"Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini."
Kalendar Hijriah
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Dimulakan dgn nama Allah SWT yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keredhaan Allah hendaknya serta selawat dan salam atas Nabi Muhammad SAW yang kita cintai semoga kita sentiasa kuat ingatan terhadap baginda.
Saya ingin berkongsi kisah sekaligus memberi cadangan kepada para penggiat forum dan sesiapa yang mempunyai inisiatif untuk melakukan sesuatu atas apa yang saya cadangkan sebentar lagi.
Saya kini bekerja di United States of America. Saya berjaya mendapatkan pekerjaan ini atas pertolongan Allah. Saya sangat yakin kerana saya ditolak pada mulanya namun diberi peluang kedua. Saya hanya mampu bersyukur kepada Allah. Hanya 4 orang rakyat Malaysia yang layak mendapatkan pekerjaan ini. Sebagai saintis, kebarangkalian untuk saya mendapatkan pekerjaan ini adalah sangat rendah. Namun Allah mengizinkan jua serta memakbulkan doa saya.
Kisah saya yang sebenar ialah mengenai seorang daripada 4 rakyat Malaysia yang terpilih untuk kerja ini. Seorang perempuan Cina "C". Saya kenal dia sejak dari matrik, sama kuliah tapi kami tak pernah bertegur sapa. Di sini kami jumpa semula. Setelah hampir sebulan setengah kami tinggal serumah, kami menjadi semakin rapat sehingga mampu membincangkan segala topik samada peribadi mahupun tidak.
Suatu malam, ketika kami baru selesai makan malam, dia mengeluarkan pernyataan mengenai TUHAN. Pada mulanya saya tidak mengendahkan perbincangan itu. Rakan sekerja saya yang berasal dari India mengiakan bahawa tuhan mereka ialah lembu dan sebab itu mereka tidak makan lembu. Kemudian, "C" berkata 'Oh, samalah dengan mereka. Mereka tak makan babi sebab tuhan mereka babi' terkedu saya seketika.
Dengan hati yang berdegup laju dan rasa tidak puas hati terus saya menyatakan dan menjelaskan segalanya. Kejadian itu sudah 2 minggu berlalu namun saya tidak mampu melupakannya sebab cuba bayangkan kalau semua orang bukan Islam fikir macam tu. Ya Allah. Syukur saya mampu menjelaskan segalanya.
Saya harap tiada lagi salah faham macam ni. Ya Allah. Alhamdulillah. Cadangan saya untuk semua yang membaca dan berada di Malaysia sana, marilah kita menjelaskan salah faham mereka.
Edited by twee_cute on 04.03.2010 11:11
Penulis tu menceritakan, mula2 kawan india dia berkata, bahawa bagi orang india, mereka tak makan lembu kerana lembu itu tuhan mereka.
Kebetulan kawan penulis seorang lagi, seorang perempuan cina terdengar sedemikian. Lalu menggunakan logik yang sama, dia pula berkata - ooo sebab itu orang Islam tak makan babi, kerana babi itu tuhan orang Islam?
Bagi saya, saya tidaklah menganggap pernyataan perempuan cina tersebut menghina Islam atau menghina Allah, kerana ia berakar umbi dari kejahilan serta dia hanya menggunapakai logik yang digunakan oleh kawan india penulis tersebut in the first place.
Namun dalam kes ini, wajiblah kita/penulis memperbetulkan kefahaman beliau, agar ianya tidak menjadi fitnah sama ada kepada beliau atau kepada orang lain.
Kalau saya di tempat penulis, inshaAllah saya akan jelaskan mengenai babi itu dahulu, kemudian baru mengenai Allah. Mungkin ayat yang sesuai adalah - "Eh tak adalah, kitorang tak makan babi sebab Tuhan larang la, bukan sebab Tuhan itu babi."
Nak lebih meyakinkan, tambah analogi logik sket - "Contohnya sama la macam kita kecik2 mak bapak kita larang kita makan sesuatu. Bukannya mak bapak kita sama dengan sesuatu tu, sebaliknya ia cuma larangan dari diorg."
