e-Khidmat Kini Trend Sebahagian Besar Hidup Rakyat Malaysia

110114-e-khidmatIdea mengisi borang, berbaris untuk membuat atau mengemuka pembayaran mengingatkan semula karenah birokrasi yang lumrah dalam khidmat kaunter dan sesuatu yang memang tidak disukai oleh rakyat Malaysia. Pasti masih segar dalam minda warga Malaysia yang sehingga 10 tahun lepas mereka tidak mempunyai pilihan selain berbaris atau tunggu nombor giliran dipanggil apabila memohon bagi MyKad, pasport dan sehinggakan membayar bil telefon, elektrik dan air. Dan jika membabitkan pelbagai transaksi, bermulalah ‘lawatan’ kaunter ke kaunter.

 

 

Kini semua ini telah berubah dan terima kasih kepada e-Khidmat kerana apa sahaja daripada kerja, perniagaan dan banyak lagi boleh dilakukan dalam suasana keselesaan kediaman atau pejabat. Hari ini dengan semuanya perlu dibuat dengan pantas dan lancar, menjadikan Internet banyak membantu kita dalam mempertingkat gaya hidup serta kualiti kehidupan.

 

 

BAGAIMANA SEMUANYA BERMULA? DI MANAKAH KEDUDUKAN KITA SEKARANG?

Sejak diperkenalkan di Eropah pada lewat 1980-an, e-khidmat membawa aspirasi kepada pelbagai pertubuhan untuk muncul dengan pelbagai pendekatan tambah nilai bagi memuaskan hati pelanggan. Hari ini konsep ini merupakan satu ciri ‘mesti ada’ bagi pembekal khidmat dalam pelbagai industri. Pertubuhan sama ada besar atau kecil telah membuat pelaburan besar untuk memastikan pelanggan mendapat khidmat maya terbaik.

Gelombang e-Khidmat telah merebak merentasi seluruh dunia sejak kerajaanAmerika Syarikat memperkenalkan dengan rasmi konsep e-Kerajaan pada 1993. Pada 2010, kajian e-Kerajaan yang dijalankan oleh Bangsa-bangsa Bersatu menyenaraikan Malaysia di tangga kedua daripada 11 negara Asia Tenggara (SEA) dalam Indeks Pembangunan e-Kerajaan.

Selain Malaysia, Singapura berada di tangga pertama dan Brunei di tangga ketiga dalam tawaran e-Kerajaan di Asia Tenggara. Kebanyakan negara telah menambahbaik kedudukan senarai global masing-masing termasuk Malaysia yang telah meningkat naik tangga ke-32 daripada 189 negara yang terbabit dalam kajian itu.

GELOMBANG BARU DI MALAYSIA

Saibani Muhamad, 30, seorang eksekutif akaun di sini menunjukkan bagaimana e-Khidmat telah sebati dengan kehidupan seharian. Beliau mula berjinak dengan e-Khidmat pada tiga tahun lepas dengan perbankan online. Dari situ beliau beralih ke khidmat e-Lodgment Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Setahun yang lepas beliau memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan secara online. “Saya telah menggunakan khidmat online untuk melaksanakan pemindahan wang, bayar bil utiliti dan membuat bayaran ansuran PTPTN dan membeli-belah,” kata beliau.

Saibani kemudian menjelaskan walaupun beliau pernah menghadapi sedikit masalah khasnya dalam sambungan semasa menjalankan transaksi online, itu tidak menghalang beliau daripada terus menggunakan khidmat online. Beliau menggalakkan orang ramai supaya beralih kepada e-Khidmat yang memudahkan lagi kehidupan dan menekankan bahawa ‘untuk menjalankan transaksi online, anda mesti ketahui apa yang anda mahu.

Johan Kasturi, 27, seorang penganalisis dari Kajang turut bersetuju yang e-Khidmat telah banyak memudahkan kehidupan.
“Dengan pengenalan khidmat online, apa yang saya perlu lakukan ialah ikut beberapa langkah mudah yang dapat dibuat dalam beberapa minit sahaja, yang kesemuanya dalam suasana keselesaan rumah. Ia sangat berkesan dari segi kos”.

Terdapat portal-portal online yang membantu rakyat Malaysia untuk menjalankan transaksi bersama pelbagai agensi kerajaan kesemunya melalui satu portal. Rilek e-Services (www.rilek.com.my) dan MyEG Services Berhad (www.myeg.com.my) adalah kaedah lazim bagi transaksi membabitkan orang ramai.

 

JANGAN TAKUT

Bagi sebahagian rakyat Malaysia, faktor-faktor yang menghalang mereka daripada menggunakan e-Khidmat adalah kurangnya kesedaran dan isu-isu keselamatan, tanggapan salah yang ia membabitkan prosedur rumit dan kurangnya keyakinan dalam transaksi online. Ada pula yang tidak pandai menggunakan teknologi IT atau takut untuk mendedahkan identiti sebenar mereka dalam Internet.

“Saya melakukan transaksi online pertama saya beberapa tahun yang lepas dan meneruskannya sejak itu. Hari ini, transaksi online adalah lebih selamat berbanding tiga atau empat tahun lepas. Institusi kewangan telah banyak melabur masa dan wang menambahbaik pengalaman pelanggan dan dalam meningkatkan tahap keselamatan transaksi online”, tambah Johan.

Menggunakan portal web adalah semudah A-B-C. Setiap laman menawarkan maklumat yang mencukupi serta halatuju yang jelas untuk mendaftar serta menggunakan khidmat-khidmat yang ditawarkan. Para pengguna boleh mengenalpasti dengan mudah apa untuk dilakukan dan sebaliknya. Ini membantu memastikan ketepatan serta kepercayaan terhadap maklumat yang dikemukakan yang seterusnya membawa kepada transaksi lancar.

 

LAMAN-LAMAN WEB ‘PANAS’

Satu tinjauan rambang terhadap portal-portal e-Khidmat bagi rencana ini menunjukkan trafik yang tinggi di portal Polis Diraja Malaysia (PDRM), khasnya kerana orang ramai menyemak sama ada mereka mempunyai saman dan mengambil kesempatan daripada inisiatif diskaun saman PDRM.

Sementara itu, khidmat yang ditawarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk menyemak mata demerit KEJARA, memperbaharui lesen memandu, cukai jalan, insurans dan memohon lesen ‘L’. Khidmat portal Telekom Malaysia dan TNB membolehkan pengguna melakukan bayaran bil online sementara portal Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) membantu orang ramai menyemak dan membayar cukai taksiran serta yuran pelbagai lesen. Portal Jabatan Imigresen pula membenarkan anda memperbaharui permit kerja pembantu rumah, dan yang menarik lagi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menawarkan penggantian MyKad yang siap dalam 24-jam!

 

JANGAN KITA KETINGGALAN

Buat masa kini Malaysia disenaraikan di tangga ke-16 dunia bagi pembangunan khidmat online, dan transaksi online yang semakin sebati dengan gaya hidup rakyat Malaysia. Ia membantu mengurangkan kos yang tidak perlu, menjimatkan masa dan lebih penting lagi membolehkan pengguna menjalankan transaksi mengikut keselesaan
mereka.

-Kuala Lumpur, 14 Januari 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Fikirkan

Teknologi boleh memudahkan kita, seperti yang selalu dikatakan, dunia di hujung jari. Jadi gunakanlah ia sebaik-baiknya!

Artikel Terkini

  • colorful-113
  • kehidupan1
  • hidayah1
  • Dawah-The-Cause-and-Results-1024x683

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas