Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)


Username

Password

Remember Me
spacer
iLuvislam
spacer
Facebook Fans

Become Our Fan
Be one of our 348,000++ fans
spacer
Jom Promosi

Kod HTML Untuk Promosi

spacer
Renungkan..
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Forum Baru iLuvislam.com
Dalam usaha memantapkan medium sedia ada, iLuvislam.com sedang merangka beberapa perubahan secara beransur-ansur. Bermula 1 Ogos 2010, forum baru diperkenalkan untuk menggalakkan perkongsian ilmu, bahan dan maklumat. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.
www.iluvislam.com
Zalikha
editOr:mawaryangtinggi




Bismillahirahmaniraheem..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.



Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

 



59 Comments · 14267 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam



Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 100% [41 Votes]
Very Good Very Good 0% [No Votes]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
silence on May 22 2009 00:39:31

bismillah
Haah betul tu.
Ujian Allah sebenarnya as a challenge for us untuk membentuk diri kita supaya menjadi manusia yang terbaik di muka bumi ini. Semakin banyak kita diuji dan semakin bijak kita dalam mencari penyelesaian untuk setiap ujian tersebut, insyaAllah pasti kita peroleh sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita kelak. Yang penting, jangan mudah berputus asawink wink
blue_in_cluesz on May 22 2009 03:58:54

salam..

sebenarnye Allah bgi ujian kat kite ni bukan saje2..tentu ade sesuatu di sebaleknya.
dan jgn lupe..Allah kan baek..amat baek..cat
lea fariha on May 22 2009 08:29:24

setiap kali ditimpa musibah saya sentiasa ingat bhwa akan ada kebaikan disebalik musibah itu. dan stiap kali merayu dan memohon bantuan dari Allah suatu perasaan tenang dan selesa timbul di hati saya. syukur kepada Mu ya Allah untuk segala nikmat yang Kau berikan..
kynah on May 22 2009 10:13:23

salam........
betol..Ingatlah yang Allah x akan zalim terhadap hambanya..
Die xkan saje2 je bagi kite ujian..and stp kali ditimpa ujian kate kat diri sendiri yg
'i'm the selected one' coz Allah pilih kite untk diuji thp kesabaran dan tahap keredaan kite...
for me, care untk dpt kan balik rase yakin terhadap Allah dan buang rase x puas hati adalah dgn BERSYUKUR...yup..bersyukur dgn ape yg kite ade..even untk nyawa kite yg still ade untk bernafas..alhamdulillah...
"Maka nikmat dr Allah yg mana kamu dustakan????"(ar-rahman)
moge kite semua jd org yg sentiase bersyukur...amin
budakkecik on May 22 2009 10:23:36

assalamualaikum
Thanx for this wonderful articlethumbs up
actually I'm quiet despair with my life right now
but after reading this article
i've got my spirit backalhamdulillah
it's remembering me back that He always here to help us
nur_eman on May 22 2009 10:33:06

salam,

btul, ujian Allah S.W.T. tnda kasih sayang Dia pada kt..

saya ada seorang kwn yg sangat tabah,wpun bnyk ujian melanda dr die,die tdk cepat melatah malah die makin dekat pd Allah S.W.T.

selalu saya jdkan die sbg cth untuk kembali kuat dan bgn dr segala kesedihan dan kelemahan dr setiap ujian Allah pd saya..

ble tringt die saya jadi bersemnagt kembali..sesungguhnya mgkin Allah telah jdkan dia sahabat saya yg baik sebagai perantara dalam mendekatkan dr saya pd Nya..

saya bersyukur..

semoga Allah S.W.T. sentiasa berada dekat dgn hati2 kita, Amin..

cat
mattiang25 on May 22 2009 10:37:17

assalamualaikum
Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, setiap insan yang hidup akan diuji dengan segala macam dugaan sama ada senang atau susah dan dengan itu juga dapatlah di nilai sejauh mana keimanan kita pada Allah Yang Maha Esa.
permata_88 on May 22 2009 11:22:09

assalamualaikum

nice artikel...yes

iluvislam
ilhamfaizah on May 22 2009 12:50:56

slm..artikel ni dtg tepat pd ms saya dlanda musibah. rsnya ini ujian yg plg bsr selama sy hidup di dunia Allah yg fana ini. sy menangis dan terus menangis. rs spt hrpn n impian sy selama ini dh hancur bkecai.

tp sy sedar Allah xkan mnguji di luar kemampuan hambaNya. sy solat, berdoa mengadu pd Pencipta saya. kerana sy tahu, hanya Allah yg mampu mengubah apa yg dh tjadi. Dia Maha Berkuasa. Dunia ini tidak kekal. Akhirat jua yg kekal abadi.

akhirnya sy yakin, inilah yg tbaik buat saya. kerana ia mengajar sy utk smkn dekat dgn Allah. sy tenang bila sy meletakkan seluruh kehidupan n jiwa saya pada Allah. Dia sekali-kali tidak pernah zalim pd hambaNya. Allah itu Maha Penyayang. sy bsyukur, dlm saat2 yg sukar ini, keluarga sntsa ada di sisi sy..n yg plg penting,sy ada Allah.

inna ma'al 'usri yusra..(al-insyirah)
iluvislam
qistina raihana on May 22 2009 13:16:31

bismillah
assalamualaikum sahabat2.
semoga kita semua sentiasa berada didalam redho dan rahmat illahi.insyaAllah

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerana Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Imam Ghazali ada menulis didalam kitabnya(Mukasyafah Al-Qulub)
“Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.

dan ingatlah teman:JALAN YANG MENUJU KEBAHAGIAN ITU BUKAN DITABURI DENGAN KELOPAK MAWAR YANG HARUM,BUKAN JG DIPENUHI RUMPUT KILAUAN MUTIARA tapi PENUH DGN DURI MENYAKITKAN.comfort
zinnirah mujahidah on May 22 2009 14:55:31

salam,
cume nk clarify kn pemahamn sy je la..
kirenye kalo kite mengadu kat Allah,x pe la ek??x dikatakn sbg org yg x redha dgn ujian yg dberi la ek??
thanks pd yg sudi reply post nijazakallah
noOR aNis on May 22 2009 16:01:46

assalamualaikum,
artikel yg cukup manarik..
thanks..clap
aiN assyqiN on May 22 2009 21:23:38

*iluvislam**iluvislam**iluvislam*http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/iluvislam.png
wahh!!!very2 nice articel...
i luve this web s0 much!!!
wt diri kte insaf n trsa diri dkt dgn ALLAH MAHA ESA...
fhathin222 on May 22 2009 22:28:45

subbahanallah...Maha suci Allah..tp kdg2 dri ni amat lmh sgt bla menerima ujian dari NYA...
yea..ade hikmah disblik ujian...ya Allah..smg Allah kuat kan at2 kita lalui smua ini....insya Allah...sobsob
U_R_W on May 22 2009 22:33:13

bismillah
"Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu."yes

masyaAllah
amat tepat...ujian itu membuatkan kita semakin dekat dgn Allah..kerana kite mengadu dan merintih padaNya dgn sepenuh hati..itulah hikmah disebalik semua ujian itu...sedarlah sebenarnya semua ujian itu berupa nikmat yang maha hebat jika kita kembali pada Allah..insyallah berdoalah pada Allah semoga setiap ujian yang diturunkan utk kita itu mendatangkan kebahagiaan utk kita di akhirat kelak..dan moga dijauhkan dgn sebab ujian itu kite disenaraikan sebagai salah seorang ahli neraka..na'uzubillah...

alhamdulillah clap perkongsian yang sangat berguna...
qee_ladybird on May 22 2009 22:58:35

assalamualaikum

nice article....clapclapclap

kdg2 kerana sbg insan biasa, diri ini x mampu menghadapinya...

Ya ALLAH,ampunkan hambaMU yang kerdil ini..

amin
zalikha on May 22 2009 23:05:14

assalamualaikum

betul..setiap org diberi ujian yang berbeza-beza tetapi tujuannya adalah sama.
Pegang kata-kata tu!
ciksUnny on May 23 2009 00:11:53

Mengimpikan kesabaran yang dimiliki oleh Rasulullah saw...kalau lah kita sesabar para sahabat,tentu kita tak akan pernah putus asa dengan nikmat Allah swt..real sad
izzatiMMP on May 23 2009 07:38:35

ujian Allah???saya sdh sgt2..kdg2 sy terpikir naper Dia bg byk ujian kt sy????kdg2 sy mngs bertya knape Dia hya bg kt sy sorg jer mslh ni......YaAllah ampunkn aku kerna terpgrh ngn bisikan syaitan laknatullah....tp iman sy berbolak balik kdg2 sy redha dgn ujian Allah,kdg2 sy grm.....normal ke keadaan ni,or perlu diperbetulkan????
wardatulshaukah48 on May 23 2009 09:21:10

assalamualaikum

Tarbiyahkan diri dengan sabar dikala ujian datang bertimpa...ujian itu tanda kasih sayangNya, ujian itu tanda DIA sedang berbicara dengan kita...kerana segala apa yang berlaku, sesungguhnya hanya DIA saja yang tahu mana yang terbaik utk hambaNya...bersabarlah...kerana DIA sedang mengatur sesuatu yang jaub lebih baik dari apa yang kita sangkakan...

tatatatatata
dinul huda on May 23 2009 12:01:32

syukur sgt dpt baca artikel nie...sbb,,skarang hati tengah di landa kesedihan yang amat sgt...real sad tapi, lepas baca artikel ne.....alhamdulillah..........gembira
althaarique on May 23 2009 14:03:57

subhanallah..subhanallah...subhanallah...tazkrah yg mengingatkan kembali diri. Dikala kesusahan.musibah.Gundah gelisah.
raudhatul sakinah on May 23 2009 20:30:08

insyaAllah..semoga diri ini tabah dan kuat mghadapi segala dugaan hidup..benda yg paling susah utk di buat adlh istiqomah...kdg2 diri ini hmpir tewas mghadapi dugaan hidup....iman, ilmu dan amal..semoga ana kuat mghadapi smua ini..sahabat2 blh bg cadangan x?? bagaimana nak mndidik seorang remaja prempuan dr sudut aurat,akhlak d, lain2 yg dkt dgn kita. smga kami sama2 dpt mnjd muslimah solehah.amin
anyssu on May 23 2009 20:42:02

nice article...thanks
shaf_eureca on May 24 2009 00:23:58

Allah knows better..
sehebat2 rancangan kita, hebat lagi rancanganNYA...
insyaAllahpray
hashimy on May 24 2009 08:33:11

assalamualaikum

terima kasih kepada penulis artikel ini......setiap ujian dan musibah dari Allah S.W.T mesti mempunyai sebab musabab yang tertentu....di akhir ujian pasti ketenangan kita perolehi...jd bersabarlah menghadapi ujian....hmm!
nadzimah on May 24 2009 19:28:46

Assalamualaikum..
ana sokong..tp tak ramai yg mampu dan berjaya mentarbiyyah diri sdr..
nadzimah on May 24 2009 19:29:52

Assalamualaikum..
ana sokong..tp tak ramai yg mampu dan berjaya mentarbiyyah diri sdr..
ana_huda on May 25 2009 10:44:31

salamualaikum..
mmg benar apa yg t'kndung dlm artikel nie..
bru2 ni ujian bsr mlanda dri..
mashaAllah..Allah shj yg thu btp
brat dri nk pikul ujian e2...
pd awlnye mmg rs nk give up..
tp Allah xprnh tgglkn hmbaNya jka
kmbli kpdNya n mrenung n muhasabh dri..
Alhamdulillah...even ujian 2 blum berakhir
sy dpt hdpi ngan tenang krn
keyakinan kpd Yg Esa..
krn smuanya ade hkmah dsebalik
kjadian e2...
niway..thnx 4 da brilliant infO!gembira
metz on May 25 2009 12:04:08

assalamualaikum

Allah tak kan uji sekiranya Dia tak sayang kita...clap
zalikha on May 25 2009 12:51:06

assalamualaikum

syukran kepada sesiapa yg membacanya.Semoga sedikit sebanyak mendapat manfaat dari karangan ana nie.Untuk pengetahuan artikel ini dikarang ketika diri ini dilanda masalah tetapi ana kuatkan semangat sambil mengarang artikel ini kerana ana tahu Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Mana boleh kita kata diri kita beriman jika kita tidak diuji dengan berbagai-bagai ujian.wink wink

Renung2kan dan selamat beramal!semoga kita semua tergolong dalam orang2 yang sabar menghadapi ujianNya.thumbs up
din_muslim on May 26 2009 01:20:12

Ujian tu kan tarbiyah dr Allah...bersabarlah wahai sahabat yg ditimpa ujian...tp perlu diingat jgn kita sengaja mintak ujian,takut tak terdaya kita nk tempuh..thumbs up
Teja on May 26 2009 07:47:11

Assalamualaikum..

Tima kas atas artikel ni. Time ni saya pun tgh dilanda mskh yg sgt2 berat. Alhamdulillah,slps baca artikel ni, ati semakin tenang. ..
wardah islam on May 26 2009 13:28:12

assalamualaikumyesyes



ana setuju dgn risalah ini,sebenarnya ana sedang sakit skarang dan trpksa mngguhkn peperiksaan.......mula 2 cdey gak tp bila ana baca artikel ney......mgkin semua ney ada hikmah kn.......insyaAllahclapclapclap
-eiNdAh- on May 28 2009 18:20:54

assalamualaikum
semoga kita semua termasuk dlm golongan yg sentiasa mensykuri nikmat Allah serta sabar dlm menempuh hidup sementra ini.
marzu on May 29 2009 14:07:43

bismillah

assalamualaikum wbt

alhamdulillah....

setiap manusia diuji dgn ujian mengikut tahapnya...bersyukur kerana diuji sbb selepas di uji iman kita akan meningkat ke tahap yg lebih tinggi...bila diuji kita akan lebih mencintaiNya n mendekatkan kita dgnNya...pas di uji jugak kita kan taw apa yg patut kita buat utk selesaikan masalah kita n kita taw jugak kelemahan kita so kita perlu overcome it...

perlu slalu muhasabah diri dalam meningkatkan keimanan diri...

semoga kita sentiasa memperolehi rahmatNya...
dtini on May 29 2009 14:58:37

amin
Miftahul Raudhah on May 30 2009 19:14:05

bismillah assalamualaikum alhamdulillah.article yg brmanfaat ini mampu mgingatkan kt kpd Al-Wahid.setiap ujian yg diberi oleh Allah kpd kt bknlah tanda Allah benci kpd kt ttp sbgi tanda kasihnya dan sygnya Allah kpd kt.ana benar2 brsyukur kpd Allah krana diberi nikmat Islam.'Islam is our way of life.'setiap detik khidupan kt,stiap hirupan nafas kita,degupan jntung kt hanyalah untuk Allah.kpd shbt2 yg dikasihi,bringatlah bhwa kt tlh brjanji kpd Allah di Luh Mahfuz.malah dlm solat juga.inna solati wanusuki wamahyaya wamamati llillahirabbil'alamin...nabi kt yg dikasihi,junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w sntiasa bribadah kpd Allah.Baginda prnh ditanya oleh seorang hamba Allah yg brbunyi,"Ya Rasulullah,mgapakah engkau bribadah kpd Allah sedangkn engkau sndiri mgtahui bhwa engkau tlh dijanjikn syurga oleh Allah?lantas baginda menjawab,"Salahkah aku bribadah untuk menunjukkan rasa syukurku kpd Kekasihku?.tazkirah ringkas ini adalah untuk kt semua trmasuk diri ana yg hina dina ini.fikirkanlah...winkYa muqallibal qulub,sabbitqulubana 'ala dinik,wa 'ala to'atik,wa 'ala da'watik.amin
siti nur afieza on June 01 2009 11:08:05

assalamualaikum.......

artikel ini amatlah menarik untuk di baca oleh org2 yg selalu mempersoalkan ujian ALLAH....
seharusnya kita tahu bahawa ALLAH amat mencintai hambanya mn mungkin DIA menberikan ujian yg tidak mampu kita hadapi......INGATLAH
ALLAH sengaja memberi ujian kepada hambanya spy kita lebih dekat kepadaNya,jgn pula makin menjauhkan diri drpdNya....selalulah berada dekat dengan ALLAH...moga kita menjadi antara org2 yang kuat imannya...insyaallah...amin

sekian....iluvislam
mayat hidup on June 02 2009 10:30:14

bismillah,Kadang tu, kita x pernah di uji, baru kena ujian cikit je dah rasa macam nak gelap dunia ni, tapi apa2 hal, t. kasih , artikel yang membina.thumbs up
hidayahiman on June 03 2009 15:05:40

alhamdulillah
terima kasih kerana menulis artikel ini..
terima kasih kerana menjawab setiap persoalan yang selama ini tak terjawab oleh saya dalam setiap ayat dan baris di dalam artikel ini..
amin
man_87 on June 05 2009 00:55:36

salam..

bestnye artikel ni,npe la artikel ni x kuar awl2..

YA ALLAH berilah aku kekuatan,agar aku mampu hadapinye dgn kuat..
amin
dieba88 on June 05 2009 22:38:01

assalamualaikum

alhamdulillah tenang betul hati saya apabila saya mengadu semua masalah dengan ALLAH SWT..yes
vodafonis on June 15 2009 18:11:46

assalamualaikum
bismillah

jazakallahu khairan kathiran
thank u so much 4 d author..
ana baru diberi ujian yg sgt berat oleh Allah baru2 ni
ana mengeluh, hati ana sgt tak tenteram
ana lupe ana ade Allah, my Greatest Guardian.. real sad

artikel ni sgt mnydarkan ana yg Allah sgt syg kat ana.. n hambe2nye,
ana besyukur.. cz Allah ingt n syg kat ana dgn bg ana ujian ni
ana besyukur ade shbt yg tak tinggalkan ana waktu ana sgt2 kecewa cmni,
i have to come back to my root, hidup bukn untuk putus ase,
life is about to repair myself to b someone better.
thanks again dearly authorsobsob

ni shbt ana bg untuk backup spirit ana,

berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,sedekahkanlah senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu teluka,
hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan
dan BERPEGANGLAH KPD ALLAH WALAU DIA TAK KELIHATAN.
bukti kasihnya , kita wujud di dunia pinjaman ini,
ada sebab bila berlaku sesuatu perkara,

dan YAKINLAH, TUHAN MENGUJI SETIAP HAMBANYA YANG MENGAKUI KEIMANAN KEPADANYA..

MOga lelahmu dihargai walaupun dicemuh insani, mudah2hanhanya yang terbaik dianugarahkan buatmu....

thanks to all!
muyee_cool on June 15 2009 22:04:03

assalamualaikum
SAYA BARU JEK KEHILANGAN I.C...ini membuatkan saya begitu sedih dan ujian inilah yg membuatkan saya menangis dalam solat..saya malu....sebab saya begitu lemah dalam menghadapi ujian-Nya..sad
mencariMU on June 17 2009 21:59:46

assalamualaikum
cahaya sufi on June 18 2009 18:28:21

assalamualaikum
iluvislam
sesungguhnya Allah takkan menguji kita atau membebankan kita dgn ujian..kcuali dgn kemampuan kita..sungguh!Allah itu Maha Adilcloud 9
Harum kasturi on June 20 2009 00:19:51

assalamualaikum. Sedikit perkongsian: "Kehidupan ini bukanlah sebuah syurga yang penuh nikmat, bukan juga suatu tempat yang kekal abadi, tetapi sesungguhnya kehidupan ini adalah tempat UJIAN dan taklif (tuntutan)"gembira

Dalam mengharungi ujian sabar dan ikhlas adalah penting.
"Al-'Alamah Ibn Al-Qayyim dlm kitabnya (Zad al- ma'ad ketika menerangkan cara membendung dukacita apabila ditimpa kepahitan & penderitaan hidup) mengatakan:
Hendaklah dipadamkan api musibah dgn kesejukan teladan yang dicontohkan oleh mrk yg berjaya dalm kehidupan ini. Ketahuilah bahawa kehidupan ini dipenuhi rintangan & kekecewaan. Kalau kita perhatikan kepada dunia, maka kita akan dapati ia hanya ujian. Dgn kehilangan org yg dikasihi @ memperolehi suatu yg tdk diingini. Sesungguhnya kegembiraan yg dirasakan di dunia ini hanyalah sebagai suatu mimpi dalam tidur @ spt bayang- bayang yang akan segera hilang.

Ibn mas'ud berkata:
"Setiap kegembiraan ada penderitaan."

Kata Ibn Sirin:
"Setiap kali ada ketawa,ada tangisan selepasnya."comfort
achik79 on June 20 2009 16:29:27

assalamualaikum

setiap manusia itu akan diuji...sabar itu adalh sesuatu yang amat manis... nice artikel grindance
qaeeysh on June 22 2009 12:33:49

alhamdulillah cloud 9
dihah on July 08 2009 23:55:36

aku meminta kpd tuhan,setangkai bunga segar...
dia beri kaktus berduri...
aku minta kupu2 d berinya ulat berbulu...
aku sedih dan kecewa..
Namun kemudian kaktus itu berbunga, indah sekali..
dan ulat menjadi kupu2 yg sgt cantok..
Itulah jalan tuhan..
Indah pd masanya...
tuhan x memberi apa yg kta harapkan..
tapi..
Dia memberi apayg kta perlukan..
kadang2 kta kecewa..
jauh d atas segalanya,
dia sedang mengatur yg terbaik dlm kehidupan kita...hmm!
selendangku on August 01 2009 11:22:18

assalamualaikum
ALLAH itu amat adil.
teramat adil..
ALLAH memberikan kite sesuatu ujian itu kerana DIA maha mengetahui bahawa kite mmpu utk menempuh ujian 2..
DIA maha mengetahui ape yg terbaek utk kita..
kite harus redha dgn ape jua ujian yg dtg..
menerimany dgn hati yg terbuke
dan egtla di sebalik ujian itu ada hikmahnya..
smoge artikel ini dpt mmbri sy dan pembace yg lain smgt utk menempuh ujian yg mendtg..
amin
artikel yg sgt bagus dan sgt mendidik jiwa..
qinthara_nik on August 08 2009 10:02:52

assalamualaikum
tq so much..
Artikel ni sgt menarik..
alhamdulillah..kita masih lagi bernafas walau diri terasa begitu sesak dgn pelbagai masalah dan dugaan..
buat diri sendiri dan sahabat semua..
biarlah diri kita tak seberapa, biar kita penuh kekurangan, biar kita miskin dan hina di mata manusia.. usahlah peduli kata2 mereka..sebab bukan mereka yang tentukan takdir kita..
ALLAH yang tentukan apa yang terbaik buat kita.. lihatlah ke dasar hati kita..renunglah kembali ke dalam diri.. hakikatnya kita insan yang tabah!kita adalah permata yg tak ternilai harganya..
kita punya anugerah yg terbesar ALLAH berikan..nikmat iman dan islam.
kuatkanlah kembali semangat kita..aturkanlah kembali langkah kita ke jalan yang telah ditetapkanNya utk kita.. andai sesekali kita rebah dan tersungkur, bangkitlah kembali!
jgn mudah berputus asa dgn rahmatNYA. igtlah, biar seperit mana dugaan yg kita tempuhi.. itu hanyalah ujian utk hamba2 yg DICINTAINYA..yakinlah.. ALLAH akan tetap bersama kita.. di setiap langkah dan denyut nadi kita..insyaALLAH..cloud 9
wslm..
april_muslimah on August 15 2009 22:48:17

Sdey r bce artikel nie...sad
sesungguhnya hambaMu ini seorg y lemah lg x bdaya..
btape lmah nya iman ku krn ujian y kecil pun x mampu ku harungi..
Ya Allah ampunilah sgl dosa hambaMu ini..
real sadsad
ila_ari on September 12 2009 15:08:38

bismillah assalamualaikum artikel yg sangt2 bagus....!!!!!
clap
clap
clap
thumbs up
thumbs up
thumbs up
truskn berkongsi ngn km smua...grindance
mnx kbnran nk copy ye...yes thanz...cloud 9
nisa ariza on October 20 2009 21:28:38

bismillah
assalamualaikum
kala ini aq merasa sgt sedih ats pmergian ayahanda tercinta..tp alhamdulillah krne doaku utk menutup segala ksedihan ini tmakbul apabila aq tng bhadapan dgn org ramai yg mengucapkan tkziah kpd ku. apakah hikmah yg akn Kau turunkn pd kami ya Allah...kasihan ibu dan adik2ku di rumah...moga Allah kuatkn semangat ibu utk mghadapi mse akn dtg...
ellilagi on February 10 2010 11:33:44

assalamualaikum

hmm...may i copy this article , just want to share... after reading some article here, its all great, i feel so much better, i want my friends feel the same.

jazakallah
erpuzy on March 30 2010 11:59:20

assalamualaikum

Saya baru jumpa artikel asal di sini. Saya nk minta kebenaran untuk copy artikel ini untuk dimuatkan ke blog saya. Saya akan sertakan link asal. Tq
Bayu_biru on April 08 2010 01:47:30

skrg, dlm poket sy, sy cuma punya rm3.70 shj!
byrn hutang yg sy tunggu msh belum dibayar...
wang yg sdh menjadi hak sy, masih belum sy perolehi...
gaji belum dpt...
nk mintak kat ayah, emak @ abang...malu!!!!!
tp ntah kenapa, sy boleh rilexxx je...
sungguh sy merasa sedih bila melihat wang di dlm bank sy= kosong!
sy mahu marah, mahu sedih lbh2, mahu menangis puas2, tp lps tu sy bole cool mcm tu aje???
nak mkn apa esok??? meggi lagi n lagi n lagi???
tp apapun, sy merasa, ketenangan yg sy rs adalah ubat yg paling mujarab buat sy.
bukan duit...hehe(skrgpun sy msh bole ketawa tau!) grindance
assalamualaikum
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search
Klik Sini untuk Search
spacer
Iklan @ iLuvislam

Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Random Design
spacer