Selepas tu, baru boleh cucuk sket-sket kot bab Tuhan - "Tuhan bagi orang Islam itu Allah, Dia tak sama dengan apa pun kat dunia ni, dan kita takleh nampak Dia."
Which may lead to further questions from them about Allah and Islam. Which is good, i would say. Sebab kita kena create "demand", baru kita boleh increase "supply". Bila diorang da berminat and start tanya soalan-soalan seperti - "Aiyoh! U all tak nampak Tuhan, macam mana u all sembah dia? Kita olang cina ada tokong kat luar rumah" "Tuhan Islam tak sama dengan apa pun? Habis macam mana u all imagine Dia masa u all sembahyang?" etc etc.
Persoalan-persoalan ini, tidaklah dikira celupar dsb kerana ia datang dari hati yang tulus atas dasar ingin tahu dan minat. Dan inshaAllah, dengan jawapan yang memuaskan logik diorang, diorang akan lebih faham terhadap Islam.
Tu kalau berkemampuan dan ada effort lah untuk berdakwah. Kalau masih ragu-ragu lagi dengan level ilmu, keyakinan dsb, maka cukuplah sekadar membersihkan salah faham yang ada pada mereka.
Wallahua'lam. Sekadar pendapat dan pandangan peribadi.
owh. 'mereka' tu die cakap kt orang islam ke. ok2. baru paham.
ye. aku setuju ngn leokid. kt x perlu melatah sangat. bukan niat die untuk menghine. tp pemikiran logic die mase tu menyebabkan die deduce yg sedemikian.
bagus die cakap depan ko dar die sorok2. at least she's honest about it. bukan untuk memburukkan islam.
ya.. for me it is a problem.. sebab i don't know berapa ramai lg org bukan islam yang mungkin tak faham smua tu.. Alhamdulillah saya dah explain kat si C tu n dia pun ada tanya macam2 tapi mungkin dia xdapat hidayah lg. tapi apa yang saya ingin sampaikan kat sini ialah it's big tentang salah faham ini.
Em'm, saya setuju dengan concern yang dibawa oleh twee_cute ini. Tahniah kerana membawakan perbincangan sebegini di iluvislam.
Tidak dinafikan, memang banyak salah faham dalam kalangan masyarakat bukan Islam, terhadap Islam. Ada antara salah faham tersebut, berasal dari kejahilan atau atas dasar tidak tahu. Ada juga salah faham yang sengaja ditimbulkan untuk mengelirukan masyarakat dunia sebagai satu bentuk serangan terhadap Islam. Ada juga salah faham tersebut, yang ditimbulkan/disebabkan oleh umat Islam itu sendiri sama ada sedar atau tidak.
Pun begitu, walau dari mana pun asal-usul salah faham tersebut, kita umat Islam kena ada common ground dalam menghadapi tanggapan dan salah faham mereka tersebut. Sering saya sebutkan, bahawa kita tidak dapat mengawal apa yang mereka fikirkan/lakukan, tetapi kita dapat mengawal bagaimana cara kita bereaksi apabila berhadapan dengan mereka.
Antara common ground yang dapat saya fikirkan adalah:
1. Jangan melatah.
Salah faham dalam kalangan masyarakat bukan Islam ini, memang banyak. Sesetengahnya memang membuatkan kita rasa terganggu, offended dsb. Contohnya, salah faham oleh rakan twee_cute itu, yang pada menyangkakan tuhan bagi umat Islam itu adalah babi. Banyak juga, saya pernah mendengar salah faham yang agak sensitif dan offending ini. Salah satunya yang saya pernah dengar (mungkin agak censored sikit), "Lelaki Islam ini anunya semuanya kontot2, kerana telah berkhatan!" Disturbing, kan?
Tapi macam Rasulullah sebutlah, gagahnya seorang lelaki bukan kerana kekuatannya bergusti, tetapi pada keupayaannya mengawal diri dari marah.
Sesetengah mereka, gemar memprovok. Sengaja mengapi-apikan dan membuat kita marah. Dalam kes ini, kita kena bersabar lah. Orang putih kata, "Don't stood down to their level" (bro xlandiablox boleh betulkan kot grammar kalau silap, hehe).
2. Jangan judge niat mereka.
Ada sesentengah tu, bila ditanyakan soalan yang provocative, membalas atau memandang sinis akan persoalan tersebut. "Ala dia tu saja je tanya nak provoke, bukan betul2 nak tahu pun."
Bagi kita, kita kena treat diorang sama. Kalau betul dia sengaja nak provoke pun, kita layan elok2. Kalau betul dia jujur nak tahu, kita pun layan elok2 jugak.
Walaupun kadang2 ayat yang diorang gunakan tu, memang betul pun ayat provoke. "Korang kata kami bodoh sembah tokong, korang lagi bodoh sembah kotak batu kat arab" (contoh ayat yang provoke). Kita jangan la sama2 hangin dengan diorang. Mula2, minta maaf dulu kat dia, on behalf muslim mana yang kata diorang bodoh tu. Kemudiannya, baru explain konsep kaabah dalam Islam.
Diorang dapat terima ke tak, kita jangan persoalkan. Bagi kita, kita cuma menyampaikan. Diorang nak dapat hidayah ke tidak, biar Allah yang tentukan.
3. Jangan memandai-mandai.
Ya, kita ni bukan muslim yang perfect, tahu semuanya. Tambah2 kalau kita ni bukan ahli dalam bidang2 agama ini. Jika ditanyakan soalan-soalan yang kita tidak tahu, maka sewajarnya lah kita mengakui yang kita tidak tahu. There's no shame in admitting what we don't know.
As a matter of fact, pengakuan kita tersebut juga memberi gambaran bahawa umat Islam itu jujur. Kita tidak memandai2 memberikan jawapan mengikut agak kita je.
Pun begitu, janganlah pula tinggalkan persoalan individu tersebut tergantung tanpa jawapan. Rujuklah ustaz atau mereka yang lebih mengetahui, dan setelah mendapat jawapan baru kita olah agar dapat disampaikan kepada individu tersebut dengan seringkas dan seoptimum mungkin dengan kefahamannya.
4. Jangan merendah-rendahkan @ offend agama mereka.
Kadang2, kita ni bersemangat sangat nak cerita macam2 sampai tak sedar yang kita offend agama mereka. Contohnya, macam persoalan rakan twee_cute itu, kalau kita menjawab yang "eh taklah, takkanlah babi tu tuhan kitorang, u all orang cina sembelih pun dia tak melawan. takkan binatang jadi tuhan". Dalam tak sedar, kita dah offend rakan twee_cute yang beragama Hindu tersebut.
Hormat agama orang lain. Kita tidak disuruh mengakui @ mempercayai agama mereka, tapi kita disuruh menghormati agama mereka. Dalilnya, rujuk surah al-an'am ayat 108. Begitu juga dengan surah Al-Kafirun.
Jalan yang baik, adalah dengan menceritakan mengenai Islam, cukup. Tak perlu nak banding-bandingkan dengan agama2 lain. Kalau nak sentuh mengenai agama lain juga, perlulah berhati-hati dan "berlapik".
==================================
Contoh-contoh beberapa salah faham terhadap Islam. Jom kita sama2 cuba fikir, apa yang akan kita jawab/terangkan untuk menjelaskan salah faham ini:
- Umat Islam sembah Kaabah?
- Nabi Muhammad itu Pedophile?
- Lelaki umat islam itu gila seks, sebab boleh kahwin empat?
- Umat islam menyekat kebebasan wanita (aurat, hijab, niqab dsb)?
- Umat islam membenci kafir, kalau jumpa orang kafir kat mana je kena bunuh mereka (rujuk surah taubah ayat 5), kalau jumpa kena pancung mereka (rujuk surah muhammad ayat 4)
serta pelbagai lagi.
Sekian, sekadar buah fikiran dari saya. Wallahua'lam. Wassalam.