Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle"
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
View Thread
Menu Forum | Soal Jawab Agama | Comp. Religion | Peraturan & Etika Forum | My Forum | My Reply | Testimonal
Sila Search Dahulu Sebelum Memulakan Thread Baru:
Page 1 of 2 1 2 >

Author
Ahli Kitab : Masih Wujudkah Mereka? 1 of 17

micro_bash

New Explorer

Posts: 31
Joined: 22.12.06
Status: Offline
Posted on 11.05.2008 14:09  Peraturan & Etika Forum
salam,assalamualaikum

persoalan kali ini dibuka dengan terjemahan ayat dari surah al-imran 113-115
[113]
Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).
[114]
Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.
[115]
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.


definisi ahli kitab yang ana belajar adalah golongan dari kaum nabi-nabi terdahulu yang masih perpegang dengan ajaran nabi mereka yakni ajaran@agama mentauhidkan Allah tanpa terpesong(jika salah sila betulkan)

jadi,apakah sekarang masih wujud ahli kitab itu dan jika benar mereka masih wujud apakah syurga tempat mereka kerana mereka memeluk Islam?Ya merujuk kepada nas diatas,mereka layak memasuki syurga,btol kan?

apabila mengajukan perkara ini kepada yang lebih mengetahui,ana mendapat jawapan yang menyatakan "pintu syurga itu kalimah tauhid dan mengakui Rasulullah itu nabi kita adalah untuk mendapat syafaat dan mengakui bahawa kita orang islam,so ahli kitab akan tetap memasuki syurga jika mereka masih tidak terpesong"..apakah benar pendapat ini?

yoroshiku...

Edited by kia_jpn on 13.11.2008 06:32
micro_bash@yahoo.com www.azzariyat.wordpress.com Send Private Message
Author
RE: ahli kitab,masih wujudkah mereka? 2 of 17

Anak_Pejuang

Research Explorer

Posts: 1992
Location: Malaysia
Joined: 17.02.08
Status: Offline
Posted on 11.05.2008 15:16  Peraturan & Etika Forum
Sudah dijawab di sini :



Sila manfaatkan button SEARCH untuk melihat topik sebelum membuka topik baru berkenaan soalan feqah. Terima kasih :)

Edited by Anak_Pejuang on 13.11.2008 08:00
http://jarumemas.blogspot.com Send Private Message
Author
RE: ahli kitab,masih wujudkah mereka? 3 of 17

effysaiful

New Explorer

Posts: 148
Location: Egypt
Joined: 10.06.07
Status: Offline
Posted on 11.05.2008 15:33  Peraturan & Etika Forum
Buluh wrote:
Sedikit respons.

Tafsiran Ahli Kitab secara mudahnya adalah Yahudi dan Nasrani yang mana Allah Taala menurunkan kitab (Taurad dan Injil) kepada mereka. Dan kita tidak menafikan sembelihan mereka boleh dimakan oleh orang Islam berdasarkan firman Allah Taala di dalam surah al-Maaidah ayat 5.

Namun berlaku khilaf di kalangan para ulama mengenai status Ahli Kitab pada masa kini samaada mereka boleh diketegorikan sebagai Ahli Kitab lagi atau tidak. Ada sebilangan ulama berpendapat yang mereka tidak tergolong di dalam Ahli Kitab lagi kerana mereka telah menyeleweng dari ajaran kitab asal yang telah diturunkan Allah Taala. Namun sebilangan ulama lagi berpendapat mereka tetap tergolong di dalam Ahli Kitab lagi kerana dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadis tidak menetapkan syarat bagi Ahli Kitab itu hendaklah mengikut kitab yang diturunkan kepada mereka ataupun tidak.

Dalam bab sembelihan juga perlunya kita mengetahui bahawa antara syarat-syarat sah sembelihan adalah dengan menyebut atas nama Allah Taala. Secara peribadinya saya mengatakan boleh memakan sembelihan Ahli Kitab pada masa kini selagimana ia menyebut atas nama Allah Taala semasa sembelihan itu dan mengikut syarat-syarat yang sama dengan syarat-syarat sembelihan dalam Islam.


Wallahualam.


saya ingin menyambung sedikit perbincangan mengenai ahli kitab di sini..

berkenaan ahli kitab.. masih wujud atau tidak, sebagaimana yg telah dijawab oleh ust buluh..

ada hujah yg mengatakan bhw ahli kitab zmn skrg bukanlah ahli kitab yg sama dgn ahli kitab pd zaman nabi dahulu, kerana kristian dan yahudi pd zaman skrg sudah terpesong akidahnya..

hakikatnya, sbnrnya sejak zaman nabi lg, agama kristian sudah 'sesat', dgn mengamalkan konsep trinity dan mengangkat nabi isa sbg tuhan.. buktinya:

ٍsurah nisak 171: "dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga".

surah maidah 116: Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya).


ringkasnya, kristian pada zaman nabi sudahpun berpegang pada konsep ketuhanan jesus dan konsep trinity.. but still, allah menghalalkan sembelihan mereka dan membenarkan perkahwinan sesama lelaki islam & perempuan ahli kitab..

so, what makes ahli kitab nowadays & ahli kitab zaman nabi any different then?
effysaiful www.effysaiful.blogspot.com Send Private Message
Author
RE: ahli kitab,masih wujudkah mereka? 4 of 17

Leokidx

Research Scientist

Posts: 2337
Joined: 12.06.07
Status: Offline
Posted on 11.05.2008 15:41  Peraturan & Etika Forum
di sini ada saja yang guna dalil dan pendapat seperti yg akh effy bgtau tu untuk makan apa jenis ayam yang dijual di mane2.

tak berani nk larang/galakkan, sbb yelah benda ni pun perkara khilaf.

teringat lagu halal & haram (hadis 6/40)..

barangsiapa menjaga yang syubhat
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya
dan maruah dirinya
dan barangsiapa terjatuh ke syubhat
maka dia telah terjatuh ke yang haram
umpama pengembala di sekeliling kawasan larangan
dibimbangi dia terceroboh masuk ke dalamnya..


as for pandangan diri ana, selagi mana wujud makanan yang halal, sembelihan yang konfem halal tanpa khilaf, tak perlulah resort ke benda2 yg syubhah ni. macam le takde langsung ayam halal yang dijual. macam la ayam halal yang dijual tu 3,4,5 kali ganda lagi mahal. macamla kalau x makan ayam KFC/McD setahun boleh kebuluran.

(biasanya diorg guna dalil/hujjah ni sbb dah kemaruk nk makan ayam KFC/McD je..)

Edited by Leokidx on 11.05.2008 15:42
leokid5075 http://leokid.my/go Send Private Message
Author
RE: ahli kitab,masih wujudkah mereka? 5 of 17

effysaiful

New Explorer

Posts: 148
Location: Egypt
Joined: 10.06.07
Status: Offline
Posted on 11.05.2008 17:25  Peraturan & Etika Forum
yup.. menjaga yg syubhah tu lebih baik.. gembira

bkn nak pertahankan kehalalan ayam sembelihan kristian.. cuma amanah ilmu pray

emmm, btw.. betul ke sembelihan ahli kitab perlu sebut nama Allah? ada lg ke yg sebut nama allah time sembelih skrg ni? wink wink
effysaiful www.effysaiful.blogspot.com Send Private Message
Author
RE: ahli kitab,masih wujudkah mereka? 6 of 17

kurma

New Explorer

Posts: 495
Location: Malaysia
Joined: 26.03.08
Status: Offline
Posted on 11.05.2008 17:49  Peraturan & Etika Forum
tentang Al-Quran saya masih tak berapa dalam lagi.....

ada hujah yg mengatakan bhw ahli kitab zmn skrg bukanlah ahli kitab yg sama dgn ahli kitab pd zaman nabi dahulu, kerana kristian dan yahudi pd zaman skrg sudah terpesong akidahnya..


Allah telah perturunkan mukjizat2 kepada nabi isa seperti penyembuhan kepada
pesakit2nya disebabkan kebesaran Allah mahakuasa, jadi orang ramai(termasuk ahli2 kitab) yang percaya kat nabi isa sampai mereka anggap nabi isa sebagai tuhan dan mereka(ahli kitab) telah mengubahsuai kitab2nya sehingga harini dipanggilkan bible......

lihatlah dalam blog bro effy telah menunjukkan bahawa bible menghalalkan pasal arak.....


p/s:kalau ada apa2 kesilapan tolong betulkan......

Edited by kurma on 11.05.2008 17:53
alif.hng@gmail.com Send Private Message
Author
RE: ahli kitab,masih wujudkah mereka? 7 of 17

aljohori

Amateur Physicist

Posts: 581
Location: Malaysia
Joined: 09.11.07
Status: Offline
Posted on 11.05.2008 17:55  Peraturan & Etika Forum
effysaiful wrote:

saya ingin menyambung sedikit perbincangan mengenai ahli kitab di sini..

berkenaan ahli kitab.. masih wujud atau tidak, sebagaimana yg telah dijawab oleh ust buluh..

ada hujah yg mengatakan bhw ahli kitab zmn skrg bukanlah ahli kitab yg sama dgn ahli kitab pd zaman nabi dahulu, kerana kristian dan yahudi pd zaman skrg sudah terpesong akidahnya..

hakikatnya, sbnrnya sejak zaman nabi lg, agama kristian sudah 'sesat', dgn mengamalkan konsep trinity dan mengangkat nabi isa sbg tuhan.. buktinya:

ٍsurah nisak 171: "dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga".

surah maidah 116: Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya).


ringkasnya, kristian pada zaman nabi sudahpun berpegang pada konsep ketuhanan jesus dan konsep trinity.. but still, allah menghalalkan sembelihan mereka dan membenarkan perkahwinan sesama lelaki islam & perempuan ahli kitab..

so, what makes ahli kitab nowadays & ahli kitab zaman nabi any different then?



Alhamdulilah
Aljawab

Inilah yang benarnya penafsiran. Al-Imam Yusuf al-Qardhawi juga menafsirkan begitu,klau dahulu mereka sudah sesat tetapi Alah masih menghalalkan perkahwinan dan sembelihannya. Masakan sekarang sudah berubah,sebab mereka memang nyata2 telah sesat. Hal ini boleh dirujuk kepada Kitab Halal dan Haram Imam Yusuf al-Qardhawi.


WaAllahualam.....
ashabul_kahfiislamic http://www.yussamir.com Send Private Message
Author
RE: ahli kitab,masih wujudkah mereka? 8 of 17

Leokidx

Research Scientist

Posts: 2337
Joined: 12.06.07
Status: Offline
Posted on 11.05.2008 19:11  Peraturan & Etika Forum
itu pun kalau ayam itu disembelih kan?

maksudnya kalau ayam itu dibunuh dengan cara lain (elektrik, suntikan dan sebagainya), still dikira haram tak kisahlah sama ada Muslim atau Ahli Kitab. camtu la kan?

kene clarify betul2 nih. T_T
leokid5075 http://leokid.my/go Send Private Message
Author
RE: ahli kitab,masih wujudkah mereka? 9 of 17

aljohori

Amateur Physicist

Posts: 581
Location: Malaysia
Joined: 09.11.07
Status: Offline
Posted on 12.05.2008 02:20  Peraturan & Etika Forum
Leokid wrote:
itu pun kalau ayam itu disembelih kan?

maksudnya kalau ayam itu dibunuh dengan cara lain (elektrik, suntikan dan sebagainya), still dikira haram tak kisahlah sama ada Muslim atau Ahli Kitab. camtu la kan?

kene clarify betul2 nih. T_T



Alhamdulilah
Aljawab

Saya memetik Fatwa dari Kitab Halal dan Haram oleh al-Imam Yusuf al-Qardhawi untuk menjawab persoalan leokid ini.

“Apa saja kaedah sembelihan yang dikatakan sebagai halal oleh Ahli kitab adalah juga halal bagi kita sekalipun kaedah sembelihan mereka berlainan dengan kaedah sembelihan kita. Dan apa saja kaedah sembelihan yang dikatakan haram oleh mereka maka kita juga menerima keharamannya(iaitu tidak memakannya). Apabila mereka Kaum Ahli Kitab melakukan peyembelihan, mereka menyembelih dengan tujuan agar sembelihan mereka itu adalah halal dijadikan sebagai makanan mengikut syarat-syarat agama mereka. Ini adalah merupakan hujah pendapat sebahagian dari para fuqaha Mazhab Maliki. Dari keterangan ini, maka dapat kita yakini bawha daging-daging yang diimport dari negara-negara ahli kitab seperti ayam dan daging lembu adalah halal untuk kita makan sekalipun ada kemungkinan bahawa ia telah disembelih dengan menggunakan kejutan elektrik atau apa-apa yang seumpama. Asalkan saja mereka Kaum Ahli Kitab berpendapat bahawa kaedah ini adalah halal menurut syariat agama mereka, maka ia juga adalah halal untuk kita. Inilah sebenarnya tujuan surah Al-maidah yang telah menghalalkan sembelihan mereka”


Saya menunggu tambahan dari moderator soal jawab yang lain juga...

WaAllahualam....
ashabul_kahfiislamic http://www.yussamir.com Send Private Message
Author
RE: ahli kitab,masih wujudkah mereka? 10 of 17

effysaiful

New Explorer

Posts: 148
Location: Egypt
Joined: 10.06.07
Status: Offline
Posted on 12.05.2008 02:38  Peraturan & Etika Forum
hmmm..cuma kena cek betul2 juga.. sbb skrg ni kat barat, ramai juga mereka yg bukan beragama kristian.. ada yg atheist.. buddhist pon ade wink wink

pengalaman saya pulang ke msia..seorang lelaki dari london yg duduk di sebelah seat saya dlm flight.. bila ditanya, rupanya dia seorang yg beragama buddha..

perlu diingati bhw atheist + buddha tidak termasuk dlm kategori ahli kitab..

maka sembelihan mereka tidak halal bagi kita..

berkenaan kfc n fast food restaurant yg lain di negara2 barat.. bkn cara sembelihans shj yg kita perlu jaga.. apa yg dihidangkan juga perlu diambil kira.. jika mereka menggoreng ayam di dalam kuali yg sama dgn kuali yg goreng pork, maka haram juga jdnya..

pengalaman saya di beijing, china, mereka menghidangkan telur goreng kpd muslim tour, tetapi kualinya sama dgn kuali yg menggoreng telur + daging babi..

hati2 thumbs up
effysaiful www.effysaiful.blogspot.com Send Private Message
Page 1 of 2 1 2 >





Jump to Forum: