600 Banduan Ikuti Program Pemulihan Pemasyarakatan

altSeramai 600 banduan dipilih untuk mengikuti Program Pemulihan Pemasyarakatan fasa kedua, program yang menempatkan banduan di kem tentera untuk bekerja, di kem tentera di Gemas, Negeri Sembilan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata program itu diperluaskan setelah kejayaan program fasa pertama di Kem Mahkota, Kluang, Johor  yang membabitkan 1,200 banduan.

Setakat ini maklum balas yang diterima mengenai program tersebut adalah amat baik di mana ia dapat mengurangkan kesesakan di penjara dan juga mengurangkan kos kerajaan, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.

“Kami keluarkan mereka daripada sistem penjara dan beri peluang kepada mereka bekerja dalam kawasan kem tentera, beri peluang kepada keluarga mereka untuk melawat sebelum mereka diberikan parol atau kembali ke pangkuan masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan mereka,” katanya.

Program Pemulihan Pemasyarakatan membabitkan penempatan banduan kesalahan kecil dan akan keluar penjara tidak lama lagi untuk bekerja di kem tentera bagi tujuan membolehkan mereka berinteraksi dengan masyarakat setempat apabila terdapat aktiviti kemasyarakatan dilaksanakan.

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)

Hishammuddin berkata biasanya dalam setiap Rancangan Malaysia akan ada peruntukan untuk membina sekurang-kurangnya lima buah penjara dengan kos sebanyak RM50 hingga RM60 juta bagi sebuah penjara. “Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kami (kerajaan) tidak akan membina penjara baru, jadi kerajaan boleh menjimatkan kira-kira RM250 juta dimana wang itu boleh disalurkan untuk perkara lain untuk rakyat,” katanya. Hishammuddin berkata program itu diharapkan dapat diperluaskan ke seluruh negara selepas ini.

Selain itu, katanya kerjasama antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan dilaksanakan dalam masa terdekat, bagi membolehkan penagih dadah mengusahakan tanah terbiar milik kementerian itu. Beliau berkata pendekatan baru itu bagi memberi peluang kedua kepada penagih dalam menjalani kehidupan normal.

PUTRAJAYA, 25 Mei

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

Penulis

Artikel Terkini

  • Sepi
  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas