| Author |
|

aman87
Posts: 272
Location: United Kingdom 
Joined: 27.10.07
Status: Offline
|
|
Muslimah dan gambar.. Friday, Dec 28 2007
Artikel/Cerpen and Peringatan.. FaisaL 12:35 pm
- dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -
Salam.
Muqaddimah
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!
Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
Penyelesaiannya
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?
Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.
Wallahu A’lam.
copy paste lagi...hehe..
tapi sangat2 menarik
Edited by itu_aku on 09.11.2008 16:09 |
|
| Author |
|

sEeKeRz
Posts: 501
Location: Malaysia 
Joined: 26.02.08
Status: Offline
|
|

artikel sgt menarik..
onda sp0t da buang gmbr2 dlm blog~
tq 4 sharing~ |
|
| Author |
|

tuan imah
Posts: 51
Location: Malaysia 
Joined: 06.04.08
Status: Offline
|
|
salam..
ana setuju sangat2.kdg2 ramai sgt kawan2 buat cam tu
tapi..ana x tau macamana nak tegur..
moga ALLAH ampunkan kita semua
amiin
|
|
| Author |
|

nessa_syahirah
Posts: 515
Location: Malaysia 
Joined: 02.05.08
Status: Offline
|
|
AstaghfirullahA'zim...
~Maafkanlah bila hati ini..
tak sempurna menyintai-MU
dalam dada kuharap hanya diri-MU yang bertahta..
meskiku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMU
Namun cinta dalam jiwaku hanyalah untukMU~
Edited by nessa_syahirah on 12.05.2008 09:54 |
|
| Author |
|

aisya humaira
Posts: 469
Location: India 
Joined: 07.03.08
Status: Offline
|
|
waaa....
baru nak upload gambar nie..
Allah mendetikkan di hati saya nak baca artikel nie pulak..
huhu..
okay2..
all of my photos should be private..
hmm..stuju2..
muslimah sejati,tidak suka memandang lelaki,dan tidak suka dipandang lelaki..
tapi kalau laki bleh usya free2 je ngan letak gambar tu..
apa pekdahnya?
huu..
okay..syukran kpd penge'post' artikel..
hehe. |
|
| Author |
|

lisam
Posts: 1470
Location: Palestinian Territories 
Joined: 29.01.08
Status: Offline
|
|
|
aisya humaira wrote:
tapi kalau laki bleh usya free2 je ngan letak gambar tu..
apa pekdahnya?
lelaki ni kuat imaginasinya..hanya sekadar melihat wajah, macam2 dah leh kami tafsirkan..
dari sekecil2 perkara sampai la sebesar2 perkara yg terzahir dan tertutup..
sebaiknya, elakkan la memaparkan gambar yg terlalu besar2 smpai menampakkan keseluruhan bentuk dan ciri2 yg ada pd wajah kalian semua..seperti saranan dalam article diatas, letak la gmbar2 yg kecik2 je, hy sekadar menampakkan cmne rupa anda..lagi baik sekiranya gmbar 2 secara berkumpulan, jgn sorg2.. |
|
| Author |
|

cikgu_eya
Posts: 1424
Location: Malaysia 
Joined: 05.04.08
Status: Offline
|
|
|
macam kelangsungan dr isu fs n myspace jek.... hak3 |
|
| Author |
|

najmulasyifa
Posts: 33
Location: South Korea 
Joined: 02.04.08
Status: Offline
|
|
|
tq kpd pengePosT |
|
| Author |
|

nuhan
Posts: 2
Location: Malaysia 
Joined: 08.05.08
Status: Offline
|
|
salam...thanks for remind me..  |
|
| Author |
|

Sirrul Asrar
Posts: 92
Location: Malaysia 
Joined: 30.03.07
Status: Offline
|
|
Yup..begitu juga gambar2 muslimah yang ada dalam galeri Iluvislam nih..
|
|