Senarai Nama Mangsa Tanah Runtuh Hulu Langat

altBerikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak
Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.

Sehingga pukul 5.30 pagi ini, kesemua mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorbandan sembilan cedera.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:

Enam belas yang terkorban ialah :

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun
2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat iaitu:

1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ KAJANG.

- Kuala Lumpur, 22 Mei 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

Penulis

Artikel Terkini

  • Sepi
  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas