Kebergantungan Pekerja Asing Kurang 40 Peratus Melalui IBS

altKebergantungan negara kepada pekerja asing terutama dalam bidang pembinaan boleh dikurangkan sehingga 40 peratus jika syarikat binaan lebih banyak menggunakan sistem pemasangan separa siap dari kilang (IBS).

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada tahun lepas.

“Kerajaan mahu menggalakkan penggunaan IBS ini kerana ia dapat mewujudkan suasana pembinaan yang selamat selain menjimatkan masa dan kos,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan!

Beliau berkata kerajaan turut memberikan pengecualian bayaran levi kepada syarikat swasta yang berjaya mengaplikasikan konsep binaan IBS sehingga 50 peratus dalam projek pembinaan mereka.

Bagi sektor awam pula, katanya kerajaan telah mewajibkan penggunaan sistem IBS sebanyak 70 peratus bagi setiap pembinaan bangunan kerajaan.

“Sehingga Mei 2010, sebanyak 331 projek pembinaan bangunan kerajaan menggunakan konsep IBS ini,” katanya.

Persidangan dewan kemudiannya meluluskan Rang Undang-undang berkenaan yang bertujuan untuk meminda Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Kuala Lumpur, 30 Jun

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

Penulis

Artikel Terkini

  • Sepi
  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas