Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 88
- Members Online: 17
- Total Members: 85,795
- Show Who's Online
- 26,104,208 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
View Thread
Menu Forum | Slot Diskusi Umum | Isu Semasa | Peraturan & Etika Forum | My Forum | My Reply | Testimonal
Sila Search Dahulu Sebelum Memulakan Thread Baru:
Page 1 of 3 1 2 3 >

Author
Hukuman Hudud Dilaksanakan Di Banda Aceh.. 1 of 21

sebiru langit

Posts: 66
Location: Malaysia
Joined: 03.08.09
Status: Offline
Posted on 15.09.2009 11:10  Peraturan & Etika Forum
BANDA ACEH – Masyarakat Islam di wilayah autonomi Aceh yang ditangkap kerana berzina berhadapan hukuman rejam sampai mati selepas undang-undang syariah diluluskan semalam.

Undang-undang itu membenarkan hukuman sebat sehingga 100 kali dikenakan terhadap individu bujang belum berkahwin yang didapati melakukan zina.

Turut diluluskan ialah hukuman kepada peminum minuman keras, pengamal homoseks dan perjudian.

Undang-undang itu diluluskan sebulat suara di Parlimen.

“Semua pihak bersetuju secara sebulat suara untuk menjadikan rang undang-undang itu sebagai undang-undang termasuk hukuman merejam sampai mati.

“Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari dengan atau tanpa kelulusan gabenor Aceh,” kata Pengerusi Speaker Khas Parlimen, Bachron M Rasyid.

Ia sekali gus menggantikan undang-undang sivil.

Jurucakap Parti Keadilan Makmur, Moharriyadia berkata, undang-undang itu merupakan langkah pencegahan untuk penduduk Aceh agar mereka tidak terlibat dengan masalah moral.

Bekas pejuang Pergerakan Aceh Merdeka yang kini menjadi Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf menentang keputusan parlimen itu dan meminta ia ditangguhkan dan dikaji semula.

“Indonesia ditubuhkan oleh kepelbagaian budaya dan fikiran. Jika Aceh menggantikan undang-undang jenayah dengan hukum syariah maka ia akan menjadi bahaya untuk Indonesia,” kata pemikir liberal Islam, Mohamad Guntur Romli.

Sebelum ini, Aceh melaksanakan hukum syariah secara terhad seperti pemakaian, solat lima waktu, puasa dan menunaikan zakat.

– AFP

ape pendapat anda tentang perkara ini?

sumbert kosmo online..
izzah_smif1912 Send Private Message
Author
RE: Hukuman Hudud Dilaksanakan Di Banda Aceh.. 2 of 21

simba

Posts: 28
Location: Malaysia
Joined: 05.08.09
Status: Offline
Posted on 15.09.2009 11:30  Peraturan & Etika Forum
salam

lau say,sy stuju je ngan hukuman 2,
coz mmg hukuman 2 yg ditetapkan dalam Islam
kn IDEAL lau malaysia pn wt cm2...

barula kurang sket masalah sosial skg
juz pndgn hamba ALLAH..
lau ad clap mtk prbtulknpray
hzr_mdsya_simba@yahoo.com Send Private Message
Author
RE: Hukuman Hudud Dilaksanakan Di Banda Aceh.. 3 of 21

suhana_nur

Posts: 290
Location: Malaysia
Joined: 02.11.07
Status: Offline
Posted on 15.09.2009 11:39  Peraturan & Etika Forum
salam,

baru nak laksanakan pun dah ditakuti..terbuktilah hukuman yang Allah dah tetapkan dalam quran yang benar-benar boleh menggerunkan hati hambanya.
langkah pencegahan terbaik.
Send Private Message
Author
RE: Hukuman Hudud Dilaksanakan Di Banda Aceh.. 4 of 21

fiessa

Posts: 87
Location: Malaysia
Joined: 17.02.09
Status: Offline
Posted on 15.09.2009 12:05  Peraturan & Etika Forum
assalamualaikum

saya pernah dengar satu ceramah, dulu pernah suatu ketika di mekah berlaku kes kecurian yg sngt teruk dan ramai yg dah x nak berkunjung ke mekah, maka kerajaan Arab saudi telah membuat keputusan untuk menjalankan hukum hudud iaitu potong tangan,lama-kelamaan bumi mekah aman.

ini menunjukkan hukum itu x zalim coz dapat memberi kesedaran.. masyarakat kita yg zalim kerana membiarkan kejadian2 jenayah terus berlaku kerna meganggap hukum hudud zalim

sedangkan undang2 sivil lg dasyat tapi sume diam stuju...

harap2nya hukum Allah akan tertegak di bumi Malaysia...
fiessa_ramsal@yahoo.com Send Private Message
Author
RE: Hukuman Hudud Dilaksanakan Di Banda Aceh.. 5 of 21

Puteri Farishah

Posts: 7
Location: Malaysia
Joined: 30.06.09
Status: Offline
Posted on 15.09.2009 15:19  Peraturan & Etika Forum
Kan ada kata pepatah, kalau nk didik org, biarlah dr rebungnye... tak pun biarlah dari akarnya... Terbukti kalau kita terus pangkal dr dahannya, mereka still lg blh tumbuh dan tumbuh....jika kita nk lentur org yg dh bersifat seperti buluh, sudah terlambat sebab telah dimasukkan byk perkara di dlm hatinya...

Saya juga akuinya yg hukum Allah itu mmg menggerunkan dan perlu dilaksanakan... Tapi, kenapa perlu sekarang??? Tidak waktu perkara ini baru hendak meluaskan sayapnya??? Fikirkan kembali... Tidakkah perkara ini terlalu sedikit untuk mendapatka keputusan yg sedikit??? Bahkan ia nmpak seperti terlalu tergesa2...

Di Indonesia, tidak kesemuanya rakyatnya Islam... malah ada yang tidak beragama langsung... Tidak salah jika mereka hendak berbuat demikian... Tetapi, kita harus fikir tidakkah kita telah membuktikan Islam Itu agama yg kejam kerana melakukan hukuman yang demikian? Kita perlu menukar mentality masyarakat yg bukan Islam ini dahulu sebelum melakukan hukum yang demikian... Kita perlu lakukan pendedahan yang lebih tentang ini... Lagipun, ramai pelancong asing yang tertumpu di sana... Jadi, pada masa yang sama kita dapat mengubah pandangan mereka terhadap Islam... Bahkan langkah ini tidak seharusnya di negara Indonesia.. Tetapi negara2 Islam yg lain perlu melakukannya...

Semua agama tidak mengajar penganutnya buat perkara jahat... Dan semua agama juga tidak mengatakan tidak pernah seorang penganut tu tidak membuat salah... Kita perlu luaskan minda... Pada masa yang sama, kita juga perlu membataskan kehendak agama masing2... Islam mengharamkan perzinaan... Tetapi, sikap terlalu menggongkong dalam pergaulan telah menciptakan pemikiran yang dasyat supaya mereka boleh menolak apa yang perlu dilakukan dan menerima apa yang tidak boleh dilakukan dalam pergaulan... Selagi tak langgar hukum yang ditetapkan, sudahlah... Itu yang kita kena fikirkan dahulu...

Maaf r apa yang sy katakan nie luar dr topik... Maaf juga kalau ada yang saya katakan mengguris at sape2 atau sakitkan at sape2... Ini apa yg saya lihat dan apa yg sy lalui...Org yang bijak dlm soal agama sekarang, terlalu tertutup cara pemikirannya sedangkan kita perlu samakan taraf kita dgn keadaan zaman... Jika tidak, bl lagi ank generasi kita hendak terima Islam itu 100%???
shah_idah04 Send Private Message
Author
RE: Hukuman Hudud Dilaksanakan Di Banda Aceh.. 6 of 21

yunusbhai

Posts: 1177
Location: Malaysia
Joined: 28.06.09
Status: Offline
Posted on 16.09.2009 02:26  Peraturan & Etika Forum
assalamualaikum

Pada hemat saya; setelah Allah SWT zahirkan peristiwa Tsunami 26 Disember 2004 lalu,
keputusan menjalankan 'hukum hudud' untuk dilaksanakan di Acheh bukan lagi suatu yang sekadar retorik, bahkan ia adalah waktu yang tepat.

Selepas penduduknya dikurangkan, setelah musibah di zahirkan,
sementara jiwa umat Islam di situ dan seharusnya seluruh dunia Islam menginsafi dan masih segar tentang apa yang Allah SWT telah berikan gambaran demikian banyak di dalam Al Quran, ditambah pula penjelasan dari Sunnah SAW elalui Riwayat hadith,
bukan sekadar ACHEH, bahkan sebelum itu Arab Saudi, Pakistan dan Afghanistan sewaktu dikuasai Taliban dahulu telah melaksanakan 'hukum hudud' adalah satu pelaksanaan yang benar.

Apakah lagi ketetapan bagi Mukmin hendak ikuti jika bukan dari ketetapan Al Quran dan Sunnah SAW ?

Saya ambil titipan dari email seseorang untuk sama-sama kita renungi:

Muhammad Ibnu Ibrahim ibnu Jurair, menyebut yang tergolong kejahatan hudud ada tujuh kejahatan yaitu riddah/murtad, al baghi/pemberontakkan, zina, qadzab/ tuduhan palsu zina, sariqah atau pencurian, hirobah/perampokkan dan shurb alkhamr/meminum khamr.

Kejaharan-kejahatan itu hukumnya sudah jelas, seperti zina hukumannya bagi penzina yang belum nikah didera 100 kali dan diasingkan setahun. Bagi penzina yang telah menikah hukumannya didera 100 kali dan dirajam dengan batu.

Untuk qadzab/ menuduh palsu zina hukumannya 80 kali dera. Meminum minuman keras hukumannya didera 40 kali. Pencuri hukumannya dipotong tangannya. Perampokkan hukumannya perampok dipotong tangan dan kakinya secara bersilang. Untuk riddah/murtad hukumannya dibunuh atau dibiarakan supaya mati sendiri. Sebelumnya disadarkan agar kembali ke Islam. Pemberontak hukumannya diperangi. Serta pembunuh hukumannya diqishas dibalas dibunuh, atau bias juga diampuni oleh keluarganya.

Keputusan untuk menghasilkan hingga diberlakukan hukuman itu, dengan cermat dan teliti serta harus memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syariat, sehingga tidak sembarangan untuk mencapai hasil pelaksanaan hukuman itu. Misalnya hukuman penzina, harus ada saksi empat, atau pelakunya mengakui, saksinya tak boleh berdusta, dan harus benar-benar telah melaksanakan zina. Baru nanti dihukum.

Dalam hukum pidana Islam kedua golongan tindak pidana tadi yang berjumlah 12 (7 tindak pidana hudud dan 5 tindak pidana qishash dan diyat) sudah pasti dan tidak bias ditambah atau dikurangi. Sedangkan yang bias berubah hukum ta’zir untuk menjerat berbagai perbuatan merugikan, yang terus muncul atau berkembang dimasyarakat.

Adapun keunggulan hukum pidana Islam, yaitu mampu menekan kejahatan sampai titik yang sangat rendah. Misalnya di Arab Saudi, dalam waktu 25 tahun hanya terjadi 16 kali hukuman potong tangan setelah diberlakukan hukum pidana Islam. Makanya disana aman dari pencurian.




masyaAllah

Allahu a'lam.
ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.
http://www.webspawner.com/users/muhammadyunus/ http://www.webspawner.com/users/melyunus/ Send Private Message
Author
RE: Hukuman Hudud Dilaksanakan Di Banda Aceh.. 7 of 21

madara

Posts: 3
Location: Malaysia
Joined: 31.03.08
Status: Offline
Posted on 16.09.2009 03:00  Peraturan & Etika Forum
Assalamualaikum..
pada pendapat saya, kita tax ada hak utk komen sm ada Hukuman Hudud yg di originate dr sumber panduan manusia ini KEJAM,ZALIM dan lain2 bentuk pndapat.Biarkan pndapat tu bkn kita yg utarakan.

sbnrnya, gambaran2 Hudud ni dah diburuk2,dimomok2 kan media dan manusia2 yg x brtgggjwb tu sndri.

Baiklah dan lagi elok lah kita sbg Hamba Allah yg mgaku sbg MUSLIM pertahankan dan brusaha utk mmperelokkan view HUDUD ini balik.

kalau pun TAK UPAYA, senyap2 sudahlah. nak KRITIK2 apa lagi?

dahla mgaku BERIMAN DGN AL-QURAN yg terkandung dlm RUKUN IMAN, ni scra automatik mgaku bhwa sgala kandungan di dalam AL-QURAN itu adalah 100% dr TUHAN alam semesta,Quran yg divine dan mcm2 pujian pada KITAB AGUNG itu.
DAN perintah HUDUD ini jg di dalam itu.maka dgn mencanggah satu ayat pun darinya, tidakkah KUFUR nmanya?
dah kalau susah sgt, senyap saja lah.nk KOMPLAIN2 pulak.aduhai,apalah nasib MANUSIA ni.

lagipun, tidak ada SEBAB utk KAFIR takut atw FOBIA dgn HUDUD ni kerana ianya adlah hukuman pada umat ISLAM itu sndri.
Dan kita boleh lihat statistik jenayah2 yg LUAR TABI'IE dan hebat2 ni dilakukan umat ISLAM itu sendri.
jadi, apa lagi yg nk DI COMPLAIN??????!!!!!!!!!
Send Private Message
Author
RE: Hukuman Hudud Dilaksanakan Di Banda Aceh.. 8 of 21

MaNszzz91

Posts: 26
Location: Egypt
Joined: 26.12.08
Status: Offline
Posted on 16.09.2009 03:47  Peraturan & Etika Forum
assalamualaikum

ssgguhnyer Allah Taala tlh mnurunkan ayat y mnybut ttg hudud sbyk 14x dlm al Quran..
dan stiap kali Allah Taala mnybut ttg hudud Allah Taala sandarkan kalimah ' hudud ' trsebut dgn namanya ya3ni " HududuLLah "...

ini mnnjukkan bahawasanya hudud i2 mrupakan ' amrun wa syai'un 3azim '..
kita mngaku dgn lidah kita bhwsanya kita merupakan muslim n mu'min..
tp sejauh mnekah mu'min kiter tatkala kiter mmbaca pd bln ramadhan ini ayat Allah Taala y brmksud " Wahai Org2 yg ber IMAN masuklah kamu k dlm agama kamu dgn spnohnyer "..

malangnyer kiter pd hari ini hnya masuk dlm agama ( mncari agama ) tatkala ktika mana hndak brkahwin..atau ketika mana ader org si mati y prlu d uruskan...

X MALU KAH KITA..!!

kita mnybut LA ILAHA ILLALLAH...!! ( tiada Tuhan y brHAK d SEMBAH melainkan ALLAH )

in other terms kiter mksudkan Allah Talla lah y pling TINGGi..tp kiter mremehkan hukum nyer...kiter mngatakan adenyer lbh tggi..Da Constitution..!!
kite mngatakan ianya xselaras dgn prlembagaan..
adakah kiter mngakui bhwsanya Perlembagaan Allah Taala ( al Quran ) lah y pling tggi..??

ssgguhnya apa shj y tlh d perintahkan oleh Allah Taala dan RasulNya Sayyiduna Muhammad SAW hnyalah utk kebaikan umat Rahmatan lil 3alamin..

waLLah Taala a3la a3lam wa Huwa el Muwaffiq lima fihi Ridohu..

utk lbih lanjut sahabat2 sekalian bolhe lah mlihat forum ini...panelnya ialah Dato Dr Haron Din dan Dato Ustaz Ismail Kamus...


Edited by Abu Hurairah on 16.09.2009 04:03
deimon_devilbats0091@hotmail.com MaNszzz91@yahoo.com Send Private Message
Author
RE: Hukuman Hudud Dilaksanakan Di Banda Aceh.. 9 of 21

kar

Posts: 376
Location: Malaysia
Joined: 17.06.09
Status: Offline
Posted on 16.09.2009 08:05  Peraturan & Etika Forum
bila la agaknya undang2 ni akan dibuat kat Malaysia..

p/s : xsabar nk tgk perubahan negara..
Send Private Message
Author
RE: Hukuman Hudud Dilaksanakan Di Banda Aceh.. 10 of 21

safaju

Posts: 22
Location: Malaysia
Joined: 08.06.09
Status: Offline
Posted on 16.09.2009 09:33  Peraturan & Etika Forum
Malangnya, mereka sendiri pon menolak hukum ni dilaksanakan.

JAKARTA: Aktivis hak asasi Indonesia menyifatkan undang-undang yang baru diluluskan di wilayah Aceh membolehkan mereka yang melakukan zina direjam dengan batu hingga mati sebagai 'kejam' dan 'menghinakan'.

Undang-undang terbabit yang diluluskan kelmarin di wilayah paling utara di Sumatera itu turut membabitkan hukuman 400 sebatan terhadap mereka yang melakukan kesalahan termasuk rogol, meminum arak, seks homoseksual dan berjudi.

Undang-undang berkenaan menggantikan kod jenayah Indonesia dengan syariah atau undang-undang Islam bagi penduduk Islam. Ia membenarkan hukuman mati penalti terhadap mereka yang berkahwin dan 100 sebatan terhadap mereka yang belum berkahwin dan didapati bersalah dalam kes zina.

"Undang-undang yang diluluskan di Aceh adalah kejam dan menghina manusia," kata Ketua Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hak Asasi Kemanusiaan (Komnas HAM), Ifdhal Kasim.

"Undang-undang itu bertentangan dengan asas sekular Indonesia dan kumpulan hak asasi terbabit merayu kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk mengkaji semula perundangan terbabit", kata Kasim.

"Ini akan membawa Aceh kembali kepada masa lalu. Merejam batu seperti Aceh dalam abad ke-14 atau 15," kata Kasim sambil menambah bahawa undang-undang terbabit boleh membawa desakan undang-undang sama pada peringkat kebangsaan.

Undang-undang kontroversi itu diluluskan di Aceh hanya beberapa minggu sebelum satu perhimpunan dikuasai bekas pejuang pemisah Aceh, Gerakan Aceh Merdeka (GAM) sepatutnya mengambil alih kuasa.

Pentadbiran Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf sendiri adalah bekas pejuang GAM menentang keras undang-undang syariah. Ia menggesa penangguhan kelulusan rang undang-undang berkenaan.

Ketua Majlis Ulama Indonesia, Ma'ruf Amin, menyambut baik undang-undang baru berkenaan. - AFP

Berita Harian, 16/9/09
Send Private Message
Page 1 of 3 1 2 3 >


Iklan @ iLuvislam.com
   



Jump to Forum: