Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya."
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
View Thread
Menu Forum | Slot Diskusi Umum | Dakwah | Peraturan & Etika Forum | My Forum | My Reply | Testimonal
Sila Search Dahulu Sebelum Memulakan Thread Baru:
Page 1 of 6 1 2 3 4 > >>

Author
Idea Lakonan Islami 1 of 60

mfrstudio

New Explorer

Posts: 248
Joined: 13.06.08
Status: Offline
Posted on 04.07.2009 10:12  Peraturan & Etika Forum
salam.

saya rasa ada pentingnya dibincangkan idea-idea yang anda harapkan diaplikasi dalam drama atau filem sebagai mengikut garis panduan berlakon secara islami.

saya tertarik nak bawa thread ini apabila terbaca idea bersalam bukan mahram dalam drama boleh diubah dengan bersalam berlapik tudung.

pertamanya, fatwa paling ringan yang dikemukakan oleh Dr Yusuf alQardawi adalah keharusan dalam keadaan kita tidak mahu atau merancang untuk bersalam tanpa lapik. Masalahnya, sama ada berlapik atau tak berlapik ia adalah sentuhan anggota jasad bukan mahram yang haram hukumnya berlaku pada dua insan bukan mahram.

Jika salam berlapik halal , maka ramasan bola dada berlapik juga halal. pelukan berlapik baju tebal juga boleh jadi halal, sebab kulit tak bersentuh kulit, yang berlaku adalah baju tebal lelaki bersentuh baju tebal wanita saja. Tapi ini salah.

Apabila anda diberi peluang mengarah lakonan, atau membina skrip, jika anda merancang untuk dua pelakon bukan mahram bersalam dengan berlapik ia juga salah.

soalnya, idea lakonan islami tak sebodoh itu untuk menggambarkan mesej. Lakonan islami boleh berlaku tanpa ada satu pun adegan bersalam tetapi masih akan timbul mesej dan pengetahuan buat para penonton bahawa dua pelakon bukan mahram itu sedang menghormati satu sama lain.

mari saya berikan idea islaminya. jawapannya TUNDUK PANDANGAN.

Dalam drama korea atau jepun, pelakon wanita dan lelakinya sering bermalu-malu untuk bersentuh dan mereka menunjukkan tanda hormat mereka dengan budaya mereka iaitu merendahkan badan atau membongkok hormat atau hanya mengangguk kepala. (abaikan aksi luar norma)

Masih, drama jepun dan korea berjaya menyampaikan mesej bahawa dua watak itu sedang menghormati atau memberi hormat pada satu sama lain.

Bolehkah penonton faham jika watak lelaki dan perempuan bukan mahram menundukkan pandangan antara satu sama lain, akan dikira sebagai hormat? BOLEH.

penonton boleh faham, malah menundukkan pandangan memang adalah budaya islami.

Jadi bagaimana mahu menggambarkan budaya islam akan bersalaman pula? Buatlah dua watak sama jantina, dan tunjukkan aksi bersalam, maka penonton akan faham, dalam islam ada amalan bersalam. Ataupun watak anak perempuan dan ayah yang di luar set juga memang ada hubungan anak perempuan dan ayah, maka mereka tentulah halal bersalam di luar set, mahupun di waktu pengambaran.

Lihat, mudah bukan untuk mentiadakan aksi bersalam dan bersentuhan lelaki dan perempuan bukan mahram?

Sila kongsikan idea-idea lakonan islami anda yang lain bagi menggantikan aksi mungkar yang diamalkan dewasa ini dalam produksi umat islam di malaysia dalam bidang lakonan di thread ini.

terima kasih.
http://contengmfr.blogspot.com/ Send Private Message
Author
RE: Idea Lakonan Islami 2 of 60

Nisa_88

Einstein Jr

Posts: 3509
Location: Malaysia
Joined: 20.02.08
Status: Offline
Posted on 04.07.2009 11:11  Peraturan & Etika Forum
assalamualaikum kawan2..

Hurmm.. Kalo saya jadi pengarah drama atau filem.. Jika saya mahu scene suami isteri bersalaman atau si suami mencium dahi si isteri, nampaknya, saya kena menyunting pelakon lelaki dan perempuan yang sememangnya sah ada ikatan suami isteri di luar set. Kalo gitu, saya nak pi sunting Wardina dengan suami beliau.. Hehe.. Nak ke suami dia?
Boleh ke suami dia berlakon? Kalo suami dia taknak, ntah bila saya bleh jumpa 2 pelakon yang adalah pasangan suami isteri di luar set. Bila nak siap drama or filem saya tu, kalo gitu? Seterusnya, akan timbul persoalan ini:
Hukum Suami Isteri Bermesra DiKhalayak Ramai

Sesaja nak quote taipan najmi dari sana:

xNajmiEx wrote:
Salam..

Skati aku la nk cium bini aku ke x kt khalayak ramai!!
Haha..Gurau2..
Seelok2 nya tidak dilakukan di khalayak rmai. Sbb mgkin boleh menimbulkn fitnah.Ape salah bwat ke umah jer???

Kalo sume dah tau diaorang suami isteri n nak berlakon camtu.. Takpe la ya?

Cadangan saya:

Analogi: Nak wujudkan babak suami isteri bersalaman, atau si suami mencium dahi si isteri.

Solusi: Guna pelakon kanak2.

Contoh:

Papa: Aidil.. Papa nak pi keje dah ni.. Tadi, mama dah salam papa.. Aidil taknak salam papa? Papa pun dah cium dahi mama, meh sini.. Papa nak cium Aidil..

Aidil: Nak.. Nak.. Muah! Muah! Muah!

Kuikuikui... Ehem.. Kang, nanti timbul pulak persoalan camni,”Apa hukum kita membayangkan pelakon lelaki, perempuan [bukan suami isteri di luar set] bersalaman dan bercium dahi?”

P/s: Bertuah la kalo jumpa ayah cam papa Aidil tu..
koryu_akane_88@yahoo.com.my Send Private Message
Author
RE: Idea Lakonan Islami 3 of 60

mfrstudio

New Explorer

Posts: 248
Joined: 13.06.08
Status: Offline
Posted on 04.07.2009 12:10  Peraturan & Etika Forum
Nisa_88 wrote:
assalamualaikum kawan2..

Hurmm.. Kalo saya jadi pengarah drama atau filem.. Jika saya mahu scene suami isteri bersalaman atau si suami mencium dahi si isteri, nampaknya, saya kena menyunting pelakon lelaki dan perempuan yang sememangnya sah ada ikatan suami isteri di luar set. Kalo gitu, saya nak pi sunting Wardina dengan suami beliau.. Hehe.. Nak ke suami dia?
Boleh ke suami dia berlakon? Kalo suami dia taknak, ntah bila saya bleh jumpa 2 pelakon yang adalah pasangan suami isteri di luar set. Bila nak siap drama or filem saya tu, kalo gitu? Seterusnya, akan timbul persoalan ini:
Hukum Suami Isteri Bermesra DiKhalayak Ramai

Sesaja nak quote taipan najmi dari sana:

xNajmiEx wrote:
Salam..

Skati aku la nk cium bini aku ke x kt khalayak ramai!!
Haha..Gurau2..
Seelok2 nya tidak dilakukan di khalayak rmai. Sbb mgkin boleh menimbulkn fitnah.Ape salah bwat ke umah jer???

Kalo sume dah tau diaorang suami isteri n nak berlakon camtu.. Takpe la ya?

Cadangan saya:

Analogi: Nak wujudkan babak suami isteri bersalaman, atau si suami mencium dahi si isteri.

Solusi: Guna pelakon kanak2.

Contoh:

Papa: Aidil.. Papa nak pi keje dah ni.. Tadi, mama dah salam papa.. Aidil taknak salam papa? Papa pun dah cium dahi mama, meh sini.. Papa nak cium Aidil..

Aidil: Nak.. Nak.. Muah! Muah! Muah!

Kuikuikui... Ehem.. Kang, nanti timbul pulak persoalan camni,”Apa hukum kita membayangkan pelakon lelaki, perempuan [bukan suami isteri di luar set] bersalaman dan bercium dahi?”

P/s: Bertuah la kalo jumpa ayah cam papa Aidil tu..


kasihan. sebelum kita fikir macam mana nak buat aksi cium bercium kita kena tahu dulu apa mesej yang kita nak bawa.

seperti isu awal saya letak tentang bersalam. mesej bersalam adalah penghormatan, maka saya telah cadangkan aksi tunduk pandangan menggantikan aksi bersalam.

jadi ape kejadah pula halnya aksi bercium ini. apa mesej yang dapat saya fikirkan adalah mesej kemesraan.

apakah kemesraan suami isteri hanya cium bercium? dangkal dan cetek sekali idea itu. para pejuang lakonan islami sangat kreatif dan bijak, maka mereka tak bergelak ketawa dan bersenda-senda akan hukum syarak hingga memperlekehkan aksi suami isteri yang tak ada ciuman dengan berkata, "boleh ke saya dapat suami isteri berlakon dalam satu masa, dan apa hukum pula suami isteri bermesra di khalayak ramai?" ini soalan pemuka-pemuka liberal yang mahu melemahkan semangat islami kita.

bagi para pejuang islam, mereka sangat bijak. kemesraan suami isteri boleh ditonjolkan dengan hanya aksi menuangkan minuman buat suami dan aksi minum guna cawan sama yang suami minum.

adakah penonton boleh faham kemesraan itu dengan aksi sebegitu? ya, boleh.

dan apa perlu nak tunjuk terang-terang aktiviti suami isteri dalam dunia realiti? adakah wujud keperluan di situ dalam lakonan islami? tak wujud langsung.

antara aktiviti suami isteri mengikut sunnah rasulullah termasuk,

bersenggama bawah selimut
mandi bersama
bergurau senda sebelum berjimak

semua ini tak ada keperluan nak tunjuk, dan sudah ramai pengarah filem barat sendiri sudah mula meninggalkan aksi lucah dalam filem kemesraan mereka.

saya cadangkan aksi kemesraan suami isteri boleh ditunjuk seperti:

menuang minuman untuk suami
minum guna cawan yang sama
mengejut tahajjud

dan lain-lain aksi yang boleh menunjukkan kemesraan suami isteri.

penggunaan kamera yang baik perlu di sini, para pelakon bukan mahram tak ada keperluan untuk berada pada jarak dekat. permainan kamera yang kreatif boleh membantu menyampaikan mesej bahawa suami isteri itu sangat mesra. itu sudah cukup.

hanya pemuka-pemuka liberal yang kontang kekreatifan saja yang mempermain-mainkan kehendak agama dan cuba nak mewajarkan tindakan mereka melanggar hukum agama konon dengan alasan "itu saja cara untuk menghayati lakonan dan skrip".

bagi pemuka-pemuka liberal yang menafikan kehendak agama sebagai aturan yang baik, kalau anda tak boleh fikir secara kreatif untuk ikut kehendak agama, tak payah terjun dalam dunia lakonan. dunia lakonan untuk orang kreatif saja iaitu pejuang-pejuang islam yang berfikir kaedah kreatif menyampai mesej tetapi masih tunduk pada aturan syarak. dunia lakonan bukan untuk orang tak kreatif, nak buat lakonan suami isteri, dihalalkan bukan mahram berlakon beraksi sebagai suami isteri, bercium berpeluk, dan penonton pun hanya mengangguk setuju. kepala tak kreatif itu campak saja di sungai buat makanan buaya.
http://contengmfr.blogspot.com/ Send Private Message
Author
RE: Idea Lakonan Islami 4 of 60

mfrstudio

New Explorer

Posts: 248
Joined: 13.06.08
Status: Offline
Posted on 04.07.2009 12:32  Peraturan & Etika Forum
iqbal86 wrote:
aku teringin nak buat cerita politik malaysia...

kisah Mahathir ke..

kisah Anwar ke..

dan mereka2 yang mempunyai pengaruh dan pengalaman dalam perjuangan kat malaysia nih..

agak2 ada org nak tgk tak ? hehe..


ha, ini baru idea bernas sebuah filem.

filem biografi dah banyak berjaya. sedihnya orang barat yang tak islam yang tolong buatkan.

contoh antara pejuang islami yang difilemkan dan sangat mendapat sambutan adalah:

omar mokhtar
malcolm X
muhammad ali

dan filem pejuang revolusi yang saya kira sangat baik penceritaannya adalah

che guevara

atau Che part 1 dan Che part 2.

saya kira filem biografi dan kisah hidup tokoh adalah keperluan dan kepentingan filem itu sendiri. kalau baca buku sejarah, susah nak gambarkan suasana.

saya setuju filem mahathir atau anwar ibrahim.

malah banyak lagi tokoh di malaysia yang boleh difilemkan termasuk pejuang-pejuang kemerdekaan masa zaman british lagi. kisah mereka sangat menarik untuk difilemkan.
http://contengmfr.blogspot.com/ Send Private Message
Author
RE: Idea Lakonan Islami 5 of 60

iqbal86

Einstein Jr

Posts: 2868
Location: Malaysia
Joined: 03.05.08
Status: Offline
Posted on 04.07.2009 12:57  Peraturan & Etika Forum
hehe..smpat quote eh..aku dah delete sbb ingt tak sesuai letak kat ruangan nih..

tapi tu la..aku tgk kat youtube, byk pengarah2 muda yang berbakat..karya2 diorg berjaya menarik perhatian aku, walaupun pada mulanya aku tak minat sejarah..tapi aku boleh jadi suka plak..

m_iqbal_idham http://iqbal86.blogspot.com Send Private Message
Author
RE: Idea Lakonan Islami 6 of 60

mfrstudio

New Explorer

Posts: 248
Joined: 13.06.08
Status: Offline
Posted on 04.07.2009 13:06  Peraturan & Etika Forum
iqbal86 wrote:
hehe..smpat quote eh..aku dah delete sbb ingt tak sesuai letak kat ruangan nih..

tapi tu la..aku tgk kat youtube, byk pengarah2 muda yang berbakat..karya2 diorg berjaya menarik perhatian aku, walaupun pada mulanya aku tak minat sejarah..tapi aku boleh jadi suka plak..



sesuai sangat untuk thread ini. sebab idea lakonan islami juga memerlukan cerita yang islami.

ada orang pecah kepala nak fikir macam mana nak tunjuk watak perempuan pelacur sedang dirogol. sebelum dia pecah kepala nak fikir aksi mereng itu untuk diislamikan, perlulah difikirkan cerita apa yang islam galak tonjolkan.

adakah cerita tentang kemungkaran masyarakat? nak tunjuk pelacur kena rogol, memanglah susah nak tutup aurat watak itu dan memanglah susah nak islamkan aksi itu. Pasal islam tak ada keperluan malah tak menggalakkan kemungkaran diheboh-hebohkan pun. sebab dalam islam , kita percaya kalau dibanyaksumbatkan aksi mungkar, maka aksi mungkar itulah akan banyak dalam realiti.

filem sejarah adalah contoh filem yang baik dan banyak idea islami boleh diterapkan. watak-watak kafir perempuan boleh ditiadakan pun tak apa, hanya fokus kepada aksi tokoh saja.

highlightkan kebaikan lebih dari kejahatan dalam mesej filem. itu sudah baik. adegan pertempuran sekarang dah banyak pakai komputer.
http://contengmfr.blogspot.com/ Send Private Message
Author
RE: Idea Lakonan Islami 7 of 60

akrimimathwa

Einstein Jr

Posts: 2988
Location: Malaysia
Joined: 07.11.08
Status: Offline
Posted on 04.07.2009 13:08  Peraturan & Etika Forum
salam

wah saudara mfrstudio, satu thread yang bagus. Ini adalah idea yang boleh digunakan pengarah indie kalaupun taknak diguna pakai oleh pengarah2 komersial.

saya selalu menyebut, bahawa saya sgt suka kan filem Kiamat Sudah Dekat sebagai satu contoh filem islami yang bagus. tanpa ada adegan2 sentuh2, atau2adegan romantis a.k.a kemesraan yang nyata, cuma impliedly kita boleh mengesan scene tersebut.

saya suka juga idea saudara berkenaan dengan tunduk pandangan dan mennjukkan kemesraan dengan perkara yang 'nampak tapi tak nampak'.

Kalau dari segi Sejarah, saya memang sgt bersetuju dengan idea Iqbal sebagai salah satu cabang filem islami. Kita ada juga Leftenan Adnan, sudah cukup bagus, namun kita menantikan filem yang lebih terperinci lagi, dari segi penyuntingan dan sebagainya.

(sebenarnya ada sesuatu nak dicoretkan, tapi tak tau nak mula dari mana, jadi saya mengulas ajalah apa2 yg kalian tulis, sementara tunggu idea datang^^)

p/s:adakah filem syukur 21 adalah satu filem islami yang baik?
islam true life www.akrimimathwa172.blogspot.com Send Private Message
Author
RE: Idea Lakonan Islami 8 of 60

Nisa_88

Einstein Jr

Posts: 3509
Location: Malaysia
Joined: 20.02.08
Status: Offline
Posted on 04.07.2009 13:38  Peraturan & Etika Forum
assalamualaikum kawan2..

Malas dah nak quote.. 'Kasihan'? Haih~ Tak penah2 pulak, bila saya tanyakan soklan bodoh kat naqibah saya dia cakap gitu. Malah dia senyum lantas bagi penjelasan. Satu pendekatan dakwah yang sangat berkesan saya rasa.. Camni la cara nak tarik perhatian orang yang tak islamik cam saya. Bukan bagi senyuman sinis dan tujahan kutukan, kritikan yang langsung tak membina..

Saudara.. Tak perlu kot nak kutuk orang tak kreatif. Kekreatifan tu boleh diasah, Allah yang bagi. Lagi kata orang liberal.. Haih~ Kalo gitu, boleh ka nak cakap, saya ternampak ada orang yang sangat extreme kat sini, terlampau jumud. Metsilah takleh.. Nak cakap kena pikir hati dan perasaan orang lain.. Keterangan tadi hanya contoh semata2. Harap maklum.

Yang bab mesra alam suami isteri tuh. Dah tu yang saya tengok kat sekeliling, so saya kemukakan la.. Mana nak tau.. Terasa tu pun salah satu kemesraan yang anak2 suka tengok.. "Sayangnya abah kat mama.."

Dari idea yang cetek, dan dangkal inilah, saudara terkemukakan kat sini idea2 mesra
yang mantap.. Hohoho..

Saya teringin nak tengok drama atau filem Islami, yang mengetengahkan Cara Berdakwah. Apa ya? Guna bahasa yang lembut, jaga perasaan orang lain,
tak terlalu rigid maybe..

Taknak dah post sini.. Hehe.. Bagi laluan kat orang2 kreatif ja.. hehehe
Yupp, senyap tu lagi baik ek? Happy berdiskus.. Moga bercambah kebaikan, insyaallah..
Moga kalian disayang Allah sentiasa, insyaallah..gembira

koryu_akane_88@yahoo.com.my Send Private Message
Author
RE: Idea Lakonan Islami 9 of 60

Abu Hurairah

The Master

Posts: 5652
Location: Malaysia
Joined: 28.04.08
Status: Offline
Posted on 04.07.2009 14:53  Peraturan & Etika Forum
Antara babak2 yg ana nak tgk dlm filem Islamik.

babak hormat menghormati sesama jiran tetangga yg boleh diekspresikan dalam pelbagai cara,

babak seorang pemuda menjaga ikhtilat dgn wanita dlm keadaan berkerja satu pejabat/belajar satu kelas (tunduk pandangan dlm erti kata realistik, bukan tunduk sampai terlanggar dinding etc),

babak bas hanya utk lelaki dan bas hanya utk wanita (
Perempuan Naik Bas Berhimpit: Apa Pandangan Anda
),

pendek kata, babak manusia (ghuroba' barangkali) yg hidup memperjuang sunnah di tgh2 arus kemodenan.

Oh ya, ana peminat drama/kartun jepun..kebanyakannya mmg menarik walau tanpa babak mesra pasangan kekasih, cukuplah semangat setiakawan yg utuh, dah boleh menyentuh rasa (contohnya kartun One Piece).

Sedikit idea/lontaran tak seberapa drp ana. Wallahua'lam.
http://hariaruhuba.blogspot.com/ Send Private Message
Author
RE: Idea Lakonan Islami 10 of 60

akrimimathwa

Einstein Jr

Posts: 2988
Location: Malaysia
Joined: 07.11.08
Status: Offline
Posted on 04.07.2009 15:01  Peraturan & Etika Forum
....tambahan dari post atas tadi.

saya mahu melihat suasana kekeluargaan yang harmoni, bukan adik beradik berpecah belah berebutkan harta pusaka. Menghormati mak dengan ayah.

abu hurairah suka tgk kartun jepun, saya pulak suka tgk drama korea. antara yg saya suka tgk, amalan makan bersama, menghormati datuk nenek mereka, menghormati jantina lain. saya mau tgk benda tu wujud dalam filem kita(bukan macamn gubra dan seumpama dengannya)

saya suka filem kita ada unsur2 macam ni. harmoni sangat^^

islam true life www.akrimimathwa172.blogspot.com Send Private Message
Page 1 of 6 1 2 3 4 > >>





Jump to Forum: