3 Tahap Pekerja Syarikat Anda

altPekerja adalah aset penting sesebuah peniagaan. Pekerja yang tahu membuat kerja, pandai membuat keputusan dan setia adalah cita-cita semua perniagaan. Tanpa pekerja sebegini, tidak mungkin kita dapat memajukan perniagaan kita.

Berikut saya akan terangkan mengenai 3 level pekerja. Bermula dengan tahap yang paling rendah sehingga ke tahap pekerja yang mampu menjadi CEO syarikat anda.

Pekerja Tahap Satu – Pekerja yang menerima arahan dan melaporkan masalah.

Pekerja tahap satu adalah pekerja yang hanya tahu menerima arahan dan melaporkan masalah. Pekerja tahap ini, mereka akan menerima arahan ini dengan baik walaupun mereka tidak tahu apa sebenarnya tujuan mereka lakukan sesuatu.

(Jika pekerja ini masih tidak mampu melakukan apa yang anda arahkan, pekerja ini patut dibuang kerja kerana pekerja seperti ini tidak akan menguntungkan syarikat.)

Selain melakukan apa yang disuruh oleh anda, pekerja ini juga mahir untuk membentangkan masalah.

Contohnya

Boss : Hari ini, pergi buka booth di Expo Gerak Usahawan. Dan cuba buat sales sebanyak yang mungkin.

Pekerja 1 : Baik boss.

Setelah beberapa jam, pekerja ini akan menelefon boss

Pekerja 1 : Boss, saya dah sampai kat dewan nie, tapi booth kita yang mana satu ? Sapa perlu saya tanya untuk tahu booth kita yang mana satu ? Apa perlu saya cakap pada pelanggan supaya mereka beli barangan kita ?

Boss : Ok. tanya pada urusetia, beritahu nama syarikat kita. Cakap pada pelanggan kebaikan produk kita.

Pekerja 1 : Urusetia di mana boss ?

Boss : Errr…..

Pekerja seperti inilah yang memenuhi kilang-kilang di negara kita. Kebanyakkan mereka hanya bekerja untuk mengantikan robot. Jadi anda sebagai usahawan perlu melatih pekerja seperti ini supaya mereka tahu membuat kerja dengan baik dan tahu menyelesaikan masalah-masalah mudah.

Untuk berhadapan dengan pekerja tahap satu, anda perlu bertanya kepada mereka. Apa penyelesaian yang ada. Dengan anda bertanya begini, akan membuatkan otak mereka untuk berfikir.

Mungkin ini memakan masa, namun anda perlu juga melakukannya.

Contohnya

Pekerja 1 : Urusetia di mana boss ?

Boss : Agak-agak kamu ada di mana ?

Pekerja 1 : Saya rasa mesti di sini juga. Mungkin di tingkat 1, 2 atau 3.

Boss : Yaa.. pergi cari di Tingkat 1, 2 dan 3.

Pekerja 1 : Betul juga tu. Baik boss.

 

Pekerja Tahap 2: Pekerja yang menerima arahan dan membentangkan penyelesaian

Pekerja tahap dua pula adalah pekerja yang kebanyakkannya menjadi pengurus bagi sesebuah syarikat. Pekerja tahap ini adalah lebih baik berbanding tahap pertama. Mereka ini mampu berfikir sedikit untuk mencari jalan penyelesaian.

Jika pekerja ini diberi sebarang tugas, mereka akan mencadangkan penyelesaian yang terbaik dan jika menghadapi sebarang masalah, mereka akan mencadangkan penyelesaian juga.

Contohnya

Boss : Bagaimana jualan hari ini ?

Pekerja 2 : Kita telah menjual 10 unit barangan hari ini. Tapi saya menerima banyak aduan dari customer yang mengatakan barangan kita mahal berbanding barangan pesaing kita. Namun, saya ada beberapa cadangan. Antaranya

1. Kita perlu kurangkan harga barangan seperti harga pesaing

2. Kita perlu memberi hadiah sampingan

3. Kita perlu mengiklan di tempat yang efektik berbanding pesaing kita.

Boss : Ok. Lakukan langkah ketiga

Pekerja 2 : Baik boss, saya menurut arahan.

Pekerja tahap ini, mereka mampu berfikir untuk mencari beberapa alternatif penyelesaian untuk masalah yang dihadapi. Namun mereka tidak mampu untuk membuat keputusan. Jadi otak mereka boleh berfikir tetapi tidak mampu membuat keputusan.

Ini juga bermaksud, mereka tidak berani untuk mengambil risiko dan bertanggungjawab atas keputusan yang bakal dilakukan. Jadi mereka akan membentangkan beberapa alternatif untuk boss membuat pilihan. Dengan harapan, dengan kaedah ini mereka terlepas dari menghadapi risiko dan terlepas dari dipertanggungjawabkan atas keputusan yang dibuat.

Untuk anda meningkatkan pekerja seperti ini, anda perlu melatih pekerja tahap dua ini untuk menilai alternatif-alternatif yang ada. Push mereka sedikit untuk berfikir dan menilai penyelesaian yang ada dan seterusnya membuat keputusan.

Kembali kepada senario tadi,

Boss : Bagaimana jualan hari ini ?

Pekerja 2 : Kita telah menjual 10 unit barangan hari ini. Tapi saya menerima banyak aduan dari customer yang mengatakan barangan kita mahal berbanding barangan pesaing kita. Namun, saya ada beberapa cadangan. Antaranya

1. Kita perlu kurangkan harga barangan seperti harga pesaing

2. Kita perlu memberi hadiah sampingan

3. Kita perlu mengiklan di tempat yang efektik berbanding pesaing kita.

Boss : OK. Agak-agak kamu, keputusan yang manakah yang terbaik antara ketiga ini ?

Pekerja 2 : Saya rasa yang pertama itu baik juga, tapi untung kita akan berkurangan. Yang kedua bagus juga, tapi kita perlu keluarkan belanja pula. Yang ketiga pun terbaik juga, kita dapat meningkatkan jualan dan orang yang tidak tahu mengenai pesaing, akan membeli dari kita dan kita akan mendapat keuntungan yang tinggi.

Boss : Jadi mana satu yang kamu rasa terbaik ?

Pekerja 2: Saya rasa yang ketiga boss.

Boss : Bagus. Buat yang ketiga.

Dengan latihan sebegini, pekerja ini akan mula melatih diri untuk berfikir, mencari penyelesaian dan memilih penyelesaian yang terbaik untuk masalah yang dihadapi.

Dengan ini anda dapat melatih pekerja tahap dua ini menjadi pekerja tahap 3

 

Pekerja Tahap 3 – Menyelesaikan masalah, berani mengambil risiko dan bertanggungjawab

Pekerja tahap ini adalah yang tertinggi. Kebanyakan dari pekerja ini adalah mereka yang menjadi CEO sesebuah syarikat. Mereka ini bijak dan mampu berfikir, serta berani mengambil risiko dan bertanggunjawab atas keputusan yang dibuat.

Mereka ini tidak berniaga kerana mereka merasakan lebih selesa menjadi CEO berbanding meniaga. Kerana sebagai peniaga, risiko yang dihadapi adalah lebih tinggi.

Mereka ini akan menganalisa sesuatu masalah, mencari penyelesaian dan membuat keputusan.

Contohnya.

Boss : Jual barangan ini di Expo Gerak Usahawan.

Pekerja 3 : Baik boss

Setelah pulang dari expo itu.

Boss : Bagaimana jualan kita di Expo Gerak Usahawan tersebut ?

Pekerja 3 : Sales bagus boss. Pada mulanya saya hadapi masalah mencari booth, tetapi saya selesaikan setelah mencari urusetia di situ. Kemudian saya tengok barangan kita tidak banyak mendapat sambutan kerana harga kita lebih tinggi berbanding pesaing. Jadi, saya photostat leaflet banyak-banyak dan saya suruh pekerja kita tu edarkan di luar dewan itu. Dengan itu, ramai yang bertumpu kepada booth kita dan membeli produk kita.

Boss : Bagussssssssss.. huahauhauhauhauhauhauahuaha.

Inilah tahap pekerja yang diidam-idamkan oleh semua usahawan dan peniaga.

Pekerja Mudah didapati, tetapi tahap manakah pekerja yang anda mahukan ?

Namun kita ada beberapa pilihan untuk mendapatkan pekerja tahap 3

1. Kita boleh bangunkan pekerja kita dari bawah dan tingkatkan mereka setingkat demi setingkat.

2. Kita boleh lantik pekerja yang terbukti tahu berfikir dan membuat kerja dari syarikat lain dengan menawarkan gaji yang lebih tinggi.

Terpulang kepada anda untuk memilih, pilih mengikut kesesuaian syarikat anda.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Shahabudeen Jalil adalah seorang usahawan dalam bidang import dan eksport, selain itu beliau juga seorang konsultan yang melatih usahawan lain untuk memborong terus dari sumber terutamanya dari China. Beliau juga telah mengasaskan sebuah portal untuk usahawan membuka dan berniaga secara online di internet. Layari shahabudeenjalil.com

Penulis

Artikel Terkini

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas