Duta Indonesia Puji Malaysia Tangani Isu Dera Amah

altDuta Indonesia ke Malaysia Tan Sri Prof Da’i Bachtiar memuji kecekapan dan kredibiliti pasukan polis serta kerajaan Malaysia dalam menangani isu penderaan melibatkan pembantu rumah dari negara itu.

Bagaimanapun, beliau tetap berharap sistem pengadilan di negara ini akan memberikan penghakiman yang telus dan setimpal ke atas pelaku bagi mengelakkan tercetus isu-isu yang kurang baik dalam hubungan dua hala kedua-dua negara. “Penghargaan diberikan kepada kerajaan Malaysia kerana polis pantas membuat siasatan. Bagi pihak Indonesia, kami sedar bahawa kes jenayah boleh terjadi di mana-mana.

“Tapi apa yang penting adalah bagaimana penegakkan hukumnya, di mana pelaku jenayah ini harus dihukum sesuai dengan perbuatannya,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat ke atas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di pejabatnya di Angkasapuri di sini hari ini.

Turut membuat kunjungan hormat ialah Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Datuk T. Jasudasen.

Kunjungan itu sempena tamat perkhidmatan Da’i selama tiga tahun sebagai Duta Indonesia ke Malaysia akhir bulan ini manakala tempoh Jasudesan tamat bulan ini selepas berkhidmat lima tahun di negara ini.

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)

Dalam pada itu, Da’i berharap kes terbaru melibatkan kematian pembantu rumah, Isti Komariyah, 26, mendapat pembelaan sewajarnya.

Beliau turut berasa kesal kejadian penderaan itu berlaku sebaik sahaja kedua-dua negara itu telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 30 Mei lepas yang telah menamatkan pembekuan penghantaran amah Indonesia ke Malaysia selama dua tahun, yang membolehkan kedatangan amah berkenaan dalam masa dua minggu.

“Kita juga menyesalkan kenapa baru saja kita menandatangani MoU, ada kes berlaku sekarang, harap ia tidak mengganggu apa yang telah dipersetujui dan berharap segera dibawa ke mahkamah dan pesalahnya dihukum dengan setimpal,” katanya.

Di bawah MoU yang disemak semula itu, peranan amah Indonesia dan ejen akan diperjelaskan bersama-sama dengan garis panduan dan tanggungjawab mereka yang terbabit.

Ahad lepas, Isti yang dibawa oleh majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), tetapi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital itu.

Berikutan itu, majikan mangsa iaitu pasangan suami isteri masing-masing berusia 56 dan 53 tahun ditahan polis pada hari sama selepas pihak hospital memaklumkan terdapat kesan kecederaan seperti calar dan lebam lama serta baru di belakang mangsa, dahi dan lengannya.

Kedua-duanya ditahan reman selama enam hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Jasudasen berkata sepanjang lima tahun lepas, Malaysia dan Singapura telah menjalin hubungan dua hala yang sangat baik di mana banyak masalah telah diselesaikan.

“Dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak angat berminat dalam pengwujudan hubungan dengan negara-negara jiran.

“Dan bagi pihak kita, kita sangat berminat untuk mewujudkan hubungan, kita adalah negara-negara adik-beradik. Lebih banyak kita bekerjasama lebih banyak kita boleh menangi bersama,” kata beliau.

KUALA LUMPUR, 9 Jun

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

Penulis

Artikel Terkini

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas