Kisah Klasik Untuk Masa Depan

altSatu hari semasa aku di darjah dua, Cikgu  meminta semua murid-murid menulis sebuah karangan. Karangan yang aku tulis bertajuk ‘Sahabat karib saya’.

Tulis punya tulis akhirnya aku sampai ke penghujung. Namun tidak dapat mencipta penutup.

“Umi… nak tulis camne penutup,” tanyaku pada Ibuku.

Umi berfikir.

“Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar ditemui,” balas Ibuku.

…….

Itu kisah 16 tahun yang lalu tapi kata-kata itu masih tetap melekat dalam fikiranku. Maknanya memang jelas. Mencari kawan memang mudah tapi mencari kawan yang bersama waktu susah, tidak mudah.

Seorang kawan yang memberikan teguran dan peringatan – itulah teman yang kita cari. Sayangnya, ramai orang teman itulah yang dimaki.

Ramai orang selesa dengan teman yang menganggap kita sebagai Raja.

“Sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang Mukmin.” (Az-Zariyat : 55)

Mr. X mengingatkan aku akan maksud firman Allah s.w.t.

“Manusia itu sifatnya pelupa. Jadi kita perlu sentiasa diberikan peingatan. Kalau buat-buat lupa…”

Mr. X berhenti sejenak. Memandang diriku.

“Buat-buat lupa.. apa jadi?” tanyaku.

“Padan muka!” selamba jawab Mr. X.

Hmm..padan muka.

Padan muka.

Padan muka.

“Ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksa-Nya” (Al-Anfal : 25)

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Usop atau nama sebenarnya Wan Yusof Norilham Wan Jeffrey merupakan salah seorang co-founder iluvislam.com. Kini beliau merupakan pelajar tahun akhir perubatan di University College Dublin, Ireland. Selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan sejagat, anak muda Kelantan ini turut menulis di usop.iluvislam.com sebagai usaha dakwah beliau di alam maya.  

Penulis

Artikel Terkini

  • colorful-113
  • kehidupan1
  • hidayah1
  • Dawah-The-Cause-and-Results-1024x683

Komentar (0)

Tarbiyyah Kreatif
Kembali ke Atas