Selain daripada sokongan arahan menggunakan suara, ia juga kini diperkatakan yang mana iOS 5 turut sama menyertakan sokongan untuk pengecaman wajah dan muka padanya. Ini mungkin hasil daripada pembelian Polar Rose oleh Apple pada tahun lepas, dan kini diintegrasikan pada iOS 5.
Sebelum ini, beberapa efek baru yang menarik telah pun kelihatan pada aplikasi Photo Booth untuk OS X Lion, dan mungkin Apple akan membawakan sokongan pengecaman wajah mereka itu kepada tahap yang tinggi lagi.
Bertambah menarik lagi adalah kerana Apple turut sama menyertakan beberapa API untuk sokongan pengecaman wajah mereka itu pada iOS 5, yang akan membolehkan para pembangun, membangunkan pelbagai aplikasi untuknya, dan membawanya kepada tahap yang lebih tinggi.
Anda ingin menjadi 'blogstarz'? Kunjungi http://web.iluvislam.com. Dapatkan pakej hosting bermula serendah RM69 setahun sekarang juga!!
Walau bagaimanapun, memandangkan Apple tidak mengumumkannya ketika pengumuman iOS 5 tempoh hari, ia tidak begitu pasti samada akan disertakan pada iOS 5 dengan kejutan daripada Apple, ataupun hanya sekadar ujian sahaja buat masa ini.
Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan sokongan Assistant ini pada iOS.
Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!
