Pelajar Iran Pilih Malaysia

altMalaysia menjadi pilihan utama pelajar Iran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran berikutan suasana pembelajaran yang sesuai di negara ini.

Pengarah Hal Ehwal Pelajar Iran di Asia Tenggara, Prof Dr Azizollah Memariani berkata jumlah pelajar Iran di Malaysia merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara sekitar 13,000 orang.

“Mereka terdiri daripada 2,700 pelajar yang mengambil PhD, 3,500 pelajar peringkat sarjana sementara selebihnya mengikuti pengajian ijazah pertama dan program asas.”

Kebanyakan mereka mengambil kursus pengurusan, teknologi maklumat, kebudyaan dan sains kemanusiaan. Terdapat juga 50 profesor Iran yang mengajar di pelbagai institusi pengajian tinggi di sini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Azizollah pelajar Iran di Malaysia akan menganjurkan persidangan saintifik terbesar hujung minggu ini selama dua hari di Universiti Putra Malaysia di Serdang.

Sebanyak 347 kertas kerja akan dibentangkan oleh pelajar kedoktoran Iran di Malaysia di dalam bahasa Inggeris dan Parsi dalam bidang komunikasi, bioteknologi dan genetik, perakaunan dan ekonomi, kebajikan masyarakat dan nanoteknologi,” katanya.

- Kuala Lumpur, 5 April 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

Artikel Terkini

  • colorful-113
  • kehidupan1
  • hidayah1
  • Dawah-The-Cause-and-Results-1024x683

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas