Spesis Haiwan Dilindungi Bernilai RM500 000 Dirampas

altJabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang merampas pelbagai jenis spesis haiwan yang dilindungi dengan nilai pasarannya dianggar mencecah RM500,000 dalam empat serbuan di negeri ini. Pengarah Perhilitan Pahang Khairiah Mohd Shariff berkata tangkapan terbaru ialah semalam membabitkan seorang pemilik restoran di Merapoh, Lipis yang didapati memiliki pelbagai bahagian hidupan liar dipercayai untuk hidangan makanan eksotik di restorannya.

“Kami menemui 54 helai bulu burung kuang, satu kepala burung ruak-ruak, 16 kilogram daging kijang, dua pelanduk yang telah dilapah dan pelbagai jenis daging haiwan liar dalam botol kaca dipercayai kulit dan kuku harimau belang di restoran itu,” katanya.

Beliau berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 68(2)(c) Akta Hidupan Liar 2010 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun. Khairiah berkata dalam satu lagi kes di Kampung Kerayong, Triang, pada 14 Mac lepas, seorang warga emas berusia 72 tahun dan seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan kerana menyimpan empat kaki babi hutan dan sebahagian daging babi hutan.

Beliau berkata pada tarikh dan lokasi sama, pihaknya menahan seorang wanita berusia 51 tahun dan merampas kira-kira 13 kilogram daging babi hutan. “Dalam satu lagi serbuan di Janda Baik pada 15 Feb lepas, kami merampas satu kepala burung kakak tua dan dua kepala burung serindit dari kediaman seorang lelaki berusia 41 tahun,” katanya.

- Temerloh, 16 Mac 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Sumber imej : Google Image

Fikirkan.

Haiwan juga perlu dilindungi dan disayangi. Ingatlah haiwan turut sama menjaga keseimbangan ekosistem dunia.

Seorang wanita masuk ke dalam neraka kerana dia mengurung seekor kucing sampai mati, kerana dia tidak memberi makan dan juga tidak memberinya minuman. Dan juga dia tidak melepaskannya supaya dia memakan serangga .[HR. al-Bukhari]

Artikel Terkini

  • Sepi
  • Screen Shot 2014-04-18 at 12.06.56 PM
  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas