"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
Kalendar Hijriah
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Sdr leokid, Saya sebagai seorang Islam yang belajar jadi MUKMIN,
saya tiada TAULIAH dan tiada kelayakan ijazah seperti sdr.
saya tidak perlu menjawab semua yang dipersoalkan,
kerana memang saya tiada kelayakan yang setanding dan tidak ditauliah untuk itu.
kerana saya tidak berhukum, melainkan saya menyampakan pendapat saya berpandukan rujukan.
saya pun tidak minta untuk dihurmati oleh netters atau sesiapapun didalam laman ini atau diluar.
Yang mustahak mereka 'yang ahli' dalam seharusnya memberi jawapan lebih awal dan tidak menjadikan semakin ramai orang atau harus termasuk saya menyatakan yang tidak sepatutnya.
Kerana, terdapat 'statement' yang harus membawa jauh dari yang seharusnya bagi seorang Muslim. Ini bukan 'satu topik' sahaja dalam ehwal yang sama.
leokid wrote:
Maaflah, kerana saya melihat satu sikap yang tidak berapa disenangi terutamanya pada golongan muda, yang ditunjukkan oleh saudara dalam perbincangan ini. Out of respect kepada saudara yunusbhai kerana ilmunya dan pengalamannya dan usianya yang lebih daripada saya, maka saya dengan hormatnya mengajukan persoalan-persoalan ini atas tujuan menegur saudara, serta memohon agar persoalan utama thread ini (status harus/haram penggunaan kaedah merancang keluarga) diserahkan kepada ahlinya iaitu majlis fatwa, para ustaz/alim ulama' setempat, ataupun dalam kes di iluvislam ini, para moderator agama iluvislam.
Sdr boleh tegur saya, tiadalah menjadi kegusaran kerana itu hak sesiapa juga yang membaca tulisan saya.
namun sdr juga harus mempunyai keadilan menjaga netters dari memberikan pendapat-pendapat yang mempersenda Islam secara sengaja atau tidak sengaja, sedangkan nama web ini sendiri harus menjaga kepentingan Islam.
Apabila menyedari ramai anak-anak muda menyertai laman ini, tidak bermakna kita memberi mereka peluang sehingga bercakap menurut kesuakana budaya mereka sehingga dibiarkan anak-anak muda digunakan oleh 'anasir' bagi mempersenda Islam dan tidak dikawal.
NOTA:
lama saya tidak mahu menjengah bahagian TANYA USTADZ kerana itu tanggungjawab yang dipertanggungjawab. Sdr, harus perhatikan,
ini DALAM EHWAL 'KESIHATAN' dan bukan pertanyaan kepada USTADZ.
Allahu a'lam.
ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.
Edited by yunusbhai on 27.11.2009 00:08
Author
RE: Pil Perancang Keluarga : Kongsikan Kebaikan Dan Keburukannya
yunusbhai wrote:
Sdr leokid, Saya sebagai seorang Islam yang belajar jadi MUKMIN,
saya tiada TAULIAH dan tiada kelayakan ijazah seperti sdr.
Oh perlu diperbetulkan, bahawa saya juga tiada tauliah mahupun kelayakan ijazah, sama seperti kebanyakan remaja yang melawati laman ini.
Sungguhpun saya mempunyai secebis ilmu dalam bidang perubatan, saya memilih untuk menahan pendapat saya dari dikeluarkan sekaligus menambah kekeliruan kepada ahli awam, kerana saya tahu adanya orang lebih layak dalam bidang tersebut (saudara dr. khairoljambli) untuk mengulas.
Dan saya rasa saudara yunusbhai seharusnya juga patut menahan dari mengeluarkan pendapat saudara seterusnya mencetuskan kekeliruan pada ahli awam, memandangkan ada orang yang lebih layak mengulas dari sudut tersebut di laman web ini iaitu para moderator agama.
NOTA: Sdr, harus perhatikan,
ini DALAM EHWAL 'KESIHATAN' dan bukan pertanyaan kepada USTADZ.
Telah saya perhatikan sedari awal, sebab itu saya mengambil ikhtiar menegur saudara yunusbhai. Kerana sepanjang sedari awal perbincangan ini, saya melihat ahli-ahli membincangkan kesan pil perancang dari sudut kesihatan.
Cuma saudara yang tiba-tiba menerjah membawa isu hukum dan pendapat agama. Maaflah, tetapi saya rasa dalam hal ini saudara bertindak zalim (tidak kena pada tempatnya), kerana seharusnya thread ini adalah untuk membincangkan dari sudut kesihatan mengenai pil perancang, bukannya untuk membincangkan harus/haram dari sudut agama.
Saya sangka dan berhusnul zhon setelah dibawakan fatwa dan penjelasan dari Dr. Khairoljambli mengenai keharusan perancangan keluarga, maka saudara akan berlapang dada dan mengelak dari mengelirukan ahli-ahli lain. Namun saudara terus-terusan pula memandu perbincangan "kesihatan" ini atas landasan "agama", maka atas dasar itu saya tampil menegur, walaupun saya boleh sahaja berdiam diri sebagaimana saya berdiam diri sebelumnya terhadap thread ini.
Saya menjadi gusar pula, apabila saudara membawakan pendapat "mempersenda agama", adakah dengan mengatakan bersetuju dan harus merancang keluarga itu maka dikatakan "mempersenda agama"? Bukankah telah difatwakan mengenai keharusan merancang keluarga ini, sebagaimana yang dibawa oleh Dr. Khairoljambli. Justeru itu adakah saudara juga mencadangkan fatwa-fatwa tersebut sebagai fatwa yang "mempersenda agama" juga? Astaghfirullah.
Sekian dari saya, wassalam.
Author
RE: Pil Perancang Keluarga : Kongsikan Kebaikan Dan Keburukannya
Aku rasa perbincangan korang ni makin hangit..
Pendapat anta semua mmg bagus..setiap kata2 membawa maksud dan jalan yang betul..cuma mungkin tergelincir sikit je..apa2 pun ilmu yg anta semua ada memang elok dikongsi bersama..
Kita tggu pihak yang lebih berkelayakan utk menjawab ..jgn rungsing2..semua boleh dibereskan..
Author
RE: Pil Perancang Keluarga : Kongsikan Kebaikan Dan Keburukannya
Dan saya rasa saudara yunusbhai seharusnya juga patut menahan dari mengeluarkan pendapat saudara seterusnya mencetuskan kekeliruan pada ahli awam, memandangkan ada orang yang lebih layak mengulas dari sudut tersebut di laman web ini iaitu para moderator agama.
NOTA: Sdr, harus perhatikan,
ini DALAM EHWAL 'KESIHATAN' dan bukan pertanyaan kepada USTADZ.
Telah saya perhatikan sedari awal, sebab itu saya mengambil ikhtiar menegur saudara yunusbhai. Kerana sepanjang sedari awal perbincangan ini, saya melihat ahli-ahli membincangkan kesan pil perancang dari sudut kesihatan.
Cuma saudara yang tiba-tiba menerjah membawa isu hukum dan pendapat agama. Maaflah, tetapi saya rasa dalam hal ini saudara bertindak zalim (tidak kena pada tempatnya), kerana seharusnya thread ini adalah untuk membincangkan dari sudut kesihatan mengenai pil perancang, bukannya untuk membincangkan harus/haram dari sudut agama.
.
Tidak mengapa,
saya tidak berhasrat memanjangkannya.
harus juga ada kebenaran pemerhatian sdr, cuma atas sifat pemerhatian saya apabila terdapat sesuatu yang harus 'kurang' sedap didengar dari sudut agama, demikian itu saya merasakan patut utnuk di tunaikan haknya.
Bukan mencari perbalahan, sekadar ingat-mengingatkan, bidang kedoktoran atau perubatan adalah bidang yang banyak menuju kepada khidmat kebajikan yang di SunnahkanNYA, namun ia akan lebih baik yang benar jika diselaras dengan kehendak Islam yang benar.
SEMUGA ALLAH MENGAMPUNI KITA SEMUA.
mungkin saya yang silap, saya mohon maaf, sedangkan sdr tiada salah terhadap saya.
ALLAHU A'LAM.
ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.
Author
RE: Pil Perancang Keluarga : Kongsikan Kebaikan Dan Keburukannya
Tidak mengapa,
saya tidak berhasrat memanjangkannya.
Tidak berhasrat memanjangkannya namun dari 4 mukasurat/page perbincangan di bawah tajuk "RE: Pil Perancang Keluarga : Kongsikan Kebaikan Dan Keburukannya" di bawah kategori "Tanya Doktor | Masalah Kesihatan" ini, 3 page banyak dipenuhi dengan pendapat-pendapat saudara sahaja.
Hanya satu page, iaitu di muka hadapan sahaja yang benar-benar saya mendapat ilmu mengenai kebaikan dan keburukan pil perancang, satu ilmu yang benar-benar berharga bagi saya selaku persiapan dalam menyandang tugas perawat di masa akan datang nanti.
Maka jujurnya saya agak terkilan, apabila thread yang sepatutnya membincangkan ilmu-ilmu perubatan ini akhirnya tenggelam, dipenuhi dengan post-post saudara pula yang membantutkan perkongsian ilmu yang ada ini. Sehinggakan dr.khairoljambli pula meminta agar di-lock thread ini.
Bukan mencari perbalahan, sekadar ingat-mengingatkan, bidang kedoktoran atau perubatan adalah bidang yang banyak menuju kepada khidmat kebajikan yang di SunnahkanNYA, namun ia akan lebih baik yang benar jika diselaras dengan kehendak Islam yang benar.
Saya sendiri tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan "kehendak Islam yang benar" pada pandangan saudara yunusbhai. Sedangkan fatwa dan keputusan majlis muzakarah sendiri telah mengharuskannya. Tentunya keputusan dan fatwa tersebut lebih dekat dengan "kehendak Islam yang benar". Maka apa perlu lagi dipertikaikan. Mungkin "kehendak Islam yang benar" pada pandangan saudara, hanyalah "kehendak yunusbhai yang benar" sahaja agaknya, wallahua'lam.
Pun begitu, saya menghargai prihatin dan usaha yunusbhai dalam memperingati para pendokong kedoktoran muslim, agar lebih menghayati nilai-nilai Islam dalam menjalankan tugas masing-masing. Sebagaimana tempayan perlulah diberus dari luar dan dalam, barulah benar-benar bersih.
Justeru itu saya juga memohon maaf, kepada saudara yunusbhai dan semua, andainya kata-kata saya ini mengguris mana-mana pihak. Sungguh, saya sudah sehabis cuba melembutkan dan menuturkan teguran saya dengan kata-kata yang sehabis baik. Semoga Allah mengampuni kelemahan dan kebutaan yang saya ada terhadap diri saya sendiri ini.
Maka saya kira persoalan hukum telahpun terhurai dengan fatwa dan penjelasan yang dibawakan oleh Dr. Khairoljambli pada post #22 tersebut. Terpulanglah kepada thread starter (Dr. Khairoljambli) dan user2 lain untuk meneruskan perbincangan di bawah tajuk "Pil Perancang Keluarga : Kongsikan Kebaikan Dan Keburukannya" pada kategori Kesihatan. Semoga saya sambung dapat menimba ilmu dari Dr. Khairoljambli dan user2 lain mengenai tajuk tersebut.
Sekian dari saya, wassalam.
Author
RE: Pil Perancang Keluarga : Kongsikan Kebaikan Dan Keburukannya
aisey man...berbeza pendapat la plak....huhu...maner satu nih...aku pon keliru...dlm sudut kshtn,mudarat ke tak menggunakan pil perancang? tak slah kn klu kta nk merncng kluarga..sbb klu dr sdut kshtn takdela byk sgt effect klu semua makanan n senamn harian d jaga? adui..kompius2.....
Edited by aisyahhumaira on 27.11.2009 10:18
Author
RE: Pil Perancang Keluarga : Kongsikan Kebaikan Dan Keburukannya
sedikit perkongsian ilmu,
Pil perancang keluarga atau 'oral contraceptive pill'(OCP). Ia adalah kaedah yang digunakan untuk mengelakkan berlaku kehamilan selaindari kaedah lain seperti 'transdermal contraceptive', 'contraceptive rings', dan 'intrauterine devices'.
OCP mengandungi sama ada kombinasi estrogen sintetik dan progestin atau progestin sahaja.
Kandungan hormon sintetik ini yang tinggi di dalam badan menyebabkan pengeluaran hormon FSH dan LH berkurangan. Akibatnya ovari tidak dirangsang dan telur tidak dikeluarkan. Oleh itu persenyawaan tidak boleh berlaku. Mukus di sekitar serviks pula menjadi pekat dan ini menyebabkann sperma sukar untuk memasuki rahim.
Antara kesan sampingan kombinasi pil perancang:
1.Saluran darah tersumbat – lebih ketara kepada orang yang merokok dan mempunyai darah jenis A
2. Pening dan mual
3. Migraine
4. Muntah dan masalah-masalah perut
5.“Fluid retention” – cecair badan susah dibuang dari badan- brat badan bertambah
6. Sakit kepala
7. Buah dada menjadi tegang
8. Tekanan (depression)
9. Tekanan darah naik
10. Turun atau naik berat badan
Untuk yang berusia lanjut : hormon ini boleh melambatkan penuaan kulit, mengekalkan nafsu seks dan mengawal kekeringan vagina. Ia juga boleh mengawal pereputan tulang (osteoporosis)
Peringatan:
1.Ambil pada masa yang sama setiap hari
2.Ketahui apa yang perlu dibuat sekiranya terlupa mengambilnya, atau sekiranya kali pertama anda ingin mengambilnya
3.Sesetengah anti-biotik tidak boleh diambil bersama-sama kerana antibiotik tersebut akan mengurangkan keberkesanan hormon seperti estrogen, jadi akan ada risiko kehamilan
4.Sekiranya anda ada tekanan darah tinggi, kencing manis, migrain dan sawan anda tidak digalakkan mengambil pil perancang
5.Merokok semasa mengambil pil perancang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.
*Adverse effect of combined Hormonal Contraception
estrogen excess
Nausea, breast tenderness, headaches, cyclic weight gain due to fluid retention
Dysmenorrhea, menorrhagia, uterine fibroid growth
Estrogen defficiency
Vasomotor symptoms(sweating, hot flushes), nervousness, decreased libido
Absence of withdrawal bleeding (amenorrhea)
Yap! rasanya dah cukup lengkap dah rasanya tu....kebanyakan sebabnya. Ada juga penjualan OCP yg dibuat di kaunter...saya rasa, bagi yg pertama kali memulakan pengambilan ocp nie, baik berjumpa doktor dahulu untuk memastikan kesesuaian.
Bila dah ok, baru bolhe beli dikaunter tapi perlu berjumpa doktor sekali sekala untuk mengetahui risiko dan masalah berkaitan