Baru-baru ini, Research In Motion telah pun menghentikan lebih kurang 2,000 orang pekerja mereka. Namun begitu, ia seperti tidak menganggu sasaran mereka, di mana kini BlackBerry telah mengumumkan mereka bakal memperkenalkan BlackBerry OS 7 dan juga peranti baru dalam masa beberapa jam lagi.
Salah satu peranti yang dinantikan adalah termasuk BlackBerry Bold Touch dan juga BlackBerry Torch generasi baru, ia akan didatangkan bersama-sama dengan sistem operasi BlackBerry OS 7 dan juga pelbagai sokongan teknologi baru.
Antara perkara baru yang bakal didatangkan bersama-sama dengan BlackBerry OS 7 adalah termasuk pelayar web baru, rekabentuk dan antaramuka yang diberikan serba sebanyak nafas baru, sokongan pelbagai teknologi baru seperti NFC, prestasi yang lebih pantas dan sebagainya.
Anda ingin menjadi 'blogstarz'? Kunjungi http://web.iluvislam.com. Dapatkan pakej hosting bermula serendah RM69 setahun sekarang juga!!
Mungkin kita akan ketahui lebih banyak perkara berkaitan dengannya ketika pelancaran BlackBerry OS 7 kelak. Sama-sama kita nantikannya.
Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan sokongan Assistant ini pada iOS.
Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!
