Projek Rumah Kualiti Mampu Milik Diperluas

altProjek rumah kualiti mampu milik yang dilaksanakan oleh kerajaan akan diperluaskan ke seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata kerajaan sedang mengenal pasti tapak yang sesuai untuk projek perumahan itu sebagai salah satu program pembangunan sosial oleh kerajaan pusat mulai tahun ini.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk memperluaskan projek perumahan rakyat itu ke seluruh negara jika mempunyai tapak yang sesuai dan dimajukan oleh syarikat swasta.

“Sebagai contoh di Pulau Pinang, kerajaan negeri itu dilihat tidak ada projek untuk membantu masalah perumahan rakyat dan kerajaan pusat bersedia membina rumah mampu milik jika terdapat tapak yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Bayan Baru di sini, hari ini. Najib baru-baru ini mengumumkan kerajaan akan melancarkan program rumah kualiti mampu milik di bawah Skim Rumah Pertamaku berharga RM220,000 ke bawah bagi membolehkan lebih ramai golongan muda memiliki rumah pada Jun atau Julai ini.

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)

Najib berkata usaha mewujudkan rumah di bawah harga RM220,000 adalah berdasarkan komen dalam laman Facebook beliau serta laporan media bahawa amat sukar bagi golongan muda mendapat rumah dalam lingkungan harga tersebut terutama di Lembah Klang. Muhyiddin berkata projek rumah mampu milik itu adalah untuk rakyat golongan sederhana yang belum memiliki rumah.

Pada perkembangan berkaitan, Muhyiddin juga berkata kerajaan akan mewujudkan satu dana khas bagi membantu pengurusan rumah pangsa ekoran sebahagian besar daripada rumah-rumah pangsa di negara ini didapati tidak diurus dengan baik.

“Kemudahan-kemudahan seperti lif tidak dijaga dengan baik kerana masalah perbadanan pengurusan dan tiada kerjasama penghuni. Oleh itu, kerajaan mewujudkan dana untuk mengatasi masalah-masalah rakyat yang telah dikenal pasti,” kata beliau. Mengenai pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang di negara ini, Muhyiddin berkata ia bukan masalah berterusan, tetapi kekeliruan yang berlaku mungkin disebabkan penjelasan yang tidak cukup.

“Pada tahun lepas, kita memberi biasiswa kepada semua pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan semua A, tetapi bukannya menjanjikan mereka peluang untuk belajar ke luar negara. Ini adalah kerana kita mahu mengalakkan pelajar cemerlang belajar di dalam negara termasuklah dalam perubatan,” katanya.

Beliau berkata kursus-kursus anjuran universiti tempatan termasuk bidang perubatan adalah setanding dengan universiti di luar negara dan adalah lebih menjimatkan jika pelajar diberi peluang mengikuti kursus itu di dalam negara bagi mengekalkan tenaga bakat tempatan berada dalam negara.

“Kalau kita boleh menyediakan kursus-kursus itu, kita boleh menampung lebih ramai pelajar kerana kos pengajian ke luar negara adalah lebih tinggi,” katanya. Beliau berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah diarahkan untuk menyelesaikan sebarang isu biasiswa yang timbul dan satu mesyuarat mengenainya akan diadakan dalam sehari dua lagi.

GEORGE TOWN, 29 Mei 

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

Penulis

Artikel Terkini

  • Sepi
  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas