Rezeki Anak Yatim Al-Taqwa

altKerajaan Negeri Selangor sedang menguruskan penempatan baru penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini yang selamat dalam tragedi itu pada Sabtu lepas.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah berbincang dengan Majlis Perbandaran Kajang supaya rumah anak yatim di lokasi kejadian tidak digunakan sehingga satu keputusan dibuat. Kerajaan negeri juga bersetuju untuk mengenakan kadar premium serendah RM1 kepada mana-mana pihak yang ingin menubuhkan pusat kebajikan di tanah milik kerajaan negeri.

“Ia bagi menggalakkan usaha murni itu selain memastikan mereka dapat beroperasi dalam keadaan yang lebih selamat. ”Kerajaan negeri boleh tolong, kalau ada tanah-tanah yang sesuai untuk pemohon baru, kerajaan sedia memberi kadar premium yang rendah,” katanya selepas mendengar taklimat tragedi itu di tempat kejadian hari ini.

Pada masa ini, Lembah Azwen Resort menjadi tempat perlindungan sementara bagi 24 kanak-kanak yang terselamat dalam tragedi itu. Wakil resort itu, yang enggan namanya disiarkan, berkata pihak resort terbabit menyediakan sebuah bilik penginapan bagi menempatkan kesemua kanak-kanak tersebut.

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan!

“Kami menyediakan sebuah dorm untuk kanak-kanak itu manakala dua lagi dorm disediakan untuk waris dan anggota keluarga terdekat yang datang menziarah mereka.

“Selain itu, pihak kami turut menyediakan chalet kepada guru-guru dan petugas rumah anak-anak yatim berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata sejurus mengetahui insiden itu, pihaknya menawarkan tempat penginapan kepada kanak-kanak serta kakitangan rumah anak-anak yatim berkenaan.

“Kami mendapat maklumat berhubung kejadian itu selepas 30 minit kejadian dan bagi menghilangkan trauma dan untuk memberi perlindungan kepada anak-anak ini, kami meminta kebenaran pihak pengurusan rumah anak-anak yatim terbabit bagimembawa mereka ke resort,” katanya.

Resort itu, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian akan menjadi tempat perlindungan sementara bagi kanak-kanak itu sehingga mereka mendapat tempat baru disediakan oleh pihak berkaitan.

“Mereka (kanak-kanak) akan tinggal di sini sehingga pegawai daerah dan Yayasan Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia buat keputusan dan mencari tempat perlindungan lain untuk mereka,” katanya. Beliau berkata sehingga kini keadaan kanak-kanak itu dalam keadaan baik dan pihaknya dengan kerjasama kakitangan rumah anak-anak yatim terbabit bekerjasama dalam menjaga kebajikan kanak-kanak berkenaan.

“Alhamdulillah, selain tempat penginapan, kita juga menyediakan makanan kepada mereka. Pihak resort juga memasang pita penghalang di sekitar dorm kanak-kanak itu bagi mengelakkan individu yang tidak berkaitan mengganggu ketenteraman mereka,” katanya.

Terdahulu, kerajaan negeri Pulau Pinang turut menghulurkan bantuan berjumlah RM25,000 kepada mangsa dan waris tanah runtuh itu di mana setiap waris mangsa yang terkorban menerima sumbangan RM1,000, RM500 bagi setiap mangsa yang cedera sementara RM4,500 kepada rumah anak yatim berkenaan. Sumbangan disampaikan oleh Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu yang mewakili Ketua Menteri Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR, 23 Mei

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

Penulis

Artikel Terkini

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas