Surat Khabar Masih Relevan

altFenomena pencarian maklumat menggunakan media baru tidak menggugat peranan surat khabar malah ia masih menjadi antara medium penyebaran maklumat paling popular di perpustakaan.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Datuk Raslin Abu Bakar berkata keadaan itu jelas menunjukkan surat khabar masih lagi relevan dan penting dalam pencarian maklumat.

“Berdasarkan kepada maklumat diperolehi, didapati ramai yang lebih gemar membaca versi bercetak. Ini kerana, berita-berita online tidak memaparkan semua berita yang ada.

“Jadi, surat khabar merupakan bahan maklumat yang lengkap dan disebabkan itulah ia menjadi rujukan pertama di perpustakaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai “International Federation of Library Associations and Institutions (Ifla) International Newspaper Conference” di sini, hari ini.

Persidangan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Isnin depan akan membincangkan amalan terbaik dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan surat khabar menggunakan teknologi digital dan membabitkan peserta dalam dan luar negara.

Raslin berkata koleksi surat khabar sebanyak 547,803 merangkumi 94 judul dalam pelbagai bahasa yang disimpan dalam format asal di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merupakan rujukan penting buat golongan penyelidik, pelajar dalam pencarian maklumat walaupun ada media baru.

- Kuala Lumpur, 18 April 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

Artikel Terkini

  • Sepi
  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas