Jutawan Soho

altSoho adalah singkatan kepada ‘small office house office.’ Ia merujuk kepada perniagaan yang kita usahakan sendiri di rumah kita sendiri.

Secara jujurnya, untuk menjadi “Jutawan” soho ini bukan senang. Saya pun tak pernah kata jadi jutawan kerja senang… orang lain ada la kata senang jadi jutawan – tapi bukan saya ;)

Untuk jadi jutawan…

  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000,000 kepada 1 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100,000 kepada 10 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10,000 kepada 100 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000 kepada 1,000 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100 kepada 10,000 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10 kepada 100,000 orang….Atau apa sahaja in between!

Ramai antara kita dengan skill yang ada, hanya yakin dan berkebolehan menjual sesuatu yang berharga antara RM10-RM100. Sekiranya anda tergolong di sini dalam perniagaan SoHo anda, maksudnya, anda memerlukan antara 10,000 – 100,000 pelanggan.

So, fikirkan pula, untuk mendapat berpuluh-puluh ribu pelanggan… berapa lama masa anda akan ambil? Lama bukan?

Tetapi here’s the good news!

Dengan bermula menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM10, anda akan menjadi lebih yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100. Apabila anda yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100, anda akan menjadi yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM1,000.

Apabila sampai tahap ini, anda hanya perlu 1,000 pelanggan sahaja untuk menjadi jutawan soho!

Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. So, start smallstart a SoHo. Walaupun anda tidak boleh jadi jutawan dalam sekelip mata, tetapi, dengan cara yang betul, anda boleh mendapat extra income untuk anda & keluarga.

Seperti saya kata, untuk menjadi jutawan SoHo seperti saya, bukanlah perkara yang senang dan boleh goyang kaki untuk mencapainya. Tetapi, untuk mendapat pendapatan RM2,000-RM3,000 secara SoHo, adalah agak mudah.

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Irfan Khairi merupakan personaliti jutawan internet yang sangat terkenal di Malaysia. Beliau menjadi jutawan melalui perniagaan internet ketika berumur 25 tahun. Selain menjadi usahawan, beliau juga menulis buku-buku perniagaan, menjadi kolumnis untuk majalah-majalah dan pelbagai kerjaya lain.

Anda ingin menemui Irfan Khairi dalam Bicara Santai “Anda Layak Berjaya?” Temui beliau secara percuma untuk mendapatkan tips-tips perniagaan online dan offline. Ya, percuma! Berikut adalah lokasi dan tarikhnya:

  • 30/12/10 – Kuala Lumpur (Hotel Cititel, 8pm to 11pm)

Untuk menyertai secara PERCUMA, di minta anda  menghantar tempahan tempat duduk melalui SMS seperti berikut:

SMS kepada 013-3024281 info-info di bawah :

“LOKASI (seperti di atas), Nama Penuh, Email dan Bilangan Peserta.”

*Sebagai tanda penghargaan kepada anda yang hadir, peserta akan menerima buah tangan personal daripada Irfan Khairi iaitu audio bertajuk “Wang & Anda: Jejak Jutawan” berharga RM19.90 secara PERCUMA. Jadi, bila datang, anda tidak akan pulang dengan tangan kosong! ^_^

Sumber Grafik : sukses.my

Penulis

Artikel Terkini

  • Sepi
  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas