Menonton Televisyen Menimbulkan Penyakit Kepada Kanak-Kanak

altKanak-kanak yang terlalu lama menonton televisyen daripada had yang sepatutnya, kemungkinan besar berdepan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes dalam kehidupan mereka, penemuan kajian terbaru di Australia.

Kajian oleh penyelidik University of Sydney mendapati kanak-kanak berusia enam tahun yang menghabiskan masa menonton televisyen mempunyai arteri yang menyempit di belakang mata mereka

Ini meningkatkan peluang mereka untuk mengidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes apabila usia mereka semakin meningkat, menurut kajian itu yang dikeluarkan pada Rabu.

Ingin membina perniagaan online anda sendiri? Terdapat 40 skrip sistem web percuma di http://web.iluvislam.com, hanya klik dan install, mudah dan cepat

Kira-kira 1,500 kanak-kanak yang berusia antara enam hingga tujuh tahun dari 34 sekolah rendah di Sydney menjalani pemeriksaan dalam kajian itu. Mereka yang melakukan aktiviti fizikal paling kerap — iaitu setengah jam sehari atau melebihi tempoh itu — ternyata mempunyai arteri retina yang lebih lebar berbanding mereka yang melakukan aktiviti fizikal kurang daripada setengah jam sehari.

“Kami dapati kanak-kanak yang rajin melakukan aktiviti fizikal mempunyai profil mikrovesikel yang lebih baik berbanding mereka yang kurang melakukan aktiviti fizikal,” kata Dr Bamini Gopinath, felo penyelidik kanan di Pusat Penyelidikan Penglihatan, University of Sydney.

“Ini membuktikan gaya hidup tidak sihat akan mempengaruhi mikroedaran yang awal dalam kehidupan dan meningkatkan ancaman terhadap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi apabila usia semakin meningkat.” Menggantikan tempoh satu jam di hadapan televisyen dengan melakukan aktiviti fizikal membawa kepada perubahan yang besar, kata penyelidik itu.

“Bermain secara percuma harus digalakkan dan sekolah harus menetapkan mandatori dua jam seminggu untuk aktiviti fizikal kanak-kanak,” kata Dr Gopinath yang berasal dari Sri Lanka. “Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mereka agar bergerak dan larang mereka daripada duduk terlalu lama di kerusi.”

- Melbourne, 20 April 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

Artikel Terkini

  • Sepi
  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas