Impian Cintaku 1

alt

Ketika sedang bersembang dengan seorang sahabatku, dia berjalan di tepi kami. 

“Andai aku diberikan suami, aku nak yang macam dia lah….” Bisik hati insan kudus ini. Dia terkenal sebagai pemuda yang “baik-baik”. Dia yang aku maksudkan, seorang jejaka soleh bernama Fakri Hakimi.

Hari ini merupakan hari bahagiaku. Aku lengkap berpakaian putih berona pink, duduk bersimpuh di atas pelamin mini akad nikahku dalam majlis serba pink di rumah orang tuaku. Kelibat Fakri Hakimi yang segak berbaju melayu nyata melegakan keresahan hatiku.

Di kota ilmu, aku memasang misi ku menghadiahkan segulung ijazah buat ibu bapaku. Aku, Alin Adila merupakan seorang gadis simple yang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi. Bagiku, tidak perlulah berpakaian sarat semata-mata untuk ke kelas cukuplah sekadar memakai jeans dan T-shirt lengan panjang, dan tudung bawal yang menjadi pilihan hati.

Di kolej kediaman, aku tinggal bersama dua orang lagi roomateku, Mira dan Maisara. Mira bertudung hanya kerana tepaksa menatuhi syarat wajib di kampus. Maisara pula sentiasa bertudung labuh. Ditakdirkan Allah, aku dipertemukan dengan dua insan yang sangat berbeza, berbeza perwatakan dan juga gaya hidup. Aku masih ingat, hampir beberapa hari aku tidak bertegur sapa dengan Mira gara-gara mira yang agak kasar memarahiku semula apabila aku menasihatinya agar memakai tudung di luar kampus. Maisara pula berbeza perwatakannya, dia pernah menegur cara aku berpakaian menampakkan bentuk badan waima bagiku, aku telah menutup aurat sepenuhnya. Magis sekali, kami dipertemukan dalam titik perbezaan ini!

“Kau ni tak sportinglah. Jomlah,ikut aku pergi picnic dekat Port Dickson dengan kawan-kawan Zaki, Takkan lah aku nak ajak Sara yang bertudung labuh tu pulak,” Mira mengajakku dengan penuh kesungguhan.

Kalau diikutkan hati, aku memang tidak mahu menurut ajakan Mira tetapi kata-kata mira seterusnya membuatkan aku terasa dan kalah dengan prinsip hatiku sendiri.

“Ke kau jelous tengok aku dengan Zaki dating? Yelah kau kan tak ada pakwe,” Sinis Mira. Lantas aku membuat keputusan untuk pergi juga, “yelah, aku pergi.”

Sara yang sememangnya kerap tiada di kolej kediaman kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti persatuan, membuatkan aku menjadi lebih rapat dengan Mira. Aku, bukanlah alim orangnya, namun sejak zaman sekolah lagi aku tidak biasa bersosial dengan kawan-kawan lelaki. Akan tetapi kulihat Mira sangat mudah membenarkan Zaki menyentuh tangannya, mendakap mesra tubuhnya dan memeluknya. Zaki, bukanlah seorang yang jahil akan hukum hakam agama malah, dia merupakan seorang pelajar Pengajian Islam yang sepatutnya lebih faham dan arif tentang perkara yang haram dan halal. Seorang lelaki yang baik bagiku akan memuliakan seorang wanita bukan hanya merosakkan wanita tersebut dengan menurut hawa nafsu semata-mata.

“Ustazah je lah carikanlah untuk saya,” gurauku ketika diusik Ustazah Harlina Hashim mengenai soal jodoh. Aku bersyukur dikurniakan seorang ustazah sebagai mentorku, malah aku sangat rapat dengannya. Perbincanganku dengan ustazah mengenai soal jodoh tersebut membuatkanku terfikir bagaimana akan aku tenemui jodohku nanti. Adakah aku akan menjadi seperti Mira dan Zaki, bertahun-tahun bercinta bagai nak rak , berdating dan bermadu kasih atau….

Aku menamatkan pertanyaanku sendiri tanpa sebarang jawapan yang pasti. Setelah selesai perjumpaan dengan mentorku, aku mendapat maklumat bahawa pelajar tahun kedua diwajibkan menghadiri program khas di masjid. Jujur aku katakan, aku cuma pergi ke program tersebut kerana terpaksa kerana diwajibkan untuk pergi, jika tidak jangan haraplah aku akan pergi menghadiri program seperti itu. Program yang dimaksudkan adalah sebuah program diskusi ilmiah yang memperlihatkan Fakri Hakimi sebagai salah seorang barisan panelnya. Aku mengenalinya ketika terlihat poster-poster yang terpampang di segenap ruang kampus ketika pilihan raya kampus semester lepas. Setelah beberapa minit diskusi berlangsung, aku mula mengagumi Fakri dalam diam. Kagum kerana dia merupakan seorang bakal jurutera akan tetapi begitu petah berbicara soal agama.

Rasa kagumku kepadanya tidak terhenti di situ. Aku menjadi lemah dan tertawan dengan gaya penampilannya yang kemas dan segak, tutur katanya yang berhikmah dan ketinggian ilmunya. Pada satu hari Sara mengajakku menghadiri program ilmiah yang akan diadakan di luar kampus, “Alin nak join program yang bakal diadakan di luar kampus hujung minggu ni?, Fakri Hakimi, one of the panel kat masjid semalam minta tolong aku carikan peserta untuk memeriahkan lagi program ini.

“Erm, bolehlah,” balasku setelah berfikir seketika. Sebenarnya sudah beberapa kali Maisara mengajakku menghadiri program-program keagamaan seperti ini tetapi aku bukan sahaja malas untuk melibatkan diri, aku juga segan untuk turut serta dengan program-program seperti ini kerana aku bukanlah sealim Sara yang mengenakan tudung labuh. Aku takut persepsi mereka terhadapku adalah negatif.

Tetapi kali ini, aku mengagahkan diri untuk turut serta demi Fakri Hakimi. Semakin aku mengenali Fakri Hakimi, semakin aku sedari dia lah lelaki yang aku dambakan selama ini. Sejak itu aku semakin giat menyertai program-program ilmiah dan keagamaan yang diadakan di luar kampus mahupun di luar kampus. Malah, aku mula berjinak-jinak memakai tudung bidang 50 dan seterusnya bidang 60. Aku berpegang dengan kata-kata hikmah ini , ‘Kalau ingin mencari yang soleh, maka jadilah yang solehah dulu!’

“Kalau anti suka pada seseorang tu, lebih baik beterus terang,” bicara Fakri padaku menjawab kepada persoalanku mengenai jodoh yang aku utarakan kepadanya.

“Tapi ana seganlah, macam perigi cari timba je,” balasku ringkas dengan nada perlahan. Dadaku berombak kencang dengan tiba-tiba.

“Sama ada perigi mahupun timba kenalah sama-sama mencari, mintalah pertolongan daripada Allah. Selain itu kalau anti segan, ana rasa lebih baik sekiranya anti gunakan orang tengah seperti yang dilakukan oleh Saiditina Khadijah,” cadang Fakri dengan penuh berhikmah. Sesungguhnya, dia tidak mengetahui bahawa dia lah orang yang aku maksudkan.

Bersambung…

Sambungan kepada cerpen ini boleh di layari menerusi link dibawah:

http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2963-impian-cintaku-2.html

Sumber imej : Google Image

-Artikel Iluvislam.com

Penulis

Artikel Terkini

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas