Mesir Buka Pintu Sempadan Rafah Minggu Depan

altPihak berkuasa Mesir membuat keputusan untuk membuka terus pintu Sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir bermula minggu depan. Dalam satu kenyataan pada Rabu, seorang pegawai Mesir berkata keputusan itu sebahagian daripada prosedur Mesir untuk memudahkan pergerakan penduduk Palestin keluar dan masuk ke Semenanjung Gaza.

Pegawai itu berkata pihak berkuasa akan menggunakan prosedur serupa yang dilaksanakan pada 2007 sebelum sekatan yang dikuatkuasakan oleh Israel di Gaza apabila wanita, kanak-kanak bawah 18 tahun dan lelaki 40 tahun ke atas tidak memerlukan visa untuk menyeberang ke Mesir.

Duta Palestin ke Mesir, Barakat Al-Fara, mengesahkan bahawa mereka menerima pemberitahuan rasmi daripada pihak Mesir berhubung perkara itu. Minggu lepas, Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza, berkata mereka mahu menutup sepenuhnya pintu sempadan itu sebagai membantah langkah yang dilaksanakan oleh Mesir berhubung pintu sempadan terbabit.

Sementara itu, penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang dikenakan sekatan, menerima keputusan Mesir itu dengan perasaan girang. Penduduk berdepan banyak kesukaran untuk masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza semasa pemerintahan bekas rejim Mesir, lebih-lebih lagi susulan sekatan yang dikenakan oleh pihak Israel.

Beratus-ratus pelajar Gaza tidak dapat menamatkan pengajian mereka di beberapa negara Arab dan asing ekoran halangan perjalanan. Penduduk yang pernah bekerja di luar negara pula terkandas di Gaza dan hilang pekerjaan mereka.

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)

Beribu-ribu penduduk Palestin yang tinggal di luar Semenanjung Gaza terpaksa menikmati percutian mereka jauh daripada keluarga masing-masing berikutan kebimbangan terkandas di wilayah yang sempit itu. Aum Yasser Sebeeh, 45, tidak bertemu anak lelakinya yang mengikuti pengajian perubatan di Jerman sejak 2007, kerana bimbang untuk mengunjungi Gaza dan kemudiannya terkandas.

“Kami amat gembira dengan keputusan pihak berkuasa Mesir. Kini anak lelaki kami boleh mengunjungi Gaza tanpa perlu rasa bimbang,” kata Aum Yasser.

Hamas, pemerintah Islam di Semenanjung Gaza, merakamkan penghargaan terhadap keputusan pihak berkuasa Mesir untuk membuka pintu sempadan itu.

“Kami menganggapkannya sebagai satu keputusan yang berani dan bertanggungjawab yang menunjukkan peranan sebenar pihak berkuasa Mesir ke arah perjuangan penduduk Palestin,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoom. Pintu sempadan Rafah dikuasai oleh Israel tetapi selepas pengunduran Israel dari Gaza pada 2005, pintu sempadan itu dikendalikan oleh pihak berkuasa Palestin dan Mesir dengan kehadiran pemeriksa daripada Kesatuan Eropah, sebagai sebahagian daripada perjanjian di mana Amerika Syarikat menjadi orang tengah.

Perjanjian itu digantung selepas Hamas mengambil alih Semenanjung Gazadaripada seterunya, Fatah, pada 2007. Akibat daripada perbezaan pendapat warga Palestin itu,  pemeriksa dari Eropah menggantung misi mereka dan pihak berkuasa Mesir memutuskan untuk membuka sebahagian daripada pintu sempadan itu dengan diselaraskan oleh pihak Palestin.

Menurut penganalisis Palestin, hubungan antara Palestin dan Mesir bertambah baik selepas revolusi secara aman oleh penduduk Mesir menentang Hosni Mubarak dan rejim beliau. Penganalisis berkata ketegangan antara Israel dan Mesir semakin memuncak ekoran pendirian terbaru terhadap perjuangan penduduk Palestin.

SEMENANJUNG GAZA, 26 Mei

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

Penulis

Artikel Terkini

  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27
  • tumblr_mejytetkE71qil46jo1_1280
  • alt

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas