Program Prihatin Rapatkan Hubungan Dengan Orang Asli

altProgram Konvoi Kembara 4×4 Jasa Prihatin bersama masyarakat Orang Asli Ulu Slim, Perak anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), dilihat sebagai medan terbaik dalam merapatkan hubungan setiakawan dengan masyarakat Orang Asli.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D`Cruz berkata program kembara itu juga dilihat dapat mendekatkan masyarakat negara ini dengan komuniti yang tinggal di kawasan pedalaman.

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan!

“Saya percaya apabila saudara-saudari peserta konvoi sampai ke destinasi Ulu Slim nanti para penghuni kampung itu akan dapat memahami dan sedar bahawa ada juga mereka dari bandar atau ibu kota yang prihatin serta mengambil berat tentang kebajikan mereka,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan di sini hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Jasa Datuk Abu Talib Harun.

D’Cruz kemudian melepaskan konvoi seramai 25 kereta pacuan empat roda yang dinaiki oleh 75 peserta termasuk 25 pelajar dari beberapa universiti awam tempatan.

Program dua hari itu yang antara lain bermatlamat untuk mendekatkan masyarakat Orang Asli dengan pemimpin komuniti serta menyelami permasalahan kumpulan tersebut turut melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Penyiaran, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dan Ikatan Relawan Rakyat (RELA).

Konvoi berkenaan dijangka memasuki tiga kampung di Ulu Slim Perak iaitu Kampung Tibang, Kampung Keding serta Kampung Tenau petang ini dan memberi bantuan termasuklah hamper selain mengadakan pelbagai program kemasyarakatan seperti gotong royong, pemeriksaan kesihatan dan juga sukan rakyat.

D’Cruz berkata program sedemikian juga merupakan antara harapan besar kerajaan supaya agensi awam sentiasa menganjurkan aktiviti yang mengutamakan rakyat serta membawa manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini.

“Tidak kira di mana mereka berada, saya berharap melalui program mesra rakyat ini, kita dapat menurunkan mesej sebenar mengenai langkah-langkah yang sentiasa diambil kerajaan untuk menaiktaraf kehidupan setiap rakyatnya,” katanya.

Sementara itu Abu Talib dalam ucapannya berkata, program sebegini adalah berterusan dan bukan hanya diadakan sekali-kala sahaja.

“Ini jelas membuktikan sejak merdeka lagi pembangunan tidak terhad di kawasan bandar tetapi juga kawasan yang boleh dikatakan agak jumud,” katanya sambil menambah perkampungan Orang Asli menjadi barisan hadapan yang sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan tanah air suatu ketika dulu.

Kuala Lumpur, 11 Julai

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

Penulis

Artikel Terkini

  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27
  • tumblr_mejytetkE71qil46jo1_1280

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas