Misi Perdana Menawan Puncak Gunung Everest

altEnam pendaki daripada Persatuan Kembara yang kini dalam misi menawan puncak gunung Everest akan mula bergerak ke puncak gunung itu esok.

Menurut kenyataan persatuan itu yang diemailkan kepada Bernama hari ini enam pendaki itu ialah Muhammad Illaham Ishak, Ahmad Dindera Billah Zamzuri, Mohamad Shaheir Sabaruddin, Shahrul Azuan Shahruddin, Zainul Fikri Mohd Idris dan Idris Said.

Dua lagi pendaki Datuk Khalid Yunus dan Roslizawati Rasidi tidak dapat meneruskan pendakian atas faktor kesihatan.

Para pendaki akan mula bergerak dari Advance Base Camp (ABC) menuju ke perhentian pertama di North Col (Camp 1) untuk bermalam.

Kenyataan itu berkata pada 21 Mei, mereka akan meneruskan pendakian ke Camp 2 untuk bermalam dan pada 22 Mei 2011, mereka akan menuju ke camp 3 dan melalui satu laluan yang amat mencabar dikenali sebagai Mushroom Rock.

Selepas bermalam di Camp 3, pendaki akan terus menuju ke puncak Gunung Everest dengan melalui dua tangga yang amat sukar.

Selepas sampai ke puncak pada 23 Mei mereka akan mula mendaki turun ke Camp 3 untuk bermalam dan seterusnya meneruskan pendakian turun ke Camp 2 dan dijadual tiba semula di Advance Base Camp (ABC) pada 25 Mei 2011.

Keenam-enam pendaki kini dalam keadaan sihat dan penuh semangat untuk menyempurnakan Misi Perdana de Everest-Tibet, kata kenyataan itu.

Khalid, Presiden Persatuan Kembara Negara yang juga Ketua MPET2011 meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan dan kejayaan para pendaki untuk sampai ke puncak bumbung dunia dan selamat turun kembali.

- Kuala Lumpur, 19 Mei 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

Artikel Terkini

  • Sepi
  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas