Malaysia Harap Peralihan Kuasa Mesir Lancar

110212mubarakMalaysia berharap peralihan kuasa Mesir berjalan lancar berikutan peletakan jawatan presidennya Hosni Mubarak semalam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata bahawa kerajaan Malaysia juga akan mewujudkan hubungan yang baik dengan pimpinan kerajaan Mesir yang baru kelak. “Saya berharap proses peralihan kuasa di Mesir berjalan dengan licin dan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti ketegangan dan keganasan yang serius.

“Saya yakin rakyat Mesir dapat menentukan nasib dan masa depan mereka dan saya berharap bahawa keadaan ini dapat diuruskan dengan baik sehingga tiba masa untuk mengadakan pilihan raya umum,” katanya semasa sidang akhbar pertemuan

Presiden Umno dengan ketua-ketua bahagian Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Beliau berkata semoga rakyat Mesir yang mengharapkan perubahan akan mendapat sebuah kerajaan baru yang akan memenuhi kehendak mereka, iaitu kepada perubahan yang akan memberi kepuasan kepada mereka.

- Kuala Lumpur, 12 Februari 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

Artikel Terkini

  • colorful-113
  • kehidupan1
  • hidayah1
  • Dawah-The-Cause-and-Results-1024x683

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas