Bengkel Remaja Super (BERES) Kembali Lagi!

altDalam hidup yang kian moden hari ini, sering kita memandang ikon-ikon dari barat sebagai puncak dunia, puncak kehebatan. Lalu kita mengagungkan dan memuja ikon seperti Donald Trump, United Kingdom, Oprah Winfrey ataupun Manchester United.

“Whoever wishes to foresee the future must consult the past; for human events ever resemble those of preceding times”

Hakikatnya, ramai di kalangan kita umat Islam, lebih-lebih lagi generasi muda tidak mengenali sejarah perkembangan dan kegemilangan agama Islam kita sendiri.

Yang dipelajari di sekolah-sekolah hanya sekadar hafalan yang kemudiannya hilang dek peredaran masa. Tidak menjiwai. Tiada roh…

Jika kita melihat remaja beragama Islam di Malaysia hari ini, kita sedih. Bukan kerana miskin harta, tetapi miskin jiwa dan karakter. Dek kemiskinan itu, gejala sosial melata. Entah di mana-mana bayi dibuang. Rokok, dadah, video lucah, lepak, rempit dan zina sudah menjadi kebiasaan yang menakutkan. Sudah pasti jika keadaan remaja Islam terus begini, Islam tidak mampu diletakkan di tempat yang sepatutnya.

“Jika ingin melihat masa depan sesebuah bangsa, lihatlah generasi muda mereka.”

Bengkel Remaja Super 2 (BeReS) merupakan sebuah program yang mengumpulkan generasi muda agar memberi dan membawa mesej kesedaran bahawa pemuda (remaja dan belia) Islam mampu menjadi insan luar biasa; insansuper!

Berbekalkan pengalaman dan feedback dari peserta BeReS 1, iLuvislam.com dan INTELEK (sebuah NGO yang terdiri daripada graduan Malaysia yang berpengalaman belajar di luar negara) membawakan kepada anda BeReS 2.

Melalui BeRes, kami mahu bersama-sama memberikan inspirasi kepada remaja dan belia ke arah pembentukan individu dan masyarakat yang cemerlang melalui sejarah.

Wahai remaja Malaysia, jom sertai kami di Bengkel Remaja Super 2 (BERES). Layari beres.iluvislam.com untuk pendaftaran!

Penulis

Artikel Terkini

  • Screen Shot 2014-04-17 at 1.51.48 PM
  • In_my_Father__s_Arms_by_Tazzer27
  • tumblr_mejytetkE71qil46jo1_1280
  • alt

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas