Versi: Bahasa Melayu

Khamis, 23 Febuari 2012

 657 Pembaca Online

Web

Facebook Dan Sekuriti

alt Dalam usaha untuk mendidik para pengguna dengan keselamatan dan sekuriti pada Facebook, hari ini, Facebook secara rasminya telah pun melancarkan sebuah buku digital khas, membolehkan para pengguna memuat-turun dan memahami dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan keselamatan pada Facebook.

Purata Kelajuan Internet Malaysia ialah 1.6Mbps

alt Kini, Akamai telah pun mengeluarkan laporan suku tahun pertama 2011 mereka, yang memperlihatkan beberapa data berkenaan dengan rangkaian mudah-alih dan internet seluruh dunia, termasuk juga Malaysia.

Melaluinya, salah satu data menarik yang dikongsikan adalah berkenaan dengan kelajuan internet purata Malaysia, kini adalah pada kadar 1.6Mbps.

Lebih Seribu Data Pengguna Advertlets Dilepaskan GaySec

alt Seperti mana yang diperkatakan oleh pihak GaySec sebelum ini, kini ianya kelihatan yang mana mereka telah pun mengeluarkan pangkalan data pengguna Advertlets yang berjumlah sebanyak lebih daripada 1 ribu akaun pengguna dilepaskan, dan boleh dimuat-turun semua. Ianya dilaporkan yang mana GaySec mendapat pangkalan data pengguna Advertlets dalam masa kurang 10 minit sahaja.

Ulasan Ringkas Pelayar Web Internet Explorer 9

alt Ramai pengguna yang agak skeptikal dengan pelayar web Internet Explorer, namun tahukah anda, sekiranya anda menggunakan sistem operasi Windows 7, Internet Explorer 9 adalah antara pelayar web yang terbaik, membawakan pelbagai fungsi dan nilai tambah bagi para penggunanya.

RIM Bakal Memperkenalkan Kotak Media BlackBerry?

alt Nampaknya, RIM kini benar-benar berusaha untuk menarik pengguna menggunakan produk mereka kembali. Selepas memperkenalkan tablet mereka, BlackBerry PlayBook, kini RIM diperkatakan sedang membangunkan sebuah kotak media, seumpama Apple TV dengan nama yang dipanggil sebagai BlackBerry Cyclone, dan dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

 

MyIX Mengumumkan Penambahan Lima Nod Internet Tempatan Baru

alt Dalam terus membangunkan infrastrukur internet Malaysia, kini Persatuan Pengendali Internet Malaysia yang mana turut dikenali sebagai MyIX mengumumkan kemaskini rangkaian yang mana memperlihatkan penambahan lima nod baru di Malaysia, sekaligus menjadikan jumlah nod pertukaran internet di Malaysia kepada 8 nod.

WordPress jana Lebih Daripada 12% Laman Di Internet

alt Mungkin semua sedia ketahui mengenai WordPress, iaitu salah satu platform untuk menulis dan membangunkan blog dan laman web. Hari ini, Matt Mullenweg mengumumkan yang mana kini WordPress menjana antara 12% hingga 14% daripada laman web diseluruh dunia, sekaligus memperlihatkan perkembangan sihat penggunaan WordPress diseluruh dunia.

Laman FongFeiKei Kini Sudah Boleh Diakses Dalam Versi Beta

alt Ingatkah lagi anda dengan FongFeiKei yang pernah kami tulis sebelum ini? Nampaknya kini perkhidmatan tersebut telah pun dibuka untuk pendaftaran, dan membolehkan para pengguna dengan mudah menggunakan perkhidmatan mereka, sekaligus menjadi tempat utama untuk menjual tiket anda, serta mencari tiket yang dijual oleh yang lain.

12 Designs Project Bakal Kembali Beraksi

alt Ingatkah lagi dengan 12 Designs Project yang terpaksa ditangguhkan sebelum ini? Nampaknya ianya akan kembali beroperasi seperti sedia kala dengan perancangan dan konsep yang baru tidak lama lagi. Bagi yang tidak kenali 12 Designs Project, ianya merupakan salah satu projek memperkenalkan sebuah tema minimalis baru setiap bulan untuk para pengguna WordPress.

P1 Memperkenalkan Pelan One Plan

alt Seperti yang dinantikan, hari ini P1 telah pun melancarkan pelan jalur-lebar baru mereka. Pelan baru mereka yang dipanggil One Plan itu didatangkan dengan modem bersama sokongan WiFi untuk penggunaan didalam rumah, dan juga sebuah dongle khas untuk menggunakannya diluar rumah, dan ketika melancong dan bekerja diluar.

Page 1 of 4

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  Next 
  •  End 
  • »