
"Sambil menyelam, sambil minum air."
Itu pepatah melayu. Merujuk kepada dua pekerjaan yang dilakukan pada masa yang sama.
Kita bertuah seandainya kedua-dua pekerjaan itu mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada diri. Namun, celakalah diri kiranya salah satu amalan itu turut menempah keburukan.
"Suhana, kau pernah minat pada seorang lelaki tak?" tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.
Cinta..
Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.
Oh hari bunga-bunga cinta sudah tiba. Pasangan muda-mudi Islam juga tak terlepas mengatur program-program 'bulan madu' bersama kekasih hati. Hari kasih sayang itu dianggap sebagai hari yang harus dilalui dengan mencurahkan sepenuh rasa cinta kepada pasangan. Bukan sahaja pasangan suami isteri, malah yang baru menjalin hubungan cinta sehari juga berimpikan perkara yang sama. 14 Februari tersemat di dalam hati, menjadi kenangan yang abadi.
