Menurut strategi ini orang-orang tertentu IRC yang mampu mendapat pengaruh akan dihantar bertugas hampir sepenuh masa di dalam PAS dan ABIM. Mereka akan memainkan peranan untuk mewujudkan satu suasana jamaah-dalam-jamaah di mana jamaah baru ini akan terdiri daripada mereka yang memiliki fikrah IRC dan berwalak kepada IRC. Kumpulan ini akan memainkan peranan bagi melaksanakan strategi HIS untuk IRC. Paling kurang hasil yang diharapkan dari kumpulan ini ialah mereka akan bersikap lembut terhadap IRC.
Menerusi strategi baru ini IRC telah dapat meyakinkan kepimpinan PAS tentang niat ikhlas (?) mereka untuk bersama membantu PAS khasnya dalam program-program tarbiyah. Lujnah tarbiyah PAS pusat telah menjemput dua orang ahli majlis syura IRC untuk bersama-sama dalam lujnah tersebut. Serentak dengan itu hampir keseluruhan program tarbiyah PAS, termasuk di institusi-institusi pengajian tinggi, diserahkan kepada ahli-ahli IRC untuk dikendalikan.
HARAP PAGAR PAGAR MAKAN PADI
Malangnya IRC telah mengingkari janjinya dan bertindak bak kata pepatah "harap pagar pagar makan padi". Tujuan sebenar mereka menyertai PAS mulai terbongkar. IRC bukan sekadar mengendali program tarbiyah PAS tetapi juga dikumpulkannya secara rahsia ahli-ahli PAS yang berpotensi (yang bakal menjadi pemimpin) dan mereka dibawa keluar daripada PAS untuk menyertai jamaah sulit mereka IRC. Lunas-lunas akhlak Islam telah tidak diikuti oleh kepimpinan IRC. Apabila tembelang IRC diketahui oleh pucuk pimpinan PAS mereka telah diberi kata-dua dan diminta supaya membuat pilihan, iaitu sama ada kekal di dalam PAS dengan meninggalkan IRC ataupun berhenti terus daripada mengkhianati PAS. Sungguhpun begitu sebagai mematuhi syariat berjamaah tiada seorang pun ahli IRC dipecat daripada jamaah PAS. Lanjutan daripada itu program-program dakwah yang ada kaitan dengan PAS khasnya di pusat-pusat pengajian tinggi berpecah kepada dua: satu kumpulan yang jauh lebih ramai kekal bersama PAS sementara yang satu lagi menyertai IRC.
Tindakan IRC selanjutnya jelas menunjukkan strateginya terhadap PAS masih diteruskan sebab meskipun sebahagian besar ahli IRC telah berundur daripada PAS masih ada beberapa individu yang berpangaruh kekal di dalam PAS. Kehadiran mereka bukan disebabkan mereka telah mufaraqah (istihar keluar) daripada IRC tetapi atas arahan kepimpinan IRC sendiri - mereka tidak pernah mengistiharkan diri mereka keluar daripada IRC, malah hubungan mereka dalam bentuk usrah-usrah sulit (rahsia) masih diteruskan.
Perlu ditekankan di sini semasa kepimpinan IRC berulang-ulang menemui kepimpinan PAS (sebelum perpecahan berlaku) mereka telah mengisyhtiharkan bahawa IRC tidak wujud di Malaysia, yang ada hanya bekas ahli-ahli IRC. Oleh sebab itu kepimpinan PAS tidak menimbulkan soalan siapakah amir mereka atau siapakah ahli-ahli majlis syura mereka. Malah sebahagian besar pengikut-pengikut IRC sendiri termasuk dari kalangan siswa/siswi tidak diberi maklumat tepat atau tidak diberitahu langsung tentang siapakah barisan kepimpinan jamaah yang mereka sedang ikuti. Sebenarnya IRC mengamalkan sistem pengkelasan dalam keahliannya. Daripada empat peringkat hanya peringkat tertinggi diberi hak mengetahui dengan tepat struktur dan kepimpinan jamaah.
PERJUANGAN DI LUAR MALAYSIA
Sekarang kita kembali kepada masalah dakwah di kalangan pelajar. Semasa PAS mempercayai IRC telah bersatu dengannya tiada usaha dijalankan di luar negeri, sama ada di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Timur Tengah untuk menubuhkan cawangannya di sana sebab peranan ini dimainkan oleh IRC di U.K. dan MISG (dikuasai oleh IRC setelah dirampas dari ABIM yang menubuhkannya) di Amerika. Akan tetapi, dalam keadaan sekarang adalah mustahil PAS dapat mengharapkan mereka yang menerima tarbiyah IRC di luar negeri pulang untuk menyertai PAS. Alhamdulillah, kepimpinan PAS sedang mengambil langkah-langkah tertentu supaya pelajar-pelajar di seberang laut dapat menyertai perjuangan PAS, insyaAllah. Oleh itu sekarang sudah wujud sayap-sayap PAS (secara tidak resmi) dl luar negeri termasuklah di U.K., USA dan Timur Tengah.
WAHAI MUJAHID ILALLAH
Akhir kata, jadilah anda tentera-tentera dan srikandi-srikandi Allah yang sentiasa peka kepada perpaduan ummah dan cita-cita perjuangan mereka. Jauhkan diri daripada tindakan-tindakan negatif yang membawa keretakan dan perpecahan pada saff para mujahidin ila Allah. Sebab ummah mukminin adalah ummah yang satu. Seruan dan perintah Allah dan RasulNya adalah jelas iaitu semua orang-orang beriman hendaklah bersatu dalam satu jamaah. Oleh itu jika anda terdengar seruan dan ajakan yang sebaliknya maka pastilah ianya bukan dari ajaran Allah dan RasulNya tetapi ajaran orang-orang yang tidak betul yang sanggup mengkhianati dan melemahkan perjuangan ummah yang sedang berjihad menegakkan kembali Ugama Yang Suci, meskipun mereka mendakwa diri mereka sebagai pejuang-pejuang yang berakhlak meninggi langit. Lagipun orang yang berakhlak tinggi sifatnya tidak sekali-kali suka menceritakan tentang kebaikan dirinya kepada orang lain, jauh sekali daripada menjaja ke sana sini memberitahu orang betapa akhlaknyalah yang terbaik.
Dalam keadaan apa sekali pun jangan berganjak walaupun seinci daripada manhaj perjuangan orang-orang beriman, iaitu : "Alghaayah laa tubarrirul wasilah." maknanya "Matlamat tidak boleh membersihkan (menghalalkan) cara. "
Maksudnya, jika matlamat sesuatu tindakan itu adalah baik untuk mencari keridhaan Allah (s.w.t.) maka cara yang diambil bagi mencapai matlamat itu juga hendaklah syar'i atau diridhai Allah.
Oleh itu jika menubuhkan jamaah baru setelah sudah wujud jamaah Islam adalah haram di sisi Allah (lantaran ia memecah belahkan ummah) maka anda hendaklah yakin ianya adalah haram; atas alasan apa pun jangan sekali-kali terlibat di dalam penubuhannya ataupun menyokongnya. Ataupun jika berbohong dan menipu sesama mukmin itu adalah haram menurut Allah dan Rasulnya maka jangan sekali-kali menjadikan sifat-sifat dayus ini sebagai bahan tarbiyah dan senjata perjuangan. Dan lagi jika bekerjasama dengan musuh-musuh Allah bagi menjatuhkan kumpulan Islam adalah sangat-sangat dilarang oleh Allah dan RasulNya maka anda hendaklah yakin orang yang terlibat tidak langsung layak memimpin ummah meskipun beliau seorang lulusan ugama. Sebab apakah anda tidak hairan Ugama Islam yang Suci ini dapat ditegakkan dengan cara-cara yang bathil seperti ini ?!!.
Dalam satu riwayat Imam Syafie rahimahullah dikatakan tidak tidur malam kerana memikirkan masalah ummah termasuk masalah perpecahan ummah di zamannya meskipun institusi khalifah masih berjalan dan syariat Islara masih tertegak. Sekarang sisem khalifah sudah tiada lagi dan syariat Islam sudah lama tumbang, maka ummah sangat-sangat memerlukan lebih ramai orang memikirkan masalah perpecahan dan bagaimana penyelesaian dapat dicapai. Ummah sudah bosan dengan sikap negatif kumpulan yang sengaja mencari-cari kelemahan pejuang-pejuang sejati serta suka menimbulkan keraguan terhadap kepimpinan mereka.
RUMUSAN
Beberapa rumusan penting boleh dikutip daripada huraian sejarah ringkas Gerakan Islam di Malaysia:
1. Penubuhan jamaah-jamaah baru khasnya IRC bukan didasarkan kepada tuntutan syara' dan ia lebih banyak mendatangkan mudharat daripada menafaat kepada kejayaan perjuangan Islam di Malaysia kerana terlalu banyak masa, tenaga dan wang dihabiskan lantaran pergeseran sesama pejuang-pejuang Islam
2. Hadith Rasulullah (saw), "Berjamaah itu rahmat dan berpecah belah itu azab" adalah tepat sekali. Dulu pejuang-pejuang Islam bersatu padu dan ummah melihat pertentangan di dalam masyarakat hanya antara kumpulan Islam dengan kumpulan yang tak nak Islam (iaitu gabungan antara orang fasiq, munafiq dan kafir) tetapi kini terlalu banyak hijab dan tembok ditegakkan di tengah-tengah para mujahidin ila Allah yang menjadikan mereka seperti orang-orang asing (strangers) dan musuh (enemies) sesama mereka. Sudah terlalu ramai pejuang yang dulunya bersahabat karib kini menjadi musuh ketat.
3. Setiap mukmin hendaklah berjihad bagi menyatupadukan kembali ummah dengan tidak menyokong atau menyertai jamaah-jamaah baru. Jika ada pemimpin atau anggota jamaah baru yang merasai dirinya lebih layak memimpin ummah (sebab akhlaknya lebih baik, jelas manhaj dan matlamat perjuangannya, dll) maka tinggalkanlah jamaah baru itu dan sertailah jamaah tertua PAS dan jika benar seperti yang dirasai sudah tentu ummah akan memilihnya untuk memimpin mereka.
Saya suka pandangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam buku Fiqh Daulah, dalam salah satu bab, berkenaan taadud jamaah...Kesimpulan pandangannya, taadud jemaah dibolehkan dan digalakkan, apabila, semua jemaah saling meraikan, dan bertindak atas sikap 'mempelbagai' bukan saling bertentangan. Contoh : 1 jemaah parti politik, 1 jemaah ngo, kedua2 ni bekerjasama, dan saling membantu...supaya dakwah lebih tersebar. parti politik tumpu pada mentadbir masyarakat melalui kerajaan. yang ngo tumpu pada grassroot dan kebajikan atau tarbiyah atau apa saja bidang yang menjadi kekuatan mereka. Jadi, situasi seperti ini dibolehkan, demi matlamat yang satu, iaitu, menambahkan kekuatan Islam itu sendiri.
Yang tidak dibenarkan dan diharamkan, adalah apabila berlaku situasi wujudnya jemaah yang pelbagai dengan masing2 mencari pengaruh, hasad dengki, saling memusuhi, dan menjatuhkan antara satu sama lain. Sikap inilah yang menjadikan kemenangan Islam di Malaysia lambat.
Malangnya, sikap2 yang diharamkan ini masih lagi wujud di kalangan ahli2 jemaah kita orang Malaysia, tak kira di tanahair atau di luar negara. Kita perlu mengakui setiap kebaikan yang dibuat oleh setiap orang, dalam masa yang sama, cuma mencari titik persamaan.
Secara kronologinya, walaupun secara ringkas, sikap permusuhan antara jemaah ini, yang pada masa dahulu kita banyak melihat wujudnya forum2 atau debat agung kununnya, panelisnya mewakili setiap jemaah, yang membanding2kan antara jemaah kelebihan dan kelemahannya, yang keputusan akhirnya telahpun disiapkan lebih awal. Sikap taadud seperti ini, saya lihat berlaku sebelum pemecatan DSAI tahun 1998.
Kemudian sedikit demi sedikit semakin berubah apabila semua jemaah bersatu (bekerjasama) , saling membantu. Cuma masih ada sedikit sikap kurang baik ini yang tinggal. dan mungkin kita tak mampu buang 100% sebab manusia ni sukar nak berubah.
Gerakan Islam yang pelbagai ini, dahulunya berpecah kerana macam2 sebab, tapi kini, saya makin nampak mereka bersatu hati, menuju tertegaknya daulah Islamiyah yang sebenar di Malaysia. Setiap jemaah mempunyai lapangan dan kelebihan masing2 yang dimanfaatkan demi islam. Zaman tuduh menuduh, saling berbalah, saling menyalahkan, sudahpun berlalu. Malanglah kalau masih ada ahli mana2 jemaah tidak dapat meraikan perkembangan semasa yang telahpun bermula hampir 10 tahun lalu.
Mungkin ada bidang2 tertentu yang masing2 jemaah tak dapat berkompromi, maka cubalah selesaikan dengan cara yang baik. Contohnya, menarik anak usrah atau ahli baru. Gunakanlah prinsip musyawarah dan amanah dalam menangani isu perselisihan antara jemaah. Elakkan terlalu merujuk sikap pertikaian zaman dahulu yang telah pun kita lalui zaman itu dengan banyak kekurangan.
terima kasih kepada izlin hakeem dan wewr untuk bahan bacaan yang penuh informasi ni. sebelum ni saya tak ada idea sangat pasal jemaah-jemaah ni dan zaman perpecahan yang dialami. alhamdulillah seperti yang saudara wewr katakan, zaman tersebut sudah berlalu dan insya allah kita usaha pejuang-pejuang ni akan menemui kejayaan.
another point of view tentang perkara berhubung dengan IRC
Malaysia dan kebangkitan Islam
Lebih tiga dekad yang lalu, sejarah Malaysia diwarnai dengan kebangkitan semula Islam. Pada waktu ini, masyarakat diseru agar kembali kepada penghayatan Islam sebenar. Sebelum itu, pada awal kurun ke 19, kesedaran Islam di kalangan masyarakat telah dibangkitkan oleh segolongan pemuda lepasan universiti di Mesir melalui majalah Al Imam. Sejarah berulang kembali. Kali ini, golongan pemuda belia lepasan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara, di timur mahupun di barat, menyeru agar Islam menjadi tunjang dalam kehidupan. Islam sebagai jalan penyelesai masalah. Praktik Islam dalam kehidupan seharian direalisasikan kembali.
Gerakan Islam di Malaysia
Selaras dengan kebangkitan Islam, pertubuhan-pertubuhan Islam mula menonjol. Malahan Angkatan Belia Islam (ABIM) muncul sebagai sebuah gerakan Islam yang menjadi tumpuan golongan muda. Parti Se-Islam Malaysia semakin popular. Kehadiran Al Arqam dan Jama’at Tabligh, tambah memeriahkan fenomena kebangkitan Islam di Malaysia pada waktu ini.
JIM dan Persepsi Kemunculannya
Jamaah Islah Malaysia tidak ketinggalan. Ia muncul dalam arus kebangkitan Islam walaupun kehadirannya di persada gerakan Islam tanah air agak lewat iaitu awal kurun ke 20. Oleh kerana kemunculannya yang agak lewat, ditambah pula dengan adanya organisasi seperti ABIM, mungkin menjadi faktor wujudnya perasaan skeptikal oleh segelintir masyarakat sama ada yang berada dalam gerakan Islam mahupun tidak. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Antaranya, mengapa JIM perlu wujud sedangkan di Malaysia ada ABIM dan juga PAS? Mengapa pendokong JIM tidak mahu memanfaatkan tenaga mereka di dalam pertubuhan tersebut?
Siapa mereka ini yang mendalangi penubuhan JIM? Persoalan ini begitu popular ditimbulkan. Jawapan yang sering diberikan adalah; mereka adalah anggota Islamic Representative Council (IRC) iaitu sebuah pertubuhan ‘underground’ yang telah diwujudkan di United Kingdom pertengahan 1970-an. Setelah menamatkan pelajaran, mereka kembali ke tanah air lantas menubuhkan IRC di Malaysia. Mereka berusaha untuk menguasai ABIM. Setelah gagal mereka cuba pula menguasai PAS. Setelah misi afiltrasi mereka gagal dalam ABIM dan PAS, mereka akhirnya menubuhkan JIM. Oleh itu kesimpulannya JIM adalah pertubuhan mereka yang kecewa dalam usaha mendapatkan kuasa dalam menerajui gerakan-gerakan Islam semasa di Malaysia pada waktu itu lantas membuat pertubuhan sendiri.
Kemunculan JIM bukan sekadar petanda kecewa pendokongnya, malahan ada juga yang melihat JIM muncul untuk menjadi pesaing kepada petubuhan yang ada. Tidak cukup ABIM dan PAS, JIM juga mahu menjadi gerakan Islam
di Malaysia. Oleh kerana JIM tidak lebih daripada ‘carbon copy’ daripada pertubuhan yang sedia wujud, maka kemunculannya bukan sahaja tidak diperlukan bahkan menyebabkan perpecahan kepada pejuang-pejuang Islam.
Itulah secebis pandangan dan tanggapan segelintir pihak terhadap kemunculan JIM.
JIM dan Penubuhannya
Bersama Islam Membina Masyarakat, itulah motto perjuangan JIM. JIM sebuah Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar secara sah dengan Badan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 27 Julai 1990. Jawatankuasa Penaja penubuhan JIM diketuai oleh Haji Saari Sungip atau nama gelarannya ‘Abu Urwah’.
JIM muncul dengan sejarahnya yang tersendiri. Kemunculannya yang mendapat reaksi daripada pelbagai pihak tidak lepas daripada tomahan dan kritikan. Ia tidak hanya ketika diawal kemunculannya. Ibarat perang saudara yang tidak berkesudahan, JIM hingga kini masih menjadi sasaran kritikan pihak-pihak tertentu yang seolah-olah tidak senang dengan peranan yang dimainkannya. Setelah lebih sedekad merealisasikan misi membina umat, dengan pelbagai perubahan dan peranan positif yang dimainkan, nama JIM masih dicemburui kawan dan lawan.
Sesungguhnya benar JIM yang didaftarkan secara rasmi dalam tahun 1970-an kebanyakannya terdiri daripada bekas aktivits IRC. Namun begitu, ramai juga di kalangan pendokong awalnya terdiri daripada para pelajar lepasan universiti di Timur Tengah, Australia dan Amerika Syarikat. Mereka yang belajar selain daripada di United Kingdom, bukanlah anggota IRC. Namun kesatuan kefahaman dan pemikiran telah menemukan mereka setelah kembali menamatkan pengajian.
IRC juga tidak pernah wujud di mana-mana pun di negara-negara yang menempatkan pelajar Malaysia selain daripada United Kingdom. Sejarah IRC secara rasmi bermula pada April 1975 di Universiti of Sussex, Falmer, Brighton apabila beberapa orang pelajar Malaysia bersetuju untuk menubuhkan persatuan Islam bagi pelajar-pelajar Malaysia yang berada di United Kingdom. Sungguh pelik dan hairan sebagaimana yang dirasai oleh seorang penulis dalam Akhbar Api Mahasiswa penghujung tahun lepas. Bukan sekadar kepelikan yang beliau rasai apabila menimbulkan persoalan bagaimana pelajar jurusan sains dan kedoktoran boleh menguasai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan berminat dengan kepimpinan kampus dalam kesibukan yang mendesak. Seharusnya kepelikan beliau ini akan lebih dahsyat lagi bila mana pelajar-pelajar jurusan sains dan kejuruteraan di luar negara bahkan di negara barat boleh muncul sebagai pejuang Islam semenjak pertengahan 1970-an!
Allah memberikan petunjuk bagi hati yang mencarinya. Itulah yang berlaku kepada peserta kebangkitan Islam terutama yang berada di luar negara. Inilah juga yang telah berlaku di kalangan pelajar Islam Malaysia yang bergiat di dalam IRC ketika di United Kingdom. Tiada siapa menyangka pelajar Islam yang datang daripada negara yang mempunyai agama rasminya Islam boleh
mengenali Islam sebenarnya di negara barat yang diperintah oleh orang kafir. Tiada ibu atau bapa yang menyangka anaknya yang ke luar negara, apatah lagi negara barat, dengan memakai mini skirt atau penampilan ala Elvis Presly, boleh kembali ke tanah air dengan bertudung litup atau berkopiah dan berjubah.
Kemunculan dan peranan yang dimainkan IRC di luar negara bukanlah hanya khayalan penggerak-penggeraknya sahaja. Malahan pengkaji-pengkaji seperti Zainah Anwar dan Muhammad Abu Bakar, turut mengakui peranan besar yang dimainkan oleh pertubuhan ini di United Kingdom sekitar 1970an-1980an. Malahan keluasan pengaruh yang dipamerkan oleh pertubuhan ini telah berupaya membawa satu gelombang besar dalam penghayatan semula Islam di kalangan pelajar muslim Malaysia ketika berada di sana. Tidak sekadar itu, perubahan yang berlaku ketika di luar negara, di bawa bersama ketika kembali ke tanah air dan mahu diterjemahkan bersama masyarakat Islam yang ada di Malaysia pada ketika itu.
JIM dan IRC
Sekembali bekas aktivis IRC ini ke tanah air, kesedaran Islam yang diperolehi ketika belajar di luar negara tidak dilupakan dan ditinggalkan begitu sahaja. Kesedaran yang memberikan kesan mendalam itu menjadikan mereka peka kepada penghayatan Islam di kalangan masyarakat Islam di tanah air. Menjadi tanggungjawab mereka untuk menyeru dan menyedarkan masyarakat Islam di tanah air betapa perlunya kembali menghayati dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian.
Apabila bekas IRC ini kembali ke tanah air, telah wujud dua buah gerakan Islam yang dominan iaitu PAS yang bergerak sebagai sebuah parti politik. Manakala ABIM pula merupakan gerakan Islam yang bersifat Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang ditubuhkan sejak 1971. Merasakan bahawa mereka perlu memainkan peranan, maka bekas aktivis IRC ini telah memutuskan bahawa mereka perlu melibatkan diri dengan kedua-dua buah pertubuhan ini bagi keterlangsungan perjuangan mereka dalam mendaulatkan syariah Allah di tanah air tercinta. Bukan sekadar bekas aktivis IRC, malahan para pelajar lepasan universiti di Timur Tengah, Australia dan Amerika Syarikat yang mempunyai hubungan yang rapat dengan IRC di UK, turut mengambil pendekatan yang sama iaitu bersama memanfaatkan diri untuk memperjuangkan Islam melalui ABIM dan PAS.
Syaitan itu telah memberi jaminan kepada Allah bahawa ia tidak akan berdiam diri terhadap anak Adam. Apatah lagi anak-anak Adam yang memperjuangkan risalah suci dan murni iaitu Islam. Maka api sengketa dinyalakan bagi membakar ikatan silaturrahim dan kesepakatan yang wujud antara mukmin yang memperjuangkan Islam dalam ABIM mahupun PAS. Kehadiran bekas aktivis IRC dan rakan-rakannya dalam ABIM dan juga PAS lama-kelamaan telah menimbulkan rasa curiga di kalangan segelintir ahli ABIM dan juga PAS. Apatah lagi penonjolan yang ketara bekas aktivis IRC dan rakan-rakannya ini dalam kepimpinan sehingga mendapat kepercayaan untuk memegang tampuk pimpinan peringkat tinggi atau pusat dalam khususnya dalam PAS. Bekas aktivis IRC ini dipercayai sengaja memasuki
PAS dan ABIM serta ingin menguasai pertubuhan tersebut untuk bergerak dengan cara mereka sendiri.
Tanpa mahu berpanjangan dalam perselisihan dan menimbulkan lebih banyak kemudharatan, akhirnya bekas aktivis IRC dan rakan-rakannya bersetuju untuk menubuhkan JIM. Memandangkan pengalaman yag ada ketika belajar di luar negara dan merasakan kehadiran mereka releven dengan medan dakwah yang masih banyak lagi terabai di kalangan masyarakat dan pentadbiran negara, maka JIM muncul di persada tanah air bersedia mengharungi perjuangan dan menghadapi cabaran dalam memperjuangkan Islam. Bukan kerana PAS gagal, bukan kerana ABIM tidak berjaya, namun kerana tanggungjawab Islah itu perlu dipikul dengan semampu mungkin maka JIM ingin sama berperanan seperti ABIM dan juga PAS. Masih ramai lagi masyarakat yang terabai. Masih ramai lagi orang Islam yang dahagakan ilmu Islam dan masih ramai lagi yang perlu dikejutkan dan dibangunkan untuk segara menghayati Islam sebenarnya. Inilah tugas JIM yang diyakini oleh pendokongnya mengapa JIM releven untuk muncul di samping ABIM dan PAS.
Pelbagai jawapan diberikan bagi menjawab pelbagai persoalan dan juga tohmahan yang dilemparkan terhadap JIM di atas kemunculannya. Walaupun lebih sedekad berlalu, namun kisah ‘pahit’ ini sesekali muncul dan diungkit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan nakal. Mungkin tidak selesa dengan keharmonian yang telah bertapak dan wujud di kalangan pemimpin PAS, ABIM dan JIM. Usaha-usaha nakal ini sudah pastinya tidak berjaya kerana Allah memberi jaminan tipu daya syaitan itu tidak akan berjaya kepada golongan-golongan yang soleh dan ikhlas dalam berjuang untuk agama-Nya ini (surah al Hijr).
Bagi semua pendokong Islam, setiap insan pasti melakukan kesilapan. Hatta Nabi juga ada yang pernah melakukan kesilapan. Namun di atas kesilapan-kesilapan yang tidak mungkin kita sengajakan, mudah-mudahan kita mendapat pengampunan di sisi Allah. Bak kata Hasan Al Banna, "kerja lebih banyak dari masa yang kita ada". Seharusnya ia menjadi panduan untuk kita bersegera melakukan amal kebajikan dan dakwah dan melupakan sengketa atau perselisihan antara kita kerana golongan kuffar tidak pernah letih atau berputus asa untuk melalai dan menyesatkan kita dari jalan-Nya. Golongan kuffar sentiasa memantapkan gerak kerjanya sedang kita masih lagi dalam mainan tipu daya syaitan yang sentiasa berusaha merungkaikan ikatan persaudaraan kita dalam memperjuangkan agama yang agung ini.
~personally ana berpendapat, isu IRC memang sengaja digunakan oleh musuh2 islam dalam memecahkan perpaduan di antara jemaah islam. untuk mengetahui lebih lanjut, mungkin anda boleh menggunakan khidmat pak cik google kita. dan anda akan nampak isu ini juga digunakan oleh orang yang tidak senang jika sesama kita bersatu tenaga. Wallahua'lam, sebanjang yang ana tahu, isu ini hanya dibangkitkan dari orng yang tidak benar2 berada pada ketika isu itu berlaku dan kebanyakannya hanya tahu dari sumber2 yang difoward dan tidak diketahui siapa asal usul penulisnya atau penceritanya(adakah penulis@pencerita ini thiqah ke x atau boleh dipercayai). Jadi, tokok tambah, pertukaran cerita sebenar, dan kesilapan mentafsir suasana tidak terelak untuk berlaku. Rasanya, tidak perlu ana ceritakan apa disebalik isu ini(alhamdulillah ana personally mendengar apa yg berlaku disebaliknya dari orang yg betul2 terlibat ketika itu). kerana semua tersebut sudah menjadi sejarah. yang penting, kita perlu sedar bahawa musuh2 islam sentiasa mengapi2kn sesama jemaah islam agar kita berpecah. dan mereka tidak pernah jemu2 walaupun perkara ini sudah 25 tahun berlalu.
sedikit sebanyak secara kasar yang ana boleh kongsi dengan sahabat sahabiah dalam forum ni mengenai sejarah beberapa gerakan di malaysia :
1. PAS
- sebuah jemaah Islam yang menggunakan politik sebagai wasilah dakwah bg
mencapai Daulah Islamiyah dengan menekankan aspek-aspek kesyumulan Islam.
- jemaah terawal yang tertubuh di malaysia (kesinambungan drp jemaah Hizbul Mslimin
yg telah diharamkan oleh british pd tahun 1948)
2. ABIM
- wadah belia dan non partisan, lebih menekankan kepada golongan belia dan
profesional.
3. JIM
- sebagai badan berdaftar NGO, gerakan Islam yang menjadikan aktiviti-aktiviti da'wah
dan pembangunan sosial sebagai teras aktivismenya, lebih menekankan kepada
golongan profesioanal.
- dahulu dikenali dengan IRC, banyak bergerak di luar negara (UK).
- sebahagian ahli IRC pernah dihantar memasuki PAS dengan tujuan membina pengarh
dan menarik ahli PAS untuk menyertai IRC (membentuk jemaah dalam jemaah).
4. Hizbut Tahrir
- menolak pilihanraya kerana menyerupai sistem kafir.
- ditubuhkan oleh Taqiudin Nabhani, bekas ahli gerakan Ikhwanul Muslimin, setelah
keluar dari Ikhwanul Muslimin kerana berlaku perbezaan pendapat dlm method
perjuangan.
- sejarah penubuhan setelah Taqiudin tidak bersetuju dengan Hassan Al-Banna yg
ingin melakukan perubahan menerima sistem politik demokrasi dan nasionalisme di
Mesir selagi mana kehidupan syariat Islam berjalan dalam suatu negara. Manakala
Taqiudin berpendapat sebaliknya dengan berpandangan Islam harus ditegakkan
dengan perjuangan bersenjata, militer dan padanya kekalahan umat Islam Mesir
adalah kerana mereka dijajah oleh pemerintahan nasionalisme dan demokrasi.
- taqiudin berpandangan ikhwanul muslimin sudah memasuki lingkaran jahiliyyah
5. Tabligh
- method dakwah adalah khuruj (keluar bermusafir).
- sangat menekankan aspek kerohanian
- menggalakkan amar makruf, kekurangan perlaksanaan dari segi nahi munkar
- berpusat di India dan tokhnya adalah Maulana Ilyas
6. Al-Arqam
- berpegang kepada Aurat Muhammadiah
- penyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan,
penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.
- tokohnya adalah abu shaari, dahulunya bergiat dalam PAS dan keluar dari PAS setelah
berlaku salah faham dan menubuhkan jemaah Al-Arqam
- diharamkan setelah ajarannya melencong dari landasan Islam
- telah dijenamakan semula dengan nama baru, RUFAQA'
7. HALUAN
- sejarah pertubuhannya setelah ABIM berpecah kepada dua kumpulan (kumpulan yang
menyokong DSAI dan kumpulan yang menentang kemasukan DSAI memasuki UMNO
ekoran daripada ijtihad tokoh mereka sebelum ini Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil
keputusan utk memasuki UMNO dengan tujuan ingin membersihkan UMNO.
- golongan yang menentang ini membentuk jemaah lain iaitu HALUAN (dr ABIM PERLIS)
Mengapa berlaku ta'adud jemaah? Secara ringkasnya adalah berlaku kerana 4 perkara :
i). ditubuhkan dengan sebab kesedaran untuk mengembalikan umat kepada kesyumulan Islam dan melaksanakan kefardhuan zaman
(ii). ditubuhkan untuk memberi kekuatan kepada jamaah Islam yang telah ada
(iii). ditubuhkan sbb tidak puas hati terhadap beberapa aspek pada jamaah yang telah ada
(iv). diilhamkan oleh musuh-musuh Islam atau diperalatkan oleh pertubuhan bukan Islam untuk menyanggah dan berhadapan dengan jamaah Islam yang telah ada.
Jemaah mana yg harus dipilih :
- memilih jemaah umum
Apa yang dimaksudkan dengan jemaah umum?
- jemaah yang terawal ditubuhkan DAN yang mengamalkan konsep kesyumulan Islam (meliputi sosial, politik, ekonomi dll serta tidak mensasarkan kepada golongan tertentu tetapi berdakwah pada semua golongan)
Pembahagian jemaah ada dua (2) :
1. jemaah umum
2. jemaah takhasus (khusus)
2. Apa yang dimaksudkan dengan jemaah takhasus?
- Jemaah yang tidak mengamalkan konsep kesyumulan Islam dan berfokus/penekanan kepada satu pengkhususan,aspek.
- sebagai contohnya ; jemaah yang hanya mensasarkan penekanan terhadap terbiyah semata-mata, jemaah yang mensasarkan kepada golongan tertentu semata-mata, dan yg seumpama dengannya.
harapnya perkongsian yang ringkas ini sedikit sebanyak dapt memberi input dan kefahaman yg berguna kepada sahabat sahabiah semua... wallahualam... wassalam
Edited by shoutulizzah on 06.04.2009 02:35
rase xsenang hati bile tgk ada orang dri jemaah lain yg cube menjatuhkan name jemaah lain..
hentikan persengketaan, kepimpinan jemaah masing2 pun xpernah membangkitkan isu ni, ni kan kita yg bru sthun jagung, yg bru mendengar pndapat org2 dr jemaah kite..
x semua kerja dakwah jemaah kita shj boleh tanggung..masin2 ada peranan masing dlam mengakkan Islam..mungkin cara berbeza, tp tujuan tetap sama..
wewr wrote:
Salam
Komen sikit...
Saya suka pandangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam buku Fiqh Daulah, dalam salah satu bab, berkenaan taadud jamaah...Kesimpulan pandangannya, taadud jemaah dibolehkan dan digalakkan, apabila, semua jemaah saling meraikan, dan bertindak atas sikap 'mempelbagai' bukan saling bertentangan. Contoh : 1 jemaah parti politik, 1 jemaah ngo, kedua2 ni bekerjasama, dan saling membantu...supaya dakwah lebih tersebar. parti politik tumpu pada mentadbir masyarakat melalui kerajaan. yang ngo tumpu pada grassroot dan kebajikan atau tarbiyah atau apa saja bidang yang menjadi kekuatan mereka. Jadi, situasi seperti ini dibolehkan, demi matlamat yang satu, iaitu, menambahkan kekuatan Islam itu sendiri.
kan jelas kt sini..yg penting, kite buat kerja kita..usahla terlalu mengesahkan masalah2 kecil yg sebenarnya tiada apa ni..masih byk lg umat Islam di luar sana yg perlu kta phamkan pd mereka Islam yg sbnar..
hentikan perbalahan..BERSATULAH DGN SALING TOLONG-MENOLONG...
tips memilih??pilih yg mana sesuai dgn jiwa kita..asalakan jemaah tuh xmelanggar hukum2 syarak..
ana mungkin tidak terlepas dgn kesalahan tersebut. moga Allah beri petunjuk
sebagai orng yg berdarah muda,apabila melihat kesalahan fakta terutamanya yg menyebabkan pertelingkahan antara satu sama lain, ana cenderung utk menjawab balik apa yg berlaku sebenarnya. tetapi ia satu perkara yg sgt memenatkn dan tidak habis2 spt ingin menjelaskan isu wahabi@salafi pada orng umum. dan sekarang baru sedar hikmah disebalik kenapa golongan2 senior2 dakwah mendiamkan perkara ini.
bagi ana, ana tidak setuju jika isu ini dianggap sebagai perkara kecil kerana ia berkaitan dengan manipulation of history yg membawa perpecahan jika seseorang berfahaman seperti ini.
tetapi kene sedar yg isu ini bukan tugas utama kita, tugas utama kita ialah untuk menyebarkan islam dan mengajak orng kepada islam. biarlah isu sejarah ini dijawab dengan sejarah juga.
~berkenaan isu IRC yg ana post, ana ambil dari laman web JIM berhubung penjelasan tentang isu ini
cuma, dalam kita mengatakan xboleh kerja dengan UMNO..lupakah kita yang mereka itu saudara seislam kita.. xkesahlah, kefahaman mereka macamaner.. mereka tetap saudara kita... siapa kita untuk menilai dan menghina kita... agama ana kurang, pengetahuan anapun lemah.... tapi banyak hadis2 Rasulullah yg titik beratkan persaudaraan Islam..
daripada menghina saudara seislam kita, baik kita doakan mereka.. ana kat UK ini, ok je bekerjasama dgn kelab UMNO..xda masalahpun.. ada yg ikut usrah... sapelah kita nak menilai mereka..iman ana pun xmantap lagi.. fikir pasai dosa seniri lagi baik..
ana moderator... tapi ana bukanlah yg paling berilmu.. tapi Alhamdulillah, dengan ilmu yg sedikit ini.. bolehla ana berkongsi..dan drpd ngutuk saudara seislam.. bekerjasamalah dengan mereka.. bukannya buat bnda kotor dan jahat pun.. bina manusia jugak.. PAS ataupun NGO...
maaflah beremosional.. nak tegurpun biarlah berhikmah... tp dah rasa mantap sngt ilmu di dada xpela...
Macam mana anta dapat menerima UMNO? Agak pelik...Berapa ramai pemimpin UMNO dan pengikutnya jelas menolak Islam.....Apakah dikira masih Islam atau kafir? Check la balik buku akidah dan perkara yang membatalkan iman!!! Rasulullah pesan berwaspada dengan mereka yang melawan dan membenci Islam. Ana tidak mengatakan UMNO itu Islam......
AMARAN MODERATOR: semoga dapat mematuhi etika dan peraturan forum. Anda di larang bercakap tanpa bukti apatah lagi menuduh orang lain sebagai kafir. Elakkan daripada tindakan di ambil ke atas anda. terima kasih
cuma, dalam kita mengatakan xboleh kerja dengan UMNO..lupakah kita yang mereka itu saudara seislam kita.. xkesahlah, kefahaman mereka macamaner.. mereka tetap saudara kita... siapa kita untuk menilai dan menghina kita... agama ana kurang, pengetahuan anapun lemah.... tapi banyak hadis2 Rasulullah yg titik beratkan persaudaraan Islam..
daripada menghina saudara seislam kita, baik kita doakan mereka.. ana kat UK ini, ok je bekerjasama dgn kelab UMNO..xda masalahpun.. ada yg ikut usrah... sapelah kita nak menilai mereka..iman ana pun xmantap lagi.. fikir pasai dosa seniri lagi baik..
ana moderator... tapi ana bukanlah yg paling berilmu.. tapi Alhamdulillah, dengan ilmu yg sedikit ini.. bolehla ana berkongsi..dan drpd ngutuk saudara seislam.. bekerjasamalah dengan mereka.. bukannya buat bnda kotor dan jahat pun.. bina manusia jugak.. PAS ataupun NGO...
maaflah beremosional.. nak tegurpun biarlah berhikmah... tp dah rasa mantap sngt ilmu di dada xpela...
Macam mana anta dapat menerima UMNO? Agak pelik...Berapa ramai pemimpin UMNO dan pengikutnya jelas menolak Islam.....Apakah dikira masih Islam atau kafir? Check la balik buku akidah dan perkara yang membatalkan iman!!! Rasulullah pesan berwaspada dengan mereka yang melawan dan membenci Islam. Ana tidak mengatakan UMNO itu Islam......
mungkin anda juga perlu melihat semula buku aqidah....jgn mudah2 menghukum seseorang itu kafir