SYABAS Kenalpasti 110 Cerun Bahaya

altSyarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengenal pasti 110 cerun yang menempatkan kolam air, rumah pam dan perumahan kuarters pekerja Syabas yang berpotensi mengalami kegagalan cerun.

Ketua Pegawai Eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan dalam kenyataan media hari ini berkata daripada jumlah itu, 64 telah dikenal pasti sangat kritikal dan berisiko tinggi dan 59 daripadanya telah dibaiki.

Ruslan yang mengadakan tinjauan di tiga lokasi iaitu Kolam Air Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung; Rumah Pam Desa Aman Puri, Bandar Sri Damansara dan Kolam Air FRIM Baru Taman Ehsan, Kepong, berkata kerja-kerja pemulihan akan dijalankan dengan segera.

“Bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini seperti kegagalan cerun yang boleh mengakibatkan impak yang lebih besar, pihak Syabas sentiasa memantau dengan rapi semua cerun-cerun yang menempatkan instalasi-instalasi Syabas mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)

Menurut Ruslan selepas mengambil alih pengurusan bekalan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menerusi penswastaan pada 1 Jan 2005, Syabas telah menukar peraturan bagi kelulusan pembinaan sistem bekalan air kepada pemaju dan memastikan kelulusan untuk membina tangki hanya diberi sekiranya dibina di tempat selamat dan dibuat pemantauan secara menyeluruh.

Ruslan berkata kerja membaiki cerun yang berpotensi menjadi runtuhan yang lebih besar ini dilakukan segera oleh Syabas sebagai kerja kecemasan.

Syabas memohon kepada orang ramai agar terus melaporkan kepada mereka di talian Puspel iaitu di 1 800 88 5252 sekiranya mendapat maklumat tentang fasiliti-fasiliti mereka yang berada dalam keadaan bahaya termasuk kemungkinan berlaku tanah runtuh agar tindakan segera boleh diambil oleh pihak Syabas.

KUALA LUMPUR, 7 Jun

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

Penulis

Artikel Terkini

Komentar (1)

  • http://v12gether.blogspot.com/2013/06/melayu-boleh_16.html eddie

    habislah kalau pam syabas yang runtuh…semua tempat tak ada air la jawab nyer

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